Abah garang sbb tu kami xrapat. 1syawal terdetik nk kol abah tp aku abaikn, tiba2 aku dpt brita abah dh mninggal.

Foto sekadar hiasan. Aku Ayesha berusia di hujung 20 an dan menetap di Putrajaya. Ibu bekerja dengan anak kecil dua orang. Alhamdulillah dikurnia suami yang baik dan sangat memahami. Yes confession ni lebih kepada luahan anak kepada abah. Abah telah pergi meninggaalkan kami beberapa hari. Aku rindu. Terlalu rindu. Aku menyesal dengan apa yang aku dah buat kat abah.

Abah lahir dari broken family. Kehidupan abah susah sangat mengikut yang diceritakan. Abah kehilangan kedua orang tuanya sejak kecil dan dia tak mendapat pendidikan dan mungkin juga sebab abah banyak hidup sendiri, akhlak abah kurang baik.

Abah usianya menjangkau 70an tahun ini. Alhamdulillah ksihatan abah baik dan abah memang seorang yang kuat bekerja. Tak suka curi tulang dan rajin.

Aku nak berkongsi serba sedikit tentang abah. Abah yang aku kenal dari aku kecil seorang yang panas ba ran, agak cermat dan boleh aku kategorikan kedekut. Pantang harta benda nye terusik memang ringan tangan nye ke atas kami.

Abah yang aku nampak tak suka memberi kepada orang luar. Masa tu aku rasa sksa nya kami tak dapat nak ajak sesiapa datang rumah makan makan. Walaupun kami tahu abah mampu.

Kadang kadang aku berkecil hati dengan abah suka membandingkan kami dengan anak orang lain yang berjaya.

Abah suka dan bangga bila tahu orang berkerjaya macam pakcik makcik kat kampung lah suka dengan orang keje gomen. Mungkin dulu lah, sekarang dah ramai yang lebih faham.

Abah agak jahil bab agama. Bila berkahwin dengan mak yang pandai mengaji, pandai solat lama lama abah terikut dengan mak. Yes abah dah mula solat dan puasa walaupun solat tu hanya yang wajib, alhamdulillah.

Bab panas ba ran abah memang ramai orang tahu. Maaki hamun tu mainan abah saja. Pantang terusik sikit memang ringan mulut nya keluar perkataan yang tak sedap didengar.

Ketar kaki lutut bila dia start maakin hamun dengan suara halilintar tu jiran kiri kanan belakang dah biasa.

Mula mula dulu aku pun tak faham kenapa mak boleh bertahan dengan abah yang macamni perangainya. Emak baik tapi aku perasan bila isteri tu tak dilayan selayaknya seorang isteri, dia akan menjadi keras susah dilentur.

Tapi mak tetap jalan kan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu. Begitu juga dengan adik beradik aku masing masing dengan suara keras dan jarang nak berlemah lembut. Mungkin ksan didikan abah kepada kami.

Bila semaakin lama dimamah usia aku mula perasan abah dah tak suka marah marah. Dia lebih rela diamkan diri walaupun dia tau dia tak salah.

Kami pun adik beradik dah beranak pinak. Abah dah maakin tua kudrat pun tak daya mana. Tapi tempat kediaman dan makan semua cukup untuk seisi rumah di kampung.

Bagusnya abah dia tak tinggal solat sejak dia berkahwin dengan mak dulu. Sampai dia skit pun dia masih jaga solat walau dengan tayammum.

Tapi abah memang tak pandai mengaji cuma dia tak pernah larang mak dan kami nak tuntut ilmu akhirat. Dia sokong dia hantar saja ke mane tempatnya.

Abah mula skit bila jari kaki nya kena potong. Tak banyak hanya separuh tapi ya untuk usia senja nya agak lambat untuk sembuh.

Tapi kali ni abah betul betul nak sihat. Abah ikut semua saranan doktor. Pantang makan betul betul. Abah semaakin hari nampak semaakin sihat bekas luuka pun nampak kering.

Ya aku memang nak balik tapi kerana MCO yang semaakin ketat lebih lebih lagi KL Selangor mencatat ke s tertinggi aku batalkan niat aku.

Lagi pulak abah hanya di rawat di klinik swasta. Jadi tak ada surat dari hspital yang lebih kukuh untuk aku ziarah abah. Ya aku rindu sangat. Kalau sebelum ini hampir setiap bulan aku pulang ke kampung.

Raya sendiri bersama suami dan anak di rumah alhamdulillah okay okay saja. Pagi raya sempat aku bervideo call bersama family dan saudara mana yang rapat.

Aku memang dah tergerak nak call abah raya ni tapi entah macamane aku tekan butang call aku terus matikan dek kerana anak aku tiba tiba tak sihat menangis menangis.

Aku sibuk mencari mane klinik yang buka 1 syawal tu sebab anak aku dah dua tiga hari tak nak makan. Yelah sebagai ibu ni bila anak skit memang agak sibuk. Lama lama aku pun terlupa nak call abah.

Tapi macam biasa call mak hampir setiap hari bertanyakan perihal abah. Ya Allah. Kat sini lah aku rase menyesal sangat.

Aku memang tak berapa rapat dengan abah mungkin sebab sikap abah sebelum ni menjadikan kami takut dan adakala kurang hormat.

Tapi untuk aku, aku tetap hormat abah dan jarang aku meninggi suara kepada abah. Abah tetap abah. Cuma aku tak pasti bagaimana mak dan adik beradik aku yang lain melayani abah ketika abah skit.

1 Syawal berlalu sehingga lah seminggu aku hanya akan call mak bertanya tentang keadaan abah. Aku kirimkan sedikit wang untuk biaya keperluan abah walaupun abah tak ada masalah tentang kewangan.

Yelah nak berjasa menjaga mereka belum ada ksempatan, jadi aku kirimkanlah apa yang ada mengikut kemampuan aku.

Selepas seminggu syawal, aku mendapat perkhabaaran abah pengsan subuh tu dan aku memang tak sedap hati. Lain macam kali ni.

Aku video call abah masa tu abah dah separuh sedar sedang menanti ambulan sampai. Abah masih ingat aku dia senyum saja. Aku dah menangis teresak esak. Aku nak balik sangat.

Aku teringat ada seorang kenalan frontliner untuk bertanyakan surat merentas negeri tapi dalam ke s aku mereka memang perlukn surat hspital. Lebih lebih lagi di waktu itu banyak ke s penipuan berhubung surat rentas negeri.

Sedangkan hspital masa tu tak dapat keluarkan surat bagi mengesahkan abah dirawat. Sampailah abah ditransfer ke hspital besar. Aku merayu lagi tolonglah aku memang nak balik.

Alhamdulillah aku dapat surat pelepasan sebelum asar itupun bersyarat surat hspital mesti dihantar setelah dapat nanti. Tak ke sah janji aku dapat balik nak tengok keadaan abah.

Terima kasih sangat kepada mereka yang memudahkan urusan aku untuk pulang ke kampung. Dalam perjalanan aku mendapat perkhabar an abah telah di transfer ke ward dan tiada waris dibenarkan untuk menunggu. Jadi keluarga ku pulang dulu ke rumah.

Sesampai aku di rumah aku mengambil keputusan untuk pergi ke hspital esok pagi pagi untuk melihat keadaan abah. Tetapi lebih kurang jam 11 malam seorang doctor call memberitahu jantung abah stop Ya Allah.

Doctor sedang membuat cpr tetapi dgn keadaan abah yang tidak berapa baik doctor tidak recommend untuk cpr yang lama. Doctor minta semua waris datang ke hspital dan kami terus ke sana.

Belum sempat sampai, telephone berbunyi lagi. Innalillilahi wainna Ilahi Rojiun. Abah dah tak ada. Ya Allah lemah rasa diri ini.

Fast forward aku bersyukur sangat sebab Allah memudahkan urusan abah. Setelah semua selesai urusan pengebumian aku masih stay di rumah mak untuk beberapa minggu.

Setiap malam aku terjaga teringat abah. Dan setiap kali itu aku bangun solat atau setidaknye aku doakan abah. Setiap hari kami tahlil dan yasin bersama sama untuk abah. Bila abah dah tak ada, aku perasan banyak sangat abah buat masa hayatnya.

Abah korbankan masa dengan rajin bekerja dan mengemas rumah terutama luar rumah. Abah dah siap siap letak list nama arwaah untuk tahlil di atas sekali dalam laci simpanan dokumen abah.

Kami juga terjumpa satu buku catatan hutang abah. Apa yang kami lihat banyak hutang orang yang abah dah halalkan. Ada jumlah yang agak besar abah wakaf di pusat tahfiz.

Selepas abah meninggaal juga baru aku tahu abah kerap ziarah kawan kawan abah yang skit. Tapi sepanjang hayat abah jarang jarang dia berkongsi tentang ini.

Abah tinggalkan kami dengan rumah yang selesa untuk mak dan kami anak beranak. Terlalu banyak untuk aku kenang kebaikan abah dari kekurangan abah.

Abah tetap abah walaupun dia jahil tapi dihujung usia nya dia dah mkin baik. Di setiap doa aku mengharapkan keampunan Allah untuk abah. Aku rindu abah. Senyum abah. Ketawa abah.

Sampai sekarang aku masih rasa ralat tak dapat jumpa abah sejak MCO bulan januari tak boleh merentas negeri. Abah kerap bertanya bila aku dapat balik. Tak dapat aku bayangkan abah dihujung waktu dia nak pergi tu macamane rindu dia.

Abah jarang jarang zahirkan sayang pada anak anak. Tapi aku tahu abah sayang kami. Sekarang ni aku cuma dapat tengok gambar gambar abah dan sedikit video abah dalam simpanan.

Ini sahaja luahan aku rindu untuk abah. Pembaca budiman tolong doakan semoga Allah menerima kebaikan dan memaafkan setiap dosa dan kejahilan abah.

Doakan aku juga sedang uruskan pusaka abah dan urusan bayaran fidyah dan zakat abah yang agak tinggi setelah di kira kira.

Akhir sekali hanya berpesan yang mana masih ade ibu ayah tu berbaktilah kepada mereka. Mereka ni bukan selamanya ada.

Bantu mereka dari segi tenaga atau keperluan. Paling tidak kerap kerap lah bertanya khabar. Bila abah dah tak ada, aku sedar aku akan rindu dia seumur hidup aku.

Aku hanya akan jumpa abah bila kami sama sama dapat ke syurga Allah. Aku mengharapkan abah memaafkan semua salah silap aku. In sha Allah selagi ada hayat kak yang, kak yang akan sentiasa berdoa untuk abah. Al Fatihah untuk abah.

Ramai terksan dengan perkongsian ini, ini antara komen komen yang paling menyentuh hati.

Syafie.BERHATI-HATI FENOMENA AKHIR ZAMAN

1. Banyak rumah semkin besar, tapi keluarganya semkin kecil.
2. Perubatan semkin canggih, ksihatan semkin buruk.

3. Melancong keliling Dunia, tapi tidak kenal dengan jiran terdekat.
4. Pendapatan semkin meningkat, ketentraman jiwa semkin berkurang.
5. Ilmu semkin tinggi, emosi semkin rendah.

6. Jumlah manusia semkin banyak, rasa kemanusiaan semkin menipis.
7. Pengetahuan semkin bagus, keadilan semkin berkurang.

8. Perzinaan semkin rancak, ksetiaan semkin pupus.
9. Semkin banyak kawan di dunia maya, tapi tidak ada sahabat yang sejati.

10. Minuman semkin banyak jenisnya, air bersih semkin berkurang jumlahnya.
11. Pakai jam tangan mahal, tapi tak pernah tepat waktu.

12. Ilmu semkin tersebar, adab dan akhlak semkin lenyap.
13. Belajar semkin mudah, Guru semkin tidak dihargai.

14. Teknologi semkin canggih, fitnah dan aib semkin tersebar.
15. Orang yang rendah ilmu banyak bercakap, orang yang tinggi ilmu banyak mendiamkan diri.

Semoga kita sedar dan Semoga kita semua tetap berada didalam lindungan Allah Subhanahu Wa Ta’ala…

Shazana. Salam takxiah untuk tt..Semoga arwaah ditempatkan dalam kalangan org2 yang beriman..sentiasalah berdoa untuk arwaah ayah..

Lina. Sedihnya, saya pun di besarkan dengan enviroment seperti tt. Tapi Saya anak angkat selalu rasa di sisihkan di maaki ibu angkat tapi ayah angkat saya baik sangat tempat saya bermanja.

Lepas je saya kahwin dah ada income sendiri saya yang banyak tolong keluarga baru nampak ibu angkat seperti sayang kat saya.

Alhamdulilah sekurang kurangnya saya masih boleh merasa kasih sayang ibu di dunia ni kan. Mak kandung ada tapi kami tak rapat sebab tak tinggal sebumbung tapi saya masih hulurkan duit belanja juga untuk mak kandung.

Sharifah. Rindu yg tiada penghujung.. moga sis sentiasa tabah.. doa anak solehah menerangi kubur abah sis..