Di gelar kicap dan anak kutip. Hanya sbb aku berbeza di mata mak, ini layanan yg aku terima

Foto sekadar hiasan. Gambar sekadar hiasan. Sila baca dibawah ini untuk maklumat penuh dan lengkap bagi artikel ini. Terima kasih kerana membaca artikel ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah. Aku wanita hebat. Aku M, bukan nama sebenar. Anak ke 3 dari 7 beradik kak long, abang ngah, aku, adik perempuan dan 3 adik lelaki.

Kami 3 beradik perempuan dan aku yang tengah. Kak Long dan adik perempuanku rupa seiras, putih chinese look.

Tapi aku berkulit gelap mirip mamak or arab. Dari kecil perbezaan rupaku sering jadi ejekan dan kutukan family sendiri. Gelaran kicap la, anak kutip la dah biasa sangat hinggap kat telinga aku. Sedih.

Tapi orang luar pulak yang sering memuji aku. Cantik la, mata besar la, dah besar jadi ratu la. And my mom selalu menjawab, “jangan dipuji sangat budak ni nanti besar kepala.”

Aku menangani masalah self esteem ni sendirian, dari seawal usia 6-7 tahun. Aku membesar dengan semangat dan kekuatan diri yang aku bina sendiri seawal usia kanak kanak.

Aku bukan anak fav mak. Jadi walaupun mak suri rumah, aku harus melakukan hampir 90% kerja rumah kecuali memasak sejak dari sekolah rendah lagi.

Mak tak akan mengemas rumah dan membasuh pinggan mangkuk. Jadual harianku amat padat. Pulang dari sekolah agama tengahari, aku mesti cepat cepat mengemas rumah, menyapu dan mencuci pinggan.

Kemudian, mandi dan bersiap untuk ke sekolah sesi petang pula. Berjalan kaki di tengah panas terik sejauh 5km ke sekolah memang rutin harianku.

Pulang dari sekolah hampir maghrib, cepat cepat bersiap untuk solat pula. Selepas makan malam aku mesti mengemas dapur dan mencuci pinggan.

Melipat kain seisi rumah kecuali baju bajuku sendiri sebab mak memang tak akan membasuh bajuku.

Aku hanya akan membasuh baju sendiri di hujung minggu. Selesai melipat dan menyusun kain baju barulah aku dapat duduk membuat homework dan latihan yang cikgu berikan.

Apa yang orang lain buat ketika ini? Mereka bersantai menonton tv. Aku tak boleh mengeluh atau membantah, nanti mak marah. Jadi aku pendam dan buat.

Treatment mak pada aku dan siblings yang lain memang berbeza tanpa aku tau kenapa.

Contohnya jika aku membuka radio setelah selesai melakukan semua kerja rumah, mak akan datang dan terus off kan radio tu.

Sambil membentak “Memekak”. Tapi bila abangku datang dan menghidupkan semula radio tersebut, mak ok saja.

Kalau terpancar sedih di mukaku pula, mak akan menengking “padan muka”. Jadi dari kecil lagi aku mengajar diri untuk kuat dan sembunyikan kesedihan.

Hampir setiap hari aku dimarah dan dih4mun. Airmata jadi teman setia setiap malam sebelum lena. Mak tak suka aku aktif ko-ko di sekolah, tak suka aku ke depan dalam apa apa acara.

Dia pernah menjerit di telingaku, “Setinggi mana pun pencapaian kau, aku tak kan pernah bangga”. Aku melangkah ke sekolah dalam deraian airmata.

Dari form 1 hingga tamat SPM, aku hanya memiliki 2 pasang uniform sekolah yang diulang pakai selama 5 tahun. Sampai senteng lengan baju.

Aku pernah meminta mak belikan uniform sekolah baru ketika naik form 3 tapi mak menjawab “Berenti sekolah lagi bagus”.

Since then aku mengunci mulut. Yang penting aku boleh sekolah. Aku memandang mak sebagai figura dingin yang sukar aku hampiri.

Penghibur zaman aku membesar adalah rakan rakan rapatku. Aku menanam azam untuk berjaya dan pergi jauh. Jauh dan jauh.

Mak selalu membandingkan aku dengan kakak dan adik perempuanku. Betapa mereka baik, pandai dan amat membahagiakan mak.

Abang pula jadi kebangaan mak. Semua abang boleh lakukan sebab dia lelaki. Aku. Sering disumbat dengan ayat, “Sedarlah diri kau tu perempuan”.

At 1 time aku amat benci dilahirkan jadi perempuan. Aku benci jadi lemah. Semua kepahitan itu jadi pembakar untuk aku berjaya.

Aku berazam, andai aku jadi ibu, aku tak mahu jadi ibu seperti mak. Aku mahu sentiasa jadi manusia pertama yang akan mendorong dan menyokong anak anakku.

Aku mahu mereka tahu aku sayang. Sampai sekarang aku sering gagal meyelami hati mak. Luk4 itu memberi parut yang kekal.

Ini reaksi netizen yang turut bersimpati dengan nasib anak ini.

Alien. Astaghfirullah
Membeza beza kan anak sendiri.. Ingatlah anak itu kurnia dan rezeki dari Allah..setiap insan ada kekurangan dan kelebihan nya tidak ada yang sempurna..

Hanya Allah saja yang maha sempurna. Sewajar kita sebagai ibu bapa merasa teramat bersyukur diatas kurnia Allah yang tiada ternilai itu,

ingatlah Allah tidak menilai insan dari paras rupa semua insan adalah sama.. Yang penting ketakwaan dan keimanan terhadap Allah.

Apa2 pun kita doakan yang terbaik, dan sebagai anak doakanlah ibu dan ayah yang terbaik selebihnya serahkan kepada Allah.

Aziz. sabar jeelh adik. belajar rajin2 . bila dh berjaya nti tinggal jauh2. jgn dilayan ibu yg begini. tahu suryga dibwh tapak kaki ibu. tp percaya lh dend4m tetap ada didlm hati adik.

bila dend4m dh reda barulah adik blh memaafkn Ibu. kemaafan prlu ada keiklasan bknnya dipaksa. Buat masa skrg adik belajarlh rajin2. kejar cita2 adik , sabar dlm menghadapi dugaan .Sesungguh2 Allah bersama2 org2 yg dizalimi.

Nadia. Sabar adik.. kicap ke x… lahir dr mak dan ayah yg sama saja.. keturunan genetik dik bukan sengaja curah kicap.. InsyaAllah suami adik nnt hensem dik..

semoga adik terpilih jodoh yg terbaik di kalangan yg org yg baik2.. jgn ingt sindiran dn kata2 kicap la mak itam la.. relax dik.. yg penting ko pndai jaga diri dn yakin dgn rezeki Allah

Aina. Bertahan dan bykkan sabar dek menjadi seorang anak… Siap sediakan diri dengan ilmu dan kejayaan…. Buat baik perpada pada… Jgn dibiarkan orang lain walaupun drah daging se diri memijak kepala kita…. Melainkan ibu dan ayah…. Cari kebahagian diri yg diredhoi Allah…. Jgn lupa sujud dan mohon pada Nye… Semoga Allah memelihara mu dek….

Fatin. Sedihhhh brjurai airmata hakk bc kesah ko dek, perjalanan hidup kite ampir srupa mlh akk lgi teruk sampai skg even akk pn da ade ank cucu kehidupan sdri tp still dipandang hina oleh ibu sdri,ade sj yg x kena dimata ibu even ank cucu akk sdri pn x dipandang berbeza dgn adekbradek yg lain,da cuba mcm mcm akk buat tuk amek hati mak tp ttp dicaci dimaki,n the last akk redho beserah pd Allah jo . Allah mengetahui segalaNya

Lyn. Atau memang budak nie bukan anak dia dengan suami dia lah sebab tu mak dia asyik nak marah je lah mungkin masa tu mak dia ada bf lain ke tanpa pengetahuan bapak dia dan mak dia mungkin terlanjur dengan bf dia sebab tu mak dia bench sangat anak dia nie ler

dan juga mungkin mak dia je tahu kenapa kan tapi jadi persoalan nya kesianlah anak dia tak bersalah tapi dia rasa tertekan ler sebab tak tahu apa masalah yang membuat mak dia jadi macam tu lah I rasa

mak dia tak cerita sebenarnya apa yang berlaku jadi dia dera emosi anak dia dengan cara macam nie lah sebab peliklah semua anak dia berkulit putih Chinese looks

cuma dia seorang je kulit hitan macam India dan mata bulat disini kesimpulannya mak dia je yang tahu rahsia sebenarnya tapi tak nak beritahu anak dia jadi mngsa keadaan ler kan lue fikirlah sendiri tepuk dada tanya selera

Husin. Dik ujian tu tk bsar mana…aku dri lahir mak dah bagi orang…duduk dgn orang mcm robot la orang buat…tk pernah rasa ada adik..tk pernah rasa ada abang..tk pernah rasa ada mak sendiri…

zaman kanak2 jem…skarang aku dah kawin dah ada ank 4 orang…aku bawa ank2 pegi jumpa nenek diorang.takut cucu tk knal ..

tp aku tk pernah lg pagil dia mak ke ibu ke makcik ke..tp kuat kan dan pujuk hati maafkn dia…sbb manusia semua buat salah

Salmiah. Sabar lah nak. Ada sinar di hujung jalan. Pasang tekad dan azam. Masa depan awak di tangan sendiri. Wp perit, susun jadual biar padat tapi berkat. Pasang niat dan nawaitu yg betul utk keberkatan.

Malam seblm tidur tutup dgn zikir Fatimah utk hil4ng lelah. Insyaa Allah bangun awak akan lbh segar.

Tabah dan terus tabah. Percaya lah awak sedang membina kekuatan dalaman. Jgn sedih tapi terus tabah.

Saya tidak berckp kosong sbb saya telah alami. Hasilnya saya berjaya membina keluarga yg berjaya. Insyaa Allah.

Minaz. Cerita awak dgn saya sama sangat. Saya anak ke dua dri sembilan adik beradik. Teringat masa dulu2 teruk kena pkul.

Sekrang dah bercucu dua org.
Baru sekarang saya dengar dri anak saya yg mak saya menyesal sebb x suka saya masa kecik2 dulu.

X pe lah dik sabar je lah mana tau di satu hari ibu awak akan berubah macam mak, saya sabar ya doa banyak2