Aku pniaga psr mlm, hari2 isteri maaki baling dgn ksut sbb xblh bg kemewahan. Krja rumah pn aku yg bt

Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum admin.. Maaf semua andai cerita ni tak seberapa Sangat. Ceritanya macam ni. Aku adalah seorang suami kepada seorang isteri yang 6tahun lebih tua dari aku. Dan bapa kepada 5 orang anak. Aku bukanlah seorang yang berkerjaya Hanya seorang peniaga pasar malam Sedangkan isteri aku adalah seorang yang Sangat berkerjaya, gaji dia berlipat 3 ganda dari aku.

So aku akui yang kalau kesemua keperluan banyak dia yang bayar. Contoh Rumah, kereta dan belanja ba rang2 anak.. Sedangkan aku hanya bil2 Rumah..perbelanjaan makan dan lain2 yang kecil2…

Jadi tugas Rumah seperti membasuh, sidai baju, memasak, kemas Rumah, lipat baju, Mandikan anak2, pakaian dia semua aku yang uruskan.

Termasuklah gosok baju sekolah anak, kejutkan anak sekolah, hantar anak sekolah, sediakan sarapan semuanya aku seorang yang buat…

Jadi apa yang aku ingin luahkan adalah sikap isteri aku yang sangat panas b4ran kadang2 manja orangnya. Aku tak boleh salah sikit.

Andai terlambat ke kemas Rumah tak bersih ke mesti aku dimaki2nya. batang kayu, kasut, tali pinggang semua dah pernah dah hinggap kat belakang aku.

Aku Jadi terlalu stress sangat2.. Kadang menangis sendirian bila fkirkan semua ni. Kenapa aku dilayan macam ni sedangkan aku ni seorang suami.. setiap kali aku balik berniaga isteri akan baling dengan kasut tumit tinggi dia sebab dia tak suka aku berniaga pasar malam, untung kecik.

Aku tak ade tempat mengadu. Aku Cuba kuat demi anak2 untuk mengelakkan perceraaian. Diorang semua manja dengan aku..

So bila aku terlalu stress aku akan Cuba mencari kawan2 untuk bersembang3 untuk hiburkan hati… tapi lain pula jadinya.

Aku kena lagi dan lagi.. Jadi apa yang perlu aku lakukan ya admin? Apa perlu aku buat? aku tak tahan dengan sumpah seranah, hinaan dan makian2 dari dia. Tapi aku masih sayang sangat2 kepada isteri aku..

KISAH KE2. Isteri aku berkerjaya tapi kedekut, tidak pernah tolong untuk bayarkan apa apa walaupun berduit. Satu hari, dia bayarkan topup telefon aku sebab minta aku tolong selesaikan urusan dia tapi selepas selesai ini yabg dia buat…

assalamualaikum admin. mohon hiden nama saya ya… saya ni dah berumah tangga dan telah di kurniakan seorang anak. saya selalu tertekan dengan isteri saya.. setiap masa perlu mesej dengannya.

saya ni kerja psk keselamatan selalu beroperasi. untuk makluman admin. isteri saya minta ceraai atas alasan tak serasi, kerja psk kslmtn dan nafkah yang saya beri kat dia hanya sikit.

isteri saya berkerja tidak pernah pun tolong bayar rumah kereta bil utiliti pengasuh anak apatah lagi brang dapur. tapi 1 sen pun saya tak pernah minta dengn dia.

pernah dia topup kat saya ntuk call bank atas urusan dia . dia topupkan saya untuk saya bercakap bagi pihak dia. tapi alih2 dia minta ganti rugi topup tu..

saya gqnti. sejak dari itu ape yang dia beri dan beli saya tak akan usik dah. dan isteri saya pernah curaang ketika saya operasi..

saya cuma sound uber (skandal dia). supaya jangan gnggu isteri saya.. tapi isteri saya suruh minta maaf pada uber tu… perlu ke saya ceraai kan isteri saya tu…

sedangkan tu kemahuan dia… tapi saya fikirkan anak.. kalau tidak ada zuriat dah lama saya ceraaikan dia.

KISAH KE 3. Isteri tak bagi nafkah batin berbulan bulan sebab tengah tergilakan lelaki lain. Dia terus terang dan nak berceraai, tapi aku tak mampu sebab terlalu sayangkan dia. Setiap kali nak bersama, isteri tolak dengan alasan cinta lelaki lain sampailah satu hari semua terbongkar….

Admin minta hidekan nama dan identiti saya. Isteri minta ceraai sebab mencintai lelaki lain. Sebab mencintai lelaki lain adalah kerana berkerja di tempat yang sama dan saling berjumpa sembunyi2 hingga isteri sanggup mendakwa OT tapi diselang selikan dengan berdating dan meluahkan masalah kehidupan masing-masing hinggakan hal-hal suulit juga dikongsi bersama.

Bukti sms,Whatapps,Telegram banyak dapat balik apabila install software di cpu dan cucukkan kabel pada hp isteri.

Walaupun tidak menjurus ke arah se kstapi seolah2 pasangan yg sedang hangat bercinta dan kalau tidak diketahui awal kemungkinan besar akan diakhiri di ranjang.

Antara sms isteri dengan lelaki tersebut yang berjaya di detect semula berbunyi “awk saya balik dulu la line x secure”, “awk jangan call no ni husband sy ada rumah” , “tido la dulu sy ngantuk lg,

take care”, benci la tengok dalam friendlist ada nama mamat tu(suami)”, “awk xpe msg dia x boleh tengok see online”, “pagi ni nak keluar makan x”, “kalau boleh jangan pindah negeri lain,sy x bersemangat kerja kalau awk xde”, “kerja x arini”. dan pelbagai lagi sms,Whatapps,telegram yang mencurigakan.

Isteri dan lelaki tu memang dah saling mencintai sebab dah hari2 berjumpa. Walaupun tidak berkerja di unit yg sama, di belakang siapa yg tahu. Lelaki umur 40 an, isteri sebaya suami 29.

Dah pergi berubat memang xde guna2, mmg tiada hati dengan suami sbb isteri dah jatuh cinta natural dgn lelaki tu, kira lelaki 40an anak empat tu ayat power.

Suami tertekan sekarang ni sbb masih mencintai isteri, tetap sabar melayari rumah tangga walaupun isteri dah x beri layanan batin berbulan2.

Nafkah bagi, duit pengasuh anak bagi, duit pampers, duit susu, duit utiliti, duit rumah semua suami dah sediakan sebaik mungkin.

Isteri balik rumah x pernah senyum, terus naik bilik atas dan kunci kemungkinan risau suami masuk. Suami pernah curi2 masuk 2-3 pg sebab bernafsu tapi isteri sedar dan suami dihalau keluar.

Suami terpaksa keluar sebab isteri terjerit2 jam 2-3 pagi.

Suami berjumpa Pengarah utk tukarkan unit isteri untuk elak kerja lebih masa atau terlibat dengan operasi dan ditukarkan ke unit lain yang mana waktu berkerja hanya ‘office hour’.

Isteri tertekan dan mendakwa suami mencampuri urusan pejabatnya. Semenjak itu tiada lagi layanan suami isteri, isteri buat hal sendiri, rasa nak keluar dia keluar, rasa nak jalan dia jalan.

Anak2 dibuat seperti tidak berbapa, nak bawa balik kampung, nak bawa jalan dengan keluarga mertua x perlu minta izin suami, datang petang nak ambil kat pengasuh, pengasuh cakap Mama Tok dgm Tok Papa dah ambil bawa balik kg.

Suami akhirnya taklik isteri jika isteri pulang ke kampung dalam bulan ni maka jatuh taklik. Jumpa Whatapps isteri dgn ibunya berbunyi “kau balik je kg, lelaki kau ingat dia hebat, kalau kau balik jatuh talak tu, nnt mak uruskan rumah kau dan anak2′.

Suami baru pertama kali taklik isteri itu pun akibat tertekan dengan isteri dan telah memberi hampir 2 tahun kepada isteri untuk kembali taat. Sebelum ni kalau gduh je isteri minta ceraai.

Tak bagi layanan batin kepada suami degan sebab utk sksa batin suami dan bila suami tanya ini jawapannnya “saya x boleh nak layan awak sebab mmg sy xde perasaan dengan awk, jadi awk phm apa kena buatkan (ceraai), jangan sksa saya”.

Panjang dan detail lagi sebenarnya, tapi saya nak dengar pandangan pasangan yg masih lagi mampu bertahan dalam perkahwinan walaupun diuji dengan pasangan yg tidak setia.

Saya suami yg berumur 29, masih muda dan mempunyai keinginan. Saya risau terjerumus ke arah kemaksiatan. Walaupun boleh ‘handmade’ tapi sampi bila sedangkan saya mempunyai isteri yg halal. Mohon pencerahan.

Komen ikhlas diperlukn sebab kebanyakan kisah yg dikongsi melibatkan masalah dari suami, kali ni masalah dari isteri pula.

Terima kasih.

Ramai yang bersimpati dengan nasib lelaki ini. Ini antara komen dan reaksi nerizen untuk kisah pertama.

Rahimah. Jgn jadi bodoh sbb perempuan bang,kalau istri tu sygkan suami,dia xkan buat suami mcm org gaji,walau pun gaji dia besar dr suami,kalau dah istri xde hormat mcm tu,ceraai je lah,pasal ank tu,jgn risau,xkan putus air di cincang,

Allah lbh tau apa yg trjd,mn tau ada jodoh yg lbh baik n boleh hormat abg sebagai suami,sy perempuan,tp sy sgt x suka org yg kurang ajar dg suami,kecuali suami tu jahat.

Yusof. Bang, kita lelaki pun ada maruah yang harus di jaga. Tidak salah menjadi seorang ayah dan suami yang lembut baik tapi ini dah melampau, mana kuasa kamu sebagai seorang suami. Neraka jahanam isteri kamu tu.

Syaza. Ya Allah baik, betul sepatutnya isteri tuan kena bersyukur dapat tuan sebagai suami. Jika tuan tidak mampu mendidik isteri baik lepaskan sahaja sebab tuan hanya menambahkan dosa isteri tuan.

Wani. Apa kata awak cuba buat busines online ke, sekarang banyak orang berjaya sebab berniaga bukan orang bergaji besar tapi kerja bawah orang macam isteri awak tu. Nampak sangat riak. Cuba perbesarkan perniagaan awak tu. Kalau ada produk cuba brandkan ke. Jual air pun boleh kaya sekarang tau. Asalkan kena bijak.

Fatimah. Saya sangat kesian pada tuan, tapi saya lagi kesian pada isteri tuan. Allahuakbar, tidak kah dia sedar apa yang dia buat itu adalah dosa. Tolong lah tuan jangan jadi suami dayus walaupun berpendapatan kecil. Didik isteri cuba selalu solat berjemaah dengan dia mana tahu dia akan lembut nanti.