Aku beli set gaming sbb xnk suami boring, tp suami curaang. Aku izin bmadu, prm tu nk kami bcrai

Foto sekadar hiasan. Assalammualaikum. Terima kasih admin sudi siarkan confessions saya. Saya perkenalkan diri sebagai Kim, bukan nama sebenar. Sejak akhir-akhir ni banyak confessions tentang hubungan dengan suami orang dan ada juga komen-komen yang bangga bergelar menjadi mistress. So saya nak share kisah saya yang juga merupakan seorang isteri yang melalui pengalaman pahit ini.

Suami saya merupakan gamer tegar (sebelum kahwin bukan gamer). Kami dah bernikah hampir 10 tahun. Suami mula bermain game sejak kelahiran anak pertama.

Semasa mengandung anak ketiga suami berjanji akan jual set pc gaming harga ribuan ringgit. Setelah melahirkan anak ketiga suami tunaikan janji dan jual game. Hidup kami aman seketika.

Tiba-tiba PKP bermula, suami telah dibuang kerja. Suami merupakan seorang eksekutif di sebuah syarikat swasta dan saya pula merupakan seorang pegawai kanan kerajaan.

Saya simpati dengan suami dan membelikan sebuah motosikal dan membayar modal untuk membuat servis penghantaran makanan.

Tapi semua bertahan sekejap saja. Beliau mula merungut tiada order masuk dan sebagainya.

Saya mencadangkan suami menjadi streamer game dan membantu beliau membeli set pc gaming baru. Saya mengharapkan pulangan atas pelaburan saya ini.

Sementara itu komitmen bulanan semua memang saya yang bayar.

Saya juga membuat pinjaman peribadi untuk suami kerana kasihan disebabkan interest rate bank tinggi bagi pekerja swasta berbanding penjawat awam. Jadi semua komitmen di atas nama saya.

Awal tahun ini saya ada mencarkan pekerjaan untuk suami dan alhamdulillah dapat. Semuanya kelihatan normal dan baik. Saya kemudian disahkan hamil, alhamdulillah rezeki lagi Allah nak bagi.

Walaupon dalam kepala otak berfikir macam mana saya nak cari duit lebih sebab komitmen bakal bertambah. Gaji suami sekarang seribu lebih.

Saya berbincang dengan suami untuk ambil maid disebabkan yuran taska saja hampir mencecah RM1500 sebulan.

Suami dalam nada bergurau dia cakap baik cari madu boleh jaga anak kemas rumah. Saya gelak saja tanpa saya sangka beliau dah ada perancangan ke arah itu.

Satu pagi saya buka handphone beliau sebab nak order barang dan saya terjumpa whatsapp beliau dan keksih beliau. Perempuan tu bernama Bunga (bukan nama sebenar).

Mereka berkenalan melalui online gaming Lifeafter. Suami ajak Bunga berkahwin. Suami dalam diam merancang untuk bertemu dengan Bunga lepas PKP habis.

Layanan suami saya pada Bunga memang berbeza dengan saya. Dengan saya asyik marah, bengis tapi dengan Bunga bukan main sweet.

Saya confront dengan suami. Dia kata ya dia nak kahwin lagi. Saya bagitau pada ipar duai saya supaya nasihatkan suami. Tapi sedihnya tiada siapa yang berani menegur.

Saya cuba selamatkan perkahwinan ini. Saya cuba jadi lebih cantik, sksi dan menawan di mata suami. Tapi suami dah tak nampak saya.

Saya whatsapp Bunga dan dia minta maaf dan mohon undur diri. Suami pon kononnya menyesal akan perbuatannnya. Saya b0doh percayakan kedua-dua beruk ni.

Rupa-rupanya mereka masih lagi berhubungan. Chat lucah2. Saya akhirnya mengalah. Daripada biarkan suami dan bunga terus bergelumang dosa saya izinkan suami berkahwin lain.

Suami menceritakan pada saya Bunga merupakan perempuan yang telah terlanjur dan ditinggalkan bekas keksih.

Saya simpati dengan Bunga. Saya membaca banyak artikel yang baik-baik saja tentang poligami. Tapi Bunga tak nak bermadu dengan saya dan suami berjanji menamatkan hubungan dengan Bunga.

As usual mereka masih flirting dan Bunga makin berani hantar gambar b**** pada suami saya. Suami juga beritahu saya beliau sedih Bunga tak nak berkahwin dengan beliau.

Akhirnya saya sedar diri. Sebenarnya saya lah orang ketiga dalam hubungan mereka.

Suami tak akan melupakan Bunga sebab Bunga soulmate dia, sehati sejiwa paham jiwa gamer dia tapi saya asyik bising sebab suami jarang bantu membuat kerja rumah.

Saya rasa perkahwinan kami penuh dengan toksik. Saya ambil keputusan untuk berceraai. Biarlah mereka bercengkerama. Saya dah malas nak ambil tahu.

Doakan urusan perceraaian kami dipermudahkan. Doakan saya sihat dan kuat untuk jaga anak-anak dan bayi yang bakal lahir nanti.

Kepada Bunga tahniah sebabkan meruntuhkan msjid kami. Moga Allah memberi balasan yang seadil-adilnya kepada kalian berdua.

Jenn. Tahniah puan…jangan lupa bagi suami dgn si bunga tu jaga anak2…jangan nak mensedap je lupa tanggungjawab…

Mintak hitam putih tuntutan nafkah…
Jangan lupe jugak amek balik semua barang yg puan dah invest…
Pc game, motor etc…kena keraskan hati..jangan lembut sangat…orang mcm ni kena ajar sikit baru tau langit tinggi ke rendah..

Dah lah kerja gaji ciput, ade hati nak bermadu…Time sedap, syok lah..takde tanggungjawab betul

Shahidatul.tahniah puan ambik langkah yang tepat.. buat apa nak merayu nak mengharap pada yg xsudi.. kita punya maruah dan harga diri.. insyaALLAH puan akan bahagia bersama anak2 mana tau one day puan bertemu jodoh yang terbaik.

bila mksiat berat untuk di tinggalkan dan tiada perasaan bersalah dalam melakukannya.. susah kita nak mengubah kalau dia sendiri xmau berubah,.. baik kita cuba mengubah hidup kita dan anak2 ..

banyak dah pengorbanan puan, dr makan hati tgk dia main game, dari tanggung dia sepanjang dia diberhentikan, support dia untuk cari kerja, atlast cara terima kasih dia sangat tragis..

papepun fight untuk hak dan nafkah anak2..

Ann. Helok latu..dua2 tgah angau kan..belum ada anak…memang la memasing faham..jiwa gamer..kau tunggu si bunga tu beranak pinak..esok lusa si jantan tu cari lain pulak..dari bunga wangi nanti jadi bunga taik ayam..lepastu jantan tu repeat…sampai abg jamil mampus.. buat sis..jaga diri..jaga anak2..awak kuat..kalau saya mampus dah 2 ekor tu kena tetak..

cari bahagia sis..sometimes lagi bahagia bila tak ada suami..nak keluar ke mana2 xyah nak mintak izin bagai..balik rumah tak perlu serabut tengok muka biawak..

hidup dengan anak2 je..dan please..jangan rujuk dah…please free yourself from burden..be strong..ingat Allah Maha Pengasih dan Penyayang..

Tipah.”Layanan suami saya pada Bunga memang berbeza dengan saya. Dengan saya asyik marah, bengis tapi dengan Bunga bukan main sweet.”

Benda ni perkara biasa puan, bila dapat yang baru bunga tahi chicken, bunga mawar yang cantik mewangi pun dia dah tak pandang.

Tahniah puan, bravo Remove jer dr hubungan toksik macam tu. Jaga kesihatan diri, jaga kesihatan mental. Alhamdulillah puan cepat bertindak.

Puan sangat tabah dan kuat semangat. Puan ada pendapatan dan kerjaya sendiri. Saya yakin puan boleh

Saya doakan urusan Puan sekeluarga, Allah permudahkan. Doalah banyak² pada Allah, doa orang yang dizalimi insha Allah. Allah Maha Baik.

Biarlah dia dan bunga taik chicken tu. Kita doakan yang baik². Kita dapat yang baik.