” Jiran suka melepak kt rumah sy, mandi makan kt rumah sy buat mcm rumah dia sendiri “

Gambar sekadar hiasan.Salam. Sy penah cerita kan mengenai jiran sy yg suka duduk rumah sy dari pagi sampai kepetang. Kelmarin dia datang lagi dengan anak dia. Waktu tu sy dalam rumah. Dia pangil2 sy. Sy diam lansung tak bukak pintu. Xsampai 5minit die jerit woiii bukak pintu nih. Aku panas nih dok kat luar. Anak aku nak main dengan anak kau. Terkejut sy dalam rumah

Die ketok pintu kuat2 suruh sy bukak gak pintu. Memang tak la sy bukak. Xlama lepas tu dia diam. Sy intai ikot tingkap dia jalan lengang lengok balik rumah dia.

Kelmarin sy ada tanya jiran2 lain mengenai dia. Sbab sy baru dok sini 4bln. jiran lain cakap memang perangai dia anak beranak suka dok rumah org 24jam.

Mak dia pon macam tu. Kalau pergi rumah org buat mcm rumah sendiri. Patutla dia dtg rumah sy dia buat air sendiri. terkangkang depan tv. Mandikan anak dia rumah sy. Bukak saji kat dapor. Kalau tengok ada makanan dia terus makan.

Waktu dia datang sy tak bukak pintu tu waktu pagi. Petang dia datang lg siap bawak adik2 dia lg 3org. Suruh pangil2 sy. Bising sangat .sy bukak tingkap terus jerkah .

Anak aku nak tidor nih tlg jgn bising kat sini . Dia terus cakap bukak lah pintu aku nak masuk nih . Anak aku nangis2 nak main ngn anak kau.Sy geram sgt sy cakap suami aku xbg dah org selalu dtg rumah aku.

Sebab byk kerja aku xsempat siap sebab anak aku xtidor. Blh plak dia cakap ehhh bila masa pulak laki kau marah. Selalu aku dtg laki kau diam jer. Memangla laki aku diam.

Tapi belakang kau dia potpet2 kat aku. Dia buat muka tak puas hati aku terus tutup tingkap. Dia tak reti nak balik dok memekak depan rumah aku dekat sejam gak. Dia ingat aku nk bukak pintu.

Petang tu laki aku balik. Dia nampak terus datang. Masa laki aku kat tempat kerja aku dah mesej dah awal2 cakap perempuan tu dtg wat bising lg. Masa dia datang depan rumah aku laki aku tanya ada ape ni datang rumah.

Sy xsuka waktu sy kerja org dtg rumah sy. Bini sy ada anak kecik. Tak boleh stress2. Nanti s4kit sy yang susah. Boleh pulak dia buat2 lembut lemah gemalai depan suami sy cakap dia bosan kat rumah.

Suami aku sound terus kalau bosan pergi mengaji bkn dtg umah org. Dia terus balik.Semalam dia dtg lg. Sbab dia nampak kitaorg nk keluar. Kitaorg nak keluar cari barang dapor kat pasaraya. Dhla pkai s3ksi.

Tnya kitaorg nk pi mana. Sy diam. Laki jer jawab nk kluar cr barang. Boleh dia cakap nk ikot. Suami terus cakap maafla kitaorg nk pi tempat lain lpas cr barang. Sy terus masuk kereta. Suami pn sama.

Dalam kereta suami membebel xbhenti marahkan sy sbab berkawan dengan dia. . Suami dah bagi amaran tak bagi sape2 masuk rumah lagi lepas ni. Kalau ade hal penting ngan jiran tlg sembang kat luar rumah.

Harap perempuan tu tak kacau lg rumah kami. Kalau tak memang suami nk report sbab dikira menggangu. Ramai juga yang ada masalah dengan jiran. Kebanyakan jiran suka buat hal sendiri je. Tidak boleh untuk hadap pelbagai masalah apabila hidup bermasyarat. Ini antara reaksi warga net mengenai perkongsian ini.

Onney : Jenis kaki tumpang org cenggini ni, teringat pla time baru mula keja, org seberang, dtg menyewa bilik rmh yg sama.. Time cuti kita nak rehat, dia duk cepikung dlm bilik kita pet pot pet pot, dah time mkn, kita yg msk dia yg berhabis kaut makan,

dahlah tak beli langsung brg mkn, time hati panas dek dikata masakan tak sedap, nah disitu sy menghambur kata, mmg org PTI dtg keja Sabah gaya mcm ni kerr.. Mahu mkn free, ganggu org rehat dan bla bla bla….

Sorry yea, benda yg aku msk ni non halal.. Nahh, baru dia membebel guna bahasa dia mem4ki, sy langsung ikut menyumpah guna bahasa ibunda sy..
Rasa ko mkn daging khinzir, klu nda dibuat begitu, sampai bankrap brg mkn nda mau berhenti menginas..

Zarra nick : Aduihaii hahaha mcm2, aq dulu rajin gk lepak rumah jiran bosan2…Jiran2 ada jugk lepak uma aq, tp xthu la kalau ada y jenis ngumpat dlm hati…

Terpulang la janji fun sronok2,klau aq ok jer…Tp skng aq xley org lepak lama2, ank aq dah 3 rumah aq xley tgk sepah2 nnti aq hamuk ank2 aq kang ngn laki aq pon kena…

So lbh baik xyah lepak dlm rumah, nk nyembang dok lua… Anak2 main kat luar, rumah xsepah laki xmarah…

Junaidah : Masa sy kecik dlu pun ada jiran cmni..dtg rmh pg2..kami dok quarters..(hr sbtu ahad mcm ni..hr biasa xtau mcm mn sbb sek) bila mak siap masak,dia sibuk jd tukang rasa..pastu kondem..

bila moto aiskrim roti lalu dpn rmh, dia akan raba bwh tikar sofa rmh kami cari duit yg jatuh2 utk beli kt anak2 dia..kdg2 nasib dia baik dptla seringgit..pastu xpuas ht susun atur perabot rmh org.rmh aku plg dia geram sbb nk alih brg,mak xbg..

rmh org lain dia berjaya..last2 ayah aku pi sembang dgn laki dia..kena marah kot..dia xdtg rmh org dah,dia buat pot mmbawang bwh pokok ubi gajah plk.. yg pnting, kami dah aman..

As Wani : Bukan jiran. Ni pak dengan mak menakan aku. Masa aku umur awal belasan dlu,Setiap minggu tanpa gagal mai rumah aku. Picit hon motor hinggaq satu taman selagi kami xbuka pintu. Mai masuk rumah kami komplen dari A-Z.

Yg mak aku plk sb pk kn mak pak sedara, masakla mkn pagi. Tu pon komplen org msk tp larat ka sampai setiap minggu jumaat sabtu duk mai rumah nk kna jamu ayaq bagai dari jm 8pagi smpai 2 ptg kdg2.

Laki bini sama naik. Dhla mulut celupaq . Ingat mak aku xdak keja ka. Pastu mai duk membawang org tu xbaik la. Depa sorang ja baik. Aku penah jg sound, ni lepas minum ni tak mau balik ka? Dia p amik bantai, lena wei.

Lenaaa Last skli kami kluaq pepagi blk kg. Xpon mak ayh aku kluaq p memana. Bg xdak keta dpn rmh. Dia bunyi hon pon kmi adik bt keras dlm rmh. Bygkan sampai stgh jam picit hon.

Lps kami amalkan tips tu, dia pon tak mai dah. Disamping sound bg terus terang.Tp makan masa wei. Bertabahlah. Ang baru jiran. Aku kluarga tdekat sdri wei. Arw4h dah org tua tu