Isteri aku di sahkn menghidap knser thap 2, mak aku siap cari calon isteri baru minta aku khwin lain

Foto sekadar hiasan. Salam. Dugaan itu Allah turunkan pada insan yang terpilih. Itulah ayat yang aku selalu dendangkan pada diri ini. Isteri aku disahkan ada knser ovari tahap dua. Baru disahkan beberapa minggu ni. Aku tak pernah mengeluh aku sentiasa cuba bagi semangat pada isteri.. tapi kenapa orang luar yang sibuk masuk campur? Termasuk ibu aku sendiri.

Ye ibu tak pernah terima isteri aku sebagai menantu. Aku jatuh kan eg0 aku sebagai anak, aku cuba menangi hati ibu tapi hati ibu keras.

Tak pernah terima isteri. Isteri aku sekarang tengah menjalani kimoterapi. Baru lepas 2 cycle.

Waktu hari raya, kami ada balik rumah ibu, tentu-tentu isteri tak boleh buat kerja rumah sebab baru habis kimo, benda dijadikan isu, dengan tubuh isteri yang makin ku rus, rambut gugur, mata cenkung.

Tapi, bagi aku, isteri aku masih secantik bidadari. Kenapa orang tak pernah ambil tahu pasal kami tiba-tiba masuk campur?

Mak sedara aku sibuk nak kenalkan anaknya pada aku untuk dijadikan isteri kalau apa-apa terjadi pada isteri. Allah… kenapa kej am sangat.

Isteri aku selama ni sangat menjaga tutur kata tiba-tiba naik angin pada ibu sehari sebelum kami balik rumah keluarga isteri.

Isteri aku tinggi suara, katanya sebab ibu lah dia tak dapat menjadi seorang emak lagi sebab ibu tolak isteri sampai keguguran.

Masa tu isteri dapat tahu ibu dan kakak aku cuba kenalkan aku dengan perempuan lain Sungguh semua terkedu termasuk aku, dapat aku rasakan,aku ini suami dayus yang tak mampu baikkan antara isteri, ibu dan kakak.

Lepas kejadian tu, ayah minta aku cepat-cepat keluar dari rumah, bukan niat menghalau tapi tak mahu pergduhan makin besar.

Aku dah cuba macam-macam, bawa ibu masa isteri buat kimo dengan harapan hati ibu akan lembut tapi…..Aku mahu habiskan masa tua dengan bidadari aku.

Biarlah orang nak kata apa.. aku makin menjauh dengan keluarga aku sendiri, aku dah tukar no. phone, tiada media social yang aktif, aku menyerah..

aku cuba ambil nasihat yang mana bagi aku positif tapi tetap tak ubah apa-apa. Malahan isteri dikatakan cuba bomohkan aku.

Biarlah masa yang tentukan, aku alhamdulillah sudah dapat kerja baru, kerja yang mana keluarga aku tak tahu kat mana, aku cuma mahu kesihatan bidadari aku baik, untuk bidadari aku, jangan menyerah pada kesaakitan, aku tetap ada dengan mu.

Kita sama-sama lawan penykit ni dan tentu saja awaklah bidadari yang tercantik dalam hidup saya. Semoga knser isteri akan cepat sembuh. Aamiin.

KISAH KE 2. Aku kahwin dengan ” anak mak ” malam pertama mak mertua tak bagi suami tidur dengan aku dia suruh tidur dengan dia. Sampai berbulan bulan suami tak pernah tidur dengan aku dan aku masih suci belum di sentuhi suami. Satu hari, suami tuduh aku dah tak suci tidur dengan lelaki lain, rupanya mak mertua fitnah aku. Aku cabar suami aku untuk menyentuhi aku untuk buktikan aku masih suci tapi ini yang berlaku….

Pernikahan adalah antara saat indah yang kita semua nantikan. Namun tidak semuanya bernasib baik sepertimana yang lain.

Perkongsian dari wanita ini di laman KRT, berkongsi pengalaman yang ditempuhi saat berkahwin dengan pemuda ‘anak mak’. 3 bulan berkahwin tidak disentuh kerana mulut mertua. Ikuti perkongsiannya di bawah.

Assalamulaikum. Min tolong hide FB saya ya? Kisah bermula macam ni. Dulu saya pernah berkahwin tapi cuma bertahan 3 bulan sahaja.

Semua punca dari ibu mertua saya. Ex suami saya tu anak bongsu. Pada malam pertama pernikahan kami ibu mertua saya melarang ex suami tidur dengan saya.

Dia suruh tidur dengan dia. Alasan nya ibu mertua kata saakit dada. Takut mti xada orang pulak. Xpa saya faham.

Bnda ni berlarutan Smpai 2 minggu. Lpas pada tu ex suami dah kena kerja. Kami PJJ.

Saya belum di sentuh ex suami. Selepas sebulan ex suami balik. Dengan marah2. Saya hairan apa salah saya pada dia.

Bila tanya tak jawab. Marah terus ja. Masam muka. Satu hari saya terjumpa dengan kawan suami. Kawan ex suami ajak sembang.

Baru la saya tahu punca suami marah selama ni. Semua kerana ibu mertua. Saya di f1tn4h pada semua orang. Sehingga ex suami pun marah besar. Saya balik.

Saya tnya suami hal ni. Suami cakap kalau tak ada angin masakan pokok nak bergoyang. Ibu mertua cakap saya berhubungan dengan lelaki lain.

Sa kit hati saya. Saya cakap kalau tak percaya sentuh la saya. Sudah 3 bulan menikah tapi belum di sentuh.

Tapi jawapan ex suami sangat mengguris hati. Dia cakap saya jjik. Perempuan kot0r dan macam2 lagi.

Saya di lepaskan. Selepas 7 bulan berpisah. Saya kenal dengan seorang lelaki yang sangat baik.

Alhamdulillah terima saya seadanya. Saya sngat bersayaukur. Kami bernikah. Saya juga bersayaukur dapat seorang ibu mertua yang baru sangat baik.

Dan penyayang walupon suami saya yang sekarang anak bongsu. Alhamdulillah. Dah 3 tahun berumah tangga.

Belum ada ank. Tapi m4salah pula mendatang apabila ex datang balik men4gih cinta. Tapi hati saya hanya pada suami. Saya tak layan.

Tapi j4hat juga dia dan mak dia. Datang kata bvruk saya pada family mertua. Ibu mertua cakap dia terima saya seadanya. Biarlah apa yang di f1tn4hkan.

Saya brsayaukur sngt. Mempunyai ibu mertua yang baik. Tapi keluarga ex seperti tak puas hati lagi. Apa perlu saya buat.? Perlu kah, saya berdepan dengan mereka? Trima kasih semua.

Ini antara reaksi paling terkesan daripada netizen untuk kisah ke 2.

Arlin Amshah –Report polis dan saman je. Tapi sebelum tu pergi kumpol bukti. Cari saksi2 yang lepas berbual dan rekod secara senyap. Dah kukuh bukti dan hujah baru saman. Untuk selamat kan rumahtangga yang baru. Buat kerana Allah #Jangan santau berdosa.

Izzati Nordin –Semoga kite same2 sebagai wanita menjadi anak isteri menantu ibu yang baik2 di dunia ini dan diterima allah dalam setiap doa Dan taubat kite.

Abaikan saje si bekas suami dan bekas ibu mertua tu, jangan sesekali di layankn nanti makin menjadi. Sentiase bersayaukr dan kekal d Cc suami dn keluarga, moga allah permudhkn sgale urusanye. Report polis juga bagus untuk mengelakkan ganguan sebegitu.

Siti Shahrizan –Report dan saman, sekarang macam2 boleh buat, asal ada bukti yang kukuh, berdiam boleh kalau ia mendatangkan kebaikkan.

Tapi adakalanya berdiam tu makin memudaratkan,ambik tindakkan yang tegas, tak kan selamanya nak dibiarkan orang sesuka hti mengganggu hdup kita, mengaibkan dan menf1tn4h orang boleh dibuat kes.

Sampai bila nak biarkan ex dan mak dia yang tak betul tu mengganggu hdup TT, busuk sangat hati tengok orang bahgia ye. Syukur TT dah terlepas dari manusia macam tu.

Anita Dshop –Orang yang ada psych0 memang camni. Tak dpat secara kasar, secara haluspun dia orang rela buat. So harap TT lebih berhati2 dan ambil langkah berjaga2.

Cari pendinding diri dan keluarga. Bnyakkan membaca Al Quran dan berzikir pada Allah. Saya doakan Allah permudahkan segala urusan hidup TT.. InsayaaAllah, aamiin.

Fatin Fauzi –Orang tak betul klau dilayan boleh jd tak betul. Selagi mertua dan suami awak percayekn awak. Awak jage la mereka sebaik nye.

Awak jangan layan perangai meroyan ank dan mak yang sa kit jiwa tu. Awak buat la report polis untuk lindungi diri. Takot di apa2 kan kemudian hari nnti susah.

Awang Jauhari –Sekarang dah bahagia bukan? Tak perlu di layan lagi manusia yang tak tahu kenang budi. Seeloknya kamu tak payahla berkawan lagi dengan mana2 lelaki termasuk ex kamu.

Bukan apa. Untuk elakkan dari ada pihak yang akan ambil kesempatan untuk memburukkan kebahagiaan kamu sekarang.

Yang dah berlalu biarkan berlalu. Tak perlu nak di runsingkan lagi. Hargai la apa yang ada di depan.

Faham kamu rasa marah dengan mereka tapi usahlah kamu mengejar bayang2 kemenangan andai kesempurnaan telah pun kamu miliki.