Suami kaki lepak, hnya blk rumah kalau dia nk bersama dgn sy je.

Foto sekadar haisan. Salam buat semua. semoga anda semua berada dalam keadaan baik. Terima kasih admin jika confession ini disiarkan. Saya Autum seorang surirumah & ibu kepada 3 cahaya mata. Di sini saya ingin meluahkan apa yang terbuku di minda & hati tentang apa yang saya lalui selama perkahwinan yang dibina selama 8 tahun ini.

Adakah normal begini atau ramai juga diluar sana yang melalui apa yang saya lalui? Saya harap pembaca IIUM Confession sekalian faham apa yang saya ingin sampaikan.

Pertama, suami kaki lepak. Waktu lepaknya akan bermula sekitar 9.30 malam – 1 pagi setiap hari kecuali hari dia bekerja shift malam.

Ini bermakna jika hari dia bekerja siang sekalipun dia tetap akan melepak sehingga lewat malam.

Pada siang hari waktu cuti pun sama juga, ada sahaja alasan yang diberi untuk tidak berada di rumah, antaranya belajar repair kereta di bengkel kawannya, belajar buat rumah, buat sangkar ayam dll.

Kesimpulannya dia hanya berada di rumah untuk makan, mandi, tidur & jika ingin ‘bersama’ dengan saya sahaja. Saya amat kasihan dengan anak3 yang dahagakan kasih sayang seorang ayah.

Setiap kali dia pulang dari lepaknya itu, anak hanya ingin minta didukung sahaja pun tidak dilayan.

Remuk hati saya setiap kali permintaan sekecil itu pun tidak dapat ditunaikan. Hari2 mereka berlalu seolah2 tiada figura seorang ayah.

Solat ikut mood. Puasa juga mesti akan tinggal beberapa hari dalam tempoh sebulan di bulan Ramadhan dengan sengaja.

Solat jumaat apatah lagi, walaupun sekarang seluruh Malaysia sudah beralih ke fasa 3. Bermakna sudah 2 tahun kakinya tidak menjejaki rumah Allah itu.

Mengambil g4nja – rkok sudah tentu. Ini adalah perkara paling besar saya amat terkejut & marah semasa mula2 mengetahuinya.

Alasannya untuk dia lebih kuat melakukan kerja seharian -munasabahkan?

Semua yang saya tulis di atas, saya sudah tegur secara baik & ajak berbincang ( yang ni paling susah) kerana dia merupakan seorang yang mempunyai eg0 yang amat tinggi setinggi langit ke tujuh.

Setiap kali saya menegur, dia akan tepis dengan pelbagai alasan dia antaranya dia ketua keluarga, dosa dia, dia tanggung tapi dosa saya dia yang tanggung sehingga pernah dia persoalkan adakah saya bagi duit padanya?

Betapa hinanya saya rasa diri ini dipandangannya. Sejak dari itu, hati saya seolah2 telah maati untuknya.

Apa yang saya buat selepas detik itu adalah sekadar sebagai melunaskan tanggungjawab & demi anak2, bukan kerana kasih sayang lagi.

Kedua2 orang tua saya sudah mengetahui hal ini, namun mereka hanya meminta saya berdoa agar suami saya berubah suatu hari nanti.

Di pihak mertua juga mereka sudah maklum akan hal ini, namun mestilah mereka lebih menyebelahi anak mereka walau apapun yang terjadi kerana saya hanyalah orang luar,

Malah hanya ‘menumpang’ anaknya sahaja dek kerana saya hanya surirumah.

Seterusnya suami saya juga tidak membenarkan saya bekerja mahupun berbisnes biarpun sekadar dropship yang tidak perlu modal mahupun simpan stok.

Sebelum ini saya juga berkerja sehingga anak sulung dilahirkan.

Niat saya berhenti agar saya dapat jaga sendiri anak2 kami nanti. Lagipun saya memang seorang yang sukakan kanak2.

Selain itu, dia juga seorang yang bermurah hati dengan kawan2 lepaknya, namun kedekut dengan isteri sendiri. Dia selalu belanja kawan makan tapi anak anak kat rumah selalu makan nasi telur je. Mujurlah bekas mnteri KPWKM memperkenalkan bantuan dimasukkan ke akaun isteri.

Sejak dari itu baru saya merasa duit sejak tidak bekerja & tidak diberi nafkah hatta baju raya pun saya hanya recycle baju ketika saya bujang dahulu (mujur masih muat biarpun sudah beranak 3).

Baju anak2 pula mujur ada pihak suka sedekahkan baju terpakai yang tetapi masih elok.

Hal ini pun saya sudah bincangkan sebelumnya, namun dia memberi alasan dia sudah sediakan rumah & makan minum semua ditanggung.

Tapi dia tidak fikir keperluan lain seperti baju luar & dalam saya & anak2 yang sudah lusuh, keinginan saya yang lain seperti hobi ingin memasak pelbagai menu yang lain yang memerlukn peralatan seperti oven dan sebagainya.

Terima kasih bekas mnteri KPWKM atas idea anda ini. Kerana anda telah membantu isteri2 yang senasib supaya dapat membeli keperluan (bukan kehendak) yang lain.

Cukup sekadar perkara besar seperti diatas, jika saya senaraikan kelemahan2 lain, jenuh juga dan saya pun faham manusia tidak sempurna begitu juga dengan saya yang mempunyai kekurangan.

Tetapi saya akan berusaha dari semasa ke semasa membaiki kelemahan sebagai isteri & ibu.

Untuk pengetahuan pembaca sekalian, saya ingin maklumkan saya sudah memakai perancang.

Ketiga2 anak yang lahir sebelum ini adalah sebelum dia menghina saya dengan kata2nya itu. Sejak dari itu baru saya sedar dimana kedudukan saya disisinya.

Jika orang lain, isteri adalah untuk disayangi, bukan dikepala untuk dijunjung, juga bukan ditapak kaki untuk dipijak2kan.

Mesti pembaca juga tertanya2 kenapa tidak minta diceraaikan sahaja. Ya, hal ini pun saya sudah luahkan kepada dia, namun jawapannya dia tidak mahu melepaskan saya.

Pernah terlintas difikiran, mungkin dia tidak mahu melepaskan saya kerana dia masih perlukn saya untuk melepaskan nafsunya yang kerap itu. Maaf jika pengakuan ini agak ‘terbuka’.

Sekian sahaja luahan saya. Jika ada nasihat/ saranan dari pembaca sekalian saya alu2kan. Sekian terima kasih…

Isteri terluk4,

Ini antara reaksi netizen untuk perkongsian sedih ini.

Masitah. Jujur ckp…sampai ke 4th paragraph… confessor ckp suami kaki lepak..terus hilaang mood..sbb??mnjadi kepantangan sy lelaki suka melepak buang masa ni..cukup triggered..

mcm…hish ntah laa..dah cukup senangkah hidup sampai sebegitu mudah buang masa begitu sahaja??& Dah terlbh kasih syg kah ank2 & isteri sampai blh buang masa cmtu??

Then..culas solat…dah bad attitude dah..hah sampai part amik g4nja??weii gilooo…blh tinggai kot laki cenggitu..

dgn ank2 pun buat mcm bkn ank sendiri…betul lah apa yg terdetik d hati sy..manusia ni klu dgn tuhan pun dia blh berpaling & ingkar..xpyh lah harapkn lbh2 pd manusia ini..

Takut ank2 xberbapa?xsedarkah yg sekarang pun mereka dah hilaang kasih syg bapak mereka??mereka xbhgia pun..jgn guna alasan itu…

Naila Step pertama, kumpul bukti esp pasal g4nja tu.

Kedua, failkan fasakh/tuntut ceraai. Pergi pejabat agama, cerita dan tunjuk bukti. Nanti staff akan guide.
Ketiga, buat sahaja dropship.

Kumpul duit utk diri dan anak2.
Keempat, jgn takut utk keluar dr perkahwinan toksik ini. Anda bertuah krn anda masih punya ibu dan bapa.

Ibu dan bapa mmg tidak akan menyarankan anak2nya berceraai, tapi percaya lah jauh disudut hati mereka mesti teramat sedih anaknya diperlakukan mcm tu.

Kelima, fikirkanlah masa depan diri dan anak. Bayangkan masa depan yg lebih cerah, gembira dan bahagia. Jika kita boleh bahagia, knp memilih utk menderita hari2. Depress. Jgn sksa diri please.

Allah ada. Keluarga ada.

Nad. Puan,

Suami yang langsung tak berfungsi, layakkah dipanggil suami?

Lelaki yang sekadar menjadi penyumbang sperma, layakkah dipanggil sebagai ayah?

Perkataan ‘suami’ dan ‘ayah’ itu sendiri datang bersama tanggungjawab yang berat.

Dekat dalam komen ni, ramai yang mengajarkan cara-cara untuk puan bergerak dan berubah.

Namun, keadaan hanya berubah kalau Puan sendiri yang bergerak dan mahukan perubahan.

Semoga puan kuat untuk bergerak dan berubah.

Fairuz. Instead of kesian kt anak2 tidak berbapa, kesiankan la anak2 tu sebab dpt bapa tak guna mcm tu puan. Puan dah boleh pergi mahkamah syariah dah.. cukupla disksa selama 8 tahun.

Amira. Bila baca part suami suka melepak tu hmm kesiannya. 8 tahun bersulam derita kak. Istikharah kak ya. Kita nk patuh suami pon hal2 syarie je. Sy ni kawin pon tak lagi jadi sy tau tak berapa layak sgt nk menasihat org.

Sy pon tak melalui apa yg akak lalui. Tapi tolonglah kak. Hidup ni pilihan kak. Kita masing-masing punya sayap untuk bebas terbang.

Jangan memenjarakan diri sendiri di sangkar yg tiada tuan. Syg kerana Allah. Semoga Allah permudahkan urusan akak.