Suami ckp dia geli tgk sy sbb byk jrawat. Sy minta duit nk rwat dia xnk bg alasannya prm lain cntik xguna modal

Foto sekadar hiasan. Salam min hide profile..saya dah tak tahan min hidup dengn laki saya.. baru2 ni Dia gile kan memancing.. Dari pagi smpai ke petang bawa ke malam sampai ke subuh, Dia buat saya macam tunggul kayu, saya dah bosan min selalu di tinggalkan, semua benda saya banyak urus sendiri, dia macam tak ada function sangat, duit cepat habis. Nak kata beli lauk hari2 tak ada juga, kadang saya sendiri juga keluar duit isi perut saya sudah lah tak di bagii kerja suruh jaga anak Dia pula sibuk dengan hobi Dia..

Dia suruh saya faham Dia hbis saya kat ruumh sunyi siapa nak faham saya? Dia pergi memancing ada kawan teman.
saya harapkan anak2 yang kecik teman saya, anak anak pon dah pndai rasa tersisih…

Dia kurang masa bersama keluarga dan saya makin tak ada hati min macam saya paksa juga diri saya untuk bertahan.. sebenarnya banyak masalah dengan Dia lg satu saya syak dia main perempuan lain belakang saya Sebab Dia main hp sorok2..

Tak bagi saya tengok.. duit kerap habis, asyik cakap kat Saya nak bawa perempuan lain, cari perempuan lain.. saya cakap cari lah memang lah perempuan boleh cari ganti..

perempuan rmai Dia memang kaki perempuan dari sebelum kawin banyak kali kantoi smpai awal kawin cume sekarang saya malas nak siasat hp Dia macam dulu sebab tak nak hati saya terluk4 tapi hati saya kuat kata kan dia ada perempuan belakang saya,

saya dah suruh dia ceraaikan saya tapi Dia diam je Sebab bagi saya sekarang pun saya rasa dah macam janda. Semua sendiri.. baru2 ni Dia dapat duit, saya simpankan duit Dia..

yelah sebelum ni ada duit 10k pun tak nak pernah cukup min selalu merungut saya mnghbiskn duit Dia padahal dia yang Boros, saya simpan kan duit tapi Dia ambik senyap tak bagi saya simpan lepastu bila duit habis tuduh saya yang habis kan duit dia..

Dia dengan saya berkira sangat Bab duit..tu Sebab rezeki sempit tak pernah cukup..selalu sakiitakan hati saya..bahasa Dia kat Saya pon kasar..

Dia nak saya hormat Dia tapi Dia tak hormat saya, anggap saya macam haiwan selalu pnggil saya dengan nama haiwan..Dia slalu hina saya..

Tu saya hiilang hormt kat Dia Sebab maruah saya di pijak2 buat saya macam tak ada hati perasaan..

saya btul sudah tak tahan hati saya sakiit saya jaga hati orang saya tak ada baik mana min tapi saya Selalu cuba nak jadi yang terbaik tapi tetap ade je Dia nak cari salah saya..

tu tak kena ni tak kena, Dia kalau tegur saya mesti dengan cara hina.dah lah nafkah duit perbelanjaan tiap bulan tak pernah bagi suruh saya cari sendiri cari duit beli apa yang saya nak tapi tak bagi kerja..

Dia nak yang sempurna Dia kutuk muka saya penuh jerawat lah ape lah saya cakap bagi lah duit Dia cakap orang lain lawa tak keluar modal saya sabar je, saya kumpul duit nak beli barang pribadi saya..
Harapkan semata nafkah batin jelah Dia boleh bagi, dengan makan sehari rm10 beli lauk tu pun dah berapa hari tak bagi duit, saya tak masak, saya makan rumah nenek2 saya,

Dia hebohkan mancing je, saya dah cakap kat Dia tapi Dia buat slamber je saya marah pun Dia tetap tak faham.Dia tetap nak mancing juga ..

orang semua cakap fikir anak kalau saya nak menjandea padahan selamela ni pun anak banyak yang uruskn sendiri..pmpers susu..

Saya malas dengar Dia mengeluh cari duit penat..nak kena tanggung mak dengan adik dia tak hbis ungkit..

Saya cakap bagi lah yang mampu tapi isteri anak utamakan sebab tu tanggungjawab dia, ni tak.. nasib baik ada mak ayah saya yang support saya,

dorang pon suruh bertahan Sebab anak.. hakikat nya saya tak mampu nak teruskan,.Dia tak boleh berubah untuk saya..

Betul orang cakap, perkahwinan ibarat pejudian dan saya silap pilih.. Gelap Masa dpn saya, bahagia bukan milik saya?

KISAH KE 2. Aku sanggup tak makan untuk hidup susah bersama suami, tapi dia sanggup tinggalkan aku sebab tidak mampu mengalas tangungjawab sebagai suami. Keputusan suami di sokong hebat ibu mertua dengan alasan anaknya belum sedia untuk di kongkong isteri, dengar bebelan isteri, dan di arah buat itu ini

Thanks Admin untuk publishkan luahan ini.. Tahu ada yang mengatakan belum habis daya ku berjuang.. Namun ada sebab kenapa aku tidak mengikutnya untuk hidup bersama.

Bukan nk suami mengikut setiap kata2 ku tetapi aku lakukan demi kebaikan dan masa depan bersama..

Entahla.. semakin aku sorok kesedihan dihati, semakin hati aku terluk4.. perkahwinan apakah ini andai airmata yang mengisi saban hari..

untuk apa perkahwinan ini andai aku dmiliki oleh insan yang tak menhargai aku disisi nya.. perkahwinan atas dasar apakah ini dimana aku tiada hak untuk menyuarakan rasa hati dan tak dipedulikan..

untuk apa terus bersama andai aku tidak bernilai dimata mu .. suami? Aku sering kali tertanya.. aku dah ber suami kah? Mana suamiku?

Suami yang patutnya jadi pelindung, yang memberi pe lukn kasih sayang,yang mendamaikan resah dihati, yang menjadi penyejuk mata.. yang mampu sama2 melalui susah senang bersama..

Aku rela tidak makan untuk mu suamiku.. demi masa depan kita… cukup lah sekadar makan apa yang ada..

Namun suami yang aku miliki bukan seperti suami org lain yang nak selalu berada disamping isteri mereka,

Yang nak tanya apa rasa hati isteri nya, yang nak membantu meringankan beban isterinya..sedih terluk4 sangat hari ini.

malangnya nasib aku hncurnya hati aku.. aku ditingalkan hanya kerana dia tidak mahu hidup susah bersama isteri dan dia kembali bersama keluarganya.

Dia suami, pedihnya hati, terkilannya rasa..luluhnya bicara.. tiada yang mengerti rasa hati.. untuk apa aku bersuami??

Perkahwinan ini bukanlah yang aku dambakan.. Bahagia yang dicari tak kunjung tiba.. perkahwinan ni bukan aku yang minta tapi aku tunai kan kerana aku pilih dia untuk jadi suami ku..

Dia yang dulu beria untuk menjadikan aku seorang wanita untuk didampingi namun tidak dihargai.. Aku fikir restu keluarga sudah cukup namun aku silap.. silap dalam menilai sikapnya.

Aku fikir aku mampu membentuk dirinya bila dah berkahwin.. Aku silap sebab parentnya sendiri tak kisah sama ada anak nya berubah atau tak..

Siap cakap anaknya mungkin tak bersedia untuk dikongkong oleh isteri, apalagi dileteri,disuruh itu ini dan menguruskan hidupnya serta tak biasa dgn menguruskan orang lain..

Aku isteri nya, yang dipilih olehnya, yang direlai untuk dikahwini olehnya Bukan paksaan dari mana2 Sedih terlalu sedih.. Usah ditanya tentang kecewa..

Bilamana semestinya tempat isteri disisi suami.. suami disisi isteri.. Aku ingin mengubah hidup kami agar ada sinar kesenangan dihari depan ??

Sampai bila nak bergantung hidup dgn org lain.. Sehingga tiada yang mampu menyanjungi n mhormati semata2 kerana sikap xboleh berdikari n keep bergantung dgn org lain..

Family dan rakan2 pandang sebelah mata dan semestinya aku sebagai ISTERI ingin melakukan yang terbaik untuk mu sebagai suami ku.

Allah.. semoga kau permudahkan stiap urusan hambamu ini.. Andai dia mmg jodohku.. maka kau buka kanlah hatinya untuk bertanggungjawab dgn perkahwinan ini..

dan andai dia hanya dipinjamkan untuk jadi pengalaman dlm khidupanku.. kau pisahkanlah aku dan dia dgn cara yang baik agar kami tidak saling membenci..

Aku semakin hampir mengalah untuk mempertahankan rumahtangga ini sedangkan kau tak pernah memperjuangkan-nya..

Aku tahu aku tak patut bandingkan hidup aku dgn hidup orang lain namun aku mendambakan perlahwinan ini menjadi hubungan yang membahagiakan dan saham untuk kita kumpul bersama ke syurga..

tetapi Seandainya dekat itu meresahkan mu wahai suamiku,, biarlah jauh jarak memisahkan kita,

semoga dengan jarak yang memisahkan akan menyedarkan mu tentang sesuatu yang pernah menjadi impian mu, telahpon termiliki dengan izin-nya namun tak di hargai kehadirannya..

Semoga tak terlambat untuk kau sedar yang kau sebenarnya telahpon mempunyai “Isteri” dan isteri kau bukan perlukn duit semata2 untuk memenuhi hidupnya,,

namun dia perlukn kau untuk sama2 melalui hari-nya… tak kisah susah senang suka duka..

Percayalah sekiranya isterimu telah pergi kerana mengalah dengan dirimu,, maka kau tidak akan mendapat diri-nya yang sebelum ini lagi walaupun masih dimiliki oleh-mu..