Dah 4thun kahwin tp suami xprnh sentuh aku, bila di tanya dia ckp blm sedia nk anak

Foto sekadar hiasan. salam admin dan semua warga krt , min tolong hidekn profile saya min .masalah saya sekarang,saya ingin bercer4i dengan suami sbb rasa bersalah kepada madu saya yg tak pernah hil4ng dari 4 tahun lepas . ceritanya begini ,pada awalnya suami saya dah bertunang terlebih dahulu dengan tunangnya selama beberapa tahun,mereka bercinta sejak zaman sekolah lagi , suami saya dulu merupakan abang angkat saya sebab maknya bela saya.

tapi pada tahun tu ibu dan ayah kandung saya kem4langan dan saya telah menjadi yatim piatu , disebabkan mak angkat saya iaitu ibu suami saya pada waktu itu kesiankan saya ,

dia suruh anaknya berkahwin dengan saya atas asbab ibu suami mahu tinggal di luar negara uruskan bisnes selama beberapa bulan dan tidak dpt membawa saya

pada mulanya saya menolak, tetapi selepas saya fikir suami saya pada wktu itu merupakan seorang yg baik dan saya mula suka dan ambil kesempatan ke atas suami ,

saya mula cemburu lihat suami amat bahagia dengan tunangnya pada waktu itu..saya tahu suami saya sgt sygkan tunangnya tu.

tak lama kemudian, lg 3 minggu diorang nak kawen,saya mintak ibu suami kawenkan saya terus dengan suami,

kerana saya tak sabar mahu luahkan rasa sayang saya pada suami,saya fikir suami mungkin akan ada perasaan yg sama mcm saya kerana suami begitu baik dengan saya .

pada mulanya suami menolak,tetapi kerana sygkan ibunya dia menurut juga kemahuan ibunya.

bukan ibunya tak sygkan tunangnya pada waktu tu tapi rasa belas kasihan kpd saya kerana saya yatim piatu dan tiada saudara mara yg lain

hari akad nikah,tunangnya ada..hanya airmata yg saya nampak pada tunangnya , dia hanya memandang saya dengan pandangan kosong dan dip3luk oleh ibu suami saya .

selepas kawen , suami layan saya baik tetapi suami tetap jumpa tunangnya mcm biasa yelah tak lama lagi mereka juga akan berkahwin dan kami akan bermadu,

saya rasa skit hati dengan suami. tetapi saya lupa bahawa mereka bercinta bertahun2, dalam perjalanan menuju ke mahligai cinta mereka, saya pula yg menjadi pengganggu .

tak lama kemudian mereka juga bernikah sekarang usia perkahwinan kami sama2 menjangkau usia 4 tahun ,

suami baik dan adil tetapi suami tidak pernah mahu menyentuh saya ,nafkah semua cukup suami saya baik tetapi suami cakap dia tidak bersedia mahu ada anak dengan saya .

dia dan madu saya juga tidak ada anak . sekarang rasa rasa berdosa dengan madu saya,

dulu saya boleh pilih untuk menolak berkahwin dengan suami tetapi saya ada niat untuk merampasnya dari tunangnya pada waktu itu .

suami saya bekerja di luar negara, madunya juga bekerja, mereka sama2 ada master dan bekerjaya dan kedua duanya bergaji besar.

saya hanya seorang suri rumah tidak bekerja kerana suami sering beri duit kepasa saya tanpa kurang walau satu sen malah lebih dr apa yg cukup.

saya juga mendapat giliran bermalam yang banyak berbanding madu saya walaupun pada ketika madu saya susah,

saya mahu suami saya ada disisi saya saja jika dia pulang ke malaysia , saya dah banyak ambil hak madu saya .

banyangkanlah mereka bercinta dahulu, bertunang bertahun lama tetapi saya yg kawen dulu dengan suami saya.

mereka saling mencintai dan kerana itu madu saya masih terima suami . Sekarang saya rasa bersalah,saya ingin berpisah dengan suami tetapi saya tidak kuat kerana saya juga mencintai suami saya,

hanya saya yg suka berebut . saya dan madu tidak begitu baik tetapi madu saya tidak ambil tahu hal saya sgt ,dia hanya uruskan hidup dia.

sepanjang 4 tahun kawen waktu raya saya dan suami beraya di rumah tetapi madu saya pulang ke kampung sendiri yg jauh hanya dengan memandu kereta dan keseorangan, saya rasa puas hati begitu

saya rasa bersalah , saya mahu pergi dari hidup mereka , walaupun suami selalu lebihkan saya , saya tahu cinta mereka telah menang .

kerana cinta mereka begitu suci, suami begitu memahami dan tidak kedekut, madu saya juga seorang yg taat dan baik. tidak seperti saya.

hubungan madu dengan mertua saya iaitu ibu suami juga amat baik. itu saja luahan saya ,jika ada salah dan silap saya.

saya mintak maaf ya warga krt sekalian. saya mahu keluar dari hidup mereka tetapi saya tidak mempunyai kekuatan,

berilah kata2 semangat buat saya . saya mahu suami dan madu saya hidup bahagia. kerana saya bukan seorang yang baik . terima kasih

KISAH KE 2. Suami buat aku sebagai pelacur, dia sangat membenci aku. Memaksa aku untuk melayan nafsunya. Aku dilayan seperti binatang, dirog0l oleh suami sendiri sedangkan aku tidak rela. Aku akan dipkul jika tidak ingin melayan kemahuannya. Satu hari selepas kantoi dia ada perempuan lain ini yang dia lakukan kepada aku dan kandungan aku….

Assalamualaikum. Semoga hati ini kuat untuk menceritakan kisah pahit yang pernah terjadi dalam hidup saya.

Kisah ini berlaku selepas saya berkahwin dengan lelaki yang saya cintai. Kini saya sedang cuba membina hidup baru bersama anak. Kisahnya begini.

Saya merupakan seorang isteri dan seorang surirumah kerana suami tidak membenarkan saya bekerja walaupun saya ada lepasan ijazah.

Suami saya berkerja di ibu kota sebagai jurutera. Kami berkahwin selepas kami mengenali satu sama lain hanya selama 3 bulan.

Suami ajak saya kahwin sebab pada waktu itu dia sudah mampu nak tanggung saya, dia berusia 29 tahun sekarang dan saya masih berumur 25 tahun.

Lima bulan selepas kami berkahwin, suami sudah menunjukkan sifat sebenarnya iaitu terlalu kuat cemburu dan panas b4ran.

Dia cemburu buta sehingga tidak membenarkan saya keluar dari rumah ketika dia keluar bekerja, malahan kunci kereta saya diambil.

Suami akan membenarkan saya keluar, dengan syarat dia mesti ikut sekali. Suami seakan tidak mempercayai saya.

Saya tiada langsung menaruh hati kepada orang lain selain suami saya. Saya akur dan masih menjalankan tanggungjawab saya sebagai seorang isteri.

Menjaga dia seikhlas hati. Selepas beberapa minggu, suami menjadi sangat panas b4ran sehinggakan apa sahaja yang saya buat adalah salah dimata dia.

Suami seakan membenci saya. Setiap hari selepas pulang dari kerja, suami mencari saya.

Memaksa saya untuk melayan nafsunya. Pada permulaan, saya akur kerana tidak mahu derhaka pada suami kerana melayan suami yang sudah halal tidak berdosa.

Tetapi lama kelamaan, saya dilayan seperti binatang, dirog0l oleh suami sendiri sedangkan saya tidak rela. Saya dipkul jika tidak ingin melayan kemahuannya.

Hncur hati saya melihat perubahan orang yang saya sayang. Dia seakan membenci saya. Dia bukanlah lelaki yang saya kenal seperti sebelumnya.

Masakan saya langsung tidak disentuh seperti sejak mula mula kahwin dulu. Dia kerap makan diluar.

Saya bertanya dengan lembut pada suami. Kenapa buat saya macam ni. Suami hanya membalas dengan kata kata kesat, mengatakan yang saya layak diperlakukan sebegini.

Saya ni jijik seperti binatang, kata suami. Apa dosa saya? Kami tidak lagi solat bersama, kerana selalunya saya yang ajak suami solat.

Tapi kini, suami tidak lagi menjadi imam. Tiada kucupan didahi saya lagi selepas solat. Suami tidak tidur bersama saya lagi.

Kami tidur di bilik berasingan. Dia hanya akan meniduri saya selepas pulang dari kerja dan meningg4lkan saya seperti seorang pelacur di atas katil.

Nafkah masih diberi suami, namun saya tidak langsung menggunakannya. Di waktu siang semasa suami bekerja, saya hanya menghabiskan waktu membuat cookies untuk dijual kerana saya terlalu bosan di rumah.

Suatu hari, rahsianya terbongkar apabila saya terbaca mesej suami saya dengan wanita lain .

Wanita itu merupakan kawan lama di sekolah menengah suami saya. dan suami mempunyai hubungan sul1t di belakang saya.

Suami saya cur4ng dengan saya. Perit hati rasa, hidup saya seakan kosong, tiada makna.

Saya tiada sesiapa untuk meluah rasa kecuali kepada kakak saya yang tinggal berkilometer jauhnya.

Saya membuat keputusan untuk minta dilepaskan. Tetapi saya belum beritahu suami. Kerana saya disahkan mengandung 2 bulan.

Saya pada waktu itu tidak pasti sama ada itu adalah khabar gembira atau tidak. Saya terlalu sedih kerana benih ini wujud bukan kerana cintanya suami saya pada saya.

Saya ingin lari, jauh dari suami saya kalau boleh. Saya buntu, saya sayangkan anak dalam kandungan ini kerana inilah cahaya mata kami berdua.

Tapi tiada hak saya untuk minta cer4i disaat benih suami yang saya kandung. Saya menahan s3ksa, menelan rasa sehingga pada suatu malam, kes4baran saya sudah sampai penghujungnya.

Saya mengetuk pintu bilik suami, sambil membawa cincin pernikahan kami berdua.

Saya ingin memulangkan cincin tersebut, kerana saya ingin dia melepaskan saya, meminta agar suami faham akan permintaan saya.

Suami mengatakan “Pergi mampus kau nak buat apa apa pun.” Suami mengambil cincin saya dan suruh saya keluar dari rumah.

Dia tidak mencer4ikan saya tapi meminta saya untuk keluar dari rumah. Saya tidak pasti jika talak jatuh sebab saya sedang mengandung.

Kandungan saya sudah mencecah 5 bulan pada ketika itu. Suami lebih menyayangi wanita itu dari saya dan anak.

Saya akur untuk meningg4lkan rumah. Saya mengemas brg saya, usah terbayang perasaan saya waktu itu. Saya dihalau suami saya sendiri.

Lelaki yang berjanji akan mencintai saya sehingga hujung nyawanya. Saya mengosongkan almari saya.

Yang tinggal di almari saya hanyalah pakaian yang diberi oleh suami, telekung hantaran dari suami dan album perkahwinan kami.

Saya redha. Ini lah jalan penceritaan saya. Saya buntu, tidak tahu kemana. Duit di tangan masih ada. Di dalam akaun, berbaki hanya RM2500++.

Saya nekad untuk memulakan hidup baru. Saya kemudian tinggal di rumah kakak, sementara saya cari rumah lain kerana bimbang mengganggu keluarga kakak.

Saya nekad untuk berniaga kerana keadaan saya tidak sihat atas alahan yang saya alami hasil pembawaan anak dalam kandungan.

Kakak saya sudi meminjamkan saya wang modal untuk berniaga nasi lemak setiap pagi dan di waktu petang, saya mengambil upah kerja di kedai dobi.

Pendapatan saya hanyalah lebih kurang Rm1500, alhamdulillah masih cukup untuk saya sara anak.

Saya bercadang untuk pulang ke rumah bapa apabila saya sudah bersedia. Ibu saya sudah meningg4l dunia kerana barah payudara dua tahun lalu.

No telefon saya sudah ditukar namun, suami masih cuba untuk menghubungi saya melalui kakak saya tetapi kakak tidak melayannya.

Namun dia tetap memberi nafkah setiap bulan. Namun saya tidak menggunakannya malah saya memulangkan nafkah tersebut pada akaun bank suami balik.

Saya mampu hidup tanpa wang suami kerana saya taknak menyusahkan suami lagi. Saya juga tidak tahu tentang keadaan suami saya dengan wanita itu,

Apa yang saya tahu, selepas anak saya dilahirkan, saya akan failkan pencer4ian. Saya masih sayangkan suami saya.

Saya rela dilepaskan untuk lihat dia bahagia. Bagi saya, tiada makna erti perkahwinan jika tiada rasa sayang. Doakan saya semoga dipermudahkan segala urusan saya dan anak saya.

Saya ingin menjalani hidup baru bersama permata hati saya yang bernama Nur Natasha yang bermaksud cahaya kekuatan, moga Natasha kuat seperti saya suatu hari nanti.

Cinta tak bererti kita harus memiliki, kadang kadang cinta bererti kita harus melepaskan. Terima kasih sudi mendengar luahan hati saya. Buat suamiku.

Wahai suamiku, terima kasih kerana telah menjaga Saya dan menyayangi Saya walaupun dalam tempoh yg singkat.

Anak dalam kandungan ni adalah hadiah paling bermakna untuk Sya walaupun abang benci kami berdua. Sya redha.

Sya nak abang bahagia bersama dia. Sya sedar siapa diri Sya. Sya janji akan jaga anak kita sebaiknya. Ampunkan dosa Sya. Jangan cari Sya lagi.