Aku khwin pksa dgn suami lembut, tiba2 mak mertua tnye smbil ngis suami dh bg nfkah batin ke blm

Foto sekadar hiasan. Hai semua..Hehe.. Tajuk tak nak kalahkan?Alhamdulillah.. dengan sokongan semua. Sampai jugak aku ke akhir siri. Sebenarnya, masa post ‘Suamiku Si Lembut’ yang pertama dulu. Tak bercadang pun nak ada siri2 lain. Suami aku kata..“Abang rasa tak sampai 500 like” aku cakap balik “Takpelah bang.. dapat 50 like pun ok. Maknanya ada jugak orang nak baca hehe” Dan, tak sangka boleh sampai ribu riban jugak. Huhu.

Untuk part 1 yang pasti mendebarkan situasi sebenar malam pertama mereka suami aku si lembut. Boleh klik link di bawah

Aku di jodohkn dgn lelaki lembut, mlm pertama kami suami bg alasan belum bersedia minta aku bsabar

Part 2 yang paling lagi kelakar bila suamiku si lembut rupanya si mulut lazer suka bermakeup. Klik link di bawah

Aku di pksa khwin dgn lelaki lembut, aku berjaya mengandung tp skrg aku tak tahan mulut laser dia

Part 3 yang sangat menyentuh hati, apabila ramai saudara menyindir tentang kehamilan. Klik link di bawah

Stiap kali balik kg, saudara mara akn ejek gaya lembut suami. Perlekehkn aku masih xmgandung

Part 4, macam mana suami si lembut sangat penyayang melayan karenah lily hamil. Klik link di bawah

Suami aku si lembut bjaya bt aku mgndung, dia teruja lyn alahan aku smpaikn muntah aku pn dia tadah

Sebab ni yang last, mungkin agak panjang bebelan aku kali ni. Bagi can la ye?

Kali ini, aku nak cerita tentang beberapa perkara yang sengaja aku simpan untuk aku ceritakan di akhir siri ini.

Yang pertama.. Perihal nikah.

Apabila mak aku beritahu saja berita risikan daripada pihak sana, aku dah tak senang duduk. Segala benda yang aku buat, semua tak kena.

Apa yang bermain dalam otak aku masa tu.

“Betul ke aku nak kawin?”

“Akan bahagia ke aku kahwin tanpa cinta?”

Istikharah demi istikharah aku buat. Hati aku masih ragu. Disebabkan desakan oleh mak aku menyebabkan aku setuju tanpa rela.

Taste aku? Dulu, aku macam korang2 jugak, suka lelaki yang macho, jantan.

Tentang rupa.. aku tak kisah sangat sebab mak aku kata..

“Bila kita dah kawin ni.. kita akan nampak suami kita paling hensem”

Masa tu semua masih jadi teka teki.

Aku balik sehari sebelum hari nikah. Bising mak aku. Dikatanya aku tak serius. Eh? Aku nak balik dah cukup baik tau. Huhu..

Malam sebelum nikah, aku dimandikan dengan pelbagai jenis bunga. Berinai. Dan mencuba persalinan nikah esok. Sikitpun aku tak teruja sebab baju aku terbesar sedikit ukurannya.

“Hah Tulah kamu.. mak dah suruh balik ukur. Tak nak”

Kena bebel lagi. Aku cuma mampu tadah telinga. Mujurlah kak Long aku jenis boleh menjahit. Dialah yang alter mana yang patut.

Masa dia alter baju aku.. sempat aku kata kat dia..

“Rasa macam nak cancel je nikah ni. Tak rasa seronok pun. Rasa nak nangis je..”

“Ko jangan buat hal. Esok dah harinya.. drah gemuruh je tu”

“Kak Long takpelah.. kawin dengan pakwe.. orang ni.. kawin pun macam kena paksa je..”

Masa tu aku luah segala2nya dengan Kak Long. Tanpa sedar, mengalir airmata aku. Sampailah Kak Long aku kata..

“Bisikan syaitan je tu.. benda baik.. teruskan. Kak Long pasti ko bahagia jugak nanti”

Ya..mungkin jugak bisikan syaitan. Syaitan yang takkan tenteram bila anak Adam ingin menghalalkan hubungan.

Masa tu, tak berhenti aku berdoa. Tetapkan hatiku untuk meneruskan pernikahan ini.

Esoknya, selepas mekap, sebelum berlangsungnya nikah, mak mertua aku masuk ke bilik. Kami berdua saja yang ada masa tu. Saspen pulak aku.

“Lawanya bakal menantu mak..”

Aku salam ciium tangan dia. Tiba2 dia pluk aku erat. Suaranya bergetar. Aku tau dia menangis. Aku pun sebak. Tapi sebab nak jaga mekap, aku tahankan. Mekap mahal tu Huhu

“Terima anak mak seadanya ye.. Jaga hubungan ni baik2..”

Pesanan dia masih kemas dalam ingatan aku. Masa tu aku belum tahu yang anaknya berperwatakan lembut. Aku cuma berpeluang berjumpa dengan dia, semasa akad nikah.

Semasa majlis akad, dari jauh aku lihat dia. Baru aku sedar.. bakal suami aku lembut rupanya..

‘Terima dia seadanya Lily.. kau pun bukan perfect sangat..’

Berkali2 aku mengingatkan diri.

Semasa akad, dia berjaya dengan sekali lafaz.

Baru saja saksi berkata ‘sah’

Dia dah menjerit ‘yes’

Gamat seisi dewan. Masa tu dah terserlah perangai tak tau malu dia. Haha.

Selepas akad, dia menyarungkan cincin dan aku salam tangan dia. Sejuk. Dia pun nervous agaknya. Aku tunduk ciium tangan. Terasa betul karannya. Haha.

Bila aku angkat muka..Tiba tiba, dia kenyit mata. Eh? Eh? Aku jadi gabra. Aku nak buat apa ni? Takkan nak balas kenyit jugak. Sudahnya aku tanya dia..

“Mata awak skit ke?” Itulah ayat pertama aku pada dia.

Dia gelak kuat. Aduh. Tak pasal2 semua yang ada kat situ tertanya tanya.

“Aik? Belum apa2 dah bahagia? Alhamdulillah..” Tok kadi pulak menyampuk tanpa sedar microphone masih terpasang.

Sekali lagi dewan menjadi riuh.

Sementara dikejauhan aku lihat mak mertua aku senyum sambil mengesat airmata. Aku juga senyum. Kali ini lebih ikhlas, mungkin masa tu hati aku dah terusik dengan tingkah anaknya.

Ye, begitulah kisah pernikahan kami yang sangat sederhana.

Peristiwa seterusnya tentang keluarga suami..

Setelah 2 bulan berkahwin, suami katakan yang mak bapak dia nak adakan Family Day. Sekaligus nak meraikan aku sebagai ‘orang baru’.

Bercampur baur perasaan aku. Takut, teruja, tak sabar, semua ada.

Pada hari kejadian, bila dah siap semua.. Kami pun gerak. Sebenarnya, ini bukan kali pertama aku jejak ke rumah mak bapak suami. Jarak rumah kami dekat. Tapi biasanya hanya mak bapak mertua aku yang ada kat rumah tu.

Kali ni akan ada semua ahli keluarga suami. Adik beradik dia je dah 5orang. 4 kakak, sorang abang. Maknanya aku bakal menghadap 4 kakak ipar dan sorang biras perempuan. Harap2lah dapat geng sekepala.

Aduh.. nervous betul masa tu. Dalam hati aku tak berhenti doa.

Janganlah aku kena palau (palau tu bahasa budak2 sekarang untuk ‘pulau’. Ni pun aku belajar dari anak buah suami.)

Dalam perjalanan, suami sempat singgah beli air kat tepi jalan. Di sinilah bermula segala galanya tentang isi cerita yang bakal aku persembahkan.. chewah..saspen tak?

Suami aku turun beli air. Aku tunggu dalam kereta. Aku layan fon, sambil perati suami. Masa tu aku terpandang anak dara penjual air. Comel.

Dia pandang lama kat suami aku. Suami aku pun senyum kat dia. Dia tersipu2. Di situlah aku dapat idea nak kenakan suami aku. Konon2 nak buat prank.

Bila suami aku masuk saja kereta. Dia hulur minuman kat aku. Aku capai. Seteguk dua aku minum, aku letak air. Lepas tu aku cakap

“Abang ngorat ye tadi?”

“Ngorat sape?”

“Eleh.. tak ngaku. Mentang mentanglah budak tu comel”

Aku buat2 marah. Serius saja nada suara aku.

“Sayang cakap apa ni?”

“Abang ngorat anak penjual air tu tadi kan?”

“Dia yang ngorat abang Abang senyum je..”

“Ah Lelaki semua sama..”

Suami aku diam. Mungkin malas nak layan. Alamak.. macam tak jadi je prank aku. Aku pun provoke lagi..

“Takde mood lah macam ni.. pusing balik rumah kite jelah”

Suami aku dengar je macam tu. Dia terus buat emergency park kat tepi highway. Aku dah cuak

“Kenapa sayang ni?”

Alamak Dia dah mula marah. Sebab aku takut.. aku pun gelak.

“Hahaha.. gurau jelah.. takkanlah itu pun nak marah. Hehe.”

“Jangan buat lawak macam ni Tak kelakar”

Dia terus start kereta semula. Memecut kembali. Sikit pun dia tak gelak. Gelak aku juga maati serta merta.

Asalnya nak buat gurau, aku jadi merajuk betul. Aku diam. Berkaca mata aku kena marah.Aku buat2 layan fon.

“Dah lah.. abang mintak maaf..”

Aku tepis tangan dia bila nak usap kepala aku.

“Jangan macam ni.. dah nak sampai ni.. takkan nak masam muka.. kang mak ayah kata apa..”

Aku diam lagi. Sebenarnya aku dah ok. Cuma biasalah. Perempuan memang suka kena pujuk lama2. Hehe mengade kan?

Beberapa kali dia nak pegang tangan aku. Aku elak. Mungkin dia dah hilaang sabar, dia pun kata..

“Abang janji Kalau sayang tak ok jugak. 3 hari ni abang ‘buuli’ sayang habis habisan”

Eleh.. ingat kite takut le tu..

Dan aku masih berdegil.

Apabila sampai saja. Suami aku turun dulu. Turunkan barang2. Terlihat beberapa orang anak remaja menolong mengangkat barang. Anak buah dia kot.

Aku sengaja lambat lambat bukak pintu. Yelah.. orang merajuk la katakan..

Baru saja aku nak bukak pintu, suami aku dah bukak dari luar.

“Cepat turun, mak ayah dah tunggu. Senyum sikit”

Masa tu baru aku perasan di depan rumah dah penuh dengan manusia. Ya Allah.. segannya.

Aku melangkah perlahan. Aku banyak menunduk. Sebab bila aku angkat muka, banyak manusia yang aku tak kenal.

Mungkin disebabkan perlahan sangat, suami aku dah tarik tangan aku.

“Pilih Nak jalan cepat sikit ke nak abang angkat?”

Aku malas nak layan. Aku masih dengan rentak jalan aku tadi. Suami aku terpaksa park jauh dari rumah disebabkan ruang carpark berbumbung depan rumah dah penuh.

Dalam aku menunduk berjalan kira batu. Tiba2..

Eh?

Suami aku dah angkat aku

Bersorak keluarga dia. Anak2 buah dah menjerit2

“Pakcu power”

Sebab dah malu sangat. Aku berjaya meronta melepaskan diri. Sempat jugaklah dalam 10 langkah dia angkat aku. Merah muka aku tak tau nak cakap.

“Abang Janganlah macam ni” Aku bertambah marah. Dia cuma senyum sambil balas..

“Kan abang dah janji tadi.. nak buuli sayang habis habisan”

Aku terdiam. Sikit pun aku tak sangka buuli yang dia maksudkan berbentuk sebegitu. Ingatkan dia nak hambakan aku.. denda aku basuh baju ke..

Maka.. itulah buuli pertama dia. More to come.

Sampai saja depan mertua, aku salam ciium tangan. Malu tadi masih bersisa.

Lepas tu, aku salam ahli keluarga lain. Masa tulah aku dikenalkan sorang2. Anak2 buah dia ada 15orang. Yang aku boleh ingat nama cuma beberapa orang.

Alhamdulillah.. semua ramah dan mesra.

“Ni awek pakcu ke?” Tiba2 anak buah dia yang berumur 5tahun bersuara.

“Eh taklah.. ni orang gaji pakcu..”

“Ish..budak ni” Mak dia pkul bahu dia. Padan muka. Nak buuli aku sangat.

Di dalam bilik, aku letak beg dan berehat sekejap. Suami aku masih melayan adik beradik dan ipar duai dia. Penat aku melayan karenah suami aku hari ni. Menyesal pulak buat2 merajuk tadi.

Belum pun beberapa minit aku baring di katil. Suami aku dah masuk bilik. Autom4tik aku terus terduduk. Aku pandang dia serius.

“Abang..dah la tu.. tak payahlah buat pelik2 lagi..”

“Eh? Mana boleh. Kan dah janji.. tak buat kang dosa”

Dia terus keluar bilik. Aku pulak jadi takut. Apa pulak dia nak kenakan aku lepas ni?

Sebab aku dah letih. Aku tertidur. Aku cuma terjaga bila suami aku kejut solat asar. Ya Allah. Lama jugak aku tidur. Hampir 2 jam.

Bila selesai solat. Aku keluar ingin menolong apa yang patut. Tapi mak mertua suruh aku berehat saja. Aku pun duduk di ruang tamu melayan anak2 buah yang tengah bermain.

“Memang kena berehat banyak tu mak.. maklumlah.. pengantin baru..”

Tiba2 abang suami bersuara. Bengah. Rupanya sebijik rupa suami. Yang bezanya dia tak lembut.

Bengah beralih ke ruang tamu. Dia ajak aku sembang. Terasa macam bercakap dengan suami aku versi ‘keras’. Haha.

Tiba2 suami aku datang, duduk di sofa sama dengan aku. Aku berdiri, beralih ke sofa yang kosong. Eh? Dia ikut jugak.

Sudahnya.. duduklah kami di sofa yang sama. Dah tu tangan dia tak boleh duduk diam. Dibeleknya segala benda pada aku. Tudung aku. Baju aku.

Bengah yang memerhati cuma tergelak.

“Camana korang boleh kenal eh?”

Nampak sangat Bengah typical lelaki. Dia jenis tak ambil pusing tentang jodoh adik dia. Yelah.. aku rasa semua tau yang kami diatur oleh keluarga.

“Masa tu hujan lebat.. Ucu nampak sorang perempuan dalam kebasahan. Kesian…”

Suami aku dah mula dongeng dia. Yang si abang pulak serius je mendengar. Aku biarkan.. aku berdiri nak gerak keluar. Baik aku ambil angin daripada melayan dua beradik ni.

Masa aku berdiri. Belakang tudung aku tersangkut.

Rupa rupanya suami aku sengaja ikat hujung tudung aku dengan baju dia. Patutlah sebok kira labuci tudung aku tadi. Ni rupenye keje dia.

“Ape ni Lily… takkan tak boleh nak berpisah kejap…”

Bengah dah usik aku. Padahal dia tau adik dia yang buat. Cepat2 aku bukak ikatan tu. Dalam aku kalut nak bukak ikatan, satu ciiuman kat dahi singgah. Adoiii..

“Abang”

“Eh? Kenapa? Apa jadi?” Dia buat2 tak bersalah.

Bengah dah gelak. Anak buah yang 5 tahun tu dah lari bagitau mak dia..

“Pakcu ciium orang gaji”

Huhu.. Rasa nak lari jauh. Geramnya kena buuli. Aku dah tak terkira buuli ke berapa.

Malamnya, suami aku lepak di luar rumah dengan k4um lelaki, sementara aku dikelilingi dengan kakak2 ipar dan biras perempuan.

Semuanya peramah dan baik hati. Terasa macam dah kenal lama pulak. Sikit pun aku tak rasa asing.

Setelah hampir menjelang tengah malam, mak mertua aku pulak datang. Nak sembang dengan aku sorang katanya.. aku dah rasa serba tak kena. Perasaan aku masa tu macam orang yang tak ready pegi interview kerja. Huhu

Yang lain dah beransur ke ruang masing2..

Mula2 kami sembang benda biasa. Tentang family aku. Kerja aku dulu. Tapi bila dah lama2.. aku terperangkap dengan soalan..

“Lily bahagia tak?”

Aduh. Macamana nak jawab ni.

“Bahagia la mak.. ” aku tahu aku tak menjawab dengan tepat. Aku tahu ke mana sebenarnya arah tuju soalan tu.

“Faham maksud mak kan? Ucu jalankan ‘tanggungjawab’ tak?”

Ya Allah.. kalaulah boleh aku menghilaangkan diri masa tu. Segannya tak tau nak cakap. Kalau dengan kawan2, mungkin lain. Tapi ni dengan mak mertua sendiri.

“Ucu normal mak.. ” sambil jawab tu. Aku senyum. Harap mak mertua aku faham.

“Tak tipu mak kan?”

“Ish.. takkanlah nak tipu.. ”

“Alhamdulillah..” mak mertua menadah tangan kesyukuran. Sebelum diraup kemukanya.

“Mak takut sangat dia sia siakan kamu..” Ada titisan jernih pada matanya. Airmata gembira pastinya. Aku pun turut sebak.

Ye.. malam itu,.terasa hubungan aku dengan keluarga suami semakin kuat. Sangat dialu alukn.. Syukur ya Allah..

Esoknya, pagi pagi lagi kami semua bergerak ke Teluk Kemang. Seperti yang dirancang. Family Day yang aku tunggu2. Dah lama tak pijak pasir pantai.

Sampai sahaja, aku seperti biasa dikecualikan untuk tugas2 berat.

Aku tawarkan diri untuk menjaga anak2 buah yang masih kecil. Alhamdulillah. Yang paling kecil pun dah 5 tahun. Aku ajak diorang buat istana pasir. Seronok betul masing masing.

Bila nampak terkawal, aku berdiri di tepi pantai sehingga aku rasa ombak kecil datang memukul lembut pergelangan kaki aku. Indahnya..

Dari jauh aku lihat suami aku sibuk dengan Bengah dan ipar2 lelaki dia. Menyediakan BBQ. Alhamdulillah.. untuk hari ni, belum ada dia kenakan aku. Harap haraplah dia dah insaf. Huhu..

Dalam aku leka menikm4ti kesegaran udara diiringi desiran ombak..

Tiba2 ada seseorang menyapa..

“Lily tau tak.. perumpamaan dunia ni? ”

“Eh? Ayah” Punyalah aku khusyuk melayan ombak tadi..sikitpun aku tak perasan bapak mertua dah berdiri sebelah.

“Cuba kamu celup jari ke dalam air laut”

Aku ikutkan. Aku celup dan aku masukkan dalam mulut.

“Hmm.. masin yah..”

“Ayah tak suruh kamu rasa pun” menggeleng dia sambil tersenyum. Tapi masih dalam nada tegas.

Aduh. Malunya aku.. tersenyum senyum aku menahan malu. Rasa nak sorok muka dalam timbunan pasir. Huhu

“Sekali lagi.. celup jari kamu”

Sekali lagi aku ikut. Alhamdulillah.. Kali ni aku tak masuk mulut. Haha

“Cuba lihat dijari kamu ada apa?”

“Air laut?”

Aku jawab tanpa pasti.

“Itulah dunia..”

Aku berkerut. Aku pandang ayah mertua aku lama. Menunggu huraian.

“Air laut pada tangan kamu yang hampir mengeering tulah dunia.. lautan ni akhirat”

Oo.. baru aku faham. Terasa ada goosebump bila aku lihat lautan yang tanpa penghujung.

“Terlalu kecil dunia ni..Tapi di sinilah ramai tertewas ”

Panjang bapak mertua aku huraikan tentang tipu daya dunia. Dari segala aspek aku dengar. Nampak betul ilmu dia tinggi.

Suami ada cerita yang bapak dia memang ulat buku. Selepas bersara dari tentera, dia habiskan masa dengan buku buku ilmiah.

“Maknanya saya dah tertelan 1 dunia tadi yah. Tak sedap pun. Masin.”

Tergelak ayah mertua aku.

Tiba tiba ada mesej masuk pada fon aku. Aku terus buka. Pesanan dari suami aku..

‘Tahniah. Anda berjaya buat ayah mertua garang anda ketawa’

Rupanya dari tadi aku diperhatikan oleh suami. Bermula dari peristiwa itulah aku dah kamceng dengan bapak mertua. Haha..

Kami semua bergerak balik selepas solat Asar. Banyak betul cerita indah untuk dikenang hari itu.

Esoknya, sarapan pagi terasa seperti makan kenduri. Meriah sangat. Terasa macam Hari Raya. Mungkin juga sebab hari tu hari terakhir kami berkumpul dan bermesra sebelum semuanya kembali ke sarang masing masing.

Mula2 aku duduk di lantai bersama dengan kakak2 ipar dan biras. Maklumlah, bila perempuan berjumpa geng sekepala. Semua topik nak dicerita.

Tiba2 anak buah suami datang..

“Makcu.. pakcu panggil duduk sebelah dia.. ”

Aku pandang suami aku. Aku bagi sign tangan ‘kejap’. Sebab tengah khusyuk mendengar cerita ipar aku.

Tiba2..tak lama lepas tu, suami aku dah ada kat sebelah aku.

Dia bisik..

“Nak abang angkat ke?”

Dengar saja ugutan dia. Aku terus berdiri. Cepat2 aku menuju ke meja makan. Betul2 depan mak bapak mertua aku.

Dia duduk di sebelah aku sambil senyum sinis. Rasa geram pun ada. Tak sempat nak dengar habis cerita kakak ipar aku tadi.

Apabila semua dah ada untuk sarapan. Barulah ayah mertua aku mulakan doa makan. Budaya keluarga suami yang satu inilah yang aku sangat kagum.

Satu benda baru bagi aku..sebab keluarga aku jenis ‘siapa cepat, dia dapat Lambat kebulur’ Haha

Selesai saja doa makan oleh bapak mertua aku. Tangan kanan aku tiba2 digenggam kemas oleh tangan kiri suami aku di bawah meja Tak lepas. ‘Dia buat hal dah..’

Aku buat selamba. Sedikit pun aku tak bereaksi sebab takut kantoi yang aku sedang kena ‘buuli’. Lagi

Perlahan aku bisik suami aku..

“Macamana saya nak makan?”

Suami aku buat2 tak dengar. Aku lihat, semuanya dah mula menyuap makanan.

“Abang.. lepas jap..” sekali lagi perlahan aku bisik dia. Aku seboleh2 nak cover perbuatan ‘tak senonoh’ dia.

“Ye sayang? Lepas apa?” Selamba dia cakap dengan kuat. Saja dia nak kenakan aku.

“Lepas apa?” Mak mertua aku pulak dah masuk. Yang lain2 kat meja tu pun semua dah pandang aku menunggu jawapan. Aku tepinga pinga di situ.

“Err.. takde mak.. lepas..lepas ni nak keluar jalan2..”

“Hah. Elok la tu.. mak pun nak kirim barang”

Baru hati aku nak rasa lega. Tiba2..

“Bukak mulut..” dia dah ready nak suap aku. Ya Allah.. malunya aku.

Aku pun ikutkan kegilaan dia. Yang lain dah tersenyum2. Aku pulak rasa nak menangis. Malu sangat..

Selepas beberapa suapan ke mulut aku, tiba2 suami aku kata..

“Kitorang memang macam ni kat rumah.. bini ucu ni tak nak makan kalau tak kena suap”

Sebab aku dah segan sangat. Aku terus pecah lubang

“Abang yang pegang tangan saya Macamana saya nak makan”

Masa tu jugak.. beberapa orang yang ada di meja makan tunduk bawah meja. Dan nampaklah tangan kitorang bertaut kemas.

Semua gelak. Suami aku pun gelak. Aku sorang terkulat2.

“Eleehh.. dia yang tak nak lepas tangan abang”

Makin galak gelak masing2. Terasa aku dipermainkan. Geram pulak rasanya. Huhu

“Dah tu ucu.. tak baik buuli bini. Lepas tangan dia..”

Masa tu baru tangan aku bebas.

Tapi dia bertindak lebih aggresif..

Dia pluk pinggang

Aku dah malas nak layan. Aku biarkan je. Lantak kaulah

“Tiba2 pulak Bengah rasa nak kawin la..”

Belum sempat Bengah nak sambung ayat dia, telinganya dah kena tarik dengan isteri dia kat sebelah. Masa tu aku pulak yang tergelak.

Padan muka Bengah.

Masa nak bergerak balik ke rumah sendiri, aku menangis bila sesi bersalaman. Entah bila pula dapat berjumpa. Sangat2 indah pengalaman 3hari ni.

Sebelum masuk kereta, mak aku cakap

“Kalau Ucu marah kamu, bagitau mak tau”

Masa tulah aku dapat cable besar untuk mengadu. Hehe..

Ye begitulah.. kisah aku, suami dan keluarganya..

Sebenarnya, berat untuk aku menamatkan kisah kami di sini. Tapi suami aku yakinkan aku, niat penulisan aku yang pada awalnya untuk suka2 sudah menjadi satu inspirasi kepada yang masih takut untuk berkahwin. Lebih2 kepada lelaki lembut.

Berkahwinlah.. doa.. beri masa.. explore.. cipta bahagia.. kau akan jumpa ikhlasnya cinta.

Akhir kata..

Terima kasih admin, kerana bagi peluang untuk aku meluah di sini.

Terima kasih pembaca, menjadi penguat untuk aku menulis lagi dan lagi.

Minta maaf silap dan salah.

Mintak halal segalanya..

Sekian, terima kasih.

Ramai yang mengharapkan agar lily terus menulis karya dan sharing tentang kehidupan dia bersama suami si lembutnya di sini. Ini antara reaksi win dari netizen

Naaziha. Part mak mertua tnya bhgia x kwin dgn ank dia…ank dia tunaikan tnggjwb tak…Allah trus laju je mengalir air mata ni. Tt bertuah sgtttt…mak mertua tt baikkk sgttttt….

concern sgtttt…sy follow penulisan tt dr episod 1 smpai skrg ..ntah knp bila tbca confession ni wajah suami tt ni sy tbygkn pd seorang pereka fesyen tnh air.. Smoga berbhagia tt & kluarga.

Hanie. Tolong la sambung lagi. Tak di sini , di blog ke, apa jelah medium yg ada . Best la cara penulisan tt. Sempoi… Tak de berbunga bunga pun .

kelakar adalah… Nk tau junior camner lak. Untung tt jumpa hero kul 7mlm.. susah nk jumpa nih walaupun kaki buuli rupanya. Moga kekal gegiler until jannah.

Aslina.Adui comel hahaha… Semoga dipermudahkan urusan sis bersalin eh… Nanti lepas bersalin kalau free2 sambung laaa cerita lagi…

Nak tanya… Anak buah yg jerit pakcu ciium orang gaji tu, sudahnye dia dah tau ke belum orang gaji tu sebenarnye makcu dia?

Syamina. Ala dh final ke dik…sukenya akk bace confession awk n suami….semoga korang berbahagia hgga ke jannah….

Btw, awk ade bakatla tulis novel dik… Maybe one day bole jd novelist ke kan heheh…kalo itu terjadi, letak nama lily gak tau hahah…

Semoga dipermudahkan urusan awk melahirkan zuriat buat suami awk…semoga anak tersebut menjadi anak yg soleh n solehah..

Pasni lehla citer pasal baby plk heheh… Saje nk pancing kan haha…

Cik puan. Moga ada penerbit nk jadikan novel atau drama pkul 7…hehehhe sumpah meletop… 

Dayana. Wah..cerita mcm dlm novel. Tp sy tau ni realiti. Terasa ikhlasnya penulisan ini. Btw, boleh je sambung lg penulisan..

sbb bukan senang nk tahu pengalaman wanita yg ade suami lembut. Nak tahu jugak dh selamat bersalin nnt siapa yg lg banyak belek anak.

Hehehe. Apepun, tq sebab share cerita² yg beri inspirasi. Semoga confessor & suami berbahagia hingga ke jannah. Aamiin