Foto sekadar hiasan. Assalammualaikum sebagai pembuka bicara, tujuan ku menulis hanya sekadar luahan yang terpendam dalam lubuk hati ini. Luahan yang ku simpan dari apa yang aku perhatikan. Tidak sesekali ingin mengaibkan mana-mana pihak. Sesungguhnya aku juga bukan manusia yang sempurna untuk menilai seseorang.
Kisah bermula bilamana abang ku baru saja bernikah dan mereka tinggal sekali dengan kami. Perkara ini langsung tiada masalah kerana bagiku rumah akan lebih meriah dengan adanya kehadiran menantu.
Kebiasaannya abang dan kakak ipar akan pergi kerja awal pagi dan pulang antara 6-7 petang. Untuk makan malam, biasanya mak akan masak seawal 5.30petang, aku akan bantu sikit-sikit.
Bila kakak ipar balik kerja, dia akan terus ke bilik dan rehat sekejap, selepas itu pergi mandi dan berada dibilik sehingga waktu makan malam(walau tengah tengok mak aku masak). Rutin ni memang setiap hari berlaku.
Bila waktu makan malam, semua dah terhidang baru lah abang dan kakak ipar keluar, kadangkala ada juga lah tolong angkatkan pinggan dan lauk tapi jarang. Pada awalnya aku rasa ok sebab kakak ipar baru masuk dalam keluarga, masih malu.
Tapi semakin hari, semakin aku lihat mak aku terbeban seperti terpaksa kena masakkan makan malam mereka setiap hari (jangan cakap aku tak tolong, aku tolong mana yang patut sebab mak jenis yang dia nak juga ada didapur masak).
Umur mak aku pun dah 50an. Dia selalu kata kat aku badan dia skit-skit, penat, tangan rasa kebas.
Aku pun bakal berkahwin dan ikut suami, cuma aku rasa kasihan kat mak aku, nanti pasti sendirian buat kerja rumah. Aku satu-satunya perempuan dalam adik beradik.
Dulu jenis kami makan malam seadanya, kadang maggi, kadang bungkus makanaan, aku pun jenis jarang makan malam. Sekarang setiap hari kena sediakan.
Rutin pagi, kebiasaanya selepas solat subuh aku akan menyapu dan mop rumah. Tapi ada kalanya aku tewas juga dengan rasa mengantuk selepas solat subuh jadi rumah masih bersepah.
Kakak ipar selalunya akan bangun, mandi, dan bersiap pergi kerja. Kadang aku berharap, dia juga bangun lebih awal untuk tolong kemas rumah, sekali sekala.
Aku tak kesah buat semua ini, cuma aku dah mula terfikir bila aku dah berkahwin nanti dan tidak tinggal di rumah ini, mak aku lah sendirian yang akan masak, kemas rumah.
Aku dah bagitahu mak aku awal-awal, kalau rasa penat tak payah masak, nanti mereka balik kerja boleh masak. Seperti biasa mak aku akan kata, “orang penat baru balik kerja, takkan nak masak lagi, kesian’.
Malam takbir raya abang dan kakak ipar bermalam di rumah keluarga kakak ipar(rumah dekat ja dengan kami). Mereka ada belikan ayam untuk mak masak, kuih dan minuman botol.
Tapi aku terkilan melihat situasi ini, apa salahnya pulang lebih awal ke rumah, tolong kemas rumah, setidaknya tolong kupas bawang, susun pinggan mangkuk, ini tiada langsung rasa nak menolong.
Walau tak sambut raya, tapi juadah raya tetap ada, mak aku sedekahkan masakkan bagi kat rumah nenek aku.
Ada bacaan doa selamat pun hari tu kat rumah, abang dan kakak ipar tiada di rumah, sibuk berbelanja kerana esoknya pkp. Kakak ipar baik tiada masalah, dia pandai tengok apa yang kurang di dapur dan topup.
Cuma aku terkilan dia tidak ringan tulang untuk membantu sedikit dalam buat kerja rumah. Aku cuma kasihan kan mak aku bila aku tiada nanti.
Mak ada meluah dengan aku dia penat. Tapi aku tahu mak takkan tunjuk rasa penat itu depan menantu, sebab mak juga kesian mereka kerja.
Harapkan abang aku nak buat kerja rumah, sama juga, pagi bersiap pergi kerja, malam baru balik. Aku juga perasan kakak ipar tak ambil cuti kerja sejak tinggal dirumah ni, hari-hari dia turun kerja.
Masih fikir positif dia ingin mencari duit lebih tak ambil cuti,sebab pkp ni mereka di bayar gaji hari bukan bulanan. Kadang bila hasutan syaitan datang aku terfikir negatif juga, dia tak nak cuti sebab nanti nak kena buat kerja rumah dan masak.
Aku nak minta pendapat pada kalian, apa yang harus aku lakukan. Aku asyik terfikir benda ni sedangkan majlis perkahwinan ku beberapa bulan lagi.
Kadang air mata aku mengalir, aku tahu mak penat. Aku cuma nak mak rehat. Ini belum lagi bila abang dah ada anak dan mereka pergi kerja, pastinya mak lah yang akan menjaga anak mereka.
Bila aku berkahwin nanti, ada masanya aku pun kena korbankan untuk berada di rumah mak mentua bila raya. Kakak ipar pun, aku lihat lebih suka bermalam di rumahnya bila perayaan.
Bila aku tak balik, abang dan kakak ipar di rumahnya, mak aku akan kesunyiaan. Nak bawa mak tinggal sekali, aku tahu mak takkan mahu, dia dah suka tinggal kat rumah yang aku belikan untuk dia ni.
Aku pun suatu hari akan menjadi menantu dan pendatang baru di rumah orang lain. Semoga aku juga tidak mengguris perasaan mentua nanti dan mampu menjadi menantu yang baik. Aku sayang kakak ipar, cuma aku tahu mak penat.
KISAH KE 2. Mak mertua aku baik tapi suka mengumpat menantu2. Aku tak nak bersubahat, aku terpaksa buat….
Bismillah. Ramai yang berkongsikan kisah ‘buruk’ bila berdepan dengan ibu mertua. Aku faham sangat, almaklumlah, baru berkahwinkan. Tak apa, Aku nak kongsi serba sedikit macam mana aku buat dengan ibu mertua aku sendiri. Fikiran perempuan sangat compIicated, tapi kita boleh tune jadi lebih baik. Sila hadam ya masing – masing.
Aku Nazha, berumur 35 tahun dan baru kahwin 4 tahun. Maknanya aku berumahtangga umur 31. Terus terang aku katakan, masa baru – baru kahwin, aku menyampah sangat dengan mak mertua aku. Mak mertua aku ni kerja dia mengumpat je. Apa yang dia nampak semua tak betul. Apa yang orang masak semua tak sedap. Dia aje yang masak sedap. Aku ni pulak kerja kat International firm. Tau – tau lah, satu dunia ada kat ofis aku.
Meraikan pelbagai budaya, pelbagai bangsa. Officemate aku India membesar kat London, Afrika membesar kat Amerika, Malaysia membesar dekat New Zealand, Chinese membesar dekat Canada, American, Australian dan macam – macam lagiIah. Susah nak dengar diorang ni mengumpat dan memperkatakan perihal orang lain. Kami lebih berborak kepada isu – isu semasa dan hal ilmiah. Jadinya, aku dah terikut dengan sikap kawan – kawan aku ni. Malas nak ambil pusing pasal orang.
Dijadikan cerita, aku pun menamatkan zaman bujang. Aku masa mula – mula, dalam setahun lebih kurang, perasaan aku macam tak senang kalau jumpa mak mertua aku. Mengumpat je kerja dia. Menantu – menantu dia semua diumpatnya. Semak sangat kepala aku. Mak mertua aku ni baik, tapi ntah la, semua tak betul dekat mata dia. Aku sampai nak elak – elak jumpa dia. Benci sangat sebab dia menjadikan aku bersubahat, untuk kongsi d0sa dengan dia.
Kemudian, entah macam mana, dari perangai giIa – giIa, aku sikit-sikit berubah. Aku suka dengar radio IKIM Fm. Yelah, dah tua kan? Takkanlah nak masih macam dulu lagi. Banyak perkongsian menarik kat siaran radio tu. Antaranya dari Prof. Dr. Muhaya. Masa slot dia, ramai sangat pemanggil – pemanggil wanita (isteri) yang mengadu pasal suami masing – masing. Sekali lagi, apa yang Prof. Muhaya tekankan ialah, ‘Tengok balik diri sendiri dulu, perbetulkan diri sendiri dulu dan bersyukur mak mertua didik suami macam mana’. Aku masa mula – mula dengar macam belum boleh hadam sangat.
Bila aku meniti alam rumahtangga aku, suami aku sangat – sangat bertoleransi, memahami dan suka tolong aku. Sedetik aku berfikir, syukur sangat mak mertua aku dapat mendidik suami aku sebaik – baiknya. Jadi, bila aku fikir balik sikap suami aku, aku bersyukur dan teringatkan mak mertua aku. Ok apa yang aku buat untuk menjadi menantu yang baik:
1. Kalau mak mertua aku mengumpat orang semua tak betul, sebagai menantu korang boleh respon “oh ..iya mak” atau ‘Ooo..camtu ke mak?”. Respon jangan mengiyakan jangan menidakkan. Jadi senatural yang boleh. Mungkin Mak mentua tu sunyi, dia nak bercerita. Korang kat sini bertindak sebagai pendengar dan jangan terbawak dalam kehidupan korang pasal cerita – cerita dia. Dengar situ, habis situ.
2. Kalau mak mertua korang kata, dialah masak paling sedap, korang kena setuju je dan tambah “paling sedap dalam dunia”. Tundukkan eg0, walaupun ko seorang chef sekalipun. Puji mak mertua bagi meIambung sikit, InshaAllah bila hati dia berbunga, dia pun gembira.
3. Mak mertua aku pernah suap pudding manis kat baby aku. Aku tak marah, sebab dia orang tua. Aku cakap tak apa, aku suap. Depan dia, aku suap sikit – sikit je. Bila dia ke dapur, aku yang ngap pudding tu. Bila dia ke depan balik, aku cakap baby aku suka sangat pudding mak buat. Padahal aku yang makan. Aku tak nak la keruhkan mood dia, masak pudding untuk baby aku, tapi aku tak bagi. Jadi, aku ambil jalan seIamat supaya dia tak kecik hati.
4. Mak mentua aku pernah tegur aku depan orang ramai. Siap menjerit kau Sedih sangat, sampai nak menitik air mata aku. Makan hati jugak 2, 3 hari tapi lepastu aku OK. Aku fikir, semua tu untuk kebaikan aku. Dah tak payah ingat – ingat, so tak adalah kecil – kecil hati.
5. Kalau mak mertua korang masak, tapi ko tak tau nak tolong apa, ko pergi je dapur. Buat – buat tanya walaupun benda bod0h. Contoh ‘ Oh. Macam ni ke pot0ng sayur ni mak? Saya suka pot0ng bulat – bulat. Ataupun “ Wah Cantik pinggan mak”. “ Eh Mak baru beli ke periuk ni?” atau ‘Oh Masukkan santan kemudian ya mak?” Ko ajak je mak mentua korang berborak. Macam mak mertua aku, kalau tunjuk muka kat dapur pun jadilah. Borak – borak dengan dia walau tak tau nak buat apa. Tunjuk macam korang ambil berat pasal apa yang terjadi kat dapur.
Setakat ni, ini je yang aku teringat. Kalau ada lebih, nanti aku tulis lagi. 3 tahun kahwin, baru ada anak. Alhamdulillah, aku berterima kasih sangat kat mak mertua aku sebab jaga aku masa pant4ng. Makanan pant4ng yang dia sediakan memang tahap 5 star. Bukan makanan pant4ng yang biasa dan boring – boring tu. Ternyata mak mertua aku memang the best chef. Dia jaga anak aku, cucu dia dengan penuh kasih sayang.
Kalian, tolong ingat ya, Mak Mertua ibarat mak kita sendiri. Sanggup ke korang ngumpat – ngumpat dia, s4kit hati dengan dia lama – lama, benci dengan dia? Sudah – sudahlah. Pahala mentaati dia sama dengan mentaati mak sendiri ya? Jadi, apa lagi? Kita cubalah ubah diri jadi lebih baik. Sekarang aku lah best friend Mak mertua aku. Terima kasih Mak – Nazha