Curi la duit aku dlm bank pn, kau jugaklah anak aku yg bawa aku pergi klinik bila aku saakit

Foto sekadar hiasan. Terima kasih admin sebab sudi siarkan kisah saya. Tapi ini bukan kisah saya. Ini kisah adik ipar saya. Hehe. Adik ipar saya seorang perempuan. Maksudnya adik saya seorang lelaki la kan? Hehe. Kisah ni bukan membuka aib sesiapa cuma ingin dikongsi supaya boleh dijadikan pengajaran untuk orang lain…

Secara umumnya saya tidak pernah ada masalah dengan adik saya atau isterinya. Itu apabila secara berhadapan la. Maksudnya kami masih bertegur sapa, bermanis muka bila berjumpa, malah sangat baik hubungan dia sosial media. Dia ‘like’ saya, saya ‘like’ dia. Huhu

Tapi secara peribadi, kami adik-beradik agak tidak ‘ngam’ dengan adik yang seorang ni. Normal la kan. Bahkan kami ada group whatsapp yang ada semua adik-beradik kecuali yang seorang ni. Group ni dah bertahan 8 tahun

Nampak tak betapa kami memang tak boleh sehaluan dengan dia. Tapi bila raya ke, birthday party ke, jumpa kat rumah mak ke, kami semua ok saja bersembang sambil ketawa. Kami bukan bermusuh, tapi kami tak rapat. Tu saja

Apa kisah di sebalik semua ni? Adik saya ni memang ‘liar’ sikit orangnya. Waktu bersekolah dulu dia memang agak bermasalah. Mak abah pernah dipanggil ke sekolah. Cuma Alhamdulillah dia tidak pernah sehingga melibatkan ke s polis.

Hihi syukur kan. Masa kecil umur 10 tahun pun dia pernah mencuri duit abang sehingga dibelasah teruk. RM200 tu. Dia jugak pernah mencuri gelang emas saya.

Tapi selepas saya cakap terus terang yang saya tau siapa pencurinya, dia ganti semula dengan duit walaupun nilainya tak sama. Kakak saya pun pernah jadi mngsa jugak.

Senang cerita, dia ni kalau sebab duit, dia akan jadi pentingkan diri sehingga sanggup menipu. Faham kan?

Disebabkan dia tak dapat keputusan yang baik dalam SPM, peluang kerja dia memang agak terhad. Dia pulak memang jenis tidak berdisiplin. Dia hanya kerja bila dia rasa perlu. Bila bosan dia akan berhenti.

Bila dia dah berumahtangga, pendapatan dia yang sedikit dan tidak tetap tu memang menjadi satu masalah besar la kan. Dia duduk serumah dengan mak ayah sebab tak mampu menyewa rumah lain walaupun isterinya juga bekerja

Bila mereka dah ada anak, mak yang tolong jaga di rumah. Ya la kan, dah serumah. Tapi mak tak kadang2 tak di’bayar’. Bukannya sebab ada duit bulanan lain yang dah diberikan kepada mak.

untuk ayah beli lauk ke, bil air dan elektrik ke, memang tak ada. Apatah lagi ‘upah’ mak menjaga anaknya. Ok takpe kami fahamlah yang dia bergaji kecil. Tak mampu. Tapi……..

Satu hari ni, ayah dapat bil elektrik berwarna merah. Tertunggak RM8000 Bukan lapan kosong kosong. RM8k Ahhhh sudah Tugas bayar bil ni kerja adik

Ayah memang bagi RM200-300 sebulan pada dia untuk bayarkan bil. Dah lama dia sorokkan hal ni sampai dah menimbun.

Macam mana boleh tak kena potong pulak bekalan elektrik kalau dah sampai 8ribu? yang baca ni mesti terpikir macam tu kan? Haaa dia bayar ‘current charges’ saja. Tunggakan dia tak bayar. Bijak pulak kan? Haha.

Akhirnya ke s tu selesai dengan satu penumbuk abang hinggap lagi ke muka dia selepas beberapa tahun. Tak perlu la korang tau siapa yang bayar. Nanti lagi saakit hati. Haha,

Susulan k3s tergemp ar ni, (walaupun banyak k3s2 kecil yang saya tak perlu cerita di sini, seperti dia keluarkan duit ayah guna kad ATM, atau dia beli kereta guna duit ayah selepas pujuk rayu ayah…. eh tercerita pulak)

Akhirnya dia dan isterinya menyewa di rumah lain. Dekat sahaja dengan rumah mak.

Jadi kami memang akan bersua muka dengan dia. Cuma macam saya kata tadi, kami tak bermusuh dan k3s dah dianggap selesai.

Walaupun kami masih tak berpuas hati dengan tindakan dia, kami taknak pecah belahkan keluarga. Kami buang yang keruh, dia ambil yang jernih. Begitulah ibaratnya haha

Eh tadi intro kata nak cerita pasal adik ipar Ni cerita adik sendiri.

Ok isunya sekarang, adik ipar saya ni, walaupun dia tau kisah sebenar adik saya ni, sebab dia sentiasa ada di sisi adik saya, tapi, di media sosial, dia jenis suka memerli Dia jenis suka ‘share’ artikel itu ini, tag kawan sana sini, dan ‘acah2’ seperti dia mngsa keadaan.

Kami pun tak tau apa agaknya cerita yang disampaikan pada ahli keluarganya atau kawan-kawan sepejabatnya, tapi artikel yang di ‘share’ semua berbaur sinis

Kadang2 jela yang melibatkan isu keluarga, sebab selalunya dia suka melepaskan kemarahan dengan status2 memerli di fb, ig story, atau whatsapp status dia.

Seolah-olah hidup dia memang dikelilingi musuh. Ada saja yang tak puas hati setiap hari. Tapi ayatnya macam berbunyi redho lah, pasrah lah, tabah lah, husnuzon lah, nampak tak permainan dia? Boleh bayangkan?

untuk pengetahuan korang, kami adik beradik lain bukanlah semewah mana. Alhamdulillah ada pekerjaan tetap yang mampu menyara keluarga sendiri dan sedikit sebanyak ada membantu kewangan mak ayah.

Mampu kirimkan wang bulanan walaupun tak banyak. Memang saya tinggal jauh daripada mak ayah. Adik beradik lain semua berhampiran saja dengan mak ayah. Abang kakak pun hampir setiap hari menjenguk mak ayah di rumah.

Adik pun sama jugak. Walaupun dah berpindah disebabkan k3s tu, dia masih selalu menghabiskan masa dengan mak ayah. Datang ke rumah. Bersembang mesra.

Walaupun kadang2 keluar makan, ayah yang belanja makan. Tapi yang adik ipar post kat fb, “Weekend jalan2 dengan atok nenek”. Ahaks

Nampak tak nampak tak? Korang tak nampak behind the scene kan? Korang hanya nampak anak menantu yang sangat baik menghabiskan masa hujung minggu bersama mak ayah dan cucu2. Hihihi

Kalau jalan2 pun, naik kereta ayah. Memang adik yang tolong memandu, tapi, ayah yang kena bayar duit minyak. Tol pun ayah bayar.

Kalau bercuti dan menginap di hotel, pun ayah yang bayar. Tapi post di fb apa? Hurmmm korang agak2 jela ya. Tapi ini semua tak jadi masalah untuk ayah. Sebab ayah yang membenarkan ini semua terjadi.

Maksudnya? Ayah tak kisah diperlakukan macam tu. Ayah dah kenal hati budi anak dia. Curi la duit aku dalam bank pun, kau jugaklah anak aku yang bawa aku pergi klinik bila aku saakit. Dulu kami pun tak puas hati bila ayah menangkan adik.

Tapi akhirnya kami terima saja. sebab ayah ada hak atas hidup dia. Duit dia. Buat apa kami nak ksiankan ayah dipergunakan oleh adik walhal ayah tak kisah pun?

Jadi, sekarang apa isu yang menyebabkan saya ingin menulis di confession ni? Kata dah settle?

Haaaa baru-baru ni adik ipar saya ada share artikel di fb… tentang anak yang kurang pandai tapi ditakdirkan menjaga mak ayah. Boleh relate tak guys? Kononnya memerli saya dan adik beradik lain.

Artikel tu kata anak yang lain cuma berkemampuan dari segi wang, tapi tak menjaga kebajikan mak ayah. Kawan-kawannya mestilah nampak yang dia selalu berkepit dengan mak ayah, ke sana sini macam keluarga bahagia. Kami? Saya? Jarang2 ada bersama mak ayah

Saya tak kisah pun dia dan suaminya nak habiskan harta ayah sekalipun, sebab tak dinafikan memang suaminya yang ‘menjaga’ mak ayah kami pun kan? Kalau betul sayangkan mak ayah, jagalah seikhlas hati. Kami pun berterima kasih sebab bahagiakan mak ayah kami.

Tapi tak perlulah perli memerli di sosial media seolah-olah kami ni tak sayang mak ayah sendiri. Bersyukurlah yang kami tak pernah buka aib dia dan suami kepada siapa2.

Apa yang suami dia buat selama ni, yang tau hanya keluarga kami anak-beranak saja. Allah Maha Mengetahui

Adakah adik ipar saya ni puas hati dapat memerli kami tanpa kami bersuara? Dia rasa dia menang di mata kawan-kawannya yang belum tentu tau kisah sebenar?

Saya tidak akan sekali-kali bertindak bodoh memberi respon di media sosial sekiranya itu yang dia harapkan.

Dah bertahun-tahun tapi saya masih bersabar kerana saya tau saya tidak sebodoh itu. Saya masih ada kebijakan untuk bertindak. sebab tu saya hantar confession ni Hihihi.

Sambungan.Assalamualaikum semua pembaca… Terima kasih atas semua komen di confession saya sebelum ini.

Saya menulis respon ini hanya 2 jam selepas ia disiarkan di fb. Walaupun rata-rata komen mengecam tindakan saya sebagai kakak ipar, entah mengapa saya tidak pula berasa saskit hati atau sedih.

Saya ingin meminta maaf sekiranya confession saya menyebabkan ada pihak yang saakit hati membacanya.

Saya juga bukan mengharap untuk diberi sokongan untuk tindakan saya. Saya juga tidak marah kepada mereka yang mentertawakan saya kerana dikecam teruk di situ. Tidak mengapa.

Saya terpanggil untuk menjelaskan beberapa isu. Maaf jika tulisan sebelum ini mengandungi banyak ‘bunyi’ yang tak perlu seperti haha hihi huhu.

Kedengaran seperti psiko tetapi saya cuba menghasilkan tulisan yang kurang serius dan tidak mengundang kebencian anda kpd adik saya. Mungkin caranya salah. Maafkan saya

Ada yang mengatakan saya cemburu dengan adik ipar. Mungkin benar saya cemburu kerana dia dapat menghabiskan masa dengan mak ayah saya sedangkan saya jauh.

Tapi saya tidak lagi cemburu jika berkaitan dengan duit ayah. Sehinggakan jika rumah ayah itu hendak diwariskan kpd adik pun, saya tidak kisah. Kerana memang dia yang banyak menjaga ayah

Ada yang mengatakan saya toksik kerana sibuk mengambil tahu apa yang adik ipar kongsikan di media sosial. Sejujurnya jika sindiran itu tentang kawan2 tempat kerjanya, atau isu2 semasa, saya tidak pernah ambil peduli. Itu akaun dia.

Dia bebas untuk buat apa sahaja. Cuma saya tidak suka jika dia share sindiran tentang keluarga. Mana mungkin saya tidak terasa. Saya hanya manusia biasa. Tapi terasa itu hanya terhenti di situ. Tidak pula saya balas di mana2

Ada pula yang menyalahkan kami adik beradik kerana wujudkan group tanpa adik. Kami ada group berasingan yang ada mak ayah & adik.

Group tu tak pernah ada pertengkaran atau apa2 yang serius. Group ‘private’ kami adik beradik lebih kepada bersembang tentang kehidupan masing2 yang lebih selesa dan santai.

Memang benar ada masanya kami bercerita tentang adik di group kami, tapi bukanlah sentiasa mengutuk dia seperti yang anda semua katakan.

Di group itulah kami tau tentang bil yang tidak dibayar, upah mak yang tidak diendah, adakah logik untuk adik wujud dalam group itu? Bukan tujuan group itu untuk mengutuk dia, cuma k3s2 adik memang datang selepas itu

Ada juga yang menasihatkan saya supaya bersyukur kerana adik ipar masih menerima keburukan adik saya. Ya, saya memang bersyukur.

Kerana dia bersabar dengan adik saya. Saya cuma highlight tentang perilaku dia yang suka sindir menyindir dan perli memerli di fb sahaja. Tidak pula saya burukkan halnya yang lain.

Tidak lupa juga ada yang mengatakan kami adik beradik lain berasa bangga dapat menghulurkan duit bulanan kepada mak ayah sedangkan adik yang bersusah payah menjaga mak ayah. Sebenarnya abang dan kakak yang berhampiran juga selalu dapat meluangkan masa juga.

Abang yang bawa mak ayah ke pusat vaksin baru-baru ini. Kakak juga ada memberi wang secara online kpd adik waktu PKP ni tanpa diminta. Jadi di mana bangganya kami ni?

Ada yang mengatakan saya hipokrit dan bermuka-muka kerana berlakon baik di hadapan adik ipar sedangkan sering tidak puas hati dibelakangnya. Ya, saya memang memilih untuk jadi bermuka-muka daripada bermasam muka atau bergduh di hadapan satu sama lain.

Tak patut rasanya kami bermusuh dengan adik sendiri atau isterinya. Lebih baik kami diamkan diri daripada bertengkar mulut yang tidak berksudahan. Bukankah hipokrit itu lebih baik dalam hal ni?

Untuk pengetahuan semua, saya bukanlah seorang pengguna fb yang pernah meningg4lkan komen di mana2 page seperti yang anda semua lakukan.

Saya lebih selesa berkomunikasi dengan kawan2 rapat sahaja di fb. Jika di page lain, saya hanya membaca untuk mengetahui info dan tidak menekan butang like.

Apatah lagi komen. Jika saya tidak suka pun, saya tidak pernah meningg4lkan kecaman di situ. Saya hanya seorang pemerhati. Atau anda boleh gelar saya sbg stalker. Atau penakut. Saya tidak kisah. Kerana itulah diri saya. Saya tidak berani seperti anda

Tujuan saya menulis confession itu supaya niat teguran saya sampai ke adik ipar saya. Saya rasakan itu medium terbaik yang saya dapat luahkan rasa hati ini.

Saya tak nak mengeruhkan keadaan dengan meningg4lkan komen di artikel yang dia share. Cukuplah sekiranya dia baca confession saya, dia tau yang dia perlu hentikan tabiat perli memerli di fb kerana Allah masih menjaga aib suaminya

Saya tau Allah uji hidupnya dengan kehadiran adik saya yang bermasalah tu. Jika dia pilih untuk beritahu satu dunia yang adik saya jaga mak ayahnya, kami adik beradik lain tak jaga, apa yang saya boleh buat? Jauh sekali untuk saya burukkan adik saya pula.

Saya hanya berani ceritakan perihal adik saya di platform inipun kerana pembaca tidak mengenali saya. Bukan niat memburukkan dia. Saya cuma nak pembaca tau apa situasi saya, apa situasi adik ipar saya

Saya sangat tersentuh dengan komen pembaca yang bernama IBTISAM NOTES. Beliau seolah-olah sangat memahami situasi saya. Ayatnya menggambarkan keadaan saya dengan tepat sekali

Membaca komennya membuatkan saya rasa bagai hilaang segala beban yang ditanggung selama ini. Terima kasih sis Jika sis ada di depan mata sambil mengucapkan bait-bait ayat tersebut, saya pasti menangis memeluk sis

Jika adik ipar saya tidak baca sekalipun luahan sebelum ini, saya sudah sangat berpuas hati kerana mendapat komen yang menyejukkan hati seperti itu.

Kepada yang mengecam pula, saya tidak mengambil hati. Saya tau anda meningg4lkan komen seperti itu kerana anda tidak mengenali saya.

Terima kasih semua…