Sy mohon suami cpt kahwin dgn Hana, sb xsanggup nk bersubahat dgn mksiat mereka

Foto sekadar hiasan. Bismillah. Assalamualaikum semua. Saya Iman, isteri Hairi dalam confession sebelum ini. Iman bukan nama sebenar saya. Biarlah kalian kenal saya dengan nama Iman. Saya terkjut bila adik ipar maklumkan tentang confession suami di sini. Saya peminat setia page ni. Selalu sahaja cerita menarik di sini , saya akan share di FB saya. Alhamdulillah, banyak yang saya belajar dari kalian semua yang berkongsi.

Tujuan saya menulis ni, bukan nak respond kepada Hairi. Tetapi, nak respond to you gais punya komen. Banyak betul. Tak sempat saya nak baca semua. Bukan tak sempat, tapi nak elak baca semuanya. Takut tak boleh kawal emosi. Hehe.

Ramai yang komen “kuatnya Iman” “tabahnya Iman” “cekalnya Iman”Tersengih saya, kalau lah mereka betul-betul tahu keadaan saya. Mesti mereka tak percaya.

Isteri mana yang tak sedih, kecewa dan remuk hatinya bila suami tidak lagi memilih untuk cintai dirinya? Tak ada apa yang saya boleh buat, kecuali bersabar.

Naluri isteri sangat kuat, mereka boleh rasa sesuatu yang pelik atau perubahan dalam diri suami dia. Macam k3s saya,saya tahu sesuatu yang terjadi sebab suami saya bukan lagi seperti sebelumnya.

Balik lewat malam, tidak banyak bercakap. Kalau saya tanya pun, dia akan tukar topik lain. Kebiasaannya, pkul 8mlm dah sampai rumah, tapi pkul 12 1pg baru balik.

Bila ditanya, keluar makan dengan kawan, meeting lambat, banyak kerja tak siap. Dan jawapan dia bagi tak konsisten, lagi lah saya syak macam-macam. Tapi nak elak kan bergduh, saya senyapkan sahaja dulu.

Saya tambah curiga lagi bila dia tak boleh berganjak sikit dengan telefon bimbit dia. Kalau sebelum tu merata-rata je dia letak telefon dia. Kalau kawan call pun dia suruh saya angkatkan dulu tapi sejak dia berubah, telefon selalu sahaja di tangan dia.

Picit-picit telefon tu balas text. Bila saya tanya, kata dia kawan, borak pasal bola. Saya tahu, mesti bukan kawan dia. Bila saya tanya kawan yang mana? Dia kata awak tak kenal pun. Sebelum tu, tak kisah sesiapa pun kawan dia, kalau saya tanya siapa, mesti keluar namanya. Bob, bob lah dia sebut. Amir, amir lah dia sebut. Kenal ke tak kenal dia tetap beritahu saya.

Lama kelamaan saya perasan dia suka bergayut di ruang tamu sampai lewat pagi. saya pernah tersedar bila terdengar dia ketawa. Saya tengok jam dah dekat pkul 5pagi dan dia masih belum tidur.

Saya jengah senyap-senyap kat pintu bilik, saya nampak dia tersenyum senang bercakap telefon. saat tu,remuk hati saya. Saya tahu, dia ada seseorang istimewa, yang lebih istimewa dari saya.

Saya tak pernah tanya siapa orang tu. Saya tak nak mulakan topik yang akan buat dia marah dan tak senang. Saya beri dia peluang untuk terus terang. Hari ke hari, dia masih tak ada hint nak beritahu saya.

Sedangkan dia tidak tahu, ayah dan mak mertua saya tahu segalanya tentang dia dan hana.Ayah mertua saya ‘kepala’ di bank cawangannya bekerja. Bank yang ayah mertua saya bekerja adalah bank yang sama dengan Hairi dan Hana bekerja, cuma cawangannya berbeza.

Kawan-kawan ayah saya di cawangan Hairi sejak awal lagi dah laporkan macam-macam kepada dia tentang segala aktiviti Hairi di pejabat.Kisah mereka berdua ke Bandung pun semua pekerja ofis tu tahu.

Sebab Hana masukkan ke dalam Instagram dia. Dia tak sedar salah seorang follower dia adalah pekerja ayah mertua saya. Bila sampai ke pengetahhuan ayah, dia mulanya berdiam diri. Tak beritahu sesiapa hatta mak mertua saya.

Bila suami dan hana ke pulau, sekali lagi Hana masukkan ke dalam Instagram, ayah dah tak boleh terima. Dia panggil saya ke rumah, katanya, datang seorang, jangan bawa Hairi.

Jujur, saya ketika itu yakin bahawa ayah ingin bersuara tentang itu. Saya ambil keputusan untuk tidak menipu mereka berdua dan mengaku bahawa saya mengetahui hal berkenaan bahkan kami sudah tidur di bilik berasingan.

Reaksi mereka buat saya menangis di situ juga, mereka berasa sangat malu dan menyalahkan diri masing-masing. Mereka menyifatkan itu adalah salah mereka kerana menjodohkan saya dengan Hairi.

Akhirnya, saya yang menjadi m4ngsa dan terluk4. Saya bersungguh-sungguh menafikan, bagi saya itu semua ujian dan sementara. Saya tahu, Hairi terpedaya dengan godaan dan tak mampu nak kawal diri.

Saya rela bermadu jika Hairi mahu, awal-awal lagi sudah saya maklumkan kepada ayah dan mak mertua saya. Cuma, saya mohon jasa baik mereka agar tidak memberitahu perkara itu kepada adik beradik Hairi.

Saya tidak mahu adik beradik suami saya jadi hil4ng hormat kepada dia disebabkan kelekaan dia dengan Hana.Peristiwa adik saya terserempak denfan dia ketika makan di Damansara tu, saya betul-betul tidak tahu. Adik saya tak pernah beritahu saya even sekarang pun saya masih belum tanyakan dia lagi. Tak apa lah, kisah lama.

Lepas saya berbincang dengan mertua, saya mohon mereka gesa Hairi berkahwin dengan Hana, saya tak sanggup nak bersubahat dengan perkara-perkara maksiat yang mereka lakukan.

Selepas berbincang itu lah, ayah mertua saya pkul Hairi dan pulaukan dia. Perkahwinan dia dengan Hana pun hanya abang ipar saya yang hadir. Adik beradik Hairi semua terkejut dengan perkahwinan tu.

Mereka tidak pernah putus bagi saya semangat untuk terus bersabar dan tidak tinggalkan keluarga itu.Sebab itu saya merayu agar Hairi tidak lepaskan saya. Saya tidak mahu ayah dan mak rasa bersalah sedangkan mereka tak menjadi punca dalam konflik rumah tangga saya.

Layanan mereka baik dan ikhlas. Saya betul-betul rasa terharu dengan keluarga itu sejak mula berkahwin sampai lah ke hari ini.Jiwa saya makin runtun bila saya hadir ke majlis konvok3syen saya di USM selepas tamat pengajian master.

Saya pergi tanpa Hairi sedangkan dia lah pemberi semangat untuk saya sambung belajar. Dia lah pendukung utama saya pada peringkat awal lagi,tapi semuanya musnah begitu sahaja.

Yang hadir hanya lah ibu saya, adik, mak dan ayah. Malu ni tak payah cakap, ramai kawan-kawan yang belum graduasi hadir dan tahu saya sudah berkahwin. Soalan mereka, mana suami. Tak datang ke. Mulut ni, terpaksa tipu. Jawab saya, dia outstation di luar negara.

Sedangkan sedang bercuti dengan isteri baru di Korea. Saya tahu, dia pilih tarikh yang bertindih dengan majlis konvo agar dia ada alasan untuk tidak hadir ke sana. Jiwa saya jadi kosong, saya seolah-olah tak kisah.

Sampai satu tahap selepas itu, saya jadi kejam, biar lah apa dia nak buat. Saya tak peduli.Tapi makin saya nak lupakan dia, makin saya teringat. Bangun pagi teringat, nak tidur teringat.

Nak call nak berbual, nak lepas rindu pun tak boleh, dia tak angkat. Text dia pun tak balas. Nak komen kat Instagram pun kena block masa tu. Saya jadi macam nak gila.

Sampai pernah saya terfikir masa drive nak balik rumah, saya nak langg4r lori depan saya. Biar saya m4ti sahaja. Hidup pun tak guna. Hina di mata suami. Kena buang macam kain buruk.

Saya lalui tekanan jiwa yang amat kuat selepas dihina oleh suami sendiri di depan rezeki. Kata dia, baik sahaja tak guna kalau tak cantik. Nak tunjuk kat kawan pun malu. Selepas dia kata begitu, saya jadi tak tentu arah. Saya pergi kerja lansung tak bermaya, hati saya jadi kecut, jadi ragu-ragu dan tak yakin.

Dalam fikiran ni asyik terfikir, eh okay ke tak aku pergi kerja ni. Orang tengok aku elok ke tak sebenarnya. Saya tak yakin nak cakap dengan orang sebab takut dengan diri sendiri yang tak cantik dan sempurna macam orang lain.

Saya jadi tekanan, tak nak keluar rumah. Tak nak cakao dengan orang sebab malu, diri tak elok. Berat badan saya turun dekat 7kg. Kawan-kawan di pejabat perasan, sampai nama saya dipanggil boss besar. Boss saya Australian Chimney, dia sangat baik.

Dia panggil saya di pejabat dan tanya apa yang berlaku, saya cuma kata saya tak cukup tidur. Penat. Guess what. Dia bagi saya cuti 2 minggu tanpa tolak lansung cuti tahunan saya.

Dia kata pergi lah mana-mana dan rehat. Balik semula ke ofis, jadi lah Iman yang sebelum itu. saya tiba-tiba tersuntik semangat yang baru. Semangat untuk terus gerak ke hadapan tanpa harapkan lagi kepulangan Hairi. Meskipun dalam diri saya sangat merindui dia.

Perlahan-lahan, masa mengajar diri saya untuk hidup sendiri. Jangan nantikan insan yang tak pasti. Lama saya pujuk hati agar tidak menunggu Hairi. Lama kelamaan saya sudah terbiasa makan seorang, tidur di deoan tv seorang,

belanja barang dapur untuk seorang makan dan pergi ke mana sahaja seorang. Muka saya jadi kalis dengan soalan, mana suami. Lama tak nampak. Setiap kali balik rumah saudara mara, jumpa kawan-kawan atau terserempak dengan kawan-kawan Hairi sekalipun. Saya hanya mampu senyun dan kata, Hairi kerja. Terpaksa lah fake dengan diri sendiri.

Pada masa yang sama, lepas dah terbiasa hidup sendiri dan tergantung tak bertali oleh suami. Saya kembali terfikir untuk sambung belajar. Saya mula cari biasiswa oleh mana-mana yayasan terkemuka dan syarikat-syarikat besar.

Saya start balas email ejen-ejen university di Ameriak bahagian International Students yang selalu bertanyakan perkembangan master saya dahulu. Banyak follow uo saya buat dengan ejen-ejen university di Amerika sampai saya rasa yakin nak ke Boston, Massachusetts.

Pada masa yang sama, saya terdesak nak cari biasiswa. Tiada cara lain, saya jumpa boss saya yang saya mentioned tadi, namanya Datuk Swee.Datuk Swee kenal dengan orang-orang penting dalam company yang saya mohon biasiswa tu.

Saya mohon boss saya untuk tulis surat sokongan bagi pihak saya agar permohonan saya lebih mudah. Dengan senang, dia setuju.Tidak lama lepas tu, saya dipanggil interview.

Saya maklumkan kepada mak dan ayah mertua saya. Terharu sungguh hati saya, hari interview tu, mereka berdua ambil saya di rumah dan pandu saya ke Kuala Lumpur.

Mereka tunggu di lobi wisma syarikat tu sampai saya habis interview. Kasihan tengok mereka, ayah mertua saya pula dia tinggi dan badan dia sangat besar. Nak jalan banyak pun dia tak larat sangat, tapi dia gagahkan juga sebab nak teman saya ke sana.

Mak mertua saya sampai ambil cuti kerja nak teman saya ke interview tu. Rezeki saya, allah makbulkan permintaan saya untuk mendapat biasiswa dari syarikat tersebut. Ada 40 calon yang hadir hanya 10 yang akan diterima.

saya salah seorang darinya. Bila selesai interview dan keputusan dah diterima pada penghujung sesi, saya terus dapatkan mak dan ayah mertua saya di bawah. mereka sangat gembira dengan berita tu.

Ayah mertua saya punya happy, sampai suruh saya petik je satu nama restaurant. Dia akan bawa dan raikan berita baik itu. Dan, dalam banyak-banyak restaurant, saya pilih Seoul Garden. haha.

Kami bertiga pun makan, happy-happy. Then ayah cerita, Hairi ada masalah di tempat kerja sebab selalu gduh dengan Hana. Dan atas budi bicara kawan ayah, Hairi dapat dipindahkan ke Cheras.

Dia juga cerita yang Hairi perlukn duit nak baiki kereta tapi tak cukup sebab banyak spent kat Hana. Saya diam-diam transferkan duit online kat Hairi. Saya tunjukkan kepads ayah dan mak supaya mereka tak fikirkan lagi tentang masalah Hairi.

ayah marah sungguh dengan tindakan saya, katanya dia bukan tak ada duit nak bagi kat Hairi cuma dia nak ajar Hairi agar tidak buat perkara bodoh lagi pada masa akan datang. Saya katakan pada ayah, itu memang duit dia. Saya tak guna pun.

Mak dan ayah mertua saya terus terusan minta maaf dan salahkan diri sebab pertemukan saya dengan Hairi. Saya jadi tidak senang hati, saya tak pernah anggap pertemuan saya dengan Hairi sebagai satu bentuk penyesalan.

Bagi saya, ada sebabnya mengapa Allah turunkan ujian kepada saya dalam bentuk ini dan ujian kepada Hairi dalam bentuk itu. Hanya Allah yang tahu secara mutlak, hikmah semuanya.

Tapi, banyak yang saya belajar melalui ujian ini. Saya benar-benar belajar apa itu sabar. Macam mana saya menahan diri daripada terusan berfikiran negative.

Saya jadi lebih yakin dengan diri sendiri meskipun Hairi sudah tidak lagi bersama saya dan memilih yang lain. Hubungan saya dengan family mertua makin erat. Adik adik Hairi sangat menyayangi saya. Abang ipar dan kakak ipar juga selalu memberi semangat dan nasihat agar saya tidak terus ksunyian dan hadapi ujian ini sendiri.

Bagi Abang, kalau abang baca. Iman tahu Abang sunyi, abang disishkan lepas apa yang berlaku. Iman baca mesej-mesej yang abang hantar tu. Iman tak cukup kuat nak balas. Beri Iman masa. Tapi, Abang jangan sesekali terlintas fikir yang Iman bencikan Abang. Tak. Tak pernah pun.

Iman minta maaf sebab pergi tanpa ucap selamat tinggal. Memang sengaja Iman tinggalkan rumah sewaktu Abang ke pejabat. Iman tak sanggup nak fikirkan perasaan Abang kalau tengok Iman pergi.

Iman selalu dengar perkembangan Abang melalui Ayah dan mak. Abang kena kuatkan semangat, biar apa orang kata, orang benci. abang tetap kena kuat.

Manusia mungkin akan membenci ksilapan kita, dan menjauhi kita.
Tapi Allah sentiasa menerima taubat kita, dan amat gembira bila kita berusaha mendekatiNya. Pilihlah Allah. Allah takkan mensiakanmu.

Mak ada bagitahu Iman, yang dia tak benarkan abang datang ke sini kacau Iman, betul ke? Abang datang je kalau Abang sudi. Abang masih suami Iman. Iman masih sayangkan Abang. Datang lah. Iman akan tetap terima abang macam dulu. Jaga diri baik-baik. Semoga Abang terus kuat dan tabah.

Untuk pembaca semua, sedikit peringatan. Tak semua wanita dilahirkan di dunia sebagai puteri. Tapi semua wanita boleh jadi pejuang. Pejuang kepada diri sendiri.

Berjuang apabila rasa diri dank rebah, nak mengalah. Di waktu itu lah kita berjuang untuk kekal menjadi wanita yang dikatakan hiasan dunia. Tinggikan diri dengan ilmu, jangan bebankan diri dengan perkara yang akan membinasakan diri.

Banyakkan membaca dsn terus bergerak ke hadapan. Tak salah untuk tidak masuk ke university dan tidsk memiliki PhD, tetapi salah jika tidak membaca, menimba pengetahhuan dan mengamalkannya.

Buat k4um Adam di luar sana, kukuhkan peribadi. Lahirnya kamu dari rusuk di Hawa. Tegakkan iman dalam diri, maka tertegaklah keharmonian dalam diri kamu.

Nota: saya akan minta sepupu saya kirimkan gambar saya di Facebook iium confessions. Saya tak akan hantar dengan FB sendiri sebab nak elak orang tahu tentang saya di luar alam maya.

Saya harap kepada anak-anak muda di luar sana yang teringin nak datang ke negara orang menuntu ilmu. Teruskan niat anda, moga gambar saya di musim Winter yang lalu dapat suntikkan semangat kepada kalian untuk terus menuntut ilmu setingginya.

Terima kasih semua, saya doakan kita semua berjaya dunia dan akhirat. Iman