Mak ayah kdekut, dr kecil aku kena bkerja utk dptkn duit bt bljr. Bila aku di taja biasiswa mereka plg happy

Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum WBT. Tujuan aku menulis hanya satu: melepaskan saakit yang aku pendam. Aku An, anak kedua & sulung perempuan dari keluarga yang toksik.

Aku cuba lari dari keluarga sendiri, lari untuk bersemuka. Namun, dari jauh aku masih mengambil berat akan keperluan adik-adikku yang bersekolah dan memastikan a pi air rumah di kampung masih dibayar.

Ada banyak kejadian yang menyebabkan aku memiilih untuk tidak bersemuka dengan ibu bapa ku, bapaku terutamanya. Kerana mereka jenis yang menyakiti anak sendiri dan melepaskan tanggungjawab.

Sejak dibangku sekolah, segala keperluan yuran dan duit belanja aku perlu cari jalan sendiri, nasib baik aku dikurniakan nenek yang prihatin, selalu menghulurkan duit untuk belanjaku.

Kadang-kadang, abangku akan menolong nenek menyiapkan tempahan memasak katering dan duit upah akan diberikan untukku.

Terima Kasih abang dan nenek. Malah aku ingat lagi, duit belanja yang aku simpan akan digunakan ibu bapaku untuk mengisi minyak kereta waktu aku pulang ke kampung.

Disebabkan itu, aku selalu ikat perut waktu rehat untuk memastikan ada duit minyak kereta yang disimpan untuk perjalanan pulang.

Dan yuran asramaku selalu tertunggak hingga namaku dipaparkan umum.

Pernah sekali ibu beri duit untuk membayar yuran ta pi bapaku akn meminta kembali bila mengetahui duit itu belum aku gunakan membayar yuran, silap aku yang jujur dan naif pada masa tersebut. aku seorang yang cemerlang dalam pelajaran.

Fast forward, aku melanjutkan pelajaran ke matrikulasi, situasi yang sama kuhad4pi. Aku jarang sekali meminta duit dari ibu bapaku.

Malah apabila terdesak, aku akan meminjam dengan sepupuku yang sudah berkerja dan mengantikan balik bila duit elaun masuk.

Aku berjaya melanjutkn pelajaran ke IPTA, 4 jam perjalanan dari kampung halaman. Sebelum melanjutkan pelajaran di IPTA pun, aku bekerja di kantin sekolah makcik ku.

Dengan duit gaji bulanan RM 800, aku berikan semua buat abangku membayar yuran pengajiannya dan membeli persiapan hari raya keluargaku. aku cuma simpan sedikit utuk kegunaan ke IPTA.

Sebagai sokongan melanjutkan pelajaran, pak cik ku memberikan hadiah wang RM 800 bagiku namun duit itu juga bapaku sapu habis sehingga berbaki RM 0 dalam akaunku. Hidupku bergantung sepenuhnya kepada duit PTPTN untuk 2 tahun pertama pengajian.

Itupun ibu bapaku sering meminta aku memasukkan duit untuk mereka. Lebih tepat, untuk bapaku yang ketagih barang haram.

Alhamdulillah Allah membuka pintu rezeki baru untukku mendapatkan tajaan biasiswa disebabkan CGPA yang okay.

Kegembiraan aku berkongsi kejayaan dengan ibuku mengundang padah apabila mereka hanya memandang itu sebagai lubuk duit baru. Aku struggle untuk mmpertahankan hak aku.

Ibu bapaku akan call setiap minggu meminta untuk memasukkan duit, sekiranya aku mengelak, mereka terus call aku sehingga dapat. Aku stress, pada masa yang sama aku perlu berkongsi dengan abangg sulungku yang sedang melanjutkan pelajaran juga.

Setiap kali mereka meminta duit, aku akan ke bilik dobi agar kawan-kawan sebilikku tidak mendengar perbualan kami, dan aku akan menangis seorang diri dibawah ampaian melepaskan perasaanku.

Pada hujung sem, duit aku biasanya cukup2 makan sahaja walupun jumlah biasiswa yang diberikan lebih dari mencukupi untuk seorang pelajar. Aku akan membuat kerja part-time di bahagian dapur resort untuk mendapatkan duit belanja harian.

Tamat pengajian, aku berjya mendapatkan pekerjaan di syarikat swasta di ibu kota. Tidak pernah terfikir aku untuk mencari jodoh kerana bagiku, aku budak miskin punyai keluarga porak peranda, aku tak mahu lelaki itu susah bersamaku selepas kahwin.

Ta pi jodoh itu rahsia Allah. Setelah aku berjaya membeli sebuah kereta, aku yakin untuk berdikari. Dan suamiku hadir dalam hidupku. Tanpa dia mengetahui dark side kehidupanku. Kami telah memutuskan untuk berkahwin.

Ketika ingin melangsungkan perkahwinan, aku cuba memudahkan suamiku dengan tidak meminta macam-macam, malah duit belanja perkahwinan aku kongsikan separuh bersamanya.

Ketika persiapan, bapaku banyak kali mengambil kesempatan menggunkan duit majlis untuk dirinya.

Oh ya, sebelum berkahwin keretaku aku tinggalkan dirumah atas permintaan mereka. Beberapa kali kereta kesayanganku accident teta pi mereka merahsiakan dariku.

Luluh hati melihat hasil titik peluhku tidak dihargai. teta pi ibu bapaku sejenis yang jika aku buat silent treatment, bapaku akn play victim. Ibuku akan call aku memujuk aku untuk meminta maaf dengan bapa, atas alasan aku sebagai ANAK. Aku penat.

Sampai disini dulu cerita aku, jika disiarkan dan ada yang berminat untuk aku menyambung, insya Allah. Aku akan berkongsi lagi.

Noraziah. Tt sangat lembut hati. Kongsi cerita dari mana dapat rezeki. Sedang belajar, duit, bapak pow. Bantu abang lagi. Kesian sangat. Mesti toknenek (emakbapak ayah) penat melayan kerenah bapak dari kecik sampai kawin.

Anak2 dah besar, susahkan anak2 pulak. Dah bapak taknak berubah, tt berubah. Bagi 300.00 dan cakap itu saja yang tinggal. Yang lain dah bayar hutang. (masuk simpanan kata hutang dengan bank, tipu sunat)

Puteri. Tukar no Telefon buat sementara waktu untuk merawat hati sendiri yg telah lama terluuka….jangan berkongsi sebarang berita dengan keluarga melibatkan perancangan masa depan tt…kesilapan keluarga,jangan Kita ulang ta pi Kita perbaiki acuan keluarga sendiri walau pun takkan sempurna ….

Bantu setakat Yang mampu….jika hati TT p4rah,takut nnt akan mendapat depresi kerana xmampu mengawal emosi yg telah lama terpendam …..moga dipermudahkan semuanya…

buat APA sahaja niatkanlah kerana Allah walau ibubapa Adik mengeji…kerana Allah Maha Mengetahui pengorbanan Adik selama ini…take care….

Deeya. Kesian awk.dr kecik lg kan awk diambil kesempatan oleh ibu bapa.harapnya lepas confession ni…awk tidak lg lemah.

Jgn angkat sebarang call ibu bapa awk.cukup byr bil a pi air guna online.jgn bg duit nt duit diguna bapa durjana.

Jgn bg duit kalau boleh.order lauk dan brg2 online utk dimakan pakai oleh mak dan adik2.

Jgn sesekali benarkan duit awk diguna oleh ayah utk beli benda haram. Ingat.keraskan hati.jgn dgr bicara mak ayah sbb mereka call utk amik kesempatan je

Syukuri. Tt kena bijak pelihara diri drp parent camni.jangan dilayan sangat dan jangan pamirkan berduit.org yg mkn benda haramtu,dah kurang waras,tdk dpt berpikir dgn baik dah.dia akan buulikluarganya tanpa ampun.