Foto sekadar hiasan. salam min. Maaf saya type balik ya. Tolang hide profile saya ya min. Terima kasih min.nmaaf cerita saya agak panjang.. saya dah berkahwin 4 tahun dan ada seorang anak perempuan umur 7 bulan. Suami saya seorang yang panas baran tapi dia tak pernah lokek tntg duit dan lepas dia dah marah2 dah pkul m4ki saya dia akan mintak maaf dan pujuk saya.
Masa bertunang saya diuji suami saya bersama dengan perempuan lain dan dia jujur masa to kami lagi 2minggu nak kahwin dan kad semua dah edar jadi saya tak ada pilihan.
Saya tak nak malukn keluarga sebab dia pilihan saya sendiri (umur kami baru 20)dan lagi satu suami saya dari keluarga yang tak sempurna sebb mak ayah dia dh cer4i.
jadi saya kesian kan dia kalau saya tak ada macam mana hidup dia sebab dia tak ada sesiap. Jadi saya maafkan dia dan teruskan dengan perkahwinan kami.
Lepas kahwin kami diuji hidup susah smpai kan pernah ada seringit je dalam wallet tapi saya tetap sabar dan tetap dengan dia sampai sekarang.
alhamdullilah hidup kami m4kin senang. Tapi baru2 ni suami saya kantoi cur4ng dengan saya dia jujur cerita dia cakap perempuan to goda dia dan dia layan perempuan to dan mereka ada hubungan dah sebulan lebih.
Suami jujur dia dah bersama dengan perempuan to 3-4kali. Suami ckp dia layan perempuan tu sebab marahkan saya
sebab saya tak layan suami masa tu seminggu saya tak bersama dengan dia dan pada masa yang sama perempuan to tetiba luah perasaan cakap yang suami perempuan tu dah lama tak sentuh dia.
Perempuan to ckp dia dah lama sukakan suami saya (perempuan tu bini orang dan lagi tua dari suami saya)saya mengaku salah saya sebab tak layan untuk bersama dengan suami saya masa seminggu tu
sebab saya macam dah betul2 tawar hati sebab dia selalu m4ki pkul saya tapi untuk berpisah saya macam tak sampai hati sebab kenangkan dia tak ada sesiapa dah lagi sekarang kami dah ada anak.
Paling sedih masa saya mengandung pon dia tetap pkul dan saya pernah kena baling dengan kunci dan saya kena pkul masa tengah susukan anak susu badan.
Dalam pantang dan masa malam kenduri tahlil arwh ayah saya pon dia pkul saya.
Sebabtu saya rasa stress sgt sebab selama ni saya tak pernah kongsi dengan sesiapa pon termasuk keluarga atau kawan2 semuanya saya pendam sendiri sebab saya tak nak buka aib suami.
Lepas suami jujur pada saya saya pandang anak saya saya pluk anak saya untuk cari kekuatan.
Suami mintak maaf dekat saya dia cakap dia dh putuskan hubungan dengan perempuan to.
Dia cakap dia tak akan ulang lagi benda tu. Dia ckp kalau saya layan dia mesti tak akan jadi benda to semua.
dia buat saya ikut sama rasa salah walaupon sekarang salah tu dia yang buat.
Walaupun saya terima dia tapi hati saya rasa kosong cuma saya terima dia sebab ANAK.
Sebab ank saya mmg manja dengan suami saya dan saya tak nak anak saya mmbesar macam dia tanpa ibu ayah yang sempurna sebab saya tahu mcm mana hidup dia.
Sekarang hidup saya tak tenang saya selalu akan terbayang perbuatan dia dengan perempuan tu. saya taktahu perlu buat apa.
kalau saya berpisah saya takut saya tak mampu besarkan anak saya dan paling saya taknak anak saya yang jadi mngsa sebabkan salah mak ayah dia patut ke saya saya salahkan diri saya punca sebab benda ni jadi.
betul ke keputusan saya teruskan perkahwinan ni hanya sebab anak dan sebab saya kesiankan dia yang tak ada sesiapa
dan kalau ada single mom dekat warga krt ni yang baik hati boleh kongsikan apa cabaran paling berat kalau bergelar single mom ni.. terima kasih admin..
KISAH KEDUA.Assalammualaikum… Saya isteri kedua kepada seorang lelaki berusia 52 tahun. Jarak usia kami. 22 tahun.
Ramai yang pelik kenapa saya pilih bermadu sedangkan boleh cari dan jumpa yang lebih baik. Ini kisah saya, jadikan tauladan.
Ini perkahwinan kedua saya selepas saya dicer4ikan melalui SMS oleh suami pertama yang bekerjaya bagus dan ditinggalkan bersama anak perempuan berusia 2 tahun ketika itu.
Kerjaya bagus tak menjamin sikap yang bagus. Saya jadi semacam serik nak kahwin, dan lebih selesa bertukar-tukar boyfriend selepas menjanda pada usia 24 tahun.
Saya takut nak kahwin sebab dunia perkahwinan akan menyebabkan perubahan sikap pada lelaki. Jadi saya cuma bermain cinta, dah bosan, saya tinggal.
Tak kira bujang, duda, suami orang semua saya layan. Tapi yang sorang ni, lain macam sikit caranya.
Cara pertama suami saya, dia minta izin daripada keluarga saya dahulu. Sanggup terbang ke Kuching bertemu keluarga saya.
Selepas tu, kami bertunang sebab dia risau saya kena caras dengan lelaki yang bersusun nakkan saya, yang berusia 26 tahun ketika itu.
Melihat cara dia yang serius, saya beri peluang kepada dia untuk mengenali hati budinya dengan lebih dekat.
Tapi ada sesuatu yang cuba disorokkan, iaitu isteri dan keluarganya. Semacam ada rahsia besar yang ingin disorokkan. Saya bertanya, ni nak mengorat saya, dah ada izin ke.
Dia kata, memang isterinya suruh cari. Sebab dulu mereka kahwin atas pilihan keluarga, jadi isterinya nak beri kebahagiaan pada dia untuk merasa bercinta dan berkahwin dengan pilihan hati sendiri.
Yang membuatkan saya percaya ada beberapa peristiwa antaranya sepanjang 2 tahun perkenalan, walaupun isterinya tahu (Saya tahu isterinya tahu sebab saya pernah baca mesej mereka),
isterinya tidak pernah sekalipun mencari saya atau berjumpa saya marah-marah.
Dan peristiwa yang saya alami iaitu semasa arwh bakal mak mertua ketika itu meningg4l dunia, saya berjumpa dengan dia dan dia hanya tersenyum. Dia kenal saya. Yes, itu sahaja.
Memandangkan hubungan kami yang semakin rapat dan hubungan anak saya dengannya semakin erat, saya buat keputusan untuk memilih dia menjadi suami saya.
Disebabkan proses yang agak rumit nak kahwin di Malaysia, kami pergi ke Songkhla, dan menikah di sana. Tapi langit tak selalunya cerah.
Baru saya tahu kenapa isterinya beria-ia nak carikan jodoh suaminya. Bukan sebab rela dimadu, tapi sebab nak jadikan alasan untuk minta cer4i sebab selama ini,
isterinya bermadu kasih dengan lelaki lain (yang saya jumpa sendiri buktinya di laman sosial media).
Tapi disebabkan suaminya ibarat mr.perfect, tak boleh tuntut fasakh. Dan rupanya sikap suami saya juga antara puncanya.
Dia tak baran, tapi seorang yang agak materialistik dan memandangkan saya ada kerjaya yang baik, gaji yang bagus dan harta (rumah dan kereta milik saya, dah habis bayar)…
jadi dia nak mendapatkan saya. arrrghhh. Bodoh nya saya terperangkap cinta lelaki tua yang materialistik.
Satu persatu penipuan suami saya terbongkar… dan sekarang saya terduduk dan menangis, memandangkan saya dah mengandung 7 bulan..
mana saya nak lari. proses daftar nikah dalam proses, tunggu panggilan mahkamah.. anak dalam perut makin besar, dan saya berseorangan di rumah…
nasib kerjaya saya melibatkan interaksi dengan ramai orang, jadi saya tak lah gila sorang2.. cuma malam memang sunyi…
tak ada beza masa sebelum kahwin. cuma, rezeki anak yang Allah beri, pengubat hati saya.
So, please beware dengan cinta suami orang. manisnya sekejap, menderitanya lama.
dah ramai yang nasihatkan saya, tapi saya ingatkan dia berbeza. Padan muka saya. So, tolong jangan percaya. Lelaki, hampir semua sama..
Sekarang saya sedang cuba menerima kekurangan dirinya, dan menghargai kelebihan dirinya… masih lagi dalam fasa mengenali…
sbab beza keadaan sebelum dan selepas kami nikah… jadi nak tak nak, saya terpaksa juga terima.
saya mula nampak kesungguhan suami cuba menjaga dan mencintai saya, serta semampu boleh berlaku adil..
tapi jujur, hati saya sebenarnya dah tak ada pada dia sebab kecewa dengan penipuannya.
Saya beri peluang mengenangkan anak yang dikandungkan, dan terima takdir saya (yang saya salah pilih sendiri), cuba terima sampai ke akhirnya.
Kalau boleh, biarlah susah dan skit macam mana pun, saya cuba bertahan. asalkan dia tak naik tangan dan bertanggungjawab, yang lain tu, boleh try adjust..
So, girls. you worth more than you expect. saya bernasib baik sebab saya ada kemampuan, jadi ada suami atau tidak, saya tetap boleh tanggung diri sendiri dan anak-anak.
jangan jadi bodoh dan memperbodohkan diri sendiri, menerima lelaki memperlakukan kita sesuka hati.
My first marriage saya jadi mngsa domestic violence. Second marriage, jadi mngsa buaya darat. So, jangan jadi bodoh macam saya.
If saya boleh putar masa, saya memang nak single balik. Happy with my 8 years old daughter… and now soon, baby girl juga.
Mungkin ini hadiah yang allah nak beri pada saya.. Bukan seorang suami yang mithali, tapi mungkin anak yang jika didikan saya betul, boleh jadi penawar duka saya.
So, girls Jangan rendahkan harga diri anda semata-mata nak suami. Pastikan dah ada kerjaya, gaji dan persekitaran yang baik (kereta, rumah) supaya if anything happen, you still can survive.
Suami tu bonus, yang penting berbakti untuk ibu bapa/orang yang jaga dan besarkan kita. I’ve made mistakes twice so i’m sharing this supaya girls tak terjebak dengan lelaki macam ni.
Jangan terlalu considerate sangat sampai makan diri. Akhir kata, better jadi andartu daripada bermadu.
Kecuali your future husband memang mampu berlaku adil, zahir dan batin, dan madu yang sporting.. So, mungkin rezekimu di situ.