Mak hina isteri aku sb keturunan anak luar nikah. Aku tekad utk buang mak dlm hidup kami

Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum admin. Mohon share cerita saya untuk saya dapatkan pandangan dari warga IIUM Confession. Seumur hidup saya, saya dibesarkan dari keluarga yang mak dan ayah bercer4i. Saya dibesarkan oleh ayah saya. Sejak dari umur 2 tahun, saya tak pernah tengok muka mak kandung saya. Ayah saya tak pernah cerita siapa mak saya dan punca mereka bercer4i.

Alasannya, ayah tak nak cerita perkara buruk tentang mak saya. Takut saya hil4ng hormat dan sebagainya. Tak dinafikan saya menjadi anak kesayangan ayah saya kalau nak dibandingkan dengan adik-beradik lain.

Sewaktu umur saya 27 tahun, saya ditemukan kembali bersama mak saya. Alhamdulillah, mak saya terima saya dengan baik. Sewaktu itu, baru saya tahu cerita sebenar pencer4ian ayah saya.

Tapi ini dari sebelah pihak. Dari situ diceritakan nenek merupakan punca mereka bercer4i.

Nenek tak suka pada mak sebab mak tak bekerja (ini apa yang mak cerita). Nenek kerap marah mak. Sampai satu masa, mak tak tahan, mak marah nenek.

Ayah dapat tahu, ayah marah mak dan mereka bercer4i. Bila saya balik jumpa ayah, saya tanya dengan ayah. Ayah tak setuju dengan jawapan mak.

Tapi masih tak cerita perkara sebenar. Ayah tidak mahu saya hil4ng hormat pada mak. Saya terima jawapan dua-dua pihak.

Selepas bertunang, saya dan bakal isteri (sekarang dah sah isteri) membuat persiapan untuk berkahwin.

Pada awalnya, hubungan kami direstui oleh ayah dan mak. Sebab bakal isteri pakai tudung labuh dan cantik. Baru habis belajar dan tengah cari kerja masa tu.

Nak dijadikan cerita, rupanya, status bakal isteri saya anak tidak sah taraf. Bagi saya, perkara ini bukan perkara yang besar.

Bakal isteri tidak bersalah, yang salah mak dan ayah dia. Memang ada tips untuk memilih isteri (dari sudut agama). Agama, Rupa, Keturunan, Harta.

Pada pendapat saya, alangkah baiknya keluarga saya kalau saya mensucikan semula keturunan isteri saya dengan perkahwinan yang sah.

Tapi malangnya ayah saya menentang dengan keras. Dia marah sebab saya berkeras untuk kahwin dengan bakal isteri.

Waktu ni, bakal isteri dah mengalah dan niat untuk pulang semula cincin tunang. Saya buntu.

Saya mengambil langkah untuk bercerita dengan mak saya. Mak saya sokong saya untuk teruskan perkahwinan dengan bakal isteri.

Mak saya telefon bakal isteri dan brainwash sampai dia setuju untuk kahwin dengan saya. Alhamdulillah.

Ayah saya dapat tahu, marah dengan saya dan merajuk (tak angkat telefon dan tak balas whatsapp). Pujuk punya pujuk, akhirnya ayah pun bersetuju. Alhamdulillah.

Selepas berkahwin, isteri duduk di rumah ayah. Sementara waktu sebelum saya dapat rumah. Alhamdulillah, isteri disahkan mengandung (bunting pelamin).

Datanglah rezeki saya dapat menyewa rumah di kawasan tempat saya bekerja. Isteri ikut bersama. Dia tak bekerja. Gaji saya cukup untuk tampung keperluan kami berdua.

Isteri ada satu perangai, dia tak boleh tengok habuk. Habis dia panjat kerusi, meja nak cuci habuk.

Masa anak dalam kandungan 2 bulan, isteri panjat mangkuk tandas nak cuci habuk dekat tandas. Tergelincir dan jatuh. Isteri mengalami keguguran. Allahuakbar.

Isteri jadi meroyan. Malam-malam bangun nak buka pintu rumah (jam 2-3 pagi). Katanya anak kami datang. Nasib la saya tidur pluk dia. Sedar la bila dia nak bangun. Saya tarik balik suruh dia tidur.

Bila ayah saya tau cerita isteri keguguran, ayah saya tenang dan bagi tahu untuk banyakkan bersabar. Mak saya sebaliknya.

Habis dimarahnya isteri kerana tak pandai jaga kandungan. Saya setuju juga dengan mak sebab isteri gatal sangat nak buat kerja-kerja susah.

Bagi tahu pada saya, saya akan buat. Degil. Alasan sebab tak nak susahkan saya. Sebab saya dah bekerja di siang hari. Selepas kejadian hampir 2 tahun, isteri tak mengandung.

Mak sering kali tanya dengan isteri bila nak mengandung. Isteri selalu stress dengan soalan mak. Bila pergi jumpa doktor, dua-dua tidak bermasalah. Cuma belum rezeki.

2 tahun selepas tu, isteri saya mengandung semula. Ayah dan mak kembali gembira. Selalu pesan pada saya.

Suruh isteri duduk dan jangan buat kerja-kerja lasak. Okay. Nak jadikan cerita, isteri alahan teruk. Memang dia tak boleh buat kerja. Melepet je dekat katil.

Saya belikan dia makanan pagi, tengah hari dan malam. Bila kandungan dah berusia 5 bulan baru alahan dia kurang. Waktu ni dah boleh buat kerja rumah sikit-sikit.

Masa ni, mak sering kali video call isteri. Tapi isteri jarang-jarang angkat sebab tak reti nak berbual dengan orang tua.

Biasanya kalau saya ada dirumah baru dia angkat. Sampai kandungan berusia 7 bulan, saya ptah bahu sebab main rugby.

Allahuakbar. Dugaan. Isteri kena uruskan diri sendiri dan saya. Beli barang rumah, hantar saya ke hspital, bersihkan rumah dan lain-lain. Dengan keadaan perut dah besar, memang satu kesukaran.

Satu hari, mak saya wasapp dengan isteri. Masa ni isteri tengah keluar beli barang dapur. Borak-borak biasa.

Tiba-tiba mak cakap dengan isteri yang biasanya isteri ni sayang suami sebab suami berduit (tak pasti sama ada dia tujukan kepada isteri atau tidak).

Dalam keadaan emosi tidak stabil, isteri terasa dan balas wassapp dan tanya mak saya macam tu ke dengan ayah saya?

Mak saya menafikan dengan menyatakan mak saya berbeza. Wassapp tu berhenti disitu sebab isteri saya terasa dengan mak saya. Isteri saya balik dan bercerita dengan saya.

Saya cakap, mak saya bergurau dengan isteri. Tapi isteri saya masih terasa hati. Saya faham keadaan tersebut. Saya yang tak beri isteri bekerja sebab nak isteri sentiada bersama dengan saya.

Selepas kejadian tersebut, mak saya kerap hubungi saya (macam insecure hil4ng saya). Isteri perasan tapi saya suruh buat biasa.

Ada satu pagi, saya dekat dalam tandas. Tengah buang air besar sambil main game. Mak saya video call. Sejujurnya, saya tak boleh nak angkat (tengah ook ook kot).

So saya biarkan. Ingat nak call balik. Tapi lupa. Typical lelaki normal. Esoknya, mak saya wasapp dengan saya. Kenapa tak angkat call dia.

Saya ambil jalan mudah, saya cakap saya demam. Terus dia marah isteri saya (dalam wasapp saya). Kenapa isteri saya tak boleh bagi tau dia?

Dalam keadaan marah tu, terluah segala isi hati mak saya. Isteri saya cuma mata duitan. Nak barang-barang mahal. Tak boleh hidup susah.

Dan paling saya tak boleh terima, mak saya menyesal sebab tak ikut cakap ayah saya. Sebab keturunan isteri saya bukan dari keturunan yang baik. Saya tersentap dan terus membalas wasapp mak saya.

Siapa pon keturunan isteri saya, bukan hak siapa-siapa untuk hina. Saya hidup dengan dia, saya lebih kenal siapa isteri saya.

Kami pernah hidup dengan duit poket RM50 untuk seminggu sebelum gaji. Isteri saya tidak pernah merungut.

Sebelum akhiri wasapp, saya mohon maaf dengan mak saya dan saya minta untuk menjauhkan diri dari mak saya.

Alhamdulillah, anak saya selamat dilahirkan dengan comel. Perempuan. Mak saya wasapp saya, sampai hati tak bagi tahu dia. Saya tak balas. Saya belum bersedia.

Saya harap mak saya sedar dulu kesalahan dia dengan isteri saya. Walaupon saya anak mak, mak tu syurga saya, tapi, boleh ke saya ikut sahaja apa yang mak kata?

Walaupun apa yang dikata tidak betul? Biarkan sahaja perasaan isteri terabai asalkan perasaan mak diutamakan.

Bila orang kata mak ada satu, isteri boleh cari lain, memang isteri ni mainan ke? Boleh pakai, buang macam tu je?

Saya tak setuju. Bila saya google dan cari dekat youtube, ramai alim ulama bagi tahu suruh bersabar dan jaga mak. Saya buntu. Salah ke saya untuk lindungi isteri saya?

Ini antara respon win dari netizen. 

Arsyat. Lindungi isteri dan anak sepenuhnya, dalam waktu yg sama jgn meluk4kan hati mak. Bercakap elok2, guna bahasa yg baik tapi tegas. Tak perlu korek cerita lama mak ayah.

Yang hari ni itulah yg kau perlu hadap. Mak cakap bukan2, dengan hormat kau minta mak kau berhenti dan jgn ulang lagi.

Orang tua ni kadang2 kalau dia sunyi, dan dah terbiasa ada fikiran negatif, mulalah fikir bukan2.

Kenali mak kau yg sekarang, hadap perangainya, jgn kurang ajar, tapi tegas, dan tetap lindungi isteri dan anak. Semoga Allah permudahkan.

Fadili. Faham rasa serba salah tu.mungkin apa yg sesuai dibuat : berterus terang 100% dgn mak supaya jgn sebut lagi keturunan isteri & jelaskan sikap baik isteri yg sebenar.

Isu2 terlanjur kata ni buruk akibatnya.jelaskan yg anak tak sah taraf tak pernah minta lahir ke dunia. lepas tu buat macam biasa jela, nak jauhkan diri pun sampai bila.

Isteri pula,tak perlu dibawa jumpa atau berhubung dgn mak dulu sehingga hubungan confessor dgn mak pulih&mak confessor dah sedar utk tak sebut lagi isu keturunan isteri.

Humaira. Kamu suami yang baik, abaikan apa orng kata pasal isteri tak kerja, tugas kamu mengenai nafkah melainkan kalau kamu skit ke apa, jgn takut sngt mengenai rezeki.

Dari segi mempertahankan isteri apa tuan buat tu betul, cumanya, walaupun tuan tngh marah, sepatutnya balas ws mak mengenai cucu tu walaupun tak nak bagi jumpa.

Tak semestinya bila kamu balas ws, isteri kamu tak dilindungi. Memang ada pemikiran terutama zaman skrng, isteri kena kerja, tak kerja tak guna, isteri mata duitan malas kerja, tak nak susah payah dan lain2.

Saya percaya itu tak betul. Ada gak perempuan pandang rendah isteri tak kerja, salah tu. Takde masalah mengenai tak kerja, jangan dengar kata2 orng.

Try amik insurans kalau mampu nanti. Tahniah kerana menjadi suami yang baik dan bertanggungjawab.

Saya berharap perkahwinan tuan bahagia sampai syurga dan suami isteri bersabar sangat atas ujian mak tuan.

Peah. Tak salah pun awak melindungi isteri awak. Jangan ulangi kesilapan mak ayah awak. Cuma jangan biarkan mak awak atau ayah awak mempengruhi keputusan awak dalam melayari rumahtangga.

Sebelum buat keputusan, fikir secara rasional bukan disebabkan oleh pendapat mereka. Yang kenal isteri awak adalah awak sendiri bukan mak atau ayah.

Mak ayah nak yg terbaik utk anak anak dia. Bila mak ayah call jawaplah. Janganlah senyap. Kesian mereka. Walaupun malas nak jawap call atau terasa hati dgn mereka.

Umi. Org yg xpnh alami famili broken, xkan faham tndakan tt ni. Sbb dia dibesarkan tnpa ibu. Bygkan dh umo 27 bru kenal maknya.

Mmg ssh nak rpat mcm kita yg sejak lahir duk dgn mak. Org laki plak klau dia marah mmg dia hati kering. Xpe lah tt, take your time utk baik smula dgn mak..

Cuma slow talk je lah slow2.. Jgn trus snyap cmne pun dia yg melahirkan awk. At least lpskan tggjwb kt mak, bankin duit bln2 kt mak..

Tny khabar sesekali, cukup lah. Sbb bukan dibesarkan oleh mak sndri, mmg susah nk rasa kasih tu. Sy tgk ayah sy la. Mmbesar dgn nenek.

Mmg xblh nk jd rapat dan mesra sbb bkn mak nya yg jaga dari kecil. Dh besar baru jumpa mak dia.

Ferra. Terbaik.kamu suami contoh yg pertahankan isteri kamu walaupun percubaan utk menghina tu dtg dri emak kamu sendiri. Susah senang kamu isteri je yg tahu.

Emak yg tiada sepanjang kamu kwcik dah besar panjang bru dia muncul, dan tiba2 nk persoal kwhidupan kamu, rasanya dia tidak berhak utk menghakimi hubungan suami isteri korg sebagaimana kamu tidak menghakimi

perpisahan emak dan ayh kamu. Teruskan melindungi isteri dan ank kamu dari anasir yg cuba memecahbelahkan keharmonian rumahtangga kamu.semoga bahagia hingga syurga confessor.

Syakinah. Tahniah confessor. Lindungi n jaga perasaan isteri. Berganda yang dia akan buat untuk anda. Saya sendiri rasa yg suami saya selalu lindungi n jaga perasaan saya bila bersama keluarga dia. Syukur sgt.

Tapi as a wife, jgn sesekali lagakan or jadi batu api antara suami dengan ibubapa/adik beradik dia. Terus suruh dia berbuat baik. Dlm situasi confessor, saya tak tahu isteri anda mcm mana, tp x perlu tersa hati terlalu lama.

Maafkan ibu mertua, minta suami layan ibu mertua seperti biasa. Dia tetap ibu yg melahirkan suami anda sekarang.

Beralahlah dengan orang tua tapi tanamkan dalam diri, kelak aku jadi mertua, kebahagian rumah tangga anak cucu seharusnya jd keutamaan, dan jgn ikuti sifat buruk itu.

Farah. Lindungi isteri dan anak tapi dlm masa sama, jgn luk4kan hati mak. Mak cakap mcmana pun, hormati dia, boleh terus terang ngan dia tapi berhemah la.

Betul la mak terasa hati x bagitau isteri beranak tu, mmg salah confessor. Sepatutnya salah mcmana pun mak, jgn belakangkan mak ayah.

Apa-apa pun, mak tetap mak, kena hormat dia. Apa yg paling penting, awak kena sentiasa support emosi isteri awak bila kena attack ngan mak.

Jauhkan diri bila perlu tapi jgn abaikan, jgn putuskan hubungan. Awak kena minta maaf ngan mak awak tu bila dia terasa hati.

Awak kena ingat, mak awak syurga awak, isteri awak syurga anak awak. Dua2 penting.

Khadijah.Kalau ibu tuan jenis manusia begini… better jarakkan ibu hubungi melalui sms, hp, call, whatapp , online dengan isteri tuan….

apa² mengenai family tuan tak perlu cerita dengan Ibu tuan. Tak manis……. apa² ibu tuan hanya perlu hubungi dengan tuan sahaja..

sebaiknya, isteri hubungan silaturahim dengan ibu tuan adalah face to face sahaja.. ini yang saya lakukan dengan ibu mertua saya sendiri, alhamdulilah tiada masalah.. lebih baik begini sahaja..

Shafinaz. Tak salah..awak betul…dengar nouman ali khan ckp…suami adalah kubu pertahanan seorg isteri…isteri perlu dilindungi sepenuhnya oleh suami..mnghalang ibu dri myakiti isteri juga adalah tugas yg mulia kerana utk mngelakkn ibu dri berbuat dosa.