Isteri mgaku dia mengandungkn anak lelaki seberang. Aku tlalu sygkn isteri, aku bawa dia ggurkn anak tu.

Foto sekadar hiasan. Salam admin, saya peminat krt dan sering ikuti setiap masalah peminat, dari segi rumah tangga, family dan sebagainya. Saya ikuti page krt dari tahun lepas lagi, cuma malam ni tetiba terdetik hati saya untuk meluahkan perjalanan hidup saya selama ini. Saya bekerja dengan family saya dari zaman sekolah lagi hingga sekarang, family saya mempunyai perniagaan sendiri. Saya berharap kisah perjalanan hidup saya ni dapat memberi pengajaran dan pengalaman..

Kisahnya bermula pada tahun 2012, saya mengenali dan mula jatuh hati dengan staff iaitu pekerja family saya sendiri warga Seberang, dan dia di malaysia tiada saudara mara, mak dan abangnya berada di kampung.

Ketika itu dia berumur 18 dan saya pula 20, masa tu dia baru kerja dan pertama kali saya lihat dia saya mula jatuh cinta.. dalam keadaan yang sama dia masih berstatus isteri orang, tapi dalam proses ceraai sebab mempunyai krisis rumah tangga dan saya pula masih bujang.

Org tua saya tau keadaan status dia, selang beberapa hari kemudian dia berceraai dengan suaminya, selepas itu kami mula saling jatuh cinta.

Saya ada luahkan hasrat saya untuk berkahwin dengannya, tapi kedua orang tua saya tak setuju atas sebab dia bukan warganegara Malaysia.

Kemudian dia berpindah ke rumah orang tua saya, orang tua saya suka dia sebab dia rajin dan pandai buat kerja, sebab orang tua saya memang sediakan bilik untuk pekerja di tingkat bawah rumah teres, ada 3 orang lagi pekerja duduk sekali.

Hari-hari berikutnya kami terlanjur tetapi bukan untuk sekali dua tapi boleh di katakan setiap hari kami terlanjur tanpa pengetahuan kedua ibu bapa saya.

5 bulan selepas itu saya dapat tahu dia mengandungkan anak saya, dan dia hendak gugurkan tapi saya tak bagi sebab tak nak menambah dosa lagi, kemudian ibu bapa saya dapat tahu yang dia mengandung tapi tak tahu mengandungkan anak saya.

Org tua saya ada tanya, tapi saya tidak mengsaya dan akhirnya saya membuat keputusan dengan dia untuk bagi tahu anak dalam kandungan tu adalah hasil daripada bekas suaminya.

Percintaan kami sangat amat terindah ketika itu sehinggalah selepas 4 bulan dia selamat melahirkan seorang bayi lelaki yang amat comel, perasaan saya ketika itu Allah sahaja yang tahu betapa gembiranya saya walaupun zuriat yang dilahirkan itu adalah hubungan ziina antara saya dengan dia.

Tapi saya cuma fikir satu, anak saya itu tak bersalah, saya kahwin secara rahsia dengan dia di thailand, kemudian kami sama-sama membesarkan anak kami, tahun berikutnya ketika anak saya berumur setahun lebih saya mula abaikan dia dan anak.

Saya mula lepak dengan kawan², balik pkul 4-5 pagi, saya mula layan perempuan yang saya kenal di fb, wechat tapi tidaklah sampai terlanjur lagi.

Kalau keluar hanya pergi makan sahaja, sehinggalah sampai anak saya makin membesar dan bijak berumur 3 tahun iaitu tahun lepas 2016.

Bermulanya episod hitam dalam sejarah hidup saya apabila dia mula mengenali seorang lelaki warga Seberang sepupu kepada satu pekerja family saya juga.

Tetiba saya terus tersentak dan perangai saya berubah secara mengejut apabila saya tak dapat terima kenyataan, dia mula abaikan saya dengan anak, sampai suatu hari sebelum saya dapat tahu lelaki itu ada hubungan dengan dia.

lelaki itu pernah datang ke rumah family saya ketika itu siang hari raya puasa ke berapa saya pun dah lupa. Kononnya saja datang untuk beraya, saya dah mula sayaak sebab diorang berdua sering berduaan dekat ruang tamu.

saya dari awal jumpa memang saya tak suka lelaki tu dengan caranya saya pun tak tau lah hati ni macam dapat rasa sesuatu.. perasaan cemburu saya tetiba datang sedangkan selama ini saya abaikan dia.

Bila malam, saya sedang lepak di luar rumah berborak dengan jiran, hati saya tergerak untuk masuk ke dalam bila saya tak nampak kelibat dia orang berdua, dengan anak saya bermain kat ruang tamu bersama lagi 3 orang pekerja termasuk salah seorang daripada sepupu lelaki tersebut.

Hati saya mula tak sedap sebaik saya langkah masuk ke dalam rumah, saya bertanya pada 3 orang lagi pekerja family saya, mana dia dan kawan dia hanya jawab “Pergi buang pampers anak saya kat belakang (dapur)”,

Saya terus ke belakang, ya Allah hanya Allah saja yang tahu betapa hncurnya hati saya ketika tu bila didepan mata saya sendiri..

bila dia keluar dari bilik air, dan diikuti laki seberang tersebut, bila saya tanya dia tak mengaku dan tak buat apa-apa sehingga saya suruh dia melangkah surah Yasin..

Malam tu kami bergduh besar tanpa pengetahuan kedua ibu-bapa saya, sebab masa tu diaorang berada di bilik di tingkat atas, esok harinya kami bekerja seperti biasa dan dia berpesan pada saya supaya rahsiakan perkara malam tadi.

selepas kejadian tu, tiap-tiap malam saya menangis.. kenapa dia sanggup buat saya macam ni, sedangkan saya sedar yang selama ini saya bersalah abaikan tanggungjawab saya.

tapi tidaklah sampai saya bawa balik perempuan apatah lagi untuk berbuat maksiiat didepan mata dia sendiri. Hari-hari berikutnya dia masih tetap sama tiap malam bergayut telefon dengan laki seberang tu, abaikan saya dengan anak.

ketika tu perangai saya sudah berubah, saya mula bawa dia ke mana sahaja yang selama ini saya tinggalkan, saya amik berat tentang diri dia yang selama ini saya abaikan, tapi segala-galanya dah terlambat untuk saya buat semua tu.

Dia cakap dengan saya, dia dah tawar hati dengan saya, tapi saya tak cepat putus-asa saya tetap gagah juga usaha. Walaupun saya tahu mungkin saya tak dapat hati dia semula.

Tibalah suatu hari dia bergduh dengan org tua, ketika tu saya baru balik kerja, saya sendiri tak tahu apa puncanya dan keesokkan harinya dia nekad untuk berpindah keluar dari rumah family saya dengan membawa anak.

Malam tu saya menangis macam orang gila, merayu dekat dia jangan tinggalkan saya, saya tak boleh hidup tanpa dia dengan anak, saya halang dia keluar dari rumah, tapi dia tetap dengan keputusan dia.

Esok pagi-pagi pkul 7 dia dah kejutkan saya dengan anak, beritahu dia akan keluar dari rumah dengan anak. Orang tua saya pun marah-marah tak mengenang budi dan sebagainya.

Akhirnya saya dapat halang anak dan saya bagi alasan akan hantar anak saya kepada dia bila malam nanti, dia terus berlalu keluar dan duduk sementara di rumah kawannya tak jauh dari rumah saya.

Setiap malam saya kol/mesej tanya khabar dia, dan saya bawa dia keluar makan tanpa pengetahuan orang tua saya.

Saya tahu dia tak ada duit dan orang tua saya tak lagi bagi berjumpa dengan dia, pada masa yang sama saya masih sayangkan dia yang teramat sangat, sehingga saya sanggup tipu orang tua saya asalkan saya dapat berjumpa dengan dia.

Sesekali saya ada bawa anak berjumpa dengan dia lepaskan rindu, anak duduk dengan saya, orang tua saya tak bagi duduk dengan dia.

Selepas seminggu dia duduk rumah kawannya, dia bagi tahu yang dia dapat kerja dari ejen di Tanjung Malim, Perak sebagai pembantu rumah.

Saya terpaksa rela sebab saya tiada pilihan, sebelum dia pergi, saya sempat hulurkan duit poket untuk dia walaupun tak banyak, sedikit sebanyak ada juga dia duit walaupun duit saya ketika tu tinggal RM20.

Dia pergi waktu tengah-hari, malamnya saya dah mula risau bila saya kol dia off kan hp, bila dah tengah malam baru dia kol saya, dia kata tak boleh on hp tsayat ejen marah rampas hp.

Saya terpaksa sayar, hari berikutnya dia senyap, saya cuba kol banyak kali, dapat.. tapi tak angkat. Akhirnya ada seorang perempuan jawab hp dia, iaitu kawan satu tempat kerja, dia bagi tahu dia jaga budak bukan pembantu rumah di Damansara bukan di Tanjung Malim.

Fikiran saya mula fikir yang bukan2, saya dapat bercakap dengannya dan dia mengaku dia kerja jaga budak bukan pembantu rumah,

malam itu juga lebih kurang jam kul 3 pagi saya dapat mesej daripada no. dia berbunyi “Jangan ganggu hidup dia lagi ” iaitu mesej dari laki Seberang tersebut. Keesokkan harinya dia sendiri bagi tau pada saya, jangan ganggu hidup dia lagi, dia sekarang dah tenang.

Lepas dari tu saya terputus hubungan dengannya selama 3 bulan sehingga saya dapat tahu rupanya dia bersekedudukan dengan laki tersebut di Seremban, cukup 3 bulan lepas tu, dia datang ke rumah family saya atas alasan nak jumpa anak rindu.

Pada mulanya org tua saya memang berkeras untuk tak bagi berjumpa, yelahkan dia dah buat perangai macam tu siapa tak marah, org tua saya pun dah tahu hal yang sebenar, iaitu masa dia masuk dalam bilik air dengan laki tersebut.

Dipendekkan cerita dia terus duduk area sini, kerja dekat sini, saya sorok2 jumpa dia dari pengetahuan org tua. Saya lah yang hantar pergi balik kerja, pagi tengah-hari saya lah juga yang hantarkan makanan untuk dia.

Saya faham dia memang tak ada duit langsung, untuk makan, duit sewa bilik pun saya juga yang bayarkan. Pada suatu hari, hari raya cina masa tu, dia tipu saya sekali lagi, dia cakap kena kerja di cawangan lain bos suruh.

Petang tu macam biasa, saya bawa dia keluar makan, jumpa dengan anak malam tu saya kol/mesej terus tak dapat off hp.

Esoknya saya pergi ke bilik sewa dia, rupanya dia tak ada dari petang masa saya hantar dia balik tu dia dah keluar tak tahu ke mana.

Akhirnya saya dapat laki seberang tu mesej saya, supaya jangan dekat dengan dia lagi. Dia dah mengandungkan anak dengan laki seberang tu, ya Allah sekali lagi air mata saya jatuh min.. walaupun saya seorang lelaki.

Tergamak sungguh dia buat saya macam tu sekali, macam2 saya korbankan untuk dia, ini balasan yang saya dapat min, perasaan saya hanya Allah saja yang tahu ketika itu,

saya pujuk2 dia dan Akhirnya dia mengaku mengandungkan anak laki Seberang dan yang paling saya tak dapat lupakan dalam sejarah hitam dalam hidup saya, bila saya bersubahat gugurkan anak dalam kandungan yang tak bersalah tu min.

Akhir cerita dia masuk semula kerja di tempat org tua saya dan duduk di rumah family saya semula, 2 bulan selepas tu dia dah mula buat perangai dia balik.

Dia minta izin bila esok cuti, malam tu dia nak tidur rumah kawan dia yang masa dia keluar dari rumah mula2 dulu. Saya dapat tahu rupanya dia pergi tidur rumah lelaki tu, bukan tidur rumah kawannya,

saya nak menangis sampai air mata ni dah kering tak mampu keluarkan air mata lagi, tetapi saya pelik, kenapa dia buat saya macam-macam saya masih terima dan sayangkan dia lagi, saya terlalu bodh ke atau kena bomoh pun tak tahulah.

Sambung balik cerita tadi, selepas je kejadian tu dia terus keluar semula dari rumah family saya sekali lagi, dan duduk menumpang di rumah kawannya tu.

Esoknya laki seberang tu mesej saya macam2, hantar gambar diaorang berdua dekat saya, sedangkan dia dah janji dengan saya, tak ada lagi hubungan dengan lelaki tu.

Kami bergduh besar sampai saya heret dia dan ugut dan bagi tahu semuanya dekat org tua saya, dipendekkan cerita petang tu saya berbaik semula dengan dia dan pada malam tu jugaklah anak saya dilarikan oleh dia, 2 minggu saya cari min, saya dah macam hilaang akal rasa, menangis tu tak usah cerita, pagi, petang siang malam,

yelah saya mana pernah berenggang dengan anak saya dari sebelum dia lahir lagi. Satu hari tu saya dapat berhubung dengan dia, dan dia berjanji nak jumpa dan pulangkan anak saya sebab saya ugut dia dengan laporan polis yang saya buat.

Selang 2 hari dia minta saya amik dia dengan anak di Melaka, sedangkan saya duduk KL. Takpelah saya sanggup asalkan saya dapat anak saya balik, lepas tu, saya masih boleh terima dia lagi.

Dia duduk sini semula, saya carikan bilik sewa untuk dia, sebulan dia duduk situ, dari segi pakai, minum, duit belanja sayalah yang tanggung, tapi saya dah tak buat lagi perkara yang berdosa dah saya buat lepas, org tua saya pun dah boleh terima dia semula.

Dia pindah duduk rumah family saya, kerja balik, pun saya tak tau lagi apa yang dia nak sebenarnya dari saya, mungkin saya ni memang manusia yang paling bodoh yang pernah wujud dalam dunia ni.

Saya ingatkan dia dah berubah lah, siang malam saya kerja cari duit untuk nikah dengan dia sebab fikirkan masa depan anak.

Saya pun dah berubah dah tak macam dulu lepak sana sini, layan perempuan sana sini, cinta saya hanya pada dia seorang. 4 bulan je min semua tu bertahan.

2 minggu lepas sekali lagi dia lari dari rumah pergi ke tempat lelaki yang sama, tinggalkan saya dengan anak, sampai hati betol dia buat saya macam ni, apa salah saya??

Saya dah berubah dan dah cuba buat yang terbaik untuk dia dengan anak, makan, minum, susu, pampers anak, belanja dia semua saya tanggung min, duit gaji dia langsung tak diusik pun..

baru saya sedar, yang selama ni dia datang cari saya balik semata-mata hanya nak duit dari saya, tapi bukan ikhlas mencintai saya..

sedih min perjalanan hidup yang saya pilih selama ni, menjadi sejarah hitam seumur hidup saya.. sekarang saya dah tekad dan berazam, anak saya sekarang dah 4 tahun saya pulak dah masuk 25 tahun.

Saya nak besarkan anak saya, sekolahkan dia, dan nak buat surat beranak/mykid untuk masa depan dia.

Saya dah buntu sekarang tak tau nak buat macam mana surat beranak dia.Nak daftar sebab dia sekarang kosong tak ada apa-apa, bersalin pun dekat rumah bukan dekat klinik atau hspital..

sekarang dia tak ada apa-apa min, tiap2 malam bila dia tidur air mata saya jatuh min, kenapalah anak saya jadi mngsa macam ni, dia bukan tahu apa2.. maaflah kalau terlalu panjang, saya hanya nak luahkan dan kongsi perjalanan hidup saya selama ini.

Kisah rumah tangga