Aku nk keje tp mak mrtua xbg sb dia xnk bsuhkn berak kncing bapa mrtua aku

Foto sekadar hiasan. Bapak mertua strok, berak kencing merata dalam umah tapii dia masih boleh berjalan dalam umah ni kemana sahaja sebab dia guna tongkat kaki 4. mak mertua masih sihat dan kuat, masih boleh menoreh getah dn kutip sekerap. duit hasil menoreh pon untuk kegunaan peribadi dia. Dia sebenarnya tak dak masalah kewaangan pon sebab saya dan suami sekali dengan dia sebab suami anak lelaki tunggal.

Adik dia pompuan 2 orang dh kawin. Makan minum bill barang dapor basah 100% suami saya tanggung. Keja saya mop lap kencing berak dalam umah dan masak kemas umah hantar anak dan ambik anak sekolah.

anak saya 3 orang sekolah dan yang kecik 2 tahun.. kelmarin suami saya dibuang kerja sebab covid ni syarikat tak untung.

so tak ade la pampasan ka apa ka. just unpaid leave sejak april dn tak dibenarkn masuk kerja lagi dah.

That means dah kena buang sebab bos taknak ambik pekerja. bapak mertua jenis tak nak pakai pempes, bila kita bagi pakai dia buang.

Dia berak dalam uma pijak merata2. Saya sangat penat tambahan saya menysu badan. semua benda saya buat. mak mertua balik menoreh mandi rehat. Sekarang ni saya nak kerja.

sebab nak bantu suami dengn kos idup yang tinggi. makan minum bil anak sekolah. kereta bayaran 800 sebulan. loan asb saya. semua tu kena bayar ontime

Bila saya nak kerja suami cakap dia tak larat nak mop kencing berak ayah dia tapi bila dia dapat duit jkm tiap2 bulan hampir 300 sebulan yang masuk akaun bapak mertua dia guna sorang.

duit dalam bank dia ada 23k. tak ade masalah kewangan pon. andai tak menoreh duit dlm banak tu ada kan, dia guna duit jkm bapa mertua beli handbag mahal dalam go shop.

beli apa aja yang dia suka. adik2 ipar pulak balik sebulan sekali yang tinggal dekat sini.

Balik petang balik umah sendiri malam. jarang tidur sini sebab sini kan bau hancing tak selesa, raya jer tido sini itu pon 2 malam pastu dah tak balik, saya memang nekad nak kerja tapi mak mertua memang tak nak jaga suami dia.

Saya tak pernah jumpa bini tak nak jaga laki kalau laki skit ni lah pertama kali saya jumpa.

Dia pulak tido sorang buat bilik asing taknak tido dekat suami dia sebab busuk. Saya sekadar nak luah.

maaf ayat terabur. Saya nekad nak keje kalau tak keje sapa nak tanggung kos idup saya dan anak2.

suami pon cari keje. Dapat keje bawa lori gaji pon cukup baya keta ja ngan bill. makan minum macam mana nak tanggung.

KISAH KE 2. Salam min. Hide profile saya ye. Biasanya orang selalu mengadu pasal masalah dengan MIL kan? Lain pulak untuk saya.

Saya ada masalah dengan ibu saya sendiri. Post ni agak panjang, sebab saya terlampau tertekan sekarang. Saya masih dalam pantang anak kedua.

Bersalin secara emergency czer. Anak 1st umur 1 tahun 2 bulan. Saya berpantang dengan ibu dekat rumah sewa saya sebab rumah ibu belum 100% siap.

Ibu nih jenis workaholic dari dia muda sampai laa sekarang. Dulu dia kerja kilang. Dlm umur dia 40an, dia start meniaga sendiri.

Niaga mcm cucur, laksa, etc. Dia masak dekat rumah, lepas tu pack dan hantar ke kedai2.

Nak dijadikan cerita, dia mintak nak jaga saya dalam pantang sbb dia takut saya meroyan sebab anak2 kecik lagi.Dia takut saya stress. Saya dan suami pun setuju.

Tapi kan min, selama saya dlm pantang ni, semua kerja saya buat sendiri. Dari mandikan anak, basuh baju, uruskan anak semua.

Ibu pulak sibuk dgn niaga dia. Pagi2 ibu hanya tolong kemas rumah dan mandikan anak lepastu tengahari dia sudah keluar sampai ke malam untuk uruskan niaga dia.

Kiranya saya kena uruskan anak, uruskan rumah sorang2 dlm tempoh tu.

Dia suruh adik lelaki saya duduk dgn saya masa dia keluar tu. Tapi min, adik saya tu giler gaming.

24jam dok dlm bilik. Keluar pun untuk ambil makanan, ambil air, pergi toilet, lepas tu masuk bilik balik. Kalau saya nak panggil dia, mahu 10 kali baru dia keluar min.

Kiranya, takde function pun dia duduk sini dengan saya. Anak sulung saya besar min. Berat dia 12kg. Dia still tak boleh jalan lagi.

So, nak bagi mandi ke, basuh kencing berak semua kena angkat dia pegi toilet.

Terpaksa laa saya angkat min even saya baru lepas czer pun, dah takde org nak tolong. Hari ni saya perasan luk4 czer saya berdrah min.

Lagi laa stress saya dibuatnya. 1 lagi masalah ibu ni, dia terlampau manjakan adik saya min. Semua yg adik nak, dia bagi.

Sampai dia tak pandai nak buat kerja sendiri. Umur dia dah 18 tahun min, tapi mandi pun kena paksa, nak pakai baju apa pun kena ajar.

Sampai dia nak sambung belajar pun, harap saya yang apply, saya yang uruskan semua min.

Dia rajin melawan cakap ibu, marah2, tengking ibu. Tapi ibu tak marah. Dia merajuk je. Masalahnya, bila dia merajuk dgn adik, saya sekali kena min.

Merajuk dia bukan 2 3 jam, 3 4 hari min. Dia merajuk tak mau cakap, buat kerja hempas2 barang, sampai cucu pun dia tak layan. Maknanya, saya kena uruskan A-Z sendiri.

Lagi skit hati kan min, bila adik bodek, pujuk dia, dia dah jadi okay dgn adik. Boleh sembang, gelak elok.

Dgn saya, dia still tak mau cakap. Macam saya yang buat salah, padahal anak lelaki dia tu yg buat pasal.

Situasi ni dah lama min, dari zaman saya sekolah lagi. Tapi saya diamkan, pendam, makan hati sendiri je min.

Tapi sekarang saya dalam pantang, saya jadi stress laa min. Last2, anak yg jadi mngsa.

Saya pkul, saya cubit anak sulung saya kalau dia nangis, dia buat hal. Saya tau dia nak kan perhatian min.

Tapi saya mcm kena rasuk, tak boleh dengar anak nangis. Badan jadi ketar, tangan ni laju je nak pkul.

Anak saya kalau nangis, diorang nangis sama2 min. So, bayangkan laa keadaan saya hari2 mcm mana.

Suami saya kerja kilang. Seminggu 2 hari je dia cuti. Hari yg dia kerja shift malam, boleh laa dia tolong saya tengokkan anak waktu siang.

Hari yg dia kerja siang, saya sorang laa dok tungging terbalik. Hari2 saya nangis min.

Kesian kat anak sebab kena marah, kena pkul. Saya tak tau apa masalah saya min. Saya takut dgn diri saya sendiri sekarang nih. Terima kasih min.

KISAH KE 3.Assalamualaikum admin.. share cerita saya ye untuk minta pandangan rakyat KRT.

Saya Ada masalah suami suka mencari perempuan luar maksudnya suka mesej suka call suka keluar dan suka mencerita kan kisah rumahtangga kami.

Dan paling sedih dia hanya cerita buruk saya seperti contoh dia mengadu kat orang luar yang saya tidak masak sedangkan dia baru lepas makan apa yang saya masak..

Mil saya pergi kata dekat dia itu lah bini awak dari dulu perangai hudoh dan mil pernah minta kat suami gambar saya dan alamat rumah untuk dibo mohkan,

supaya saya kembali tunduk kepada dia sedangkn saya jadi tawar hati kerana sikap anak nya yang tak pernah berubah.

Saya penat sangat terlalu penat. Saya tak tahu macam mane nak teruskan rumahtangga ni.

dan selalu kantoi msj dengn perempuan terbaru dia keluar makan dengn Janda. Layak tak saya untuk tuntut fasakh. Dan anak akan jatuh tak ditangan nya.

Sebab saya tidak bekerja.. mohon bantuan dan nasihat bukan kecaman. Sekadar berkongsi yang terpahat dihati. Tq Admin.

KISAH KE 4.Salam semua. Saya mempunyai tiga orang anak. Sejak kebelekangan ni saya sangat down. Bermacam2 perkara jadi dalam hidup saya.

Saya seboleh-bolehnya tak nak jadi sensitif, tapi saya memang sedih. Ibu mertua saya baik tapi selalu terlepas pandang pasal anak2 saya.

Tipu kalau saya cakap saya ok kalau mil tidak belikan barang kepada anak2 saya walhal cucu yang lain dibelikan pula.

Dalam hati saya anak2 saya tiada dalam ingatannya ke. Saya sgt pilu krn perkara ini terjadi bbrp kali.

Saya memang kesiankan anak2 saya. Saya kesiankan anak2 saya, tapi perkara ini saya simpan dalam hati.

Saya juga amat bersedih kerana hari hujung minggu adalah hari yang saya tunggu untuk spend time dengan husband dan anak2.

Tapi kadang2 tak dapat saya kecapi kerana suami amat prihatin dengan kluarganya.

Saya adalah Suri rumah yang menjaga anak kecil isnin hingga jumaat. Sememangnya saya berharap suami bawa saya berjalan.

Permintaan saya pun tidaklah terlalu tinggi. Saya amat hepi kalau suami bawa saya ke kedai rm2 hatta ke Taman permainan bersama-sama.

Saya sukakan kawasan yang luas mata memandang kerana saya bosan berada di rumah isnin jumaat.

Tapi malangnya suami tidak memahami keiinginan saya yang ini. Saya faham suami ada ibu dan sayangkan familynya. Tapi saya juga inginkan Masa bersama suami.

Saya memang amat menghormati ayah Dan ibu suami saya. Tapi saya sedih bila anak2 saya tak dapat perhatian. Perkara ni nampak simple tapi amat effect emosi saya.

Saya selalu berfikir apa kurangnya saya dan anak2. Mgkin kerana saya tidak bekerja. Tidak cantik. Kami tidak berduit.

Biarlah saya yang tidak disukai tapi bukan anak2 saya. Mungkin saya terlalu sensitif. Tapi entahlah perasaan seorang ibu. doakan saya mnjadi lebih positif dlm menghadapi cabaran hidup ya.