Aku tuduh isteri mandul, tp sbenarnya air mani aku tak aktif sbb terlampau byk hisap v4pe dan rok0k

Foto sekadar hiasan. Sepahit tajuknya, sepahit tu la kisah yang aku nak beritahu ni. Ini kisah kakak & abang ipar aku. Dia dah bagi izin untuk aku tuliskan supaya lelaki kat sana boleh ambil ikhtibar. Malas nak intro panjang-panjang, jom masuk cerita terus. Kakak & abang ipar aku kahwin 5 tahun lalu. Untuk pengetahuan semua, masa tu kakak umur 28, abang ipar umur 31.

Aku gelar dia as abang je. Bila dah kahwin, siapa je tak nak anak kan? Tapi kakak cakap dengan suami dia yang tak bersedia nak anak awal.

Sebab kakak sibuk kerja juga. Jadi dia minta masa mungkin 6-7 bulan selepas kahwin baru dia orang usaha gila-gila untuk dapatkan anak.

Sebelum tu kakak and abang sangat berjaga-jaga bila ‘tidur’ bersama. Memang mereka amalkan safe s*x agar tak ter-mengandung.

Melepasi setahun, diaorang cuba dapatkan anak tapi 1 pun belum lekat. Masa tu dua-dua masih sabar lagi. Masalah timbul masa hari raya 2018 yang lalu bila keluarga mentua dia mula pertikaikan kenapa dia tak ada anak apa semua.

Sekali dua boleh tahan lagi. Tapi lama-lama agaknya abang ipar aku pun naik stress dengar mak dia membebel. Asal balik kampung atau call, mulalah mak dia bising nak cucu. Dia punya perli, memang kakak makan hati saja.

Tekanan memuncak bila adik ipar kakak yang baru kahwin 4 bulan mengandung pula. Pantas kan? Sedangkan diaorang kahwin lagi lama but still tak ada anak lagi. Kakak buat macam-macam demi nak mengandung.

Benda yang kakak tak suka macam buah delima atau jamu pelekat semua dia makan. Kakak berhabis duit cuba makan asid folik.

Dia sebenarnya sejenis manusia yang tak suka makan ubat. Dulu masa kecik kakaklah yang sampai kena paksa makan ubat dengan ayah bila demam. Kalau tak dipaksa, taknak dia makan.

Betapa besarnya pengorbanan perempuan nak dapatkan anak. Apa yang dia tak suka semua dia makan sebagai ikhtiar.

Termuntah ke loya ke semua dia bedal. Kakak cakap sebenarnya lelaki pun ok makan asid folik untuk tambahkan kualiti sperma.

Bukanlah sebagai pil subur tapi sedikit sebanyak ada manfaat untuk lelaki yang nak dapatkan anak. Haaa fakta ni ramai tak tahu tapi memang ada explaination scientific doktor pun.

Tapi abang ipar aku macam selfish. Sebiji ubat pun dia tak nak makan alasannya pahit. Sayur atau buah yang bagus untuk kesuburan lelaki pun dia taknak makan. Alasannya? Tak sedap.

Hatta sebiji kacang gajus atau susu kambing pun dia tak nak minum. Beriya kakak ikhtiar makan macam-macam walaupun tak sedap. Tapi suami dia sedapnya mengelat.

Satu hari kakak dengan abang gduh besar sebab diaorang masih tak ada anak. Sampai 1 saat abang ipar aku melampau terlepas cakap katanya kakak aku ni ‘PEREMPUAN MANDUL’.

Kakak terus terdiam. Kemas baju malam tu juga pecut balik kampung. Masa tu rumah kakak dengan kampung jarak dalam 40 minit sahaja.

Bayangkan sampai kampung kakak nangis-nangis ketuk pintu rumah. Serupa macam drama tv bila ingat balik.

Ada dalam seminggu kakak merajuk (dia ambil cuti kerja). Abang tak ada datang langsung. Call pun tidak. Aku cakap dengan kakak, apa kata bincang baik-baik jumpa doktor kesuburan?

Sebab aku ni rajin tengok 1 drama siri English ni. Dalam satu episod ada kisah bagitahu masalah tak dapat anak kadangkala berpunca daripada lelaki. Bukannya perempuan.

Kakak consider and esoknya dia balik rumah dia. Beberapa hari kemudian, kakak bincang dengan suami dia nak pergi pusat pemeriksaan kesuburan dekat klinik swasta. Mula-mula suami dia eg0 tak nak. Tapi lepas bincang baik-baik, dua-dua pergi sana demi ikhtiar dapatkan anak.

Bagi yang tak tahu, untuk isteri : doktor akan scan perut sebagai diagnosis rahim dan buat bl0od test untuk testify horm0n. Suami pulak doktor akan periksa air mani. Sama ada sihat atau tak. Dekat sinilah segala kebenaran terbongkar.

Doktor sahkan kakak sihat dan rahim dia tak ada masalah langsung. Tahu apa hasil examination sperma abang ipar aku? Maaf kalau geli tapi ini menurut penceritaan kakak.

Doktor tunjukkan rakaman pergerakan sperma abang yang most of it bergerak sangat perlahan. Dalam kata lain tak aktif. Banyak juga sperma yang bercabang kepala 2. Maknanya tak normal.

Ya, dia yang tak subur sebenarnya bukannya kakak. Dekat situ, abang terus menangis.

Sebelum ni mak dia pernah beritahu. Entah-entah sebab kakak kahwin lambat (28 tahun), sebab tu rahim dah tak subur.

Sejak tu la dia mula curiga dan rasa bini dia yang mandul. Siap mak dia kata kalau kahwin dengan perempuan bawah 25 tahun dulu mesti dah lekat ramai anak.

Punca sperma abang ipar tak subur adalah sebab dia memang kuat merokok dan vape sejak lepas SPM lagi. Ingat tak aku cakap abang tak suka makan buah atau sayur? Itu lagi menerukkan keadaan. Sayur tak makan. Asid folik as vitamin tak makan.

Ingat ya, berjaya masukkan air mani menerusi faraj isteri bukan petanda awak lelaki hebat atau padu bagai.

Kakak pelik tiba-tiba doktor tanya pula, macam mana emosi sewaktu ‘bersama’ dengan abang? Rasanya soalan tu sangat privasikan. Soalan dalam kelambu nak tanya buat apa?

Dalam keadaan malu, kakak jawab setiap kali mereka s*x, kakak mengaku dia terlampau stress sebab gelisah.

Sepatutnya bila bersama, kenalah rasa nikmat. Tapi kakak pula serabut. Dalam kepala dia cumalah “aku nak anak, aku nak anakkkk anakk”. Dia cuma berpura-pura puas tapi tidak bahagia sebenarnya.

Emosi juga peng4ruhi tahap kesuburan sewaktu bersama. Haritu kedua-duanya balik muhasabah diri. Kakak cerita abang banyak kali minta maaf.

Tapi dua-dua pun m4ngsa kepada pihak keluarga yang mendesak. Sejak itu kakak dan abang perbaiki hubungan.

Abang memang perokok tegar tapi dia cuba kurangkan hari demi hari. Apa yang dia tak suka makan, dia cuba makan. Sama-sama ikhtiar makan asid folik dengan isterinya dia.

Bila PKP 2020, tu sebenarnya macam rahmat terbesar buat diaorang. Bila tak boleh balik kampung, mereka berdua terperuk bekerja di rumah (wfh). Bukanlah nak kata kakak happy tak payah hadap mentua dia, cuma itulah hikmah COVID-19 buat mereka.

Banyak sangat habiskan masa bersama. Semakin sayang menyayangi setiap hari. Alhamdulillah selepas hubungan diaorang jadi makin positif, akhirnya Allah bagi apa yang kakak dan abang ipar nak sangat.

Hujung bulan 11 tahun lepas, kakak pregnant. Yang paling sebak lagi, diaorang bakal dapat anak kembar. Mula-mula nak surprise tunggu bersalin je, tapi suami dia excited lebih nak tahu jantina anak sulung katanya.

MasyaAllah Allah Maha Besar. Bila kakak cerita semua ni, sumpah menangis sebab macam-macam ujian mereka berdua rasa.

Jadi para suami, jangan salahkan isteri kalau korang belum ada anak. Ibu mentua pun sama. Belum tentu menantu awak yang tak subur. Entah-entah masalah pada anak sendiri. Jadi aku doakan yang dah lama nak anak semoga jumpa rahmat korang satu hari nanti.

Cuba perbaiki hubungan. Janji Allah buat manusia yang sabar sentiasa ada. Try pergi cek kesuburan. Very recommended.

Ini antara respon dan pengalaman daripada netizen.

Halina. So far takde lg belah family mentua yg berani sound sy pasal anak bagai even tahun ni nak masuk tahun ke 3 perkahwinan. Sekadar bertanya tu biasa lah, yg tanya pun jumpa setahun sekali.

Kakak ipar (kakak suami) yang dah hampir 10th kahwin pun belum ada rezeki zuriat (dia kahwin umur 20an) ni kan plk sy yg kahwin masa umur 35th hari tu.

Bukan tak nak anak..tp tak nak berharap sangat. Ada..Alhamdulillah, takde..redha je lah. Suami pun dah bgtau awal2 dia ok je sbb tak nak sy stress fikir.

Syida. Masyarakat kita tersalah prihatin. Saya sendiri, dah mula menjauh dari sanak saudara sebab saya nak jaga hati dan perasaan sendiri. Dah nak masuk 30 masih belum ada jodoh ditambah adik dah 2 orang ‘langkah bendul’. Benda begini tak bagus, lama kelamaan akan terputus silaturahim..

. Tapi itulah, hati kita siapa nak peduli kalau bukan diri sendiri. Tapi alhamdulillah ahli keluarga baik mak abah sentiasa sokong apa sahaja saya buat..

#maaf, komen agak menyimpang. Cuma nak cakap, masyarakat kita sedikit ‘anoying’ pasal jodoh dan zuriat ni.

Erin. Sy perhatikan ramai lelaki tg refuse untuk educate diri sendiri. Kalau tak dapat anak? Tanya mak. Kalau dah ada anak tak reti nak handle? Marah anak siang malam.

Tepon yg mahal2 kenapa tak google je? “Why am I unable to conceive” “what can a man do to conceive” “superfoods that help to get pregnant for men” “is my smoking like a chimney habit relevant to my being unable to get a baby” and so on.

Kerja bagus tapi bab macam ni automatik bodoh, tak nak jumpa doktor, tak percaya doktor cakap. Bini cakap lagilah ingat bini kau jenis emosi je, overthinking.

Eh kitorang ni membaca tau tak. Tanya mak buat apa.. lepak kedai lama2 boleh, tapi nak jumpa doktor kemain sampai 5 tahun tangguh. Get help Ask the right people Doa Cakap org tu mandul org ni mandul.. sengal

Lisa.Kakak ko same gn aku x suka makans delima.

Tambahan lagi. Bukan utk suami je. Untuk para mertua tu, jaga lah tingkah. Anak kan rezeki Allah.

Galak dan sokong anak2 usaha dapatkan zuriat kan lebih bagus. Tapi jangan berlebihan. Stress dorang. Buat rileks je.

Kadang2 orang xde zuriat lagi bukan sebab planning. Sebab xde rezeki lagi. Tak payah nak menyebok sangat. Kalau sorang je tanya tak rasa sangat.

Kalau dah ramai pertikai kompem terasa. Baik2 hubungan suami isteri elok xde masalah terus terjadi masalah sebab perangai orang2 yang tak fikir perasaan orang lain. Bab rezeki anak ni sensitif kot.

Nabila. tahniah tt. perkongsian yang bermanfaat. diharap para lelaki aka suami ambil iktibar drpd cerita nie dan setiap masalah yg menyebabkan isteri jd m4ngsa tolonglah berpihak kepada isteri dan tidak mengikut emosi dalam membuat setiap keputusan.

untuk para ibu mertua, jgn mudah untuk berkata sesuatu yg blh memudaratkan hubungan anak dan menantu terutama sekali bgi ibu kepada pihak lelaki tersebut.

cuba bayangkan kamu ada anak perempuan, maruah anak perempuan anda dilanyak sewenangnya oleh ibu mertua lelaki sendiri. renungkanlah.