Aku ditakdirkan pakai kaki palsu. Sblm kawen, aku tnya bkl suami sudi tak terima seadanya

Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum dan terima kasih kepada admin kerana sudi menyiarkan cerita aku. Nama aku Humaira (bukan nama sebenar). Tahun ini aku berumur 30 tahun. Aku ingin berkongsikan kisah aku, daripada seorang yang normal tubuh badan kepada seorang 0KU. Kisah bermula 6 tahun lepas, ketika aku berusia 24 tahun. Aku ditimpa kmlangan ketika pulang dari tempat kerja.

Disebabkan kem4langan itu, kaki kanan aku terpaksa dip0tong sehingga ke paras atas lutut. Aku berasa sangat sedih saat diberitahu tentang hal ini oleh dktor yang meraawatku. Pelbagai perkara bermain di fikiranku tika itu. Walau apa terjadi, aku harus kuat.

Masih segar lagi dalam ingatanku, ibu dan bapa saudaraku menasihatkan aku agar terus tenang dan sabar menghadapi detik getir ini kerana aku masih boleh memakai kaki palsu nanti. Zaman sekarang teknologi berkaitan kaki palsu ini sudah semakin maju.

Selepas pembdahan, aku menerima rawatan di hspital selama dua hari sebelum dibenarkan pulang ke rumah. Aku berehat di rumah sepanjang telefon pemulihan. Untuk beberapa bulan, aku diberi cuti rehat oleh pihak majikan tempat aku bekerja.

Setelah beberapa bulan diberi cuti rehat, aku nekad untuk berhenti kerja. Aku tidak mahu membebankan pihak majikan, selain faktor tempat kerjaku yang sangat jauh dengan kediaman keluargaku.

Aku bekerja di selatan tanah air, sedangkan kediamanku di pantai timur. Aku tahu akan ada hikmah di sebalik ujian daripada Allah ini. Aku harus kuat demi diri aku dan keluargaku.

Pelbagai dugaan dihadapi ketika aku di rumah sepanjang tempoh pemulihan. Ramai yang datang melawatku antaranya kawan-kawan, saudara-mara, kenalan-kenalan ibu bapaku dan lain-lain. Tidak semua yang datang memberi nasihat dan respon yang positif.

Ada yang mempertikaikan kejadian yang menimpa diriku. Kalau aku boleh mengundurkan masa ketika itu, aku pun tidak mahu kemlangan ini berlaku. Siapa kita untuk mempertikaikan takdir yang telah tertulis. Kita hanya manusia biasa.

Aku berterima kasih kepada semua yang datang dan memberi kata-kata positif kepadaku. Ada yang mengatakan aku tampak kuat.

Kadang-kadang aku mungkin nampak kuat dari luaran. Hakikatnya, hanya Allah yang tahu. Aku kerap menangis ketika semua orang sedang tidur terutama apabila aku keseorangan.

Selepas beberapa bulan dalam tempoh pemulihan, akhirnya aku boleh menggunakan kaki palsu untuk bergerak. Pada awalnya aku agak kekok untuk melangkah menggunakan kaki palsu. Perasaannya seperti membawa beban yang berat di bahagian kaki sebelah kanan.

Bak kata pepatah, alah bisa tegal biasa. Aku mula berlatih melangkah menggunakan kaki palsu sambil memegang tongkat. Aku terpaksa belajar berjalan semula dibantu oleh jurulatih fisioterapi.

Dia banyak membantu aku mendapatkan keyakinan untuk bergerak menggunakan kaki palsu. Aku akan sentiasa mengingati jasanya.

Hidup aku semakin berubah apabila aku mula melangkah ke fasa baru dalam hidup. Aku bertunang dengan lelaki yang aku kenali ketika aku masih belajar. Aku gelarkan beliau Mr. H.

Selepas kejadian yang menimpa aku, aku ada bertanya kepada beliau adakah masih mahu menerima aku setelah apa yang terjadi. Beliau bertegas yang hubungan ini akan terus kekal. Itu janji beliau kepada aku.

Empat bulan kemudian, beliau kotakan janji itu. Sepanjang bergelar tunangan orang, pelbagai dugaan yang aku dan Mr. H tempuhi.

Pernah suatu ketika, beberapa orang rakan sekerja Mr. H bagai mempersendakan keputusan beliau untuk terus bersama aku.

Kata mereka, jika mereka yang diuji sedemikian, pasti mereka akan mencari haluan yang baru. Bagi mereka, orang macam aku hanya akan membawa kesusahan kepada Mr. H jika perhubungan kami terus berjalan.

Setelah sembilan bulan melalui tempoh bertunang, aku selamat di ijab kabulkan dengan Mr. H.

Aku tidak pernah menyangka yang suatu hari, aku akan berkahwin setelah segala ujian yang menimpa diriku. Fikirku, aku akan terus membujang hingga ke akhir hayat.

Selepas berkahwin, aku mengikut suamiku berpindah ke utara. Di sini bermulalah kehidupan aku sebagai seorang isteri dan suri rumah. Semua kerja rumah dilakukan aku sendiri tanpa mengharapkan bantuan daripada suamiku.

Aku hendak buktikan kepada semua orang yang aku mampu melakukan semua kerja tanpa mengharapkan bantuan orang lain. Itulah yang aku lakukan saban hari untuk mengisi hari-hari aku di rumah ketika suamiku di tempat kerja.

Kadang-kadang jika suamiku pulang awal dari tempat kerja, beliau akan membawaku keluar untuk menghilangkan rasa bosan.

Pernah satu ketika, ada seorang pakcik berhenti di hadapanku dan melihat kakiku dari atas ke bawah. Mungkin hairan melihat aku berjalan sambil bertongkat dan memegang suamiku.

Sedih apabila diperlakukan sedemikian, tetapi aku anggap itu perkara biasa. Apa boleh buat, mata orang bukan boleh ditutup. Hanya senyuman yang dapat menjadi penawar hati aku.

Selepas setahun berkahwin, aku dan suami dikurniakan seorang cahaya mata lelaki yang kini berusia empat tahun. Rezeki buat aku dan suami, dianugerahkan anak di awal usia perkahwinan.

Aku menguruskan anakku seorang diri selepas berpantang ketika suamiku pergi bekerja. Suamiku akan memandikan anak, dan yang selebihnya aku uruskan sendiri.

Rutin hidup aku mula berubah. Jika dulu masa aku banyak dihabiskan untuk melakukan kerja rumah sahaja. Kini, aku perlu membahagikan masa untuk menguruskan anakku juga. Walaupun begitu, aku gembira dengan setiap apa yang aku lakukan.

Ketika sedang berbadan dua, ada juga cakap-cakap orang yang tidak sedap untuk didengar. Ada yang mengatakan, mujurlah aku ada rupa. Jika tidak, mungkin suamiku tidah mahu mengahwiniku.

Ada juga yang mempertikaikan kemampuan aku untuk bersalin secara normal. Alhamdulillah, anak aku dilahirkan secara normal. Aku berharap aku sentiasa kuat untuk menghadapi segala ujian daripada Allah.

Ada ketika, Allah hadirkan kita dengan mereka yang sentiasa memandang rendah kepada kita, supaya kita sedar yang kita tidak perlu bergantung kepada sesiapa selain Allah.

Terima kasih kepada suami kerana sudi hadir dan berkongsi hidup denganku. Terima kasih kepada anakku kerana menjadikan aku seorang ibu yang bahagia pada hari ini.

Terima kasih kepada ahli keluargaku kerana menjaga aku tanpa penat dan lelah. Terima kasih kepada keluarga mertuaku kerana menerima baik kehadiran aku sebagai ahli keluarga.

Terima kasih juga kepada kawan-kawan yang masih ada untuk aku walaupun ramai yang telah berlalu pergi mngalkan aku ketika aku ditimpa ujian maha dahsyat ini.

Kepada semua yang mengalami nasib sama seperti aku, ingatlah yang janji Allah itu pasti. Biar rebah, jangan berubah. Biar terbuang, teruskan berjuang. Ujian adalah tarbiyah daripada Allah. Kita perlu redha dengan setiap ujian yang menimpa.

Buat suamiku, aku bukan isteri yang terbaik di dunia, tapi aku akan buat yang terbaik untukmu. Buat anakku, jadilah anak yang soleh dan membanggakan ibu, abah dan agama. Terima kasih.

Ramai terkesan dgn kisah ini. Apa reaksi warganet

Hafizah Musa, Suka posting puan. Rasa rendah diri sangat. Kita yg normal pon selalu mengeluh sedangkn org lain ada yg lebih susah dr kita. Alhamdulillah puan dpt suami dan keluarga mertua yg menerima seadaanya. Semoga allah permudahkn perjalanan hidup puan sekeluarga.

Nuraz Wan, Teruskn berjuang, krn seorng pejuang tdk pernh tewas selagi dia terus menerima takhdir dgn redha.. Dunia ini cuma pentas ujian, sebesar mana jiwamu, sebesar itulh ujian yg kamu tempuhi.. Allah memndang tinggi, sbb itu diberi kamu ujian sebesar ini.. Sedari dn sentiasa ingat, redha akn takhdir akn mngangkat darjatmu disisi Dia.

Dunya Dhana, Sangat positif, Saya memang suka baca posting2 macam ni. Walaupun puan diuji dengan sesuatu yang berat tapi puan bangkit dan menghargai insan sekeling yang sayangkan puan. Semoga puan terus dipermudahkan urusan dan bahagia disamping keluarga.

Nadia, kesiannya..tapi kan pasal orang tengok tu aku macam terasa jugak sebab kadang2 aku pun akan tengok. tambah2 kat tempat awam kot2 la dia perluukan bantuan, atau seat..tak tahu pulak akan membuatkan dorang rasa rendah diri..
semoga tt kekal positif dalam menghadapi ujian ni.

Rozif, Kepada Humaira, biarlah kaki takda, asalkan iman, amal dan takwa tetap ada. Nyawa kita sendiri pun bukan hak kita, apatah lagi kaki kita. Teruskan hidup, asalkan sentiasa senyum disetiap hati. Teruskan beramal, asalkan ikhlas dihati kepada Allah.

Ain sakinah, Alhamdulilah di kurniakan suami yang betul menerima diri saudari seadanya.Abaikan jelah semua pandangan manusia,siapa kita nak menilai sedangkan kita sebagai manusia pun tak semua sempurna.Takdir allah.semoga terus positif di samping keluarga tersayang.

Baizurah, Saya bekerja sbg juru xray. Saya pernah xray sorg pes4kit seperti awak. Dia ckp kena potong kaki sejak usia 18. Kena lggar kereta. Masa di xray tu dia berusia 24. Muda, cantik dan nampak kuat. Tp saya yg x kuat. Lepas xray dia saya menangis. Bila teringat dia sy selalu doa dlm hati moga Allah permudahkan urusan hidup dia.

Zaujah Azmi, Alhamdulilah,,,maha baik allah dekat mu dik. Di sebalik ujian,terselit rahmat allah yang sangat indah untukmu.Kagum akk denganmu.Jalani hari bahagiamu dengan penuh warna warni yaa. Abaikan je mulut longkang yang tak berinsurance tu.Kita bahagia dengan cara kita. Kalau adik redha atas ujian yang allah berikan.Mudah2 an syurga untukmu kelak.Inshaa allah.

Mariam, Tiba2 teringat jiran lama depan rumah. Kak ina yg cantik hanya mmpunyai sebelah tgn sejak lahir dan abg man yg hensem yg kehilangan sebelah tgn krn eks1den. Mereka nmpk sgt bahagia masih mampu hidup normal lebih baik drpd org normal. Di anugerahkan 3 ank lelaki yg hebat. Mereka jiran yg baik, sgt baik semoga Allah permudahkn urusan mereka dunia akhirat.

Sumber – Humaira via IIUMC