Mak kena pulau sbb surirumah, di angap bdoh xberkerja. Kami nk mkn pn mak korek duit tabung

Foto sekadar hiasan. Sebenarnya aku terpanggil nak bercerita kat sini sebab lately aku selalu terfikir nak berhenti kerja & menjadi suri rumah. Ya aku bekerja swasta gaji tak sampai RM2k pun tapi aku takut nak jadi suri rumah. Puncanya aku teringat kehidupan mak aku sebagai suri rumah sejak aku kecil.

Aku anak sulung dari 7 orang adik beradik. Mak & adik2 panggil aku kak long. Bukan kak long 7e. Huhu. Kawan2 panggil aku Wawa.

Ini kisah aku membesar melihat mak sebagai suri rumah.

Abah kerja swasta jauh dari rumah. Abah kuat kerja, selalu sambung shift. 4,5 hari sekali baru balik atau kadang2 abah tidur kat hostel pekerja.

Mak, aku & adik2 tinggal di rumah tanpa abah. Hidup kami sangat sempit & susah bila abah tak ada. Bila abah balik, baru terasa ‘bahagia’. Nanti aku cerita.

Mak anak tunggal. Background mak boleh dikatakan apa mak nak, semua dapat. Tapi atok & nenek dah meninggaal lepas mak kahwin dengan abah. Jadi sejak tu mak cuma bergantung hidup pada abah.

Aku masa kecik tak faham kenapa mak selalu nampak sedih, selalu marah2 kami adik beradik. Aku rasa mak tak sayang kami. Selalu pkul kami. Abah sayang kami.

Bila abah balik, abah bawak balik gula2 untuk kami. Abah belikan mainan. Abah beli jiwa kami. Inilah yang buat kami rasa ‘bahagia’ bila abah ada. Padahal mak yang berhempas pulas jaga kami kat rumah.

Sekarang ni aku marah pada diri sendiri. Aku yang waktu kecik tu sepatutnya lebih sayangkan mak.

Masa kecik aku tak faham kenapa & apa yang menyebabkan mak selalu marah2. Tapi sekarang aku dah faham. Kami ni nakal.

Umur kami dekat2. Selalu buat sepah kat rumah, selalu juga bergduh. Mak la yang kena kemas. Mak pkul kami bila bergduh sebab mak nak adil, semua sama2 kena.

Bayangkan kami masa kecik contohnya 3 beradik waktu tu, mak pula mengandung adik no.4, uruskan kami seorang diri. Penatnya Allah sahaja yang tahu. Mak terus2an mengandung, bersalin, jaga baby kemudian mengandung lagi, sampai 7 orang semuanya.

Suri rumah kerjanya tak pernah putus..bahkan tidur pun tak pernah lena asyik diganggu. Baru terlelap, yang sorang nak ke tandas. Tak lama lepas tu yang kecik pulak nak susu. Kadang2 yang lagi satu mengigau sampai menangis.

Bayangkan lah bila masa mak aku rehat? Sedihnya bila aku terpikir semua ni..

Mak sebenarnya sangat2 penat. Pagi2 mak basuh baju guna tangan sebab kami tak ada mesin basuh. Adik2 kecik aku tak pakai pampers tau, pakai lampin.

Bayangkan macam mana mak aku menyental sisa2 air kencing & berak baby. Pastu sidai baju, kemas rumah, masak, jaga kami adik beradik. Mak stress setiap hari rutin yang sama. Abah pulak kerja, abah tak membantu.

Aku dan adik ada juga tolong mak. Tapi kadang2 pertolongan kami macam buat mak lagi tertekan sebab tak kemas atau tak bersih. Contoh sapu sampah, basuh pinggan, lipat baju. Apa yang kami buat nampak tak kena di mata mak. Jadi mak buat semula.

Kadang2 mak nak beli sesuatu untuk mak, tapi mak tak ada duit. Mak cakap, abah tak bagi mak duit belanja. Alasan abah sebab abah dah sediakan semuanya. Sedih bila ingat bab ni.

Ada sekali tu lama abah tak balik sebab kerja. Kami dah tak ada makanan kat rumah. Duit pun tak ada. yang ada cuma dalam tabung bentuk rumah. Aku ingat lagi tabung seramik ke tanah liat tu.

Apa yang mak buat? Mak hempas tabung tu ke lantai. Bertaburanlah duit siling dan serpihan tabung tu…kami kutip duit sambil menangis.

Kami nangis sebab tabung pecah..tapi mak mungkin nangis sebab mak sedih sampai terpaksa pecah tabung. Allahuakbar. Kalaulah aku dapat putar masa, aku nak peluuk mak masa tu. Kesiannya mak.

Lagi satu yang aku nampak, mak tak ada kawan. Kami anak2 mak lah yang jadi kawan mak. Macam mana mak nak ada kawan, mak tak kerja. Nak sembang dengan jiran pun mak tak sempat.

Aku ni kalau tak sembang dengan orang sama dewasa dlm sehari (suami atau kawan), boleh jadi mereng rasanya. Sebab tu mak stress.

Balik2 bercakap dengan kami yang tak faham bahasa ni. Huhu.

Abah ada adik perempuan (makcik aku). Tapi makcik tak suka mak & kami adik beradik. Mungkin sebab kami nakal. Tapi mak selalu rendah diri mak cakap sebab mak tak belajar tinggi, tak kerja, cuma suri rumah.

Aku tak peduli sangat pun pasal makcik aku tu. Tapi yelah, fikiran anak2 ni mana sama dengan fikiran orang dewasa. Makcik aku tu adik ipar mak aku.

Keluarga juga. Mesti mak kalau boleh taknak bermusuh. Entahlah. Makcik aku ni dah arwaah tahun lepas sebab c4ncer. Tapi aku tak ada perasaan sangat la sebab tak rapat.

Atok dan nenek sebelah abah meninggaal masa aku tingkatan 4 kalau tak silap. Pun sama juga, aku & adik2 tak berapa rapat dengan mereka sebab diorg tinggal kat kampung dgn makcik.

Bila aku sekolah menengah, aku dapat biasiswa. Dapatlah aku belanja mak & adik2 sekali sekala. Nampak mak happy bila aku belanja tu.

Masa berlalu. Mak tetap suri rumah. Mak redha je jadi suri rumah. Jadi isteri abah yang taat. Mak sabar sangat2. Tapi tu lah, adakah aku sabar seperti mak? Bukan setahun dua, berpuluh tahun kot mak jadi suri rumah tak bergaji.

Abah berhenti kerja lepas adik aku yang no.3 tu kerja. Abah tak larat nak kerja malam2 dan bawak moto jauh2. Kami yang dah kerja ni mula menyara mak abah & adik2.

Aku boleh dikatakan happy dengan kehidupan selepas abah berhenti kerja. Mak dah ada abah kat rumah. Adik2 pun dah besar.

Duit dah tak jadi masalah buat mak, aku & adik2. Kemudian sorang demi sorang kahwin. Aku taknak cerita bab ni sebab tak ada kena mengena dengan cerita aku ni.

Mak & abah sekarang walaupun sudah cukup tua, diorang baik2 sahaja berdua tu kat rumah. Tapi aku tak pernah lupa apa yang mak lalui sebagai suri rumah. Aku tak sanggup lalui perkara yang sama.

Dalam hati aku selalu ada rasa sedih & marah pada diri sendiri, terkenangkan kesusahan mak besarkan kami adik beradik, dan akal pendek aku yang tak membantu ringankan beban mak. Sedih. Tak tahulah korang faham ke tak.

Apa yang aku ceritakan ni cuma sedikit sahaja dari apa yang aku ingat. Sebenarnya macam2 lagi. Aku kan anak sulung. Terlalu banyak yang aku nampak dalam perkahwinan mak abah aku.

Semoga Allah berikan syurga tertinggi buat mak. Mak aku hanyalah seorang suri rumah.

Ini antara reaksi dan pengalaman sedih daripada netizen.

Adiera. Emak sy pun surirumah. Dan cukup marah bila kami nak jadi surirumah. Jgn sesekali sebut depan dia..Sbb dia dulu jadi surirumah kena hina mentua, kena caci..

kena pulau..mak belajar pandai cuma jadi m4ngsa keadaan keluarga yang pilih kasih..skang emak ayah duk bahagia.. ayh dulu kerja kuat sbb nak simpan duit masa tua..

kalau bagi emak duit emak mesti akan ckp, xpayah bg emak abah duit kami xmau.. cukup untuk kamu guna bila perlu..mak cuma xmau kamu jadi macam emak ja..

miskin xd apa.. tula dia duk ulang selalu..besar pengorbanan mak kami terutama hati dan perasaan.. terima kasih emak.

Mazni.Saya kongsikan sedikit ye pengalaman 15 tahun jadi surirumah.

1-Niat.
Kenapa nak berkerjaya surirumah?Macam saya sebab utama nak didik/ajar anak-anak sendiri.

2-Kewangan.
Pastikan kewangan suami mampu untuk ‘membayar gaji’ kita.Kena ada perjanjian.Nafkah surirumah lain.Belanja rumah lain.

3.Perancangan.
Merancang jarak kelahiran anak dan bilangan anak.

4.Emosi.
Ment4l dan fizikal kena kuat.Kena bersedia emosi melayan kerenah anak², kena rajin kemas rumah, bosan, tiada kawan, tiada me time bila anak² masih kecil dan banyak lagi.

Tu jelah serba sedikit.Harap membantu puan membuat keputusan.

Anis.Erm sama je dengan mak aku dulu2, biasalah marhaen .

Sebenarnya TT nak jadi surirumah kenapa? Penat kerja? Jaga anak? Suami suruh?

Aku pun berhenti kerja lepas 10y hempas pulas kerja macam tak cukup tanah, gaji selesa, etc.

Tapi sebenarnya, hati tu dah takde, kebetulan 5y kahwin baru rezeki pregs, so lagi nekad nak berhenti, kenangkan anak yg susah nk dapat dan niat nak berhijrah (retailer,free hair dulu)

Alhamdulillah Allah mudahkan rezeki, anak bertambah sorang lagi, suami bertambah gaji (sebelum ni,gaji aku lagi banyak)

Tapi ya, ment4l fizikal kena kuat lah, bersedia bila gaji suami kau naik turun, cukupkan keperluan rumah (ada komen kat atas tu, tapi beli yg termampu jela), kalau otak bisnes bolehlah buat online , selebihnya berdoa dan serahkan ke Allah.

Rabiatul. Masa mula2 suami suh berhenti kerja pregnant anak ke3. Alasannya, smpai bila nk anak2 membesar dgn bibik. Dia lg suka sy sdr asuh anak…sy reluctant sbb jenis suka myimpan duit.

Klu xkerja epf pun stop. Tapi suami insist & kata mampu. Mula2 berhenti rasa inferior juga mula2 tu…ambil masa. Tapi sejenis manusia yg suka duk umah so rasa selesa bab tu.

Bisnes online semua x reti tapi syukur suami ttp bgi nafkah spt yg dijanjikan. Ada jugalah ups & down pasal duit tapi alhamdulillah Allah Maha Baik.

Yg saya syukuri sgt2 dpt bsrkan 5 org anak sdr, ajar mrk mengaji sdr smpai khatam Quran & dpt masa utk beribadah yg lebih berkualiti.

Apa pilihan yg dibuat mesti ada lebih kat sini kurang kat situ…x semua kita dpt. Apapun baik sangka je pada Allah.