Abg aku ckik pksa kak ipar berambus sbb nk khwin prm lain, kak ipar tetap setia tngu abg aku kembali

Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum… Aku Lily, apa yang aku nak ceritakan ni bukan kisah hidup aku tapi kisah kakak iparku yang aku beri nama Mawar. Aku tinggal dengan mereka selama 3 tahun. Dia berkahwin dengan abang aku dah 6 tahun, mereka kenal 10 tahun sebelum berkahwin, dah 16 tahun mereka bersama. Mawar seorang yang baik, berpelajaran, sangat beradab, ringan tulang.

Mereka belum dikurniakan anak tapi Mawar pernah keguguran 2kali. Abang aku, aku namakan sebagai Zack pertama kali membawa Mawar berjumpa keluarga kami ketika Mawar sedang belajar diploma di ibukota. Mawar berasal dari utara tanahair, kami berasal dari Kuala Lumpur.

Sejak itu, Mawar kerap datang sebab bila Zack ajak dating Mawar akan cakap dating di kampung kami sebab Mawar tidak mahu berdua-duaan dengan Zack sebeum nikah. Ibuayah aku peniaga kedai makan, setiap hujung minggu Mawar akan datang membantu kami.

Tahun 2014, Mawar sambung belajar peringkat ijazah di ibukota. Zack hanya membantu ibuayah di kedai, time tu dia hanya ada motor.

Mawar banyak membantu Zack mencari kerja, buatkan resume, teman setiap kali Zack dapat interview. Akhirnya Zack Berjaya masuk ke pejabat Menteri, sebagai lantikan kontrak.

Hidup Zack mula berubah sedikit demi sedikit, dia banyak dapat kerja luar yang membantu menambah pendapatannya.

Setahun dua tiga kali Zack akan pergi bercuti dengan kawan-kawan pejabatnya tanpa mengajak Mawar. Zack pun dah ada 2 buah kereta.

Mereka merancang berkahwin pertengahan tahun 2015. Dipendekkan cerita, seminggu sebelum Tarikh nikah Zack buat hal nak batalkan perkahwinan tu atas alasan sukakan perempuan lain yang dia baru kenal 6bulan semasa kerja.

Ibuayah sangat marah ketika itu dan menyuruh Zack meneruskan pernikahan mereka. Aku tak pasti Zack rela paksa atau redha jodoh dia dengan Mawar. Mereka selamat dinikahkan oleh ayah Mawar.

Untuk pengetahuan semua, sejak Mawar masuk dalam family kami dialah yang mengambil alih urusan keluarga seperti menguruskan appointment hspital ibuayah, order dan ambil ubat, uruskan bil-bil dalam rumah,uruskan baju raya, uruskan family day kami.

Mawar juga lah yang menjaga ibuayah bila Zack outstation, Mawar jugalah yang tidur dilantai hspital selama seminggu jagakan ayah kami yang ketika itu diseraang stroke, Zack hanya datang malam lepas kerja.

Mawar yang layan ibuayah ke mana sahaja mereka nak pergi. Pendek kata, Mawar lah penggerak keluarga kami. Zack hanya menghulur duit.

6 bulan selepas kahwin, Zack menyuruh Mawar berhenti belajar. Ketika itu Mawar dah tahun ke2 ijazah. Mawar mengikut kehendak Zack dan aku tengok Mawar mula bekerja.

Rupa-rupanya Zack menyuruh Mawar bekerja untuk share sewa rumah dan keperluan harian Bersama. Sedangkan duit Zack lebih dari cukup untuk menanggung keperluan mereka.

Macam mana aku tau? Sebab setahun selepas kahwin, Zack mengaku depan ibuayah yang dia belum menyentuh Mawar atas sebab memberontak ibuayah tak benarkan dia membatalkan pernikahan.

Zack masih bercinta dengan perempuan tu walaupun dah bernikah dengan Mawar. Zack pun mengaku dia menyuruh Mawar bekerja sebab dia rasa tak ikhlas nak terima Mawar.

Ya Allah,walaupun setahun Zack tak pernah sentuh Mawar, suruh Mawar berhenti belajar, suruh Mawar bekerja, layan Mawar endah tak endah tapi tidak pernah sekali pun aku tengok Mawar bersedih mahupun menjaja cerita tentang rumahtangga dia.

Senyuman Mawar tidak pernah lekang walau hakikatnya dia menderita dalam diam. Dia masih melayan keluarga kami dengan baik walaupun abang aku melayan dia dengan buruk.

Tahun kedua pernikahan mereka, aku nampak Zack makin okay dengan Mawar. Perempuan tu pun dah berkahwin. Entahla, mata kasar aku melihat mereka Bahagia.

Tidak lama selepas itu, Mawar hamil. Alhamdulillah, satu perkhabaran yang baik sebab membuktikan Zack sudah menjalankan tanggungjawab batin kepada Mawar. Tetapi,kandungan hanya bertahan 2bulan dan tiada rezeki untuk mereka.

Tahun ketiga pernikahan mereka, Zack kantoi curaang dengan kenalan lama dia. Handphone dia menyimpan gambar lucah perempuan tu yang juga isteri orang.

Nauzubillah Min Dzalik. Time tu Mawar hanya menangis, Zack memanggil ibuayah ke rumah. Konon nak tunjuk akibat memaksa dia bernikah dengan Mawar.

Ibuayah hanya minta Mawar bersabar dan menasihati Zack untuk berubah. Kejadian tu berlalu begitu sahaja, bila depan orang Zack&Mawar berkelakuan seperti tiada apa yang berlaku.

Mawar seperti biasa, seorang wanita yang sangat kuat. Pandai menyembunyikan kesedihan disebalik senyuman manis dia.

Tapi aku tahu matanya membuktikan segalanya, ada kesedihan disebalik matanya, ada duka yang terpendam, ada rasa yang dia nak luah tapi dia memilih untuk memendam perasaan.

Mawar seorang isteri yang sangat baik. Macam mana dia layan Zack dari hari pertama bernikah, macam tu lah sampai hari terakhir mereka bertemu.

Sejak berkahwin, Zack tidak pernah (sesekali ketika Mawar saakit) membuat kerja rumah. Mawar yang akan menguruskan segalanya, dari gosok baju hinggakan memakaikan stoking di kaki Zack, Mawar buat.

Hari-hari Mawar yang akan panaskan enjin kereta, masukkan beg ke dalam kereta, meletak kasut kerja di depan Zack, Zack hanya bangun,siap dan gerak ke pejabat.

Hari-hari juga Mawar akan buat sarapan, akan bekalkan lunch untuk Zack. Mawar bangun seawal 4 pagi, dia solat malam, aku saksi setiap kali solat dia tak pernah tinggal al-quran walau kadang-kadang dia hanya baca 1 mukasurat.

Tidak pernah dia miss buat bekal untuk Zack, walaupun demam saakit, selagi kaki dia boleh berjalan dia akan buat semua kerja.

Dia akan pastikan rumah bersih, kain berlipat, semua tersusun sebelum Zack balik kerja. Aku saksi semuanya sebab aku pernah tinggal dengan mereka.

Aku juga saksi setiap tahun tanpa miss Mawar akan buat surprise, atau majlis untuk birthday Zack dan anniversary mereka.

Untuk birthday ibuayah pun setiap tahun Mawar yang menjadi kepala untuk menyambut. Walaupun Zack tidak pernah buat apa-apa untuk birthday Mawar, aku lihat tulusnya hati Mawar pada Zack.

Pernah Mawar tunggu Zack balik untuk surprise birthday, Mawar dah masakkan special untuk Zack, tapi Zack balik lambat sebab pergi sambut birthday dengan kawan-kawan dia di restoran luar. Itupun Mawar sedikit pun tak marah atau bermasam muka.

Tahun ke 4 perkahwinan, mereka dah nampak Bahagia. Zack melayan Mawar macam puteri.

Mawar dah berhenti kerja, jadi suri rumah sepenuh masa sejak Zack ceburkan diri dalam perniagaan walaupun masih bekerja kontrak kerajaan.

Makin lama Zack makin kaya, dibelikan kereta untuk Mawar, untuk ibuayah, tanah dan rumah. Zack bawa Mawar dan ibuayah merata tempat dalam Malaysia. Aku Bahagia melihat senyuman Mawar semakin manis, matanya semakin bersinar.

Ketika aku rasakan yang Zack dah berubah, rupa-rupanya tidak. Penghujung tahun 2019 Zack outstation selama 3 minggu ke luar negeri atas urusan kerja.

Mawar ditinggal sendiri. Tapi minggu ke2 Zack kat sana, Mawar pergi naik bas yang memakan masa 4jam untuk jumpa Zack buat surprise sebab terlalu rindukan Zack.

Mawar tinggal kat sana selama 4hari sebelum pulang ke rumah sendirian sebab Zack masih belum selesai kerja.

Bagi Mawar cukuplah sekejap melepas rindu di hati sebab mereka tidak pernah jauh dengan begitu lama. Mawar sangat manja dengan Zack.

Awal tahun 2020 iaitu tahun ke 5 perkahwinan, Zack kantoi lagi curaang. Kali ni dengan staff hotel tempat Zack menginap ketika outstation 3 minggu.

Aku saksi Mawar terduduk, menangis teresak esak di depan Zack tanpa 1 perkataan pun yang keluar dari mulut dia.Hanya sekadar tangisan seorang isteri yang kecewa dengan suaminya yang berkali-kali menghaancurkan hati dia.

Zack hanya memberi alasan baru kenal di hotel, dan tiada apa-apa perasaan lagi dan menunjukkan depan Mawar dia mesej perempuan tu untuk mengaku dia suami orang.

Esoknya, keadaan seperti sediakala. Tiada satu pun yang berubah, Mawar masih melayan Zack seperti selalu, masih dengan senyumannya walaupun matanya bengkak dek tangisan semalam.

Bulan 9 Zack terbang ke Sarawak atas urusan kerja selama sebulan. Macam biasa, Mawar akan buat surprise kedatangan dia ke sana.

Walaupun Mawar sangat-sangat takut naik flight, dia nekad untuk ke sana sebab rindukan suaminya. Setiap kali merancang surprise, akulah akan menjadi orang tengah.

Aku juga saksi setianya Mawar pada Zack walaupun dikhianati berulang kali. Setiap kali aku tanya macam mana dia boleh kuat, jawapan dia sama ‘Manusia tak sempurna.

Ramai diuji lagi berat dari kakak’. Sekali pun tidak pernah aku dengar Mawar memburukkan Zack.

Bulan 3 tahun ni, Mawar dimasukkan ke hspital untuk pembedaahan buang ketumbuhan yang membesar Bersama baby dalam kandungan, baby pun tak dapat diselamatkan. Sampai sekarang, Mawar masih ada follow up dengan doctor.

Kesihatannya masih belum okay sepenuhnya sebab ada komplikasi ketika pembedaahan yang berjalan selama hampir 10jam.

Mawar berpantang sendiri dengan alasan kesian Zack tiada siapa nak uruskan makan pakai Zack. Zack hanya mengambil cuti selama 5hari.

Bulan 6 tahun ni sepatutnya anniversary mereka yang ke6, Mawar dah booking honeymoon Grand Lexis Port Dickson dan makan malam, tapi mereka sudah tinggal berasingan selama sebulan.

Zack dirumah mereka, Mawar sudah berpindah ke rumah sewa. Mawar hanya membawa pakaian semata-mata.

Tiada satu pun perabot, tiada satu pun makanan yang Mawar bawak. Hanya pakaian dan hatinya yang haancur. Zack kantoi masih bercinta dengan perempuan yang dia kenal di hotel.

Setahun lebih Mawar ditipu, setahun lebih mereka bercinta, dan selama itu juga setiap bulan Zack akan ke negeri perempuan tu untuk berdating.

Selepas kantoi, Zack seperti orang hi lang akal bila dia mencekik Mawar, memaksa Mawar minta ceraai dari dia. Zack menolak Mawar jatuh, Zack mencengkam tangan Mawar hingga lebam.

Dia mengaku mereka tidak pernah putus, dia mengaku dia sayangkan perempuan tu sambil tangannya dileher Mawar.

Aku hanya dapat menarik baju Zack, kudrat seorang lelaki yang aku tidak boleh sangkal. Zack lepaskan Mawar sampai terduduk, tiada air mata yang keluar, tiada esak tangis dari Mawar.

Zack keluar dari rumah, Mawar hanya duduk terdiam di tepi dinding, lama dia termenung, hinggakan dia baring dan terus tertidur di situ.

Langsung tiada kata, tiada air mata yang keluar. Aku hanya sedar dia bangun jam 4 pagi, mandi, solat sambil dengar esakan dia dari dalam bilik. Mungkin sedang meluah perasaan kepada yang Esa.

Seminggu Zack keluar tanpa berita, hanya call ibuayah untuk memberitahu dia ingin berpisah dengan Mawar atas alasan sudah tawar hati.

Akulah yang menemani Mawar hari-hari. Ketika Zack balik semula ke rumah, dia ajak Mawar berbincang. Dia nekad dengan keputusannya untuk berceraai.

Aku hanya dengar Mawar tanya ‘Kenapa abang nak berceraai? Saya ada salah apa-apa ke?’. Itu sahaja. Yang lain apa yang Zack cakap Mawar hanya mengangguk kerana tiada pilihan.

Mawar sendiri memilih untuk keluar dari rumah tu sebab dia tidak kuat nak tinggal di tempat yang penuh dengan kenangan.

3 hari selepas itu, Mawar pun keluar dari rumah. Paling menyayat hati aku, bila Mawar mengemas rumah, membasuh baju Zack, menggosok baju kerja Zack untuk 2 minggu, melipat, mengemop lantai, masak untuk Zack pada hari yang sama Mawar keluar.

Serba serbi Mawar uruskan sebelum keluar untuk selamanya. Mawar cakap biarlah Mawar keluar dengan keadaan rumah yang bersih. Entahla apa ayat yang sesuai aku nak gambarkan, sungguh sempurna Mawar menjaga rumahtangga dia.

Pertama kali aku lihat dalam almari Zack sebab membantu Mawar mengemas, terkejut aku betapa rapinya Mawar meyusun cantik, membezakan warna-warna ikut turutan, mengasingkan pakaian harian dan pakaian kerja seperti aku lihat di butik pakaian.

Pakaian Zack dua almari besar, pakaian Mawar hanya 1almari kecil. Mawar cakap dia tak pandai shopping, lagipun baju-baju lama masih elok dipakai, tersentuh aku melihat Mawar tunjuk seluar dia yang dah 10tahun lebih masih dia pakai. Allah, sungguh kejaam Zack membalas budi baik Mawar menjaga rumahtangga mereka.

Ketika ingin melangkah keluar untuk kali terakhir, Zack hanya duduk di sofa membekukan diri. Mawar berjalan perlahan ke arah Zack untuk bersalaman.

Aku lihat airmata Mawar laju mengalir, seperti empangan yang pecah, dia salam ciuum tangan abang aku. Dia mohon maaf pada Zack, mohon halalkan semuanya, mohon Zack redha dia memilih untuk keluar dari rumah tu.

Dia pluk Zack sekuat hati dia, dia menangis teresak esak dalam plukn tu walau aku nampak Zack hanya kaku, tiada setitis pun airmata,tiada balas pluk untuk Mawar, sekadar memegang bahu Mawar.

Mawar melangkah keluar dengan esakan yang kuat, air matanya tak berhenti mengalir sambil mulutnya tak berhenti beristighfar.

Kini dah 3 minggu mereka tidak sebumbung. Aku lah yang membantu dan menemani Mawar sejak berpindah. Cuma Mawar minta aku rahsiakan tempat tinggal dia dari pengetahuan orang lain.

Selama 3minggu ni jugalah Mawar terpaksa bersendirian follow up doctor, bersendirian menahan saakit, bersendirian dirumah sewa, keluarga Mawar jauh di utara hampir 7jam perjalanan dan sekarang PKPD di Kuala Lumpur membuatkan pergerakan Mawar terbatas.

Mawar tidak menceritakan hal ini kepada sesiapa pun hatta makayahnya. Yang tahu hanyalah keluarga sebelah kami, keluarga Mawar masih tidak tahu sebab Mawar sebatang kara kt sini. Berhijrah kerana belajar, berhijrah kerana cintanya pada Zack.

Selama 3 minggu aku menemani Mawar, buat pertama kalinya air mata aku jatuh. Melihat kesedihan. Kedukaan di hati Mawar. Berat Mawar turun mendadak, cengkung, lesu.

Seminggu pertama aku hanya lihat Mawar dengan telekungnya, al-quran tak lekang di tangan, tertidur dengan telekung, makan roti je sehari sekeping selama seminggu.

Andai ada kawan atau family yang call, Mawar bercakap dengan mereka seperti biasa. Mawar lah pelakon terhebat selama 3 miggu aku teman dia.

Dia berlakon dia okay, dia berlakon menjaga nama baik suami dia, dia berlakon seolah olah suami ada disisinya.

Setiap kali ke appointment doctor dia akan update status cakap terima kasih suami menemani, sedang hakikatnya dia keseorangan.

Dia hanya buat sebab tak nak sesiapa syak yang dia tengah bermasalah. Dalam group family kami pun dia masih aktif membalas komen, Mawar seorang yang sangat disenangi oleh adik beradik dan ipar kami.

Selama itu juga Mawar tak pernah sesaat pun melupakan Zack, kadang-kadang dia tanya aku Zack kerja tak, Zack makan apa.

Kakak makan ni teringat kat Zack mesti dia makan Maggie atau order grabfood. Kakak nak masak untuk Zack boleh tak nanti Lily hantar ke rumah sana.

Tapi dia mematikan hasrat untuk kirim makanan ke Zack sebab dia risau Zack tak suka. Mulutnya tak lekang tanya aku rumah kemas tak, berselerak tak.

Baju-baju kerja dia tinggal berapa pasang yang belum pakai, nanti siapa nak gosok, Zack tak pernah pegang iron pun.

Tuala Zack tukar tak, selama ni selagi kakak tak tukar selagi tu dia guna tuala yang sama.

Kalau sampah penuh tolong buangkan sebab Zack tak pernah buang sampah melainkan Mawar minta tolong. Mawar tengokkan air dalam peti ais kalau habis mawar bancuhkan tambah yang baru. Sebab Mawar akan pastikan setiap masa akan ada air 1 jug di dalam peti ais untuk Zack minum bila-bila masa dia nak.

Selama aku tinggal dengan mereka pun, buah selagi tak dikopek Zack tak akan ambil untuk makan. Mawar jugaklah yang akan pastikan buah sentiasa dikopek untuk Zack makan. Begitulah Mawar, begitu banyak pesanan bila aku balik ke rumah Zack.

Ada sekali Mawar ikut aku balik ke rumah Zack, ketika Zack pergi kerja. Mawar duduk kaku di atas sofa rumah, mengalir airmata dia.

Dia cakap dia rindu rumah ni, dia rindu dengan rutin harian dia selama 6 tahun. Mawar cakap selalu di sofa ni Zack letak kepala atas riba Mawar, di sofa ni juga Mawar menonton TV dengan Zack.

Tulusnya hati Mawar, sanggup kemaskan rumah untuk Zack, melipat baju yang dah 2minggu Zack tak lipat sejak pemergian Mawar.

Mawar juga sempat masak untuk Zack sebelum kami beredar dari rumah tu sebab masih banyak bahan mentah di dalam peti sejuk mereka yang dibeli sebelum Zack buat hal.

Ada sayur yang dah membusuk, bawang yang dah tumbuh akarnya Zack tak pernah pedulikan. Mawarlah yang tolong kemaskan semuanya.

Paling menyedihkan bila aku selalu lihat Mawar buka whatsapp Zack membaca semula conversation mereka yang lepas, yang sweet, Mawar senyum sendiri walau senyumannya tak semanis dulu.

Kadang-kadang dia scroll balik gambar mereka, dia throwback semula tempat yang mereka pernah pergi. Kadang juga dia bercakap sendiri apa salah dia Zack tinggalkan dia, apa kurang dia.

Mawar juga tak tahu nak bercerita pada family dia sebab terlalu mendadak keputusan Zack.

Mawar cakap biarlah Allah mengatur urusan hidup dia. Mungkin ada hikmah PKPD di sini, mahkamah tutup dan Tarikh belom ada untuk failkan penceraaian.

Jangan tanya kenapa ibuayah tak masuk campur, sebab ibuayah aku dah berubah sejak Zack menabur kemewahan pada mereka, ibuayah terlalu jaga Zack sampaikan Zack tinggi suara pun ibuayah terima.

Ibuayah lupa jasa Mawar pada mereka, ibuayah tak pernah menasihati abang aku atas sebab risau Zack marah dan tidak memberi mereka duit.

Pendek kata, ibuayah dah gelap mata kerana duit Zack. Mereka hanya berdiam diri sampai ke saat ini. Tiada call, tiada whatsapp untuk Mawar mahupun Zack.

Masuk minggu ke3 keluar dari situ, Mawar dah makin okay. Dia dah apply kerja, masa yang sama dia juga apply untuk sambung ijazah partime.

Aku melihat dia cuba untuk bangkit,berusaha untuk sibukkan diri walau setiap kali solat, aku dengar dia menangis teresak-esak.

Mawar, hatinya penuh dengan harapan Zack menarik balik permohonan ceraai tu walaupun hakikatnya selama 3minggu Mawar keluar dari situ, Zack langsung tak menghubungi Mawar. Zack sekadar whatsapp untuk maklumkan proses penceraaian mereka.

Mawar seringkali bertanya padaku andai ada harapan mereka berbaik, kakak rindukan Zack, kakak tak pernah ada lelaki lain sebelum dia,hari-hari hidup kakak dengan dia dah 16tahun macam mana kakak nak biasakan diri.

Zack terlalu kejaam buat Mawar macam ni. Zack lupa siapa dibelakang dia sejak dia tak punya apa-apa sehingga dia diberi kemewahan. Zack lupa siapa yang menguruskan rumahtangga dia dengan sempurna.

Mawar kakakku, sungguh kuat hatimu diuji,tak pernah kau sekalipun memburukkan suamimu yang seringkali mengkhianatimu, aku saksi sempurnanya kau uruskan abang aku, aku saksi betapa kau ingin membahagiakan abang aku dan ketepikan perasaan kau sendiri. Aku saksi kau mengorbankan kerjaya&pengajian kau untuk suamimu.

Aku saksi kau bersusah payah dengan abang aku sampai dia Berjaya sekarang. Mawar, kekallah menjadi seorang wanita yang tabah, yang murah dengan senyuman, yang beradab.

Aku rindu Mawar yang dulu, yang ceria. Maafkan abang aku atas dosa dia padamu. Semoga Allah gantikan kebahagiaan yang hakiki untukmu.Kau tetap kakakku dunia akhirat.

Allah, jagakan Mawar. Pegang hati dia selalu, bukakanlah jalan untuknya, bagilah dia pilihan yang terbaik. Padamlah segala kedukaan dihati dia. Hapuskan airmata dia. Tolong doakan kakak ipar saya. Terima kasih semua.

Ramai terkesan dengan perkongsian ini. Ini antara reaksi netizen.

Ros. Kesian mawar. Mgkin sudah terbawa sikap setia ibunya kepada ayahnya tnpa mawar tahu. Lelaki seperti zack , tidak akan pernah menyerah utk mawar. Mawar tak salah. Mawar cuma salah suami.

Lily, bagitahu mawar, terimalah perceraaian itu dgn hati terbuka. Dan pulanglah ke pangkuan ibu ayah mawar. Mulakan hidup baru dan kebahagiaan. Jangan bagi mawar duduk sewa sendiri. Jiwa mawar pastu sunyi.

Dan terus mengharapkan zack yang sudah meninggaal. Mawar, zack sudah melepaskan kamu pergi. Cari lah bahagia untuk dirimu. Kamu hebat tidak menceritakan pd sesiapa pun ttg zack. Jd kamu pasti hebat utk teruskan hidup sendiri

Amelia. Like father like son la citer dia. Cakap kat bapak ko, dia ada anak perempuan. Jangan hingke sangat luuka kan hati menantu, sbb x tau nnti org buat anak perempuan dia mcm mana pulak.

Aku doakan dipermudahkan urusan dorang, n Allah padam terus kasih sayang Mawar tu kat zack, n semoga dia dpt jodoh terbaik. Zack pulak biar dapat bini pemalas n kaki belasah suami. Adan uke

Mujahid. Aduii kesian ada, geram pun ada. Kalau saya kakak kpd Mawar, nak je cakap, Mawar jangan jadi pathetic sangat, know your self worth. Suami yg baik tak buat isteri dia macam ni.

Zack tu OKU ek sampai tak dapat nak urus diri sendiri?
Org² OKU pun pandai berdikari, urus kehidupan sendiri..

Kenapa Mawar sampai nak buat semuanya utk Zack, it is so not worth it, dia tak deserve semua tu, kalau Mawar later dapat suami yg baik, yg jaga Mawar baik², yes, dia deserve semua layanan tu…

Rimah. pelik kenapa perlu jadi hamba rumahtangga smpkan stokin suami disarung ke kakinya.. betul2 merajakan suami.. sbb tu suami x hargai isteri sbb pada dia isteri perlu hambakan diri bila dia kunun provide segalanya dlm rumahtangga…

kenapa rumahtangga jadi camtu.. sbb ALLAH nak isteri tu sedar yg dia perlu jadi hamba ALLAH.. bukan hamba suami & rumahtangga… Islam x ajar smp tahap tu isteri perlu jalankan tanggungjawb dalam rumahtangga..