Aku nk prgnt, dktor psan aku xblh bt keje brat tp ayah nk jgak aku jd bibik

Foto sekadar hiasan.Assalamualaikum pembaca2 sekalian. Terima kasih admin andai confession ku yang sudah lama terbuku di dalam hatiku ini di siarkan. Moga menjadi pengajaran kepada pembaca2 yang lain. Straight to the point. Nama aku Maira. Seorang isteri kepada suami kiriman Tuhan hampir 4 tahun. Malangnya kami masih belum di kurniakan anak lagi kerana aku mempunyai skit PCOS.

Confession aku ini berkenaan keluarga dan juga suami aku. Bila bercakap tentang keluarga, kita selalu bayang kan perkara yang indah2.

Ibu bapa yang baik, adik beradik yang penyayang dan sebagainya. Tetapi dalam k3s aku dan suami ku, sangat lah berbeza.

Aku merupakan anak bongsu daripada 7 adik beradik termasuk aku. Dalam 7 beradik, 2 sahaja yang perempuan iaitu aku dan kakak ku.

Kami semua telah berkahwin. Sedikit latar belakang tentang keluarga aku, ayah aku boleh dikatakan dalam kategori alim.

Selalu berjubah, rajin baca Quran, rajin ke surau dan rajin ketuai solat jemaah untuk kami sekeluarga.

Adik beradik aku yang lain pun boleh dikatakan kategori alim tapi tak la sampai selalu berjubah.

Hanya alim yang biasa2 sahaja. Sejak kecil ayah aku selalu beri tazkirah tentang agama kepada kami sekeluarga lepas solat jemaah sampai lah kami semua masing2 dah berkahwin.

Aku boleh kata kan secara terus terang, di sebalik latar belakang keluarga aku ini, bagi aku keluarga aku adalah toksik.

Adik beradik toksik, ayah toksik, ipar2 pun toksik. Dan yang selalu jadi mngsa adalah aku dan suami ku.

Sejak dulu lagi, dalam keluarga aku hanya perempuan sahaja yang buat kerja2 rumah. Bukan setakat itu, kerja2 seperti tukar mentol, tukar gas, betul kan kipas, semua perempuan yang buat.

Ayah aku sejenis yang serba tak tahu. Buat air minum sendiri tak tahu. Pasang dapur gas tak tahu.

Repair almari tak tahu.Semua tak tahu. Yang tahu kerja2 ini adalah ibu aku, aku dan kakak ku.

Sampai kan kerja2 berat seperti alih perabot dan pasu besar pon kami yang perempuan yang buat.

Kerja ayah aku senang, hanyalah mengarah kan itu ini terutama sekali pada ibu.

Kalau apa yang ibu buat tak sempurna, ataupun ada ksalahan dalam mana2 tugas ibu, ayah akan marah ibu, perli ibu, maki ibu.

Dan yang paling teruk ayah akan marah ibu depan kami adik beradik.

Ibu ada drah tinggi dan penykit yang lain2. Bila ibu asik kena marah, dia akan stress, sampaikan beberapa kali masuk hspital sebab stress dengan ayah.

Ayah pulak sejenis yang selfish. Tak kira la ibu skit teruk macam mana pun, ayah akan paksa ibu buat macam2. Masak, kemas rumah dan sebagainye.

Bila ibu skit, ayah tak pernah jaga ibu. Tapi bila ayah skit, ibu jaga dengan penuh cermat.

Dalam pada ibu menjaga ayah skit, ayah masih maki2 ibu sebab kadang2 ibu terleka sebab buat kerja rumah yang lain.

“Kau ni lembab la. Kau nak aku m4ti ke”

“Mana ubat aku Dah pkul 11 pagi dah ni Macam mana ko jage suami ni”

“Aku tengok kau ni asyik cuai la. Buat semua benda asyik silap je memanjang.”

Ayat2 ni aku dah selalu dengar dah depan mata aku sendiri. Aku yang mendengar pun rasa skit hati, ape tah lagi ibu ku yang selalu menjadi mngsa makian.

Ayah selalu fikir dia je yang betul. Walaupun orang dah cakap yang dia salah, ayah akan cakap dia je yang betul dan taknak dengar pendapat orang lain.

Sampaikan lama2 ayah nampak macam orang yang bodoh bila asik menegakkan benda yang salah.

Sebagai contoh, biasa lah orang2 tua kadang2 tak berapa mahir pakai whatsapp dan sebagainye.

Ayah aku selalu post perkara2 ilmiah dalam group family besar kami. Dalam group tu ada cousin2 dan pakcik makcik.

Jadi dalam post tu, ayah aku sepatutnye menggunakan emoticon jari telunjuk tapi sebaliknya ayah guna emoticon jari tengah maybe sebab rupa yang seakan sama kedua2 emoticon tu.

Adik beradik aku yang lain pun tegur ayah dan cakap tu jari mencarut tu ayah.

“Nanti aku tanya kawan surau aku. Kita tengok sapa betul sapa salah. Aku tahu la apa yang aku tulis.”

Dan sampai sekarang dia masih gunakan emoticon jari tengah tu dalam group. Maka terserlah lah kebodohan ayah aku dalam group tu.

Semua orang dah malas nak tegur dah. Cukup pasal ayah aku. Adik beradik aku dan ipar2 aku pon tak kurang toksik nya.

Masalah siblings aku adalah mereka semua suka mengarah2 kan aku dan suami buat itu ini mungkin di sebab kan kami bongsu dan masih belum ada anak lagi.

Bawak mak ayah aku jalan2, kami berdua. Bawak mak ayah pergi kenduri, kami berdua. Semua kami berdua yang kena buat.

Tak kisah lah kami berdua ada hal atau plan lain atau tak, kami akan dipaksa adik beradik aku sampai kami cakap yes.

Suami aku dah banyak kali terpaksa batal kan hasrat nak berkumpul dengan keluarga dia semata2 nak memenuhi arahan2 adik beradik aku.

Kalau kami tak ikut apa yang diarah kan, mereka akan tarik muka, terasa hati, dan perli memerli kami.

“Kau kena ingat Maira, kami ni adik beradik kau, keluarga kau, masa ko susah2 dulu sape yang tolong. Kitorang jugak.”

Itulah ayat mereka yang selalu di ulang. Seingat aku masa aku susah dulu, takde sorang pon tolong.

Mereka sikit pun tak sedar, setiap kali balik kampung, aku dan suami yang kemas bilik2 mereka, cuci tandas mereka, lipat baju anak2 mereka.

Mereka hanya datang, dan goyang kaki sahaja. Kalau ikut hati, aku dan suami nak biarkan mereka kemas sendiri, tapi ibu ayah aku yang suruh.

Alasan ibu ayah sebab mereka taknak adik beradik aku terasa kalau bilik tak kemas, tandas kotor dan baju tak berlipat.

Padahal bilik aku dan suami, kami kemas sendiri dan ibu ayah aku takde pulak kisah pasal kami terasa ke atau tidak.

Dan aku juga lah yang kena mandikan anak2 mereka, bagi makan pada anak2 mereka apabila adik beradik ku ‘busy’ menonton TV atau keluar berjalan2.

Bila aku merungut, ibu dan ayah marah aku dan cakap aku berkira. Padahal aku pun manusia biasa.

Kenapa layanan kepada aku dan adik beradik yang lain sangat2 berlainan. Aku pun penat jugak, aku pun perlu rehat. Badan aku tak kuat macam orang lain.

Secara jujur, aku rasa tenang bila berdua dengan suami di rumah kami. Suami merupakan orang yang penyayang dan bertanggungjawab.

Latar belakang suami dan keluarganya adalah sangat berbeza daripada keluarga aku. Suami berasal daripada keluarga yang agak moden, financially stable dan sebagainya. Kadang2 di rumah suami, mereka speaking sikit2 termasuk la anak2 buah kecik mereka.

Adik beradik suami aku semua lelaki dan semua juga sudah berkahwin. Suami juga macam aku, seorang anak bongsu.

Dari segi alim, sangat jauh lah daripada keluarga aku. Tapi mereka masih menunaikan solat 5 waktu walaupun tak berjemaah.

Mereka saling mengingat kan satu sama lain untuk solat. Dan of course tak pernah berjubah ataupun berkain pelikat.

Ape yang aku tertarik dengan keluarga ini adalah, mereka selalu buat apa2 bersama2. Masak sama2, beli barang sama2, tebang pokok sama2.

Dan yang paling best, dalam keluarga sini perempuan tak perlu buat kerja berat2.

Tak pernah jadi hamba laki2 dalam keluarga ini. Perempuan di sini hanya buat kerja yang ringan dan dibantu oleh yang lain.

Suami juga seorang yang ringan tulang. Seorang yang sudah biasa buat kerja2 rumah dan juga pandai masak. Aku rasa masakan dia lagi sedap daripada masakan aku.

Di rumah kami aku tak pernah buat kerja2 berat. Suami yang akan uruskan biasanya. Aku juga jarang masak sorang2, melainkan kalau suami ada kerja lain yang perlu dibuat.

Itu pun selepas selesai kerja, suami akan terus tolong aku di dapur. Disebabkan aku ada PCOS, doktor tak sarankan aku stress dan buat kerja berlebihan.

Dan aku sangat bersyukur bila suami paham situasi aku. Kalau aku tak larat nak masak, suami akan masakkan. Takpun hanya order delivery je.

Di rumah kami, aku dapat berehat dengan cukup sebab suami sangat2 berdikari dan manja kan aku.

Kalau aku skit, suami akan tuamkan kepala aku, urut kepala aku dan baring sebelah aku sampai aku sembuh.

Aku bersyukur suami aku tak seperti ayah aku yang pushy dan selfish.

Pada asalnya suami sangat bersabar melayan kerenah keluarga aku. Suami ikut kan sahaja apa yang diarahkan. Suami krban kan keluarga dia sendiri,

semata2 nak puaskan hati keluarga aku. Kalau adik beradik balik kg, aku dan suami pun kena paksa balik jugak.

Mereka takkan kisah kalau sepatutnya minggu tu balik kampung suami ke tak. Yang penting mereka nak kami ikut apa yang mereka suruh.

Suami terus bersabar dan akur kan jugak permintaan mereka. Kalau hari raya, aku dan suami memang ada jadual yang tetap.

Kalau tahun ni raya kampung aku, tahun depan raya rumah suami aku. Tapi seperti biasa, bila adik beradik aku masuk campur, tahun yang sepatutnya balik rumah suami, dipaksanya kami raya kampung aku.

Sebab alasan mereka, mereka semua available pada tahun tu. Nak meriah katanya. Sekali lagi suami bersabar dan ikut kan sahaja.

Lama kelamaan, ksabaran suami aku makin tipis. Dan pada suatu minggu, aku dan suamiku balik ke kampung aku. Adik beradik ku yang lain pun sama.

Sedang kami sekeluarga berbual, ayah ku dan adik beradik yang lain tiba2 memberi pendapat untuk aku dan suami tinggal bersama ibu ayah ku di kampung.

Ayah kata supaya aku boleh masakkan dan kemas rumah. Ayah tak nak ada bibik sebab mahal.

Adik beradik aku semua setuju dan sokong ayah aku. Mereka suruh aku berhenti kerja untuk tolong jaga anak2 mereka.

Mereka kata mereka akan bayar aku setiap bulan. Aku hampir menangis sebab aku dah tak tahan asyik disuruh itu ini.

Aku tak tahan sebab orang lain asyik aturkan hidup aku walaupun aku dah berkahwin.

Aku cakap pada mereka, aku kena jaga ksihatan badan aku kalau nak senang mengandung.

Aku tak boleh buat kerja2 berat. Doktor yang kata kena selalu rehat, jangan stress, jangan banyak buat kerja, kalau tak peranakan aku akan lagi teruk dan possible langsung tak boleh pregnant.

“Apa yang berat nye. Buat kerja2 rumah je kot. Biasa la tu. Ko ni jangan berkira boleh tak.

Kitorang ni adik beradik kau tau. Manjakan sangat badan tu”. Kata adik beradik ku.

“Dah tu sape nak kemas2 rumah ni. Kalau Maira ada boleh tolong2 ibu masak untuk ayah. Suis dengan pintu pon banyak rosak dah tu.

Ayah harapkan Maira je repair kan. Tak payah banyak fikir la, cakap je kat suami ko tu yang ko nak duduk sini.” Kata ayah aku.

Tiba-tiba terdengar bunyi dentum yang kuat. Aku tengok di hujung ruang tamu, nampak suami aku dengan muka yang amat marah. Dahi berkerut dan kelihatan mata sedikit berkaca.

Tak pernah aku tengok expression suami aku yang macam tu. Di dinding sebelah suami ternampak frame gambar yang pecah mungkin di tumbuk oleh suami ku.

Suami aku terus luah kan kemarahan dia. Dan aku masih ingat the exact words yang suami cakap pada keluarga aku.

“Aku bersabar lama dah dengan korang2 semua ni. Tak habis2 suruh Maira buat itu ini. Paksa buat itu ini.

Tapi sekor pon tak kisah or tak tanya Maira sihat ke tak, ok ke tak. Masing2 buat bangang je. Selfish. Anak2 korang pon tak terjaga, kenapa nak suruh Maira jaga kan.

Kalau tak reti jaga anak, tak payah beranak. Tak payah susah kan orang lain. Lepas tu masing2 pandai pulak. Nak suruh buat apa2, terus contact Maira.

Suruh Maira pujuk saya. Lepas ni apa2 yang korang nak, korang direct dekat saya terus.

Jangan go through Maira dah. Stiap hari saya akan check fon Maira, saya akan baca chat2 korang and kalau korang call Maira,

saya akan make sure saya yang angkat, ataupun paling kurang, saya akan duduk sebelah Maira and dengar ape yang korang nak.

Kalau saya kata ok, then fine takde masalah. Kalau saya kata tak ok, thats it, tolong jangan suruh Maira pujuk saya, tolong jangan ulang apa yang korang nak.

Saya cakap sekali je sebab the next time saya cakap, penumbuk saya yang cakap kat korang. Yang ayah pon satu hal.

Ada 3 orang lagi kan anak yang duduk tak sampai 10 minit dari rumah sini. Kenapa nak suggest kami yang pindah sini.

Bagi saya ni lebih daripada limit saya dah. Tolong lah stop susahkan orang, tolong stop susah kan mak, tolong lah belaja buat kerja2 rumah sendiri.

Benda simple pon tak boleh buat. Tak guna solat 5 waktu, baca Quran, tapi layan isteri macam sampah, terjerit2, maki2 kat mak macam orang gila.

Tolong jangan jadi suami bodoh. Maira, jom kemas2 barang, kite balik rumah terus. Tak payah tunggu malam.”

Lebih kurang macam tu lah ayat suami aku. Lepas tu terus sunyi ruang tamu, sorang pon tak berani berkata apa2.

Somehow aku rasa lega bila suami buat macam tu. Aku rasa seperti dilindungi. Sejak kejadian tu, takde lagi dah arahan daripada keluarga ku.

Dan semua keluarga aku block whatsapp aku. But thats fine. I dont care anymore. Sebab mereka pon tak care pada aku pon.

Puan-puan, ada sebab kenapa Islam suruh isteri taat pada suami. Bukan pada ibu bapa, adik beradik, pakcik makcik. Tak.

Suami. Sebab lepas bernikah, suami lah yang lagi kenal isteri dia macam mana. Ibu bapa kita hanya kenal kita sebagai anak sahaja. Itu je tahap dia.

Sama juga macam adik beradik. Ibu bapa dan orang lain takkan kenal seorang perempuan itu melebihi seorang suami kenal isteri dia.

Suami yang baik, penyayang, akan protect dan takkan menyusah kan isteri mereka. Bak kata orang putih, happy wife, happy family.

Salam dan terima kasih.

Ini antara respon win netizen.

Shela. Husband of the year. sorry lah ye, walaupun diorang tu family tapi layanan diorang kat confessor lagi teruk dari binatang, esp si ayah kat si ibu.

Walhal kalau anjing beranak skalipun sayang kat anak2 dia cukup sejuk mata kita memandang.

Ni namanya iman tu sampai kat lidah jer tapi xsampai kat hati. Memang bagus move si suami keluarkan wife dia dari toxic environment tu.

obviously some time down the road kena maintain relationship dgn family balik dgn safe distance (bila dah berswdia).

Even Mufti Menk pun ada nasihat kalau dgn fmly yg toxic kena maintain respectful family relationship but keep a distance.

NoorAlya. Love this.. Ku letih bila baca dia letih..sedih.. Skit..marah..kecewa blablabla tp dia terus hadapppp sedih dan terus sedih dan putus asa.

Hidup perlu bangkit dan menjauhi sesuatu yg negative sebb kita perlu cr bahagia kita sndiri. Terbaik.. Berani kerana benar.

Semoga Allah permudahkn segalanya, beri kamu kebahagiaan dunia akhirat dan zuriat soleh solehah.

Faeezah. Alhamdulillah
Rezki dpt jodoh yg sgt baik dan reliable.
Mula2 rasa geram bila asyik mengikut. Bila sampai part suami marah tu.. yesss nk tepuk tgn rasa.

Ksian ayah tt.. rajin ibadah dan tazkirah tp tak lekat di jiwa sendiri. Bertentangan dgn suruhan dlm agama yg memuliakan kedudukan isteri.

Bukannya jd hamba. Semoga tt dan suami bahagia hingga jannah serta di kurniakan cahaya mata yg soleh solehah. Amin

Farimah. Aku baca aku yg sesak napas tahan… Senang hidup adik beradik awk ye.. ayah awak pun ..
Sbb tu Allah bg awak suami yg baik..

syukur.. tapi satu je..jgn plak ajak org lain tak perlu taat pada ibu bapa dan dan berbaik dgn adik beradik plak.. walaupun dah kahwin..

bahagian awak dpt suami yg baik tp family awak sendiri yg toxic..org lain dpt suami yg hampeh..tapi family yg baik..so kena ikut keadaan.. apa pun moga awak terus bahagia…

Munirah. Puas hati baca bila part suami puan marah tu. Mmg patut pun dah lama terpendam tu. Mcm bibik pulak dikuli kulikan.

Xnak ada bibik mahal. Dah tu sapa yg buat kerja2 bibik tu? Eh2 tetiba jadi bibik tak berbayar ek.

Nasib baik puan dapat rezeki suami yg baik. Buat malu je lelaki tapi benda simple pun serba serbi tak pandai pastu semua harapkan perempuan

Saya doakan puan dikurniakan anak yg soleh solehah suatu hari nanti

Pipo. Ciri2 suami puan ni cth Leader pattern, dia boleh rendahkn diri buat2 keje rumah atau keje2 remeh utk org lain dn masa yg sama dia pandai gunakan kuasa ke arah positif.

Mcm bapak puan pulak cth pattern bossy dn bodoh sombong, klu ckp dia kena dgr semua, kita tk boleh bntah walau salah kena angguk demi jga maruah,

dia salah tk akan buat perubahan dn tk akan minta maaf, semua sudut dia menang, klu terguris egonya mcm boleh jdi perang.

Klu nk ajar org mcm ni ikut arahan kena bgi kaw2 sebat undang2 baru dia sedar diri. Klu pi keja bwa perangai mcm ni, ksian rakan2 kerja.

Klu ada kuasa suka abuse power ni, cara dia ckp dgn ibu tinggi dia tuntut self entitlement.

Kita manusia ni sikap serba tk sempurna klu tk boleh betulkan sikap tu yg kita termasuk dlm ciri sekian2.