Suami seronok 5minit je dgn adik, tp merana 30thn.

Foto sekadar hiasan. Saya ada terbaca 1 k3s Mahkamah tahun 2018 di E-La w sewaktu saya asyik membuat research untuk bicara k3s saya tak lama lagi.

K3s-k3s yang dilaporkan dalam E-La w, Lexis Nexis, Current La w Journal atau segala mak nenek jenis online database ini memang based on true story la. Bukan fiksyen atau rekaan.

Online Database ini digunakan untuk Peguam pada kebiasannya untuk buat research untuk k3s yang mereka akan kendalikan.

K3s yang saya baca kali ini adalah tentang sumbang mahram. Abang ipar dengan adik ipar.

Adik ipar umur 14 tahun. Umur abang ipar pula tak dinyatakan.

Nama k3s ini saya rahsiakan kerana untuk menjaga aib dan menghormaati keluarga Tertuduh.

Tujuan tulisan saya ini bukan untuk sebar aib sesiapa tetapi cukup sekadar pengajaran dan tauladan bahawa kita kena sama sama menjauhi perbuatan ini.

Abang ipar dalam k3s ini dituduh di Mahkamah Sesyen di Kelantan kerana mer0gol adik ipar bawah umur sebanyak 2 kali. Kiranya ada 2 pertuduhan kerana ada 2 kejadian. Tarikh, masa dan lokasi berbeza.

Adik ipar ini rela dan sayang kat abang ipar ini. Tak tahu la jika mereka dah bercinta dalam diam.

Kejadian berlaku sewaktu abang ipar dan isterinya (kakak) tidur di rumah ibu bapa mereka. Mereka tidur kat ruang tamu. Kiranya balik kampung.

Dalam kira kira pkul 12 malam si abang ipar ini masuk ke bilik adik ipar ini. Dan mereka melakukan mksiat.

Adik dia tidur dalam bilik, tak ada pintu. Hanya tutup dengan langsir je.

Sewaktu kejadian itu berlaku memang tak ada orang sedar. Tak ada dengar bunyi apa apa. Semuanya tidur lena.

Kalau baca k3s ini memang detail la jalan cerita dia, sewaktu pemerikasaan utama, pemeriksaan balas dan pemeriksaan semula dibuat apa dan bagaimana kejadian itu. Tapi tak sesuai dicerita kat sini.

Hari lain pula, selang beberapa hari abang ipar ini hubungi adik ipar minta tolong belikan ubat. Kononya dia tak sihat. Jaditu suruh budak ini datang rumah dia.

Budak ini pun belikan ubat datang rumah dia. Waktu itu tak ada orang. Mungkin si kakak keluar bekerja. Adik itu masuk berbual dalam 10 mins kemudian mereka melakukan mksiat lagi tanpa disedari orang sesiapa.

Bagaimana rahsia mereka terbongkar apabila ada ahli keluarga baca perbualan melalui whataspp mereka berdua. Perbualan itu tak didedahkan dalam k3s ini.

Si kakak merasa curiga apabila terbaca perbualan suaminya dengan adik ipar. Mereka menggunakan panggilan “sayang”.

Si kakak dan abang budak ini panggil budak ini suruh cerita apa yang berlaku dan segera buat Laporan Polis.

Pada mulanya suami dia ini tak mengaku tetapi apabila isterinya ajak untuk confront dengan ibu bapa mereka dia berdalih dalih. Tak berani.

Abang ipar ini bila dapat tahu yang isteri dia suruh budak itu buat Report, dipkul isterinya dan tak lama lepas itu mereka berceraai.

Selepas menjalani perbicaraan yang panjang akhir Mahkamah memdapati abang ipar ini bersalah dan menjatuuhkan hukuman 15 tahun Penj4ra, 10 seba tan untuk pertuduhan pertama, dan 15 tahun penj4ra serta 10 seba tan untuk pertuduhan kedua.

Hukuman berjalan berasingan. Maksudnya total hukuman penj4ra si abang ipar ini 30 tahun dan 20 seba

tan.

Abang ipar ini merayu ke Mahkamah Tinggi tetapi rayuan ditolak.

Mahkamah kekalkan sabitan Mahkamah Sesyen sebab Mahkamah kena utamakan kepentingan awam dari kepentingan peribadi. Lagi lagi jenyah r0gol, sumbang mahrah mksiat semakin berleluasa.

Cuba bayangkan, hanya kerana 5 min seronok untuk setiap kali buat mksiat, tetapi merana 30 tahun dalam penj4ra dan kena sebat 20 pulak itu. Bukan itu sahaja, rumah tangga musnah dan hilaang hak jagaan anak. Ksimpulannya.

Jaga kehormatan diri. Adik ipar perlu ada perasaan malu kepada abang ipar dan begitula sebaliknya.

Jaga pandangan mata. Sekiranya adik ipar tidak menutup aurat dengan sempurna, abang ipar cuba sedaya upaya untuk menundukkan pandangan.

Jaga batas pergaulan. Bermesra atau bebas bergaul buruk padahnya.

Berusahalah menjauhkan diri dari bisikan dan hasutan syaitan.

Lengkapkan diri dengan ilmu dan pendidikan agama. Serta amalkan.

Ibu bapa, isteri / suami perlu ambil tahu dan ambil peduli akan apa yang berlaku di sekeliling.

Bersangka baik dan berwaspada perlu seiring. Mencegah lebih baik dari mengubat.

Terlajak perahu boleh diundur, terlajak perbuatan buruk padahnya.

Semoga menjadi iktibar dan pedoman buat yang sudi baca.

Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.

Ini antara pengalaman netizen untuk kisah ini.

Rosmizah. Walaupun ipar ipar, kira ahli keluarga la kan.. Dia tetap strangers… Bukan boleh buat kawan… Dia bukan kawan kamu.. Bukan benda boleh buat mesra mesra..

Memang kena ada batas.. Jangan beria terlebih mesra.. Berborak pun sepatut nya benda benda penting dan tak melalut…

Jangan mengada ngada nak share interest, minat anime lah, minat concert lah.. Dekat situ semua permulaan tanpa sedar..

Konon dah tercipta chemistry. Ingat tu.. Semua benda ada batas nya.. Ada sebab Islam suruh bersederhana dalam semuaaaaaaaa perkara. Fikir dalam dalam..

Anis. Pernah pergi buat lawatan di Penj4ra Pudu masa dibuka untuk melawat dulu (sebelum dirobohkan jadi mall).

Ada ditunjukkan video banduan yang dirotan..Allah, nge ri sangat sampai hncur punggung . Sekali libas menggeletar 1 badan sampai terkencing2 si banduan.

Lepas dah 10 seba tan, banduan dibaringkan, disapu ubat kuning tu..meraung ksaakitan..mmg nge ri. Itu baru hukuman di dunia..belum lagi di akhirat.

Salmi Hubungan ipar la yg bhaya tau… Setan tggu masa je nk jentik & cucuk .. tolong la hati2.. jaga batas, jaga pandangan, jgn sesekali berduaan, jgn bergurau lebih2, dia tetap org luar.. jgn terpedaya dgn bisikan syaitan..

Siti. Dah ada niat abg ipar tu.sbb tu dia tunggu semua tidur dan masuk bilik tu.dia tau budak mcm tu senang dipujuk.ada peluang je tak tunggu.ksian keluarga isteri tu huru hara sbb seorg lelaki.