Isteri jeles hbungan aku dgn ibu, tgamak dia ltk ubat guna2 dlm mkanan aku utk lupakn ibu

Foto sekadar hiasan. Assalaimualaikum.. saya dapat tahu bekas isteri membomohkan saya selepas berasa jauh dengan ibu. Sebelum ini saya rapat dengan ibu dan turuti apa saja keputusannya. Saya tidak menyangka bekas isteri yang berusia 45 tahun bertindak demikian semata-mata cemburu melihat hubungan saya dengan ibu kandung begitu akrab. Sanggup isteri saya aniaya saya dan ibu dengan perkara syirik.

Peristiwa ini terjadi 10 tahun lalu selepas bekas isteri berhenti kerja kilang kerana mahu menumpukan perhatian terhadap keluarga dan ingin membesarkan anak.

Hubungan saya dengan ibu memang akrab kerana saya anak sulung dan menjadi tanggungjawab saya menjaga kebajikan ibu.

Pada masa sama, saya tidak pernah mengabaikan tanggungjawab terhadap keluarga sendiri. Hasil perkahwinan 24 tahun, kami dikurniakan tiga cahaya mata berusia 15 hingga 22 tahun.

Sejak bekas isteri berhenti kerja, dia mula menunjukkan taringnya selepas melihat hubungan saya dengan ibu begitu baik.

Dia marah kerana saya menuruti segala kehendak ibu, termasuk memberi wang belanja.

Beberapa tahun selepas itu perubahannya begitu ketara kerana saya selalu dengar cakap ibu.

Apa-apa keputusan saya merujuk kepada ibu sehingga membuatkan dia bertambah marah dan cemburu.

Bekas isteri marah sebab saya selalu menyebelahi keluarga sendiri dan tidak mempedulikan keluarga mentua.

Dia marah dengan tindakan saya sehingga tergamak bomohkan saya supaya dengar cakapnya.

Dia mungkin memasukkan sesuatu dalam masakannya supaya saya melupakan ibu kandung.

Sejak itu saya sentiasa mengikut telunjuk bekas isteri, termasuk membeli apa saja yang dia inginkan.

Keluarga dan kawan pelik melihat sikap saya yang berubah, termasuk tidak pernah pulang ke kampung ibu. Mereka perasan saya berkeadaan pelik tidak seperti biasa.

Saya selalu membangkang cakap mak dan keluarga. Satu ketika apabila tersedar daripada tidur, saya terus teringatkan ibu kandung yang sudah lama terputus hubungan gara-gara perbuatan bekas isteri.

Saya marah kerana isteri sanggup bomohkan saya dan kami bergduh besar sampai saya memukul isteri kerana geram.

Saya mengambil keputusan mencer4ikannya kerana kecewa dengan perbuatannya. Akhirnya dia mengaku buat ubat ‘guna-guna’ dan memberi saya makan.” – tunhisyamuddin

KISAH KE 2. Isteri menggunakan ilmu hitam untuk menundukkan saya. Hanya menggunakan “minyak pengikat” untuk kawal saya setiap masa. Saya jadi tergila gilakan isteri sampai dah tak nampak perempuan lain walaupun lagi cantik

“TAKTIK isteri menggunakan ilmu hitam untuk menundukkan saya terbongkar apabila helahnya dihidu selepas beberapa bulan dia memperbodohkan saya menggunakan kaedah yang dilarang agama.

Saya mendirikan rumah tangga empat tahun lalu dengan seorang jururawat yang bertugas di hspital swasta di ibu negara.

Berikutan tuntutan tugas, kami tinggal berjauhan dan hanya bertemu apabila cuti. Rumah tangga kami tiada masalah tetapi selepas ditukarkan ke Terengganu,

saya tiada banyak masa untuk diluangkan bersama isteri. Secara diam-diam, isteri yang cemburu dan bimbang saya berlaku cur4ng menggunakan sejenis minyak untuk ‘mengikat’ saya.

Saya tidak sangka terkena minyak ‘pengikat’ digunakan isteri kerana kami tiada masalah rumah tangga.

Namun, pertemuan dengan seorang pengamal perubatan tradisional yang berlaku secara kebetulan merungkai tindakan isteri saya.

Selepas bertemu pengamal perubatan itu, baru saya tahu terkena ilmu penunduk isteri. Bimbang perkara itu berlarutan, saya mendapatkan khidmat pengamal perubatan terbabit untuk mengubati diri.

Patutlah saya sering mendapat mimpi menakutkan seperti bertemu hantu sepanjang tempoh terkena guna-guna isteri.

Saya juga terasa seperti dikawal ‘pihak’ tertentu. Fikiran saya juga hanya tertumpu kepada isteri, hinggakan saya kerap telefon atau SMS dia.

Saya juga ‘hilang minat’ dengan wanita lain biar secantik mana sekalipun. Selepas bebas daripada ilmu penunduk itu, saya bersemuka dengan isteri.

Sebaik saya tanya perkara itu, isteri tersentak dan menundukkan kepala kerana tidak menyangka perbuatannya terbongkar.

Kami kemudian berbincang dan isteri mengaku ksilapannya menggunakan minyak itu dengan alasan takut ketika berada di negeri ini saya ada wanita simpanan atau akan berkahwin lain.

Kejujuran isteri mengaku ksilapan membuatkan saya rasa boleh menerima dan memaafkannya walaupun pada mulanya menyangka rumah tangga bakal musnah.

Isteri saya kemudian menemui pengamal perubatan untuk membuang minyak ‘pengikat’ yang dibeli ketika menyertai satu rombongan beli-belah di utara tanah air.”

KISAH KE 3.  “Jika aku tidak dapat, maka kamu juga tidak akan dapat.” Kerana dend4m seorang isteri sanggup sihir suami sendiri sehingga meningg4l. Ikuti kisah2 yang sangat menyentuh hati di bawah. 

Kepada pembaca yang dikasihi, bayangkan dalam beberapa hari kami tercongok di situ menanti giliran ibu, kami lihat terlalu banyak k3s-k3s ksakiitan yang melibatkan sihir dan

yang paling banyak sihir untuk meruntuhkan rumah tangga orang berbanding sihir-sihir lain seperti sihir perniagaan dan sebagainya.

Sepanjang beberapa hari berada di rumah ustaz berkenaan, saya melihat dengan mata kepala saya sendiri bahawa terlalu ramai manusia tamak dan jahat sekarang ini.

Memang menitik air mata saya menyaksikan ksakiitan- ksakiitan tersebut.

Ada suami yang sudah terkena nasi kangkang di negara jiran. Ksan nasi kangkang tersebut dibawa balik ke rumah dan terkena pada anak isteri di rumah.

Badan anak-anak yang masih kecil habis gatal-gatal dan berdrah-drah kerana digaru tanpa henti. Si isteri pula krus kering, badan macam lidi..

Tetapi apabila meng4muk, habis 4 orang lelaki sasa rebah dengan sekali tepis sahaja.

Kata ustaz, perempuan negara jiran yang bagi makan nasi kangkang itu sangat terdesak mahukan si suami yang nampaknya ‘berada’.

Maka sihir yang dikirim melalui si suami bertujuan untuk memusnahkan keluarga itu agar dia dapat memiliki lelaki berkenaan. Mujur si suami cepat tersedar dan berusaha mengubati kembali isteri dan anak-anak mereka.

Saya juga ada melihat seorang wanita yang gayanya sangat sukses dalam kerjaya. Beliau datang ditemani suami dan keluarganya yang lain.

Si suami nampaknya sangat tenang. Tetapi si isteri seolah-olah menahan ksakiitan yang amat s4kit.

Apabila melihat sesi rawatan, barulah kami tidak berdosa.faham. Wanita dari seberang juga yang cuba untuk merampas si suami,

namun si suami tidak layan. Maka dihantar sihir untuk memusnahkan si isteri yang tidak berdosa.

Yang paling menyedihkan, seorang pegawai polis yang beristeri dua. Isteri pertama warga tempatan dan isteri kedua warga asing.

Apabila berlaku pertelingkahan, masing-masing tidak mahu mengalah. Kata wanita seberang itu, “Jika aku tidak dapat, maka kamu juga tidak akan dapat.”

Lalu kaedah santau digunakan kepada suami sendiri sehingga pegawai polis berkenaan muntah drah, kaca dan sebagainya.

Beberapa hari kemudian,anggota polis berkenaan meningg4l dunia.

Pada suatu hari yang lain, seorang lelaki lumpuh dan kelihatan sangat uzur dipapah masuk ke rumah ustaz..

Menurut info yang saya dengar, lelaki itu telah ditolak oleh pihak perubatan kerana gagal menemui sebarang penykit padanya.

Jadi,ahli keluarga bersepakat membawa beliau bertemu dengan ustaz. Selepas beberap hari merawatnya,

ustaz katakan ksakiitan lelaki berkenaan kerana ‘dikawal’.. Namun ustaz gagal menemui di mana tempat yang dikawal tersebut.

Selepas beberapa kali percubaan dengan dibantu oleh beberapa orang ustaz yang lain, maka mereka menemui jawapan..

‘Kawalan jahat’ itu berada pada tubuh isteri pes4kit yang kelihatan segar bugar. Sasaran sebenar adalah suami tetapi sihir jahat itu dihantar kepada isteri.

Dalam keadaan sedar tak sedar, isteri sendiri yang meracuni suami setiap hari. Akhirnya mereka dapat mengenalpasti bahawa sihir itu dihantar oleh sahabat baik si isteri yang cemburu melihat kebahagian keluarga mereka.

Banyak lagi situasi yang saya saksikan sendiri. Ada juga sihir yang dihantar oleh seorang wanita yang mempunyai suami kepada wanita A kerana berminat dengan suami wanita A berkenaan.

Akibatnya, wanita A terlolong-lolong seperti dirasuk, benci suami, jadi separuh gila dan sebagainya.

Ada juga satu k3s yang melibatkan pelajar perempuan berusia 15 tahun yang sangat cantik dan digilai lelaki warga asing berusia 18 tahun.

Akibatnya gadis berkenaan menjadi separuh gila. Meracau, menyanyi, bercakap seorang diri, memaki hamun sesuka hati dan sebagainya.

Kata si ibu, anak gadisnya yang pemalu itu berubah sikap setelah menerima beberapa pesanan WhatsApp yang sangat pelik ayat-ayatnya.