Ayah bkrja gaji bsr, tp semua duit gaji dan kereta dia lgsng kami xprnh merasa. Yg merasa hnya kwn2 dia

Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum & hello semua. Saya Ju, berumur 26 tahun dari selatan tanah air. Sedikit latar belakang, saya anak sulung dari 3 adik beradik – semuanya perempuan dan jarak kami setahun dari each other. Sekarang masih tinggal bersama kedua ibu bapa.

Cerita/luahan yang saya nak share adalah berkenaan bapa saya yang kami panggil “Ayah”. Pertama sekali, saya minta maaf, saya tak pandai bercerita sangat.

Berbalik kepada luahan saya – bagi orang lain (or at least kawan-kawan saya) bapa mereka adalah hero & lelaki terbaik dalam hidup mereka.

Tapi tidak bagi saya dan adik-adik. Lelaki yang sepatutnya jadi hero kami, pelindung kami, end up jadi orang yang menyakiti kami.

Seingat saya, dari kecil ayah memang tak jalankan tanggungjawab sebagai ketua keluarga. Yang menyara makan, minum, pakaian & segala keperluan kami (termasuk ayah) adalah Ummi.

Ayah bekerja tapi duit gajinya, kereta nya LANGSUNG kami tak merasa. Yang merasa semua tu adalah kawan-kawan dia.

Boleh kira dengan jari berapa kali kami naik kereta tu. Karaoke, melepak dan entah apa lagi semuanya dengan kawan-kawan tu.

Menurut cerita Ummi, dia selalu balik 3 4 pagi lepas berjoli dgn kawan. Tak pernah pun dia kisahkan keselamatan kami dirumah, dah makan ke belum, dah belajar ke belum.

Pada fasa tu, memang problem atic. Kerap tukar kerja akibat masalah tak datang/lambat datang kerja. Semua sebab berjoli sampai pagi.

Bila ada dirumah pun, kami tak boleh bising macam budak2 lain. Bila nk bersembang dengan Ummi, terpaksa menulis atas kertas.

Kalau bising, ayah mengmuk sebab ganggu dia tengok TV. Dan ini adalah punca saya jadi seorang yang senyap, introvert, tak reti bergaul sekarang.

Ummi pula terpaksa bekerja, in fact sibuk bekerja sampai takda siapa yang kisahkan kami.

Kadang2 terpaksa minta jiran kami (yang juga pengasuh kami) untuk jaga sampai malam.

Bila Ummi balik kerja, letih tak sempat pun tanya – harini belajar apa, dah siapkan homework/belum? Dalam bahasa kasarnya kami terabai, tak dapat kasih sayang secukupnya.

Semakin saya besar dan mula faham erti kehidupan, saya perhati sendiri sikap Ayah.

Saya juga mula terasa dengan Ummi sebab masih sibuk kerja dan biar kami adik beradik survive sendiri. Sehingga lah lama2 saya faham kesusahan Ummi.

Saya redha saja, dan cuba lakukan yang terbaik sebagai anak sulung untuk bantu Ummi.

Saya belajar sehabis baik, sebab pesan cikgu saya – “belajarlah supaya awak boleh ubah hidup keluarga awak dan bagi mak ayah rasa senang satu hari nanti”.

Long story short, saya dapat keputusan cemerlang untuk PMR, SPM dan Diploma.

Namun, pada semester pertama Diploma keluarga kami diuji lagi. Ayah jaatuh saakit. Saya dah mula risaukan Ummi & beban kewangan dan emosi yang dia perlu hadapi lepas ni.

Saya dibawa ke hspital untuk melawat ayah dan saya menangis melihat dia terbaring lemah.

Saya fikir – mungkin ini pengajaran untuk dia, mungkin lepas ni dia akan berubah.

Ummi terpaksa teruskan juga bekerja untuk sara keluarga. Saya juga terpaksa bekerja part time setiap kali cuti semester demi meringankan beban Ummi.

Hasil beberapa rawatan dan urutan- ayah saya mampu berjalan semula walaupun tak segagah dulu & disahkan sebagai OKU. Lama kelamaan, bila Ayah dah mula dapat kekuatan semula, dia mulakan semula perangai lama nya.

Tetap berjoli, melepak, dan habiskan duit bantuan bulanan yang dia dapat. Saya kecewa dan rasa tertipu.

Ada beberapa siri kejadian yang buat saya kecewa dan putus asa untuk tengok dia berubah. Sampai sekarang masih begitu.

Disebabkan dia “OKU”, dan selalu dilihat melepak dan makan diluar jiran selalu pandang serong pada Ummi dan kami adik beradik sebab “abaikan” dia.

Seolah2 kami tak sediakan makanan untuk dia. Padahal, Ummi/kami masak setiap hari tapi tidak dimakan.

Akhirnya, makanan basi dan dibuang begitu sahaja. Dia sendiri pun tak cuba pulihkan dirinya – masih merokok sedangkan itu antara punca dia jaatuh saakit. Entahlah, macam mana lagi patut kami “jaga” dia.

Terlalu banyak kejadian yang berlaku membuatkan jiran pandang serong pada kami. Saya ada cadangkan pada Ummi untuk tinggalkan dia sebab taknak tengok Ummi menderita lagi. Tapi Ummi taknak berdosa.

Saya sendiri cuba bersabar dengan sikap Ayah. Saya buang jauh2 dendaam saya pada dia. Bila saya dah bekerja, saya cuba beri kebahagiaan pada Ummi setelah penat dengan ujian ni.

Dengan Ayah pula, saya cuba bersembang dengan dia supaya tak jadi anak derhaka (walaupun dulu dia tanak orang bercakap dalam rumah tu).

Saya cuba buat yang terbaik untuk Ayah dan Ummi. Tapi Ayah tetap tak berubah. Bila ayah demand untuk pergi bercuti sana sini, saya saakit hati.

Pada saya, tak adil langsung bila dia nakkan sesuatu yang dia tak pernah bagi pada kami dulu.

Sekarang saya pun tak berani nk berkenalan dengan mana2 lelaki, sebab saya malu ada Ayah mcm ni. Orang mesti akan tengok keturunan kan?

Setiap kali berlaku sesuatu- Ummi dan kami adik beradik akan cakap “takpa lah, sabar je. Biar orang nak cakap apa”. Saya tertanya – Sampai bila? Sampai bila boleh sabar?

Ini antara reaksi daripada netizen.

Adil. Berhenti ambik kisah pasal orang lain..masa susah,takde pun diorang datang bantu kan..So,sekarang ni jalani hidup seperti biasa..cari pasangan,bina hidup sendiri..nak ubah perangai orang yang dah berpuluh tahun tu,macam mustahil..Doa2 la kesedaran ayah tu datang sebelum menutup mata.

Nora. Semoga mendapat balasan setimpalnya.. buat ayah yg abai tgjawab.. buat umi, yg sgt penyabar dn berbakti walau disaakiti.. buat tt, sebagai ank yg sgt memahami ayah bonda.. Moga ada sinar bahagia ..

Siti. Sampai bila? Sampai you all sendiri yang keluar daripada kelompok pembuulian itu.