Mak sggup beli emas tp biar aku kebulur tak makan. Ayah suka bt anak ramai tp slhkan anak hidup mskin

Foto sekadar hiasan. Assalam semua. Coretan ini ni just pasal pendapat peribadi aku ajelah ya. Sebab aku pun datang daripada keluarga miskin. Ni bukan calaang-calaang punya miskin. Memang miskin yang melarat punya, sampai sedara-mara pun halau kalau aku dengan adik-adik aku datang rumah diorang. Dipendekkan cerita, aku dah tersangat-sangat serik hidup susah.

Mak ayah aku, dari aku kecik, hari-hari menyalahkan takdir sebab hidup susah. Motor tak ada. Rumah buruk atap berlubang-lubang. Harap kebajikan masyaradekat ajelah yang dapat tolong kitorang. Kain baju pun harap orang yang bagi.

Kitorang memang tak mampu nak beli sendiri. Sampai aku nak masuk U pun bapak aku larang. Katanya, tak ada duit. Terok aku kena pkul sebab aku berkeras jugak nak masuk U.

End up, memang aku dapat juga masuk U course engineering. tapi mak bapak aku lepas tangan. Masa dalam proses aku nak uruskan kemasukan ke U, takde seorang pun yang pedulikan aku. Akulah yang terhegeh2 seorang2 uruskan semua.

Aku berlapar apa semua, diorang buat tak tahu. Tup-tup, aku dapat tahu bapak aku beli fon baru the latest edition.

Mak aku pulak beli gelang emas besau hawau punya. Tapi satu sen pun diorang tak hulur untuk aku masuk U. Pergh dasar lho parents yang sangat…

Mujur lepas spm hari tu aku ada kerja. So dapatlah jugak duit gaji tu aku guna untuk persiapan masuk U. And dekat u pun aku dapat ptptn. Pastu dapat sedekah apa semua. So alhamdulillah la.

Masa hari pendaftaran, aku pergi U pun seorang-seorang weh. Tak ada siapa yang hantar aku. Aku gamble je seorang-seorang naik bas.

Dari Utara semenanjung, merantau la seorang-seorang ke selatan tanah air. Time tu kalau orang nak cuulik aku pun memang line clear sesangat.

Okey, aku tak habis lagi sebenarnya ni nak cakap pasal kesan bila kau kahwin dalam keadaan diri kau miskin. Sorry aku nak balik semula pada cerita masa aku kecik.

Aku anak sulung. Membesar pun hadap kemiskinan ni ajelah. Adik beradik aku berderet dekat bawah aku. Semua peringdekat umur pun ada. Bayangkan betapa ramainya.

dekat sekolah, aku kena buuli sebab beg sekolah buruk, baju sekolah lusuh. Tak ada siapa nak berkawan dengan aku.

Mak bapak aku, asal stress aje, akulah jadi mangs4 pkul. Sampai jiran-jiran tanya aku, aku kena dera ke dekat rumah. Badan aku setiap masa ada kesan-kesan leb4m kena belaasah. Kadang-kadang luk4 lama pun tak sempat baik, dah kena luk4 baru.

Aku dekat sekolah, memang sentiasa berusaha supaya lengan baju tak terselak. Sebab nak sorok kesan pkul dekat tangan.

Ada sekali tu, aku dihantuk kepala ke dinding semata-mata sebab aku lambat ambilkan cawan untuk bapak aku. Dinding batu okeyyyy, bukan dinding papan. Masa ni dekat rumah opah aku. Melayang aku berjalan lepas tu. Pening punya pasal.

Okey, cukup dekat sini. Untuk aku bagitau kenapa aku mesti rasa serik dengan hidup miskin ni.
Then aku pun membesar di dalam torture and brainwash tentang hidup miskin ni. Sekarang umur aku 29. Perempuan.

Tapi sampai sekarang aku tak nak kahwin. Mak bapak aku dah paksa2. Momokkan aku dengan macam2 mitos kalau aku kahwin lambat.

Tapi aku buat bdoh. Lagipun aku bukannya duduk dengan diorang dah. Aku dah duduk rumah asing. Tak adanya aku menyusahkan diorang pun kalau aku tak kahwin.

Bila dah terlampau serik hidup miskin, sekarang ni fikiran aku satu aje. Aku nak kerja sampai boleh keluar dari kemiskinan tu. Kalau nak kahwin pun, aku nak cari lelaki kaya aje.

Kalau rasa orang tu tak mampu bagi nafkah, tak mampu bayar sewa rumah, tak mampu itu ini, atau nampak macam nak menumpang duit gaji aku pulak, heh aku lebih rela membujang daripada kahwin dengan orang2 macam ni.

In fact, aku dah bersedia pun fizikal ment4l untuk membujang sampai mampus. Kalau merasa hidup tua, dah tua nanti pandailah aku daftar masuk rumah orang tua.

Sekarang ni dedekat socmed, merata-rata orang tayang pasal kesusahan hidup diorang. Tunjukkan dekat masyarakat supaya masyarakat tolong diorang n simpati dekat diorang.

Diorang tunjukkan anak-anak diorang yang kecik, yang tak berbaju, yang kecik-kecik lagi dah terpaksa kerja. Berhenti sekolah apa semua.

Soalan yang timbul dalam kepala aku cuma satu aje. Kenapa dulu kau pergi kahwin kalau dah tahu diri tu miskin? Sebab takut buat ziina?

Aku bujang sampai sekarang. Okey aje. Memang aku cakap besar. Memang. Tapi kalau kau sendiri yang pergi layan porno hari-hari, siapa suruh. Kau sendiri yang sangap.

Jangan bagi alasan islam suruh kau kahwin. Islam dah highlight siap-siap, kalau tak mampu jangan kahwin.

Jadi? Kalau kau sampai membebankan masyarakat, sampai masyaradekat pulak yang kena tanggung kau makan minum, itu kira mampu lagi ke tu? Tolong jadi orang yang bertanggungjawab sikitlah weh.

Aku juga dimomok-momokkan dengan trend lelaki sekarang yang berangan supaya bila dah kahwin nanti, dia harap bini dia boleh tanggung dia pula. Atau paling kurang pun, nak bayar sewa rumah pun harap bini.

Barang dapur pun bini. Bini, bini, bini. Bini pergi kerja, balik rumah, bini lagi yang uruskan anak-anak, masak apa semua. Laki duk mengangkang main fon. Itu pun ada hati lagi nak kahwin ramai. Bagi aku, ini ciri-diri jantan tak guna.

Aku tak percaya dengan kata-kata ‘kahwin akan buat rezeki murah.’

Ramai gila manusia yang dah kahwin tapi kekal miskin.

Tolong sedar diri la weh. Tolong fikir masa depan sebelum kau nak kahwin. Kau tak kesian ke dekat anak-anak kau nanti, hidup susah memanjang.

Pastu kau stress membesarkan anak, kau ungkit pula semua jasa kau dekat diorang. Konon susu ibu tu tiada tara dalam dunialah. Keskitan ibu waktu bersalin itu skit yang paling skit selepas skit sakaratul m4ut la. Kasih ayah mencari rezeki la apalah.

Habeh, dah kau sendiri yang syok pergi buat anak. Anak tu tak pernah minta pun kau lahirkan dia. Silap2, dia lagi menyesal sebab dapat mak bapak miskin macam kau. Sendiri sedap, sendiri tanggunglah.

Ini adalah aku. Inilah fikiran aku, kesan daripada brainwash dan torture yang dilakukan oleh pengalaman hidup miskin. Sekian

Ramai juga netizen terkesan dengan perkongsian daripada wanita ini. Ternyata beliau nampak snagat tertekan dengan hidup dari kecil. Kisah yang boleh memberita iktibar dan pengajaran kepada kita semua. Ini antara reaksi dan pendapat dari netizen. Ada yang setuju dengan wanita ini ada juga tidak setuju.

Suhana. Setuju sangat. Saya benci hidup miskin dan adik beradik ramai. Sampai sekarang saya anti tgk org minta sedekah tunjuk anak ramai.

Saya benci tgk parent yang beranak ramai pastu anak die comot dan baju lusuh, bau masam.

Saya benci tgk parents yg lepaskan stress pada anak kecil.

Saya benci tengok orang kahwin dan kata barang mahal. Atau parents yg marah cikgu kata x memahami dia susah miskin..Saya benci tgk orang miskin anak ramai..

Nia. Terpulang pada awak nak kahwin ke tak.Cumanya penilaian untuk mencari lelaki kaya tu sebenarnya bagi saya tak perlu.Carilah yang berkemampuan,tidak semestinya kaya.

Cari yang ada pelajaran dan kerja tetap.Dan saya sarankan selidiki sebaiknya diri bakal suami dan keluarga.Kita memang berhak memilih yang terbaik untuk kita.

Tapi percayalah,terbaik bagi nilaian kita belum tentu terbaik bagi Allah.Kita cuma merancang,

tapi hidup ini milik Dia Saya doakan saudari bertemu insan yang wajar disayangi dan dinikahi.Kemiskinan bukan untuk diwarisi,tapi diteladani,dan diperbaiki

Miza. Kahwin time miskin, takde masalah. Tapi tolongla pakai kndom woi. Jangan pregnant time tengah miskin.

Aku dulu kahwin pakai personal loan, aku cakap kat laki aku, aku taknak mengandung sampai loan tu setel. Dia usaha early settlement loan tu habiskan dalam 3 tahun je. Lepas tu baru usaha nak buat aku mengandung.

Bila menagndung, terus dia setup simpanan dan insuran macam2 padahal masa kitorang childless, dua-dua koboi tak pernah ada insurans semua tu.

Anak ialah tanggungjawab. Diorang tak terhutang budi dengan ko hanya sebab ko have se x.

Naimah. Xduduk di situasi sis…tp sy pn lahir dr kluarga miskin jgk,,arwaah mak cerita lps kawin lgsung xde duit..hidup menumpang nga tok..tp rezeki satu2 dtg lps tu sampai ank2 9orang 4dpt msk u,2org poli n seorg ke jepun…

bila ank2 dh besar baru nmpk mak ayh lega..kami d besarkan dgn penuh kasih syg…arwaah ayh xsempat ke mekah,tp arwaah mak abg sulong sempat hantar…n ank2 smua dh ada rumah sendri..

rasanya bkn sb miskin xblh kawin..tp sikap y perlu di ubah…klau kaya tp xbertangujwp xguna jgk…semoga tt d pertemukan dgn org y baik2 dan penuh kasih syg

Noraini.Betapa peritnya kehidupan tt semasa kecil, didera ment4l & fizikal. Saya tak salahkan kamu kenapa berfikiran macam ni.

Miskin tak salah. Cuma corak pemikiran yang perlu diperbetulkan. Miskin – rumah buruk, baju buruk, makan bercatu – tapi bertanggungjawab, kuat berusaha, layan anak2 dengan berhemah, pentingkan pendidikan/ilmu, tidak mengapa.

Yang terjadi kebanyakan sekarang, miskin, tapi tak ada usaha untuk mengubah kemiskinan, mengharap bantuan dari orang ramai – tidak malu untuk minta sedekah.

Melahirkan anak hanya untuk minta bantuan simpati. Rumah kotor, tidak terurus. Walhal miskin boleh sahaja kemas & rapi walaupun rumah buruk. Saya cukup benci melihat keadaan keluarga seperti ini. Maaf teremosi pula.

Semoga tt berbahagia dengan kehidupan sekarang tp teruslah berdoa kepada ibubapa dari jauh walau apapun yang mereka telah lakukan kepada tt.

Yasmin. Somehow, saya faham knp awak berfikiran cmni dik wpun xpernah berada dlm situasi tu. So i wont judge anything. Takpe, cari kebahagiaan cara lain pula.

Asalkan tak menjauhkan diri dr Allah dan tak melangg4r syariat.
Semoga awak dipermudahkan urusan hidup dunia dan akhirat.