Sy upah RM300 sbln kt ibu ayah utk mengasuh anak sy dr 8pg smpai 7mlm, smpt lah sy blk kje rehat kjp

Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum para pembaca semua. Niat saya menulis confession ini adalah untuk minta pandangan dan pendapat semua.

Begini, saya mempunyai 2 orang anak perempuan berumur 7 tahun dan 9 tahun. Oleh kerana saya bekerja, ibu saya bersungguh-sungguh ingin menjaga anak saya (satu-satunya cucu dia).

Saya mempunyai adik yang masih belum berkahwin. Kami hanya dua beradik.

Oleh kerana saya fikir untuk kebaikan anak saya, lebih baik dia tinggal dengan orang yang sayangkan mereka berbanding menghantar ke transit.

Sebelum ini tidak ada masalah anak2 saya memang ibu yang jaga.

Ibu abah sihat tiada masalah kesihatan walau keduanya sudah berusia 58 dan 62 tahun. Abah ada pencen kerajaan. Dan setiap bulan kami bagi RM300 sebagai upah menjaga anak kami.

Pkul 1-7 sebab pagi mereka ke sekolah. Waktu kerja saya pkul 8-5 biasanya pkul 5. 30 baru lah saya sampai ke rumah.

Saya akan balik mandi dan rehat sebentar kerana penat drive (rumah dan tempat kerja 40 minit). Suami pula pkul 8 baru sampai rumah kerana tempat kerja beliau lebih jauh.

Sebelum ini semuanya baik sahaja malah anak saya lebih rapat dengan nenek mereka berbanding saya.

Masalah bermula bila adik saya tamat belajar tinggal di rumah sepenuh masa. Semalam dia panggil saya ke luar untuk bincang.

Rupanya dia kurang senang dengan tindakan saya yang menghantar anak untuk dijaga ibu. Katanya ibu sangat penat kerana anak saya.

Ibu saya memang jenis yang mengikut semua kehendak cucu. Adik saya ceritakan kisah ibu saya yang hari-hari penat menjaga anak-anak saya.

Saya bukan tidak percayakan adik saya tapi ibu abah tidak pernah bagitahu apa-apa pada saya malah saya yakin mereka pasti melarang andaikata saya ingin hantar anak ke tempat lain.

Anak-anak saya tidaklah nakal dan mudah sahaja dijaga.

Tempat kerja saya agak jauh saya tidak boleh keluar pada waktu lunch untuk ambil anak dan hantar ke transit.

Lagipon ibu abah okay sahaja kalau saya lambat hantar anak pon mereka akan telefon dan bertanya. Sekarang saya sangat dilemma.

Bolehkah pembaca yang ada pengalaman sama seperti saya berkongsi pendapat?

Adakah sebenarnya adik saya yang rimas dan tidak suka kan anak-anak saya? Atau beliau sebenarnya cemburu ayanan ibu abah lebih kepada anak-anak saya?

Ini antara pendapat win daripada netizen.

Dhuha. Saya pelik bila adik puan bgtahu pasal anak2 puan. Boleh pulak puan fikir adik dengki ke apa. Pelik betul
Kalau jaga anak puan tak sepenat yang puan cakap (anak tidak nakal dan mudah dijaga).

Kenapa puan tak terus balik dpd tempat kerja ambik anak? Kat sini pun kita tahu, jaga budak umur berapa pun mesti penat. Nk kena sedia makan, mandi, nak leraikan pergduhan dan merajuk sesama mereka.

Mcm2 lg benda yang kita tak jangka budak2 ni akan main. So mata tu penat tau setiap saat nk kena perati sokmo2. Satu lg bg 300 tu baik puan tak payah sebut jumlahnya. Terlalu tak berbaloi

Yanie.Anak-anak dah besar. Dah boleh dihantar ke child care centre. Untuk umur yang menginjak 60 tahun ni, kudrat mereka pun dah tak seberapa. Biarlah mereka penuhkan hari-hari mereka dengan beribadat.

Tak de sebab adik sis nak jealous, dia bercakap sebab dia yang duduk serumah dengan your parents and dia yang nampak penat lelah mak jaga anak-anak sis. Setiap anak ada protective instinct toward his/her parents.

Anddddd, rm300 untuk jaga 2 orang anak tu sangatlah tak padan. Kalau hantar tempat lain, sorang je dah lebih rm300.

Saya hantar anak ke child care centre during cuti sekolah, dari pkul 8-6 pun dah rm350.

Kenapa tak hantar ke atuk tokma dia padahal cuti sekolah kan. BIG NO. My husband and I have this kind of thought, susah senang, jaga anak sendiri.

Zila. Hantar transit je la..mak tu x sampai hati je nak bagitau..biasa dia akan ngadu kat anak yg lain..cakap letih penat bagai..tapi dengan mak cucu-cucu tu tak akan cakap pun..lagipun upah 300 tu tak berbaloi oii..hantar transit pun sorg dah 2-3 ratus tau..huhu

Aida. Dikkk..percaya la pada usia begitu tenaga dah tak seberapa..mmg penat walau tak de saakit yang kritikal.. betul la ckp adik awak tu…bagi la emak ayah rehat. usaha la transit,,

byk bole belajar dgn rakan sebaya..berdikari la usia 7 dan 9 tahun tu dah bole expose macam macam yang bole bagi skil menguruskan diri..jgn ambil hati cakap adik tu…lihat la dgn mata hati adik keadaan ayah ibu awk.

Lynn. Org tua penat sekalipun dia xkan bersuara. Mmg sepatutnya diusahakan pengasuh buat anak2.Cukuplah mak ayah kita ssh payah jaga kita sehingga dewasa, jgnlah penatkan dia jaga cucu plak.

Masa emas org tua kita biarlah diorang berehat, mengisi masa mencari bekalan akhirat.Anak2 tjawab ibubapa. Usahakan apa yg patut utk anak2.

Jangan beralasan.Saya rasa adik TT bukan cemburu ttp dia concern dgn ibuayah tu. Benda yg kdg2 kita terlepas pdg sbb datang on off touch n go.