Anak janji letak kjap mak kt rumah org tua blk krja ambil, tp rupanya xdtg2 dah kira buang terus

Foto sekadar hiasan. Assalammualaikum abang & kakak semua. Hari ini aku nak share 1 benda yang cukup membuka mata aku. Umur aku dah masuk 29 tahun ni tapi masih single. Dulu masa umur aku 25 kan, aku stress sangat fikir pasal jodoh. Kawan-kawan dah bersuami beranak tapi aku masih single. Mungkin belum sampai seruan jodoh lagi. Masa ni aku bayangkan macam-macam benda buruk.

“Eh esok kalau tak kahwin and makin tua, sapa nak jaga kita? Kalau kahwin ada anak, boleh juga jaga kita andai kata dah uzur tak boleh uruskan diri”.

Mentaliti macam ni banyak makcik-makcik guna untuk brainwash aku bila depa suruh aku kahwin. Katanya dah tua kalau ada anak, nanti ada la juga orang boleh jaga.

Kalau bujang sampai tua, maati pun seorang apa guna? Merempat di rumah kebajikan takpun maati seorang-seorang dekat atas katil rumah. Atleast ada anak. Itulah kata mereka.

Okey aku mengaku agak terksan dengan mulut orang. Sampailah satu hari ni aku ternampak satu hebahan pasal kutipan derma untuk rumah orang tua yang berada di Negeri Sembilan. Aku jumpa post tu dekat FB.

Diaorang buat trip ke rumah kebajikan tu juga. Mostly yang bagi derma akan diajak pergi. Tapi kalau kau taknak pun tak apa.

Entah selama bertahun hidup eh, itulah kali pertama aku terdetik nak pergi ke tempat macam tu. Firasat aku masatu sangat luar biasa. Rumah orang tua? Mesti macam dalam drama kan fikir aku. Siap ambil cuti tak kerja sehari.

Dipendekkan cerita, kami sampai jam 10 pagi and di pagar rumah kebajikan tu, ada beberapa orang pakcik makcik tua dah sambut. Ada yang naik kerusi roda. Kunjungan orang luar macam rahmat tau untuk diaorang semua.

Antara aktiviti kami buat adalah masak dan riadah sama-sama. Ada la main game sikit dengan nenek atuk yang masih larat.

Ada yang tengah main dam ular tiba-tiba terkencing dalam kain pelikat. Ada yang jenis tak nak cakap. Ada yang nyanyuk asyik kerja nak ciuum orang saja. Haha.

Dalam masa sama, aku banyak duduk bercerita dengan pengasas rumah kebajikan tu. Aku gelar dia as Abang Jar. Mesra orangnya.

Aku tanya-tanyalah macam mana semua warga emas ni boleh ada dekat sini?

Fuhh dekat sini nangis juga aku sebab sedih. Ada yang anak kata nak hantar kejap saja. Balik kerja jemput. Akhirnya hilaang. Kira macam buang mak sendiri la. Acah-acah hantar kejap tapi hampeh.

Ada juga yang terus tinggalkan dengan beg baju depan pagar rumah kebajikan pkul 1 pagi. Ada yang anak-anak memang literally hantar dengan niat sebab taknak jaga.

And surprisingly, nenek atuk semua ni anak-anak diaorang adalah orang yang sangat berjaya. Orang senang. Most of them

Abang Jar kata ada seorang lelaki pakai kereta mahal hantar mak dia sebab orang tua tu dah nyanyuk. Terus terang mengaku dia tak larat jaga.

Mula-mula tiap hari mesti datang jenguk. Lama-lama seminggu sekali, 2 minggu sekali, sebulan sekali, setahun 3-4 kali. Masuk tahun kedua?

Habis hilaang bayang.

Dalam kata lain memang ramai orang neglect mak ayah sendiri padahal masing-masing hidup senang.

Paling sedih bila aku tanya Abang Jar. Berapa ramai orang tua yang jenis tak ada anak dekat sini?

Maknanya orang tua yang tak pernah kahwin seumur hidup end up dikutip bawa ke sini sebab hidup seorang. Aku sumpah terkejut dengar jawapan Abang Jar.

Sepanjang bertahun-tahun dia terlibat dengan NGO melibatkan kebajikan orang tua ni, sebenarnya penghuni sebatang kara (tak kahwin & tak ada anak) tak adalah ramai sangat dekat rumah kebajikan.

Tahu paling banyak apa? Paling banyak adalah penghuni yang dihantar sendiri oleh anak mereka.

Pesanan Abang Jar yang aku takkan lupa sampai maati. Ramai orang ni jadi risau sangat bila lambat/ tak kahwin.

Bila tak kahwin, mestilah tak ada anak.

Bila tak ada anak esok tua mestilah tak ada sapa jaga.

Takkan nak harap sedara lain? Entah-entah diaorang pun rasa macam terbeban.

Asal tak kahwin saja mesti fikir alaaaaaaa esok sisa hidup masa tua mesti habis dekat rumah orang tua. Maati pun sendiri tak ada keluarga.

Tapi hakikatnya, orang yang kahwin dan hidupnya dikurniakan ramai anak pun akhirnya DIBUANG KE RUMAH ORANG TUA.

Sebab itulah wujud bidalan “1 mak memang boleh jaga 10 anak, tapi 10 anak belum tentu boleh jaga 1 mak”.

Masuk akal kan? Betul juga. Abang Jar cerita lagi. Ada juga k3s di mana pelawat rumah orang tua akan ambil warga emas ini sebagai mak/ayah angkat dia orang. Akhirnya dijaga sampai hujung hayat macam mak ayah kandung.

Yang tak pernah ada anak tapi anak sedara datang ambil dekat rumah orang tua dan sambung bela sampai hujung ny4wa.

Ksimpulannya dekat sini yang aku faham, bila kau kahwin dan ada anak, itu bukan jaminan kau akan DIJAGA oleh mereka bila dah tua nanti.

Kalau anak yang kenang budi tidaklah gamak nak buat macam tu. Tapi ingat balik kata Abang Jar. Rata-rata orang tua yang merempat dan maati sendirian di rumah orang tua adalah yang ADA ANAK.

Abang Jar cakap juga ada seorang makcik dia umur dah masuk 60-an tapi still bujang. Seorang pensyarah. Sekali pun tak pernah kahwin apalagi nak ada anak.

Orang mungkin anggap dia ksunyian. Tapi hakikatnya, dia dikelilingi anak buah yang MasyaAllah baik. Even demam sikit pun anak buah and adik beradik lain datang jenguk. Bawa ke klinik dan sebagainya.

Ada juga kenalannya yang tak kahwin, hidupnya cukup sempurna dengan kerja yang bagus. Tapi genap 40 tahun Allah tarik ny4wa. Jadi tak adalah isu merempat maati seorang dekat rumah kebajikan yang macam orang selalu cakap.

Jadi dengan perkongsian ini, aku harap gadis/ lelaki yang lambat kahwin jangan la risau sampai ke tahap fikir nanti dah tua tak ada sapa jaga. Siap dah plan nak masuk rumah orang tua mana lagi.

Mungkin Allah tak bagi kita suami/ isteri/ anak. Tapi setiap orang ada rezeki dia masing-masing. Kita tak ada hak nak judge lebih-lebih. “Fuhh kau tak kahwin esok tua maati seorang”. Tak, jangan fikir macam tu.

Entah-entah kita yang laser bagi ayat pedas, silap-silap terbalik nasib. Ingatkan dah ada anak boleh jaga masa tua nanti, sekali kau dibuang juga. Macam Abang Jar cakap, ADA ANAK BUKAN JAMINAN HARI TUA KAU AKAN BAHAGIA.

Yang penting kena selalu syukur.

Ye betul tak kahwin and takda anak, tapi mungkin Allah hadirkan orang yang baik-baik di sekeliling kita. Sayang kita macam keluarga kandung.

Tak ada anak, tapi Allah bagi ksihatan yang luar biasa sampai tua. Maati pun mudah tak ada susahkan sesiapa.

Bukanlah nak kata jangan kahwin. Tidak. Cuma itulah. Hati-hati bila kita cakap pasal kahwin dengan orang. Silap-silap hari bulan, Allah limpahkan rezeki dan jalan hidup yang terbaik pada dia.

Rezeki dia, dia punya. Rezeki kau, kau punya. Jalan hidup dia Allah yang atur baik-baik, kau siapa nak judge lebih-lebih?Salam.

Ramai yang terksan dengan perkongsian dari wanita ini. Ramai juga berkongsi pengalaman. Ini antara komen yang mendapat sambutan di ruangan komen.

Johan.Kalau kahwin tu semudah petik buah, mungkin aku dan yang senasib dah lama kahwin. Tapi begitulah rencana Allah, tak ada siapa yang tahu. Kita usaha, kita tawakkal, kita berdoa, semuanya dengan izin Nya.

Tahniah pada confessor yang punya nurani yang baik. Sebenarnya, bila kita lihat orang-orang tua kita tak lihat orang lain. Tapi kita lihat diri kita di masa akan datang. Kalau hari ini kita simpati dengan orang2 tua, insyaAllah hari esok giliran kita pula yang di bantu banyak orang.

Athiya. Macam baca kisah sendiri. Mak i selalu risau tak kahwin. Nanti maati siapa nak handle. I cakap semua tu rezeki. I selalu cakap dekat diri sendiri kalau I tak kahwin sampai ke sudah, I hope I sempat prepare myself and nanti bila dah tak larat, register diri sendiri dekat rumah kebajikan. Kalau masih ada harta, boleh infak dekat situ. Semoga urusan kemaatian juga dipermudahkan..

Tya. Teringat pulak waktu warded hari tu. Seorang makcik ni…duduk dgn anak2 sedara dia. Memang anak2 sedara dia yang jaga. Yang dtg teman dan melawat. Amazingly..anak2 sedara tu semua lelaki.

Hana. Ade tgk satu youtube video rosyam nor interview seorang p3nggali kubur muda. Dia kata surprisingly, jen4zah paling elok ramai dari kalangan penghuni rumah org tua. Mungkin mereka senang fokus ibadah xyh pikir mkn ape smua tu

Faris. Live in the present. Dont worry too much about future. Just enjoy the current moment. Setiap orang ada rezkinya. Rezki duit berganda pun, blm tentu dpt rezki jaga parents. Ada yg rezki duit biasa2 saja, tp dpt rezki jaga mak ayah. Latih diri jd insan yg sntiasa bersyukur, berlapang dada, rahmat ujian jodoh ajal m4ut semuanya dari DIA. Tugas kita sebagai hamba cuma usaha dan doa.

Zura.Setuju sangat dengan confessor… Yang bujang sampai tua dan pasangan yang tiada anak sampai tua belum tentu tinggal di rumah kebajikan orang tua… Dan yang ada anak pun belum tentu dijaga anak sendiri..

Orang yang ada anak sibuk fikirkan masa depan orang yang bujang dan tiada anak.. Bahagian masing masing.. Jangan buat kerja Tuhan… Doa je la hidup kita di masa depan dipermudahkan

Badariah. Takpe, yang penting walaupun single simpan duit banyak² lepas pencen boleh pilih nak pergi rumah orang² tua yg kaya². Siap ada nurse baik² lagi yg boleh tolong jaga InsyaAllah.

Ini pengalaman depan mata saya sendiri buat service cuci filter air kat rumah orang² tua. Anak² yg melawat kereta besar² kaya² tp tetap hantar mak ayah ke situ sbb sibuk dgn urusan keluarga sendiri dan kerja.

Azie. 1 Parents yang “dibuang” anak tu, kita pun tak tahu apa sejarah di sebalik cerita dia. So, don’t judge. Aku bukan nak menghalalkan perbuatan si anak “buang” parents. Yang salah tetap salah. Tapi mungkin ada cerita disebalik realiti yang kita tak tahu.

2. Jangan sesekali letak pergantungan kita pada manusia.

Baru-baru ni, ada seorang akak ni berkongsi kisah sedih dia yang baru kehilaangan anak ksayangan dia. Akak ni dah berpisah dengan suami dia. Jadi dia selalu cakap dengan anak-anak lelaki dia,

“Umi ada 4 anak lelaki, cukup untuk setiap seorang angkat jen4zah umi nanti”

Tapi takdir Allah, anak dia yang pergi dulu. Dan pesanan dia, jangan sesekali letakkan kebergantungan hidup kita pada manusia.