Anak aku kuliit gelap bkn cucu kesayangan, mak mertua pkul kpala anak aku smpai bdrah sbb bnci

Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua.. Ingat aku lagi tak? Laila Atheerah of course bukan nama sebenar. Jangan lah cari nama aku di FB ke IG ke mesti tak akan jumpa sebab ini nama samaran aku saja. Ramai juga yang baca kisah aku. Aku nak minta maaf sebab aku berhenti tiba-tiba. Nanti di akhir kalam, aku cerita kenapa aku tak ada banyak masa untuk menulis confession aku. Aku nak ucapkan terima kasih juga sebab ramai yang bersimpati

Untuk part 1 yang lebih menyentuh hati boleh klik link di bawah.

“kalau aku bg dia khwin, nanti siapa nk bagi duit kat aku. Biarlah dia xpyh khwin, dia je blh bagi aku duit byk”

Tujuan aku suruh like banyak-banyak tu bukan aku nak jadi famous atau ‘batak like’ pun. Tau tak maksud batak ni? Aku rasa orang utara tahu kut. Alah, yang terhegeh-hegeh nak kan perhatian tu. Bukan aku nak ye.

Aku cuma nak tahu sama ada orang baca ke tidak cerita aku. Nanti macam syok sendiri pulak confess benda yang entah apa-apa. Bila aku baca komen anda semua dan aku tengok like yang aku dapat, ianya umpama memberi sokongan dan dorongan kepada aku untuk terus bercerita.

Ha gitu ye kawan-kawan. Aku baca setiap komen tau. Gigih tak? Tapi aku happy. Masa aku menaip ni, like yang aku terima dah 2000. Terima kasih

Ada yang kata aku berdrama. Aku kira yang cakap aku macam tu punyai ibu ayah yang baik dan keluarga yang sempurna. Ucapkan lah syukur dik. Allah tak uji adik dengan jalan berliku begini. Tapi ada juga punyai kisah yang sama atau hampir serupa dengan aku. Aku harap kita sama-sama kuat untuk teruskan hidup di dunia yang penuh liku ini.

Yang kata aku mereka cerita tu, percayalah, aku bukan jenis yang buang masa untuk perkara yang tak dapat manfaat pun. Aku confess ni bukan dapat duit atau dibayar. Tapi aku nak hilangkan perasaan dend4m dan marah aku ni sebab aku bukan jenis bercerita kisah aku pada orang walaupun kawan baik sendiri.

Sebab aku tahu manusia sekarang ramai yang bertopengkan manusia. Jadi, aku elakkan. Juga, aku tak mahu aib keluarga aku disebar-sebarkan. Aku malu. Jadi, aku cerita di sini sebab tak ada siapa kenal aku.

Sebelum tu, tolong faham kronologi kisah hidup aku ni. Cerita aku di bahagian pertama tu bukan berlaku sekarang. Tapi 14 tahun yang lepas sewaktu umur aku 24 tahun. Sekarang umur aku 38 tahun. Jadi, cadangan anda semua untuk aku atur hidup aku seterusnya itu memang tak boleh aku nak ambil peduli sebab dah berlaku pun.

Sebelum aku mulakan, aku nak berikan penjelasan kepada yang tertanya. Eh, takkan 24 tahun dah ada master dan kerja 2 tahun? Ye betul. Aku habis master umur 22 tahun. Sebenarnya, aku masuk darjah 1 masa umur aku 6 tahun.

Aku tak pasti kenapa boleh masuk tapi yang aku pasti, kawan abah aku guru besar di sekolah rendah aku tu. Sebelum tu aku masuk tadika, waktu umur 4 dan 5 tahun. Mungkin abah aku rasa buang masa nak masuk tadika lama-lama, dia masukkan aku ke sekolah rendah terus.

Jadi, aku ambil UPSR umur 11 tahun, PMR umur 14 tahun, SPM umur 16 tahun. Dulu walaupun tak cukup umur 17 tahun, masih dibenarkan untuk duduki SPM.

Sekarang KPM dah ketatkan. Umur 17 tahun baru boleh ambil SPM. Kalau lebih tak apa, kalau tak cukup umur tu, kena ulang la tingkatan 4 atau 5 sampai lah umur dah 17 tahun. Jangan persoalkan tentang perkara ini, tapi ini lah yang berlaku dalam hidup aku.

Lepas SPM pulak, aku dapat asasi setahun dan degree 3 tahun. Umur 21 tahun aku dah habis belajar tapi masa tu aku dapat tawaran untuk sambung master setahun. Peluang dah ada, apa lagi, terus aku melangkah. Ha sebab tu lah umur aku 22 tahun aku dah ada master dan lepas tu aku terus dapat kerja. Alhamdulillah, rezeki aku. Faham dah? Hehe

Sorry agak panjang muqadimah bahagian dua ni. Baik, sekarang aku sambung cerita aku. Ye, aku dan N pergi juga nikah di Siam. Sebelum aku meneruskan niat aku ni, aku dah pergi pejabat agama untuk dapatkan penjelasan dan pertolongan. Tapi prosesnya sangat rumit dan mengambil masa yang lama.

Anda rasa aku boleh tunggu ke dengan keadaan aku yang terumbang ambing? Stress yang aku dapat ni bukan baru tau tapi sejak aku kecil. Aku kira kalau aku tak bertemu N, aku dah dapat depression tahap teruk dan mungkin aku dah arwaah sebab bnuh diri.

Aku tak ada siapa-siapa ye. Hanya adik-adikku yang kesemuanya perempuan tak mampu untuk menolong kakak mereka ketika itu kecuali dengan sokongan. Dan, aku ada N.

Seawal 6 pagi kami berangkat menaiki kereta ke sempadan. Dari tempat aku nak ke sana ada lah dalam 3 jam. Alhamdulillah, dalam masa 2 hari, semuanya selesai dan aku sah menjadi isteri kepada N. Sambil-sambil tu kami honeymoon di sana. Aku bahagia

Balik dari Siam, aku dan N terus kemas-kemas rumah yang aku beli tu untuk kami diami. Start dari situ, N mengambil tanggungjawab sebagai seorang suami dan dia sediakan semuanya termasuk membayar loan rumah seperti yang kami bincangkan sebelum ini.

Oh ya, jangan risau tentang pendaftaran di Malaysia. Walaupun aku tak boleh berfikir secara waras waktu tu, tapi aku belum betul-betul bodoh. Aku dah cari peguam untuk tolong aku hadap proses mahkamah untuk daftarkan pernikahan kami di Malaysia.

Aku ambil private lawyer sebab aku malas nak turun naik mahkamah lama-lama. Aku kena bayar 4 ribu lebih untuk perkhidmatan peguam ni. 14 tahun lalu, 4 ribu ringgit adalah jumlah yang banyak ye. Tapi N top up juga. Sorang separuh.

Walaupun dia baru saja kerja, simpanan biasiswa dia waktu belajar sangat banyak. Aku pun terkejut sebab first time jumpa manusia yang berjimat tahap dewa ni. Tapi, itulah N.

Dalam 3 ke 4 minggu saja aku dan N dah dapat surah nikah Malaysia. Peguam tu sangat membantu. Aku dah tak risau kalau termengandung. Aku penjawat awam dan aku kena denda tapi N tak sebab dia bekerja di syarikat GLC. Tapi aku tak kisah sebab aku sekarang dah ada kawan menangis, kawan ketawa, kawan bercerita, kawan makan, kawan gduh pun ya.

Biasalah, datang horm0n wanita, tak boleh nak kawal emosi. Tapi, N tetap N. Dia sangat lah tenang dalam melayani aku. Lagi sekali aku cakap, aku bahagia

Tiada siapa yang tahu aku dan N sudah bernikah kecuali jiran-jiran kami dan adik-adik aku. Aku beruntung sebab adik-adik aku menyebelahi aku. Mereka selalu juga datang rumah aku jika berkelapangan. Macam biasa, memang kami akan elakkan untuk bercakap mengenai mak.

Aku juga masa tu masih marah tahap gunung berapi memuntahkan lava. Aku tak boleh dengar pun perkataan ‘mak’ dan ‘abang’ aku. Kalau tengok drama pun, pasti N akan tapis seboleh-bolehnya untuk aku tidak terfikir tentang mereka ini.

Selepas setahun, kami bercadang untuk beritahu keluarga N. N ada mak, sorang kakak, sorang abang dan sorang adik. Aku tengok N rapat dengan kakak dia berbanding abang dan adik. Selama setahun ni, kami berlakon seperti pasangan kek4sih di depan keluarga N. N pun kerja di negeri yang sama dengan aku dan dia sebelum ni menyewa bersama rakan-rakan.

Jadi, bila N dan aku di rumah kami, keluarga N tak pernah syak apa-apa. Ye la, mak N ingat N duduk dengan kawan-kawan dia. Rumah yang aku beli tu dekat dengan tempat aku bekerja. Pasal anak? Ye kami merancang. Kami sebolehnya tak mahu anak lagi sehingga semua orang tahu yang kami dah nikah.

Jangan marah kami. Kami nak beritahu awal dan aku sendiri mintak N beritahu mak dia sebelum kami bernikah. Tapi N cakap mak dia minta N kerja lebih lama lagi untuk kumpul duit sebelum mendirikan rumahtangga. Aku rasa mungkin mak dia ingat anak dia tak ada duit lagi, macam mana nak jaga anak orang kan.

Takkan nak bagi makan pasir. N pulak tak pernah bercerita pasal kewangan dia dengan sesiapa pun termasuklah aku. Tapi aku kan isteri, mestilah aku korek-korek sampai ke lubang cacing dan password akaun bank dia dan segala transaksi pun aku tahu. Well.

Ok, kami pun dah bersedia dan kami berterus-terang. Kami berdua duduk depan mak N. Mak N agak terkejut dan macam tak percaya. Tapi dia tak marah. Dia cuma tanya kenapa jadi macam ni. Aku dan N cuma cerita pada mak N yang abah tak mahu jadi wali. Itu sahaja. Mak N tahu mak dan abah aku dah berpisah.

Tapi, peristiwa yang berlaku pada aku sejak aku kecil sehingga ke malam tu, aku kunci rapat dan aku tak izinkan N cerita pada keluarga dia. Aku memang tak mahu orang lain tahu aib keluarga aku.

Aku bersyukur jugak sebab mak N jenis yang menyimpan rahsia. Dia tak bagitahu pada sesiapa pun kecuali kakak N. Mak N nampak okay tapi yang tak okay adalah kakaknya. Amat jelas kelihatan kakak N benci dekat aku.

Bila aku datang rumah mak N dan kalau kakaknya ada sekali di rumah tu, memang dia menjeling-jeling dekat aku. Aku nampak la kadang tu, aku ada saja depan mak dan kakak N, tapi mereka sembang berdua saja. Mak N mungkin pura-pura okay sebab ye lah kami dah kawin kan.

Aku yang aku boleh buat? Padan muka aku kan? Gagah pergi kawin tanpa pengetahuan mak dan abah. Mungkin ramai yang akan cakap macam tu. Aku terima semuanya. Kalau aku ada keluarga yang elok, mana mungkin aku akan belakangkan mak dan abah dalam urusan kehidupan aku.

Malah aku cuba tanpa lelah untuk berbincang dengan abah. Tapi abah tak muncul. Aku ambil jalan short cut sebab aku dah nak tumbang. Aku memang sorang-sorang. Aku tak ada sesiapa yang aku boleh rujuk waktu tu.

Ok, bagi aku teruskan cerita aku lagi sebab ini bukan lah main point aku dalam tajuk aku, salah aku kah?

Aku hadap saja apa saja tindakan mak N dan kakaknya. Mak N nak kata tak suka aku tu, tak pernah la dia marah atau jeling aku macam kakak N. Dia buat macam biasa dan aku pun buat macam biasa juga. Tak lama lepas kami beritahu, mak N cadangkan untuk kami buat kenduri sikit.

Ye la, nanti tiba-tiba beritahu saudara mara yang lain kami ni suami isteri, mesti mereka akan bertanya, bila nikahnya? Tambah-tambah lagi bila mak N ni rapat dengan jiran-jiran. Of course, lah makcik-makcik dikawasan sekitar akan tertanya-tanya kan.

Masa ni kami kaget. Kalau nak buat kenduri, mesti lah dikedua belah pihak. Mak N tak tahu yang aku dengan mak dah setahun tak bertegur sapa. Kami cakap, kami nak berkira-kira dulu bajet semua. Mak N kata okay.

Masa aku tengah hadapi masalah yang satu ni, aku memang minta sungguh-sungguh pada Allah supaya Allah mudahkan urusan aku. Nak tahu apa jadi? ni betul tau bukan aku reka cerita. Aku dapat call dari nombor yang aku tak save atau nombor yang baru aku lihat. Aku angkat call.

“Assalamualaikum, Lela.. mak ni” aku dengar suara yang aku memang kenal di hujung talian.

Aku terdiam. Aku tak tahu nak respond macam mana. Walaupun dia mak aku, tapi kami tak rapat macam mak dan anak. Aku tak kej4m. Aku sambut panggilan mak aku dengan baik. Aku masih bercakap macam biasa. Aku tak rasa nak menangis pun. Sebab luuka aku dalam sangat.

Mak mintak aku balik rumah dia. Walaupun dia yang salah, tapi tak pernah dia katakan maaf pada anak-anak dia. Dia seorang mak yang sangat eg0. Aku berani kata sebab pada dia, ibu tak boleh menyembah anak. Jadi ibu saja yang betul, anak akan terus disalahkan.

Aku anak dia, aku tahu baik buruk mak aku. Jadi, jangan cakap aku kej4m sebab aku kata mak aku macam ni. Aku pun eg0. Setahun aku tak contact mak. Tapi, eg0 aku bersebab.

Aku pun balik rumah mak aku dengan N. Aku terus beritahu mak yang kami dah kawin. Mak aku nampak tenang. Dia kata yang sudah tu sudah la.

Dia nampak macam boleh terima. Mungkin dia tengok N handsome juga kut. Mak aku ni memang kalau nampak orang tu handsome/lawa dia akan jadi lembik lutut.

Bukan gatal ye, tapi lebih kepada lembut hati. Dalam hati aku terus aku bersyukur. Bersyukur sebab Allah mudahkan kerja aku satu dan bersyukur sebab N handsome. Bayangkan kalau N tak handsome? Apalah agaknya reaksi mak aku kan?

Kami pun buat kenduri. Kenduri kedua belah pihak. ALHAMDULILLAH, aku lega yang teramat. Aku dan N buat sujud syukur. Kami officially dah jadi suami isteri di mata orang. Ada juga adik beradik yang tanya bila nikah dan sebagainya.

Mak N dan mak aku kata, majlis nikah buat antara kami ja atas permintaan aku dan N. Lepas tu, semuanya kembali normal. Dah tak ada yang bertanya lagi.

Aku nak cerita dulu pasal mak aku. Mak aku buat baik dekat aku bersebab. Masa dia call aku hari tu kan, mak aku kata dia dah tak nak kerja.

Dia dah tua dan dah penat. Mak aku ni kerja sebagai pengawal keselamatan di sekolah. Mak aku tak ada SPM sebab dia bagi peluang pada adik-adik dia untuk sambung belajar.

Aku sebenarnya bersimpati dengan mak. Tapi apakan daya, perangai mak aku macam tu. Lepas tu dia kata, kereta mak tak ada siapa nak bayar. Aku dah agak. Ada udang di sebalik batu. Tapi, apa yang boleh aku buat? Aku anak dia. Takkan aku nak kata padan muka mak? Aku pun cakap tak apa mak, lela tolong bayarkan.

Lepas tu, mak aku letak telefon. Aku kira dia berhora horey di sana. Sebab ni juga kut dia terpaksa terima aku dan N dah berkahwin. Kalau tak, tak dapat duit dari aku lah kan?

Mulai bulan tu juga, aku bayar kereta mak RM400 sebulan dan aku bagi duit poket RM350 tiap bulan dekat mak. Up RM50 dari sebelum tu.

Tak apalah, sebab tiap tahun gaji aku naik. Aku bukan bodoh tak fikir apa yang mak dah buat. Tapi, buruk manapun dia tetap mak aku. Mak yang lahirkan aku.

Cuma, aku pernah beranikan diri cakap, aku takkan bagi muka lagi dah kalau orang buat aniaya dekat aku. Aku yakin dia terasa, dia nampak sangat menjaga kelakuan selepas kejadian itu dan aku jadi lebih tegas dengan mak. Tapi masa ni mak aku tak berhenti kerja lagi, dalam proses.

Kejap, aku nak cerita satu benda lagi. Anda semua nak tahu sebab apa aku boleh ajak N kawin di Siam? Aku mengambil ilham daripada mak aku jugak. Masa umur aku 20 tahun, aku sedang menyambung degree di IPTA. Aku dapat call daripada adik aku. Adik aku kata mak aku pergi kawin di siam.

Dia nampak sijil nikah siam mak aku dengan lelaki tua nak mampus tu. Aku panggil lelaki tua tu macam tu sebab adik aku kata dia pergunakan mak aku.

Mak aku kan walaupun kerja pengawal, tapi gaji 2 ribu juga sebab dia kerja memang lama. Mak aku lah kena bayar itu ini dan kena bagi duit belanja sekali dekat dia.

Tapi, perkahwinan tu tahan selama beberapa bulan saja. Mak aku baru ada akal kut. Kan aku kata, dia kalau tengok lelaki handsome, jadi lembik lutut. Bagi orang yang berumur, lelaki tu nampak kacak la kut.

Entah la, aku tak pernah tengok sebab aku tak balik rumah masa belajar dulu. Aku kerja cari duit poket.

Masa setahun aku tak contact mak tu, rupa-rupanya mak kawin lagi. Adik aku kata lelaki ni memang hitam legam. Dasyat betul mak aku.

Tapi sama jugak, jodoh tak panjang sebab lelaki tu mengongkong mak tak bagi jumpa anak-anak. Entahlah, itu apa yang adik aku cerita. Aku malas nak ambik port sangat sebab aku dah tak mahu pedulikan kisah orang.

Mak aku ingat aku tak tahu dia kawin sampai 2x selepas abah. Sebab aku tak pernah sebut pun depan dia.

Tapi, aku nak jadikan modal untuk aku perli dia kalau dia buat yang bukan-bukan lagi dan aku memang betul-betul ugut yang aku tak kan balik lagi dah. Kalau dah tak balik, of course dia tak dapat duit belanja kan?

Mak aku menjadi sangat behave tau lepas semua kejadian tu. Semua sebab DUIT. Tapi aku tahu, dia dengan maksu aku tu suka mengutuk orang termasuklah kami adik-beradik.

Mungkin anda semua tak percaya kan mak sendiri mengutuk anak? Itu lah yang terjadi dalam hidup aku. Tak kan aku tak boleh merasa sedih? Macam mana aku tahu? adik aku terdengar dan dia rekod.

Baru part mak aku. Kan aku kata cerita aku banyak bahagian dan melibatkan ramai orang. Jadi, aku perlukn masa untuk menulis.

Lepas selesai menulis aku kena pastikan pula cerita aku difahami. Nanti kalau tunggang terbalik, mesti ramai yang akan bagi komen negatif.

Tapi aku kena cerita juga apa yang berlaku supaya di akhir nanti, anda semua boleh menilai salah aku kah?

Ok sekarang aku masuk part aku pula. Lepas enam bulan buat kenduri, setahun setengah selepas kami nikah, aku pregnant.

Masa ni hubungan aku dengan keluarga N so so saja. Tak terlalu baik tapi tak buruk pun. Sebab apa aku kata macam ni? Sebab sekali lagi aku kena hadap masalah pilih kasih ni.

Tiap hujung minggu pasti N akan ajak aku balik rumah mak dia untuk makan-makan. Aku masak di rumah aku dan bawa ke rumah mak N. Kami makan sama-sama.

Kadang-kadang kakak N ada, tapi jarang lah dia nak ada. Mungkin dia tak suka tengok aku kut. Lantak lah, asalkan N ada dengan aku.

Kakak N ni ada 5 orang anak. Semua anak-anak dia, mak N yang jaga dari kecik. Aku tak rasa dia mampu nak bagi pengasuh sebab dia saja yang kerja. Suami dia goyang telur saja. Tu pun kalau ada telur.

Ada la buat part time sikit-sikit. Tapi tak bersungguh. Abang N pulak baru ada seorang anak. Isteri abang N, iaitu biras aku ni kecil molek orangnya. Putih pun putih.

Aku dari awal lagi nampak sangat yang mak N ni memang sayang lebih dekat abang N, biras aku dan anak mereka. Aku nampak juga perbezaan layanan mak N dengan anak-anak dan cucu-cucu lain yang ketara. Mak N tak pernah marah anak abang N tapi selalu sangat aku tengok anak-anak kakak N kena marah.

Aku memang cuba sedaya upaya untuk jadi menantu yang baik. Walaupun aku tahu perbuatan aku dan N mungkin sukar untuk keluarga N terima, tapi aku tak putus berdoa agar aku diterima dan diraikan seperti keluarga sendiri. Tapi takdir tak menyebelahi aku.

Perbuatan mak N mkin menyakitkan hati. Di mulut mak N, biras aku saja yang dipuji. Abang N duduk di Selangor. Mereka selalu juga balik dan mak N selalu ke sana menaiki bas.

Mulanya aku biasa-biasa saja. Tak ada pun perasaan. Tapi lama-lama siapa yang tak terasa?

Bila aku ajak mak N datang rumah kami, nak tahu apa mak N kata?

“Ummmm, Selangor tu gagah la mak p” mak N jawab begitu sambal mencebik mulut tanda tak mahu.

Aku senyum kelat. N pulak diam membatu sebab sebelum tu aku dah cakap pada N yang mak dia ni pilih kasih. N tahu aku fobia dengan orang sebegini.

Selangor tu boleh pergi tapi rumah aku yang tak sampai sejam ni dia boleh ummmmmmm kan saja? Aku mengandung waktu tu. Serius aku sedih. Tapi N pujuk.

Tup-tup nak raya. Sehari sebelum raya aku berikan hadiah-hadiah yang aku beli untuk mak N. Aku beli kasut raya, handbag dan kuih-muih semua hand-made. Aku buat kek juga. Aku suka memasak. Memang aku rajin. Pada waktu yang sama, biras aku juga belikan mak N handbag.

Tapi mak N dapat dulu handbag yang biras aku beli. Masa tu kebetulan jiran sebelah mak N datang. Dia tengok handbag biras aku belikan tu dia terus kata, boleh la nak pinjam nanti. Mak N balas, mana boleh limited edition tu. Aku dengar sambil senyum.

Usai berbuka puasa, aku keluarkan hadiah-hadiah aku. Masa aku bagi handbag yang aku belikan pula, mak N ambil. Dia angkat dia pusing-pusingkan beg tu.

“Hurmm ni oleh la Cik Non pinjam. Mak boleh bawak p market jugak ni”. (Market tu maksudnya pasar, tak kisah lah pasar pagi, tani, malam).

Beg yang biras aku bagi dia kata limited edition dan dia tak bagi cik non tu pinjam tapi beg yang aku bagi yang boleh kata macam tu? Sumpah balik rumah dalam kereta aku menangis.

N tetap pujuk aku. Beg aku belikan lagi mahal daripada beg yang biras aku beli. Aku tahu sebab aku nampak beg yang sama di The Store.

Seminggu lepas raya, aku dan N singgah lagi rumah mak N. N kata dia teringin kek. N tanya mak dia mana kek yang aku buat. Mak N tanpa rasa bersalah menjawab kek tu dah naik kulat. Linda (anak kakak N) la tak simpan dalam peti ais, dia sambung. Aku buat moist chocolate cake tu. Aku buat dua bekas yang agak besar.

Mak N salahkan Linda yang umurnya waktu tu baru 5 tahun. Masa malam raya yang aku bagi beg pada mak N, aku dengar mak N marah anak-anak kakak N sebab tak simpan elok-elok kuih raya yang biras aku bagi. Lepas marah, dia ambil bekas-bekas kuih raya tersebut dan simpan di atas almari.

Kemas dan rapi Tapi kek aku? Dia biarkan berkulat? Dua bekas weh Penat aku buat. Sekali lagi aku menangis dalam kereta sampai rumah. N buat apa? Dia diam membisu.

Tak lama lepas tu, aku lahirkan anak sulung aku. Lupa aku nak beritahu, masa tu kakak N mengandung juga anak yang ke enam.

Kakak N bersalin awal tiga minggu daripada aku. Anak kakak N keluar putih. Anak aku pulak ikut kulit aku. Masa ni hebat juga dugaan aku. Mestilah mak N lebihkan cucu yang berkulit putih kan.

Anak aku tak habis-habis dia kata, ummmmm tu ikut mak dia la.. hitamm.. Allah Aku menangis. Hitam macam mana pun, tetap anak aku. Tapi tak lah hitam mana.

Gelap sikit saja dari cucu putih dia. Boleh nampak la, yang dia pegang, dia gendong, dia dodoi cuma cucu putih dia saja. Cucu hitam ni dia pegang gitu-gitu saja.

Aku habis pantang, aku kena masuk kerja. Aku dengan N buntu. Kami belum dapat pengasuh yang sesuai. N cadangkan suruh mak N jaga sekejap.

Aku mulanya tak setuju sebab entah la. Aku betul-betul terasa dengan mak N. N tahu tu tapi nak buat macam mana, urgent sangat masa tu. Aku kena berulang hampir sejam untuk hantar anak aku dekat mak N.

Aku pun pergi kerja macam biasa. Aku sediakan semua dalam satu bakul termasuk susu, air suam, botol, pampers. Senang mak N nak ambil.

Aku cakap la, aku habis kerja pkl 3.30. Tapi hari tu, kami semua dibenarkan pulang awal. Aku sampai depan rumah mak N pkul 2.30 petang.

Aku sampai depan rumah terus aku matikan enjin. Itu style aku. Aku keluar dari kereta, masuk kawasan rumah mak N. Tapi, dari dalam kereta lagi aku dengar anak aku melalak teruk. Bukan menangis biasa tapi melalak.

Baby umur 3 bulan menangis umpama di pkul. Mkin aku mendekati pintu rumah, aku dengar suara mak N membebel. Aku tak dengar jelas tapi aku yakin suara dia selari dengan suara anak aku menangis. Aku terus ketuk pintu.

Mak N buka pintu. Dia terkejut tengok aku. Dia tengah pegang anak aku yang melalak teruk tu.

“Mak tak tau pasai pa dia nangih laguni”, mak N cuba beritahu aku. Nampak sangat mak N macam takut-takut.

Aku kata tak apa lah, aku bawak balik dulu. Aku masa tu kejar masa nak balik rumah. Aku tak ingat kenapa.. dah berbelas tahun berlalu. Dalam perjalanan, anak aku menangis tak berhenti. Aku call N suruh balik cepat.

Aku sampai saja rumah, N dah ada depan pintu pagar. Dia ambil anak aku dan dia pujuk-pujuk. N tepuk, N dodoi, semua tak jalan.

Aku dah menangis dah. N cadang nak bawa ke klinik saja. Takut apa-apa kan. Tapi lepas tu anak aku tertidur. Aku rasa dia letih menangis.

N letak anak kami atas katil. Aku tak ada mood nak buat apa dah. Aku pun baring tepi anak aku. Mestilah aku menangis sebab pertama kali aku dengar anak aku melalak macam tu. Aku belai rambut anak aku. Masa aku selak-selak rambut anak aku, tiba-tiba aku nampak drah.

Bersama dengan drah, ada garisan yang macam terseret kena benda tajam/keras. Tepi ubun-ubun anak aku. Aku terkejut terus panggil N. Aku memang menjerit panggil N sebab aku rasa marah yang meluap.

N yang entah dari mana berlari-lari anak datang kearah aku. Aku tunjuk dekat N. N tengok sambil beristigfar. Patutlah anak aku menangis teruk. Rupanya dia skit. Baby 3 bulan..bukan 3 tahun..ya Allah aku dah tak tahan.

Aku beritahu N apa yang berlaku bermula aku turun kereta sampai aku ambil anak aku di rumah mak N. kalau mak N benci aku sekalipun, kenapa buat anak aku macam tu? Anak aku ni cucu kandung dia

Aku meraung semahu-mahunya. Aku bukan menuduh, tapi aku begitu yakin, mak N membebel masa uruskan anak aku tu sebab aku Sebab aku kawin dengan N macam tu. Anak aku yang jadi mngsa.

Aku maaki N. Aku maaki keluarga dia. Aku hamburkan kata-kata kesat. Aku dah tak tahan dengan perbuatan mak N dan kakak N. Aku suruh N ceraaikan aku masa tu jugak. N melutut.

N menangis. Aku tahu bukan salah N. N menjaga aku bagai menatang minyak yang penuh. Tapi, sampainya hati buat anak aku macam tu.

Sehari ja aku pergi kerja, lepas tu aku ambil cuti lagi 4 hari tu. Nasib la orang atasan aku faham. Aku bersungguh-sungguh cari pengasuh yang ok. N pun sama. Dia ambil cuti. Tapi aku tak bercakap dengan N. N bersungguh minta maaf dekat aku.

Sebelum hantar pada mak N lagi aku dah berat hati sebab aku tahu mak N tak bersungguh pun nak jaga. Aku yakin, naluri aku sebagai ibu sangatlah yakin yang mak N tak suka dekat aku dan anak aku. Aku tak beritahu mak aku. Kalau aku beritahu sekalipun, mak aku tak boleh buat apa.

Allah baik sangat. Dia mendengar doa aku siang malam. Adik aku baru habis sekolah. Dia volunteer nak jaga anak aku. Aku menggeletar jugak lah sampai sebulan. Adik aku datang rumah aku dan jaga anak aku. Alhamdulillah. Aku bagi la duit mengasuh untuk adik aku.

Lepas tu, aku memang jarang aku pergi rumah mak N. N pun sama. Aku dah bertekad, apapun yang berlaku, aku lebih rela berpisah dengan N daripada nak hadap perkara yang menyakitkan hati.

Cukuplah aku merana dari kecil. Aku tak mampu nak terima kekecewaan lagi apatah lagi pilih kasih ni aku kena hadap dari kecik. Berbulan jugak aku tak pergi.

Kalau aku pergi rumah mak N pun mesti sejam lebih saja, N akan ajak aku balik cepat. N betul-betul jaga hati aku. Dalam masa yang sama dia nak jaga hati mak dia juga. Kami pergi tu pun sebab mak N yang call suruh datang.

Nak harap dia pergi rumah aku, memang tak lah. Masa pergi sana pun, aku akan pastikan anak aku berada dekat dengan aku. Aku dah janji dengan diri aku, aku akan lindungi anak aku.

Tak lama lepas tu, biras aku nak lahirkan anak yang kedua. Due date biras aku nak bersalin lagi tiga minggu. Mak N dah tergedik suruh tempah tiket bas, nak pergi sana awal. Nak jaga biras aku kat sana.

Waktu aku bersalin hari tu, haram dia nak jejak kaki tengok aku kat hspital walaupun jarak hspital yang aku bersalinkan anak aku dengan rumah dia tak sampai 20 minit.

Sekali lagi aku terluuka. N diam ja. Sampai rumah pun N diam ja. Aku tak pernah tengok N macam tu. Ye, padan muka aku sebab pilih jalan macam tu. Aku terima saja. Selagi boleh aku tahan, aku tahan.

Entah la, aku rasa kalau N kawin dengan aku secara elok pun, aku tak rasa mak N akan layan aku elok macam dia layan biras aku.

Kakak N punya suami pun mak N buat macam aku juga. Mungkin sebab biras aku ni cantik. Tak tahu lah nak kata cantik ke tak, sebab putih saja dan kecik. Aku ni hitam dan berisi.

Macam mak aku la, yang putih dipuji, yang hitam dikeji. Orang tua yang berfikiran macam orang kampung kut? Sebab kalau yang educated, aku tengok elok ja dia layan orang sama rata. Macam ketua di pejabat aku. Macam mak-mak Aku sayang ketua aku.

Aku fast forward lagi. Anak aku setahun enam bulan, aku disahkan pregnant lagi. Aku rasa aku dah betul-betul protect. Ni kerja N la ni yakin sangat aku tak subur lagi.

Sekali haaa… amek kau. N kata rezeki. Aku pun ok saja sebab aku tak rasa susah pun. N sangatlah membantu aku. Kerja rumah dia tolong, anak lagilah dia jaga. N betul-betul family man. Aku bahagia walaupun aku derita

Langit tak selalunya cerah. Waktu kandungan aku 3 bulan, aku difitnah oleh kakak N. Guys, masa ni kemuncak segala-galanya.

Masa ni juga aku meletus. Mak N, kakak N, semua ahli keluarga N aku block. Aku haramkan terus mereka masuk dalam hidup aku.

Tapi aku tak boleh teruskan menaip. Aku akan habiskan penulisan aku di bahagian ke tiga. Aku janji bahagian ke tiga nanti, aku akan habiskan cerita aku. Aku akan beritahu kenapa aku tak boleh ambil masa yang lama untuk menaip.

Kalau anda semua masih setia membaca, like dan komen tau. Tak banyak respon, aku malas nak taip. Haha.

Sekali lagi aku nak bagitahu, ini bukan novel. Ini cerita aku.

Jumpa nanti.