Anak sy mmg xblh di tegur lgsg sbb anak kesayangan suami. Sjk kcil klu di marahkn suami akn mrh sy blk

Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua pembaca. Saya membesar dalam keluarga miskin namun ibu saya melatih saya membuat kerja-kerja rumah sejak kecil lagi.

Saya tak lah pandai mana dalam pelajaran. Namun rezeki dari Allah kini dapatlah merasa kemewahan hidup sedikit di penghujung usia 50 hasil penat lelah bekerja dalam bidang professional.

Dikurniakan anak-anak yang cerdik pandai. Dan berkerjaya yang baik. Apa yang nak saya luahkan di sini ialah perihal anak-anak saya yang malas.

Selalu saya baca dalam group ini, menantu menceritakan kemalasan keluarga memtua. Tapi yang berlaku pada saya, anak-anak sendiri yang sangat malas.

Semasa mereka kecil lagi saya sudah mendidik mereka mengemas katil sendiri, menyusun kemas buku di meja belajar dan menyusun selipar di pintu masuk.

Apabila anak-anak telah masuk ke fasa remaja dan bersekolah menengah. Nampaknya tabiat menjaga kebersihan dan kekemasan rumah sudah tidak diendahkan lagi.

Macam saya kata kan tadi, anak-anak saya cerdik belajar. Jadi banyak masa mereka dihabiskan untuk belajar sahaja siang dan malam.

Ini menyebabkan saya kasihankan mereka. Jadi saya lah yang akan menyiapkan semua kerja rumah dan memberi peluang kepada mereka untuk belajar sahaja. Walaupum saya berkerjaya. Saya pastikan keperluan anak-anak terjaga.

Hal ini berlarutan sampai mereka masuk university. Bila balik cuti semester, kerja mereka tidur dan membuat aktiviti kegenaran mereka di dalam bilik macam tengok movie.

Masa tu saya tak dapat masuk ke bilik mereka sebab asyik berkunci sahaja. Pakaian kotor semua dilonggokkan sahaja di bilik air. Kalau bernasib baik, dimasukkan ke dalam bakul baju.

Dan apabila cuti berakhir, saya akan mengemas bilik mereka. Bila saya masuk ke bilik, memang saya rasa marah sangat tapi ye lah anak dah besar-besar. Nanti kalau marah-marah, takut anak kecil hati pulak.

Ada seorang anak saya yang memang tak boleh ditegur langsung kerana meruapakan anak kesayangan suami saya. Sejak kecil kalau dimarah suami akan memenangkannya.

Jadinya saya lah yang akan mengambil baju kotor, susun semula almari baju, buang segala macam sampah dan paling teruk pad anak gadis pon saya akan kutip. Sayu hati bercampur marah setiap kali berkemas.

Kini, anak-anak telah berkeluarga. Dah beranak pinak. Tapi mereka masih tak berubah. Masih anggap diri mereka kecil.

Bila balik bercuti, masing-masing mengorder nak makan ini, nak makan itu. Tapi saya lah yang duduk di dapur menyiapkan semua untuk keluarga.

Dari pergi membeli lauk, membuat persiapan, memasak dan menghidang. Anak-anak masuk dapur hanya untuk makan sahaja. Ini termasuklah perangai menantu. Dah lah tak menghulur dari segi kewangan. Nak dilayan macam raja.

Mereka hanya tau dilayan tapi tak pernah mahu melayan saya. Jika saya berkunjung ke rumah mereka, sama juga yang berlaku. Saya jugak yang akan jadi tukang masaknya.

Itu belum lagi saya kena membasuh kain baju, spender dan bra anak menantu, menyidai, mengangkat dan melipatnya.

Part jaga cucu-cucu bila anak-anak nak dating kononnya. Di rumah mereka tak dapat berduaan kata mereka. Saya lah yang memandikan dan menjaga cucu-cucu bila anak-anak rasa nak keluar berdua.

Saya rasa sedih sangat. Kalau mengadu kat suami selalu tak dilayan. Selalu dia diam jer buat-buat tak dengar.

Suami memang takkan support emosi saya sejak dulu lagi. Segala birthday atau anniversary ke dia buat tak tahu jer. Jadi saya tau di mana letak nya saya.

Saya kena telan je apa yang berlaku. Kadang tu terfikir jugak nak tinggal kat pondok untuk orang tua. Boleh belajar agama tapi masih boleh kawal diri lagi.

Semua kesedihan saya tu saya tanggung seorang diri. Ada ke yang senasib dengan saya. Lega rasa dapat meluah. Tolong doakan anak-anak saya sedar sebenarnya saya tak reda dengan semua ini.

Buat ibu bapa di luar sana, jangan jadi macam saya. Dan tolong jangan kutuk keluarga saya. Saya cuma nak meluah sebab rasa diri keseorangan.

Ini antara reaksi netizen utk kisah ini.

Sharena. Puan dh di usia senja. Sayangnya kalau tak gunakan masa yg berbaki utk memperbanyak amal ibadah. Usia spt Puan sepatutnya sudah tak perlu risau & sibuk lagi dgn urusan dunia.

Letakkan kepentingan diri Puan dahulu. Berpindah alam satu penghijrahan yg tiada U turn lagi. Its a very big thing for us as a human being

Sy sokong Puan ke rumah kebajikan atau belajar agama. Its not too late yet insyaAllah.

Natasha.Tolonglah jangan bagi dah anak2 perempuan puan yang lain kahwin. Atau bagitau upfront siap2 kat bakal suami tu perangai anak2 puan macam mana. Kesian lelaki2 teraniaya. Nanti dok kata isteri cerminan suami. Pastu berlambak2 lah luahan keluar kat socmed. Dari perempuan bukan lelaki ye.

Saya pun masih belajar dari pemerhatian orang2 keliling. Saya ada anak remaja 3 orang, saya jaga sendirian yang saya masih rotan untuk tujuan didikan. Pemerhatian saya dari adik beradik saya yang terlampau memanjakan anak2 sampai mak ayah saya jadi kuli cucu.

Anak2 mereka pun kurang adab. Semua nya hasil didikan mak ayah(adik2 saya) yang konon2 open minded nak ikut didikan barat.

Cara islam ada. Rotan tu memang penyelesaian dia. Dan ada adab2 lain kena jaga termasuk adab sebelum rotan.

U have to change the cycle now. Atau semua nya akan terlambat. Better late than never. Jaga ment4l sendiri. Semua benda dalam hidup ada limit.

Put limit on this ment4l abvse. Keluar dan yakin diri. Buat apa yang puan rasa betul dan perlu demi redha Allah swt. Usia kita tak lama dah puan.Good luck.

Azian. Puan… demi kesihatan ment4l dan fizikal, beberapa tahun lagi pergilah sign up ke rumah kebajikan. Tinggal bersama rakan sebaya… suami takpe… nanti anak kesayangan dia bela

Fadhilah. Rasanya baik pergi je duduk pondok belajar agama..
Masa muda dah dihabiskan layan anak2, kalau ditegur takut kecil hati, jadi ini la pilihan terbaik..

Nanti bila dah tak ada orang tolong masak, tolong buatkan kerja rumah, tolong jaga anak, pandai2 la diorang..