Aku tgh alahan di berhentikn krja, mak mertua desak sruh berniaga tepi jln sbb tkt bebankn anak dia

Foto sekadar hiasan. Terima kasih jika siarkan confession. I am really in pain hingga rasa nak berceraai. I terasa sangat-sangat. Sebelum kawin dulu aku kerja swasta. Gaji mencecah 4k. Kerja aku ni memerlukn pergerakan fizikal yang lasak. Badan aku kecik molek saja macam hannah delisha tapi aku seorang yang penuh bersemangat. Selalu dipuji bos dan kakitangan.

Tapi lepas kawin, aku mengandung dengan alahan yang teruk, selalu cuti. Hinggakan bila dah nak bersalin, aku diberhentikan kerja.

Company swasta kan, mereka pun perlu jaga periuk nasi mereka, so aku tak salahkan mereka berhentikan aku. Aku anggap saja la takde rezeki aku.

Suami aku kakitangan kerajaan tapi gred rendah saja. Masa aku kerja dUlu, mewah la jugak kehidupan kiteorang. So bila aku dah berhenti kerja, kewangan jadi kurang stabil.

Tapi suami aku masih sabar. Masa tu aku dah 8 bulan pregnant, mertua aku selalu desak aku suruh cari kerja cepat2.

Aku kata nanti la lepas bersalin sebab aku dah sarat sangat ni. Mertua aku tak puas hati, dia suruh aku berniaga di pasar malam suruh cari duit poket untuk aku dan anak dia makan. Dengan keadaan aku macam ni, tak kesian ke. Lagipun simpanan aku masih ada, aku tak kebulur lah duit anak dia tu.

Hampir tiap kali jumpa dia desak aku suruh kerja. Suami aku yang jenis anak mak tu diam saja mak dia suruh aku macam2. Ends up aku dah stop pergi rumah mak dia, aku rehat saja kat rumah hinggalah bersalin.

Masa dalam pantang, masih mak dia desak aku suruh cari kerja cepat2. Ingat aku malas sangat. Pdhal mertua aku sendiri pun suri rumah .

Aku iyakan aja.

Habis berpantang rezeki aku , aku dapat kerja area berdekatan. And yes masih kerja lasak seperti dulu. Tu saja bidang aku kan.

Kadang terpaksa tinggal anak sampai malam kat rumah pengasuh. Suami aku balik kerja pkul 5, tapi dia malas nak jaga anak. Aku geram. Nak suruh aku kerja, tapi jaga anak malas.

Kami selalu gduh hal ni, at last aku berhenti kerja, cari kerja lain. Aku sayang anak aku, aku rindu anak aku. Aku tak nak anak aku terabai sebab mak ayah masing2 sibuk.

Bila start jadi suri rumah, aku buat online dropship. Tak banyak pun dapat tp lepas la untuk aku dan anak aku serta bantu suami aku sikit.

Tapi mertua aku masih tak puas hati, suruh aku duduk dengan dia sebab membazir saja menyewa. Dia kata lainlah kalau aku kerja. Oo aku baru tahu, jadi suri rumah tak layak nak duduk selesa.

Suri rumah ni taraf menumpang saja. Suami aku si anak emak tu seolah-olah bersetuju. Its a big no for me. Aku kata takpe biar aku menyewa bilik saja dengan anak aku, ko pergi lah duduk dengan mak ko. Langsung tak tanya pendapat isteri.

Mak ko saja selalu betul. Ends up kami gduh lagi, tp tak jadi pindah pun. Rumah mak dia dah ada 3 orang biras aku duduk serumah. Tak serabuk ke weh duduk ramai2 macam tu. Geram aku.

Start pada tu, aku dah mula tawar hati kat suami aku. Sebab pendapat mak dia yang utama. Aku ada kereta sendiri yang dah habis bayar, kereta Alza. Suami aku pakai myvi.

Mak dia suruh aku jual kereta aku. Aku kata jual la kereta suami aku, tu kereta aku kan.

Mak dia desak kata nanti anak dia takde kereta , jual kereta Wani (aku) tak pelah sebab Wani tak kerja. Aku dah macam apakah semua ni.

Nak mengajar aku apa ni. So nanti kalau jadi apa-apa antara aku dan suami aku, aku takde pape la kan?

Time ni gduh lagi la aku laki bini. Dia sayang kereta myvi dia, aku pun sayang kereta aku. Dah tu tak payah jual lah kan. tak de masalah pun kalau tak jual. Aku tak tahu kenapa mertua aku suka campur tangan.

2 tahun kemudian, aku mengandung anak kedua. Aku masa ni dah start jadi ejen barang jualan. Everything going smooth.

Hubungan aku suami isteri pun makin baik walaupun mak dia selalu ada saja idea yang nak merugikan aku. Dah la suruh aku jual burger malam2 sebab tak cukup setakat jadi ejen katanya.

Entahlah mak cik. Aku suruh suami aku yang jual burger sebab tu idea mak dia jugak kan, pandai plak anak dia tak nak, malu.

Aku sampai konfius, memang tanggungjawab aku ke cari duit untuk anak dia? Aku hingga tahap tak redha tak ikhlas cari duit. Sebab mak dia tak pernah bersyukur.

Mak dia selalu masuk campur urusan kami. Suruh aku buat macam2. Pdhal masa tu beribu-ribu jugak income aku tapi dia ingat aku menipu. Ye lah berniaga dari rumah saja kan.

Mungkin sebab aku dah tahap merungut, tak ikhlas, tiba2 produk yang aku jadi ejen tu ada masalah. Viral jugak produk tu masa tu. Pengguna takut nak beli.

Stok yang aku pegang banyak tak habis. Beribu jugak rugi. Aku jadi putus asa, plus masa tu dah nak sampai masa bersalin. So suami aku suruh rehat saja lah dulu.

Masa bersalin anak kedua, MCO 1.0 bru start. Semua orang work from home. Masa tu aku macam hilaang arah. Tak tahu nak berniaga apa.

Aku tak nak kerja ofis dah sebab aku syang nak tinggal anak aku kat pengasuh, lebih2 lagi musim covid macam ni. Macam2 jugak aku jadi dropship tudung, baju.

Tapi tu la lambakan produk di Sh*pee, persaingan sengit, so untung aku biasa-biasa saja. Tak laku sangat. Kadang2 untung RM300 saja sebulan, tu pun yang paling banyak.

Aku masa tu belum ad keberanian nak keluarkan modal berniaga, sebab masih trauma dengan kerugian sebelum ni.

Bila income tak banyak. Aku dah rasa macam useless, putus asa. Aku stop berniaga, aku fokus kat anak2 dan rumah tangga semata-mata.

Mula-mula aku ingatkan suami aku tak kisah. Baru-baru ni kami bergduh besar, suami aku luah semua. Dia ungkit semua. Dia kata dia penat cari duit sorang. Selalu tak cukup.

Dia ajak duduk rumah mak dia, dan suruh aku cari kerja. Hantar anak kat pengasuh. Ya Allah, aku kecewa.

Rupa-rupanya selama ni aku beban pada suami aku. Aku terasa. Banyak lagi yang dia hambur kat aku. Kenapa aku rasa dia tak sayang aku sebenarnya.

Dia lagi suka dengar pendapat mak dia. Dia kata hidup maati dia bukan sebab nak tanggung aku dan anak semata2.

Aku rasa useless. Macam ni rupanya bila kita takde apa2. Bukan orang luar saja yang pndang rendah, suami sendiri pun akan downgrade kita.

Kawan-kawan aku yang jadi suri rumah, tapi nampak bahgia sebab suami dia pentingkan dia. Wallahi aku terasa sangat.

Aku rasa nak berceraai. Sungguh aku nak berceraai. Aku nekad nanti kalau dah dapat kerja bagus, aku akan tinggalkan dia. Dia tak layak jadi suami dan bapa.

Dia layak jadi anak mak celah ketiak mak.

Aku sangat terasa. Dah sebulan berlalu, aku pun dh tidur asing, aku tak bercakap. Aku dah tawar hati. Aku dah tak cintakan dia. Aku harap nanti hak penjagaan anak-anak dapat kat aku.

Ini antara reaksi netizen untuk perkongsian ni.

Nurna.Fight for your right.

Nafkah zahir x pernah bg bermaksud dia x mampu nk bela anak pun.

Tinggal di rumah pengasuh berjam-jam sebab malas nk jaga anak. Ini bukti dia x mampu bg kasih syg.

Complain hidup dia bukan utk tanggung anak isteri menunjukkan potensi kewangan dan pengurusan kewangan dia mmg out.

Awak ada banyak point utk menang hadhanah walaupun pendapatan belom stabil.

Insya Allah rezeki awak ada tapi mungkin dalam rezeki tu tiada bahagian untuk suami awak.

Atikah. Bila suami dah luahkan yang puan ni ibarat beban pada dia..dan dia sendiri kata yang hidup dia bukan nak tanggung puan dan anak2 puan je…rasanya puan pun tahu apa jawapan netizen kan??..

puan tahu drive..puan dah biasa bekerja…selama ni hidup tanpa suami elok je..buat apa kita nak terus jadi “beban” pada suami yang tak tahu yang apa dia buat selama ni ialah tanggungjawab dia sebagai suami dan bapa… ikut hati saya ni macam2 perkataan saya nak keluarkan …

saya amat bersetuju dengan kehendak hati puan tu…cuma nak beritahu hantar anak ke pengasuh pun cara terbaik tapi terbaik jika puan survive alone bersama anak2lah  ingat..happy mom happy children..

Zuriati.Bukan kita yg useless tp suami tu yg useless sebenarnya. Jenis mak & anak sama2 xfaham ajaran islam. Xtahu ke dia segala nafkhah isteri dia yg kena tanggung termasuk tempat tgl yg selesa. Bukan share rumah dgn mak. Bukan tugas isteri nk cari duit cukupkn nafkhah suami.

Pls tglkn cepat2 family toksik mcm tu. Mak dgn anak sama xbetul. Kami doakan sis dpt kerja bagus, gaji tinggi & dpt msa yg secukupnya dgn anak2.

Lps dpt kerja bagus & kalau mak dgn anak mak (suami) tu nk semula kat sis, tlg jgn maafkn dorg ya. Sbb org jenis mcm ni mmg suka bila kita berduit je. Bila kita xde duit, dia anggap kita xberguna

Fazi.”Aku rasa nak berceraai. Sungguh aku nak berceraai. Aku nekad nanti kalau dah dapat kerja bagus, aku akan tinggalkan dia. Dia tak layak jadi suami dan bapa.”

yang ini saya setuju sis, please jangan teragak2 utk berbuat demikian