Sengaja balik rumah mak mertua 2 mgu tanpa suami, Tk sangka ini layanan aku dapat

Gambar sekadar hiasan. Assalam. Aku Husna (bukan nama sebenar). Terima kasih andai cerita aku disiarkan. Di sini aku ingin kongsikan serba sedikit cerita aku dengan arwh ibu mertua aku dulu. Allah hanya bagi aku pinjaman yang sangat berharga ini hanya 4 tahun sebagai menantu buat arwh ibu mertua ku (sekarang usia perkhawinan aku dah nak masuk 8 tahun), di kesempatan itu aku cuba menjadi menantu yang terbaik.

Aku berkhawin dengan anak lelaki bongsu (berasal dari utara berkerja di Selangor). Alhamdulillah suami aku tak pernah lupa tanggungjawab dia debagai seorang anak. Jika ada kelapangan, pasti sebulan sekali atau dua bulan seklai kami akan pulang ke kampung.

Usia arw4h ibu aku ketika itu, sudah menjangkau 70-an. Itu pengetahuan kalian, arwh ibu mertua aku ini, seorang yang bongkok. Ketika aku bernikah dengan anaknya, ibu mertua ku dah bongkok, di sebabkan dia pernah terjatuh di dalam bilik air.

Aku Husna berasal dari Bandar Kuala Lumpur. Berkahwin dengan orang utara. Memang berbeza loghat dan cara masakan. Tidak dinafikan pada permulaannya, aku sedikit kekok dengan usia ibu mertua dan ayah mertua aku seusia sama macam nenek aku.

Tapi alhamdulillah arwh ibu dan ayah mertua aku menyambut aku dengan baik sebagai anak menantu mereka. Alhamdulillah aku beruntung sangat. Dengan pada masa itu, aku hanya berkerja biasa-biasa sahaja. Keluarga suami aku tak memilih pangkat dan darjat.

Aku dibesarkan dalam keluarga yang sederhana. Lebih banyak merantau di negeri orang. Waktu belajar dulu, adakalanya belajar di belah pantai timur, belah utara.

Jadi waktu aku di rumah sangat lah kurang. Ibu kandung aku yang selalu masakkan makanan untuk anak-anaknya dirumah. Dipendekkan cerita, aku tak pandai masak ketika itu. Disebabkan ibu kandung aku jenis yang cerewet. Jadi aku hanya bantu potong-potong bahan apa yang patut sahaja.

Ketika aku mula-mula berkahwin. Aku memang tak berapa pandai masakkan lauk pauk untuk arw4h ibu mertua aku dan untuk ayah mertua.

Mereka masing-masing umur dah 70 lebih. Pak mertua aku jenis yang pandai makan. Tidak sah kalau tak ada gulai. Arw4h ibu mertua aku jenis tidak kisah. Dia makan saja apa yang ada. Dapat ikan mabong goreng dengan sayur sawi pun arwh dah suka.

Arwh ibu mertua aku memang jenis suka bersembang ketika dia masih sihat. Kalau aku balik kampung. Ada sahaja cerita dia. Walaupun arwh ibu mertua aku selalu menelifon kami. Memang kalau di ikutkan aku tiada topik untuk disembangkan. Tapi pandai-pandai laa bercerita.

Bab kain batik kat Kuala Lumpur lah. Corak corak kain berbeza lah. Arw4h ibu mertua aku berkenan dengan corak kat belah sana. Dia kirim kat aku jika aku balik lagi nanti. Dia nak dia kata.. Aku layankan saja. Arw4h bukan kirim dengan air liur tau. Dia akan bagi duit sekali.

Suami aku anak bongsu. Arwh ibu mertua aku. Memang sayang sangat dekat anak bongsu dia ini.. Kadang kalau kami balik 4 hari 3 malam tu, rasa macam tak cukup sangat.

Sampai arwh ibu mertua aku sampai duk tanya, kalau kami dah kalut-kalut hendak bersiap balik ke Kuala Lumpur. ‘Awat dah nak balik dah’..

Aku cuma membalas, ‘esok dah kerja mak.. In shaa allah nanti kami balik lagi ya.’. Tengok muka arwh mak dah sayu sangat. Anak dia dah nak balik..

Masa kami mula-mula kahwin. Tidak lama itu, dah nak raya. Arwh ibu mertua aku, ajarkan aku menganyam ketupat palas. Seronok sangat moment tu. Hahaha.

Walaupun waktu itu, entah apa yang jadi. Tapi selamat rasa tu, ada juga rasa ketupat palas. Biras-biras aku ada tinggal berdekatan dengan arwh ibu, dan ayah mertua aku. Tapi itulah, mereka masing-masing sibuk dengan kerja. Ada pun, waktu petang dan hari minggu.

Kalau aku dan suami balik. Kami tidak akan berjalan sangat. Keluar pun, pergi pekan sekejap. Kalau niat hendak berjalan pergi Perlis ke. Akan kami bawak mereka sekali.

Sebab bagi suami aku, dia balik kampung tu, hendak habiskan masa dengan kedua ibu bapa dia. Bukan balik kampung, nak berjalan-jalan ke tempat lain.

Dipendekkan cerita, disebabkan aku ketika itu surirumah (berkerja hanya dirumah bisness online) dan anak baru seorang. Aku beritahu pada suami.

Aku hendak balik kampung dia selama dua minggu dengan anak aku sahaja. Suami aku berkerja, jadi dia tidak boleh ikut.

Aku hendak jaga arw4h ibu mertua aku dan ayah mertua aku. Aku buat ‘surprise’ dekat orang tua aku dikampung. Yang tahu hanya abang ipar aku sahaja. Sebab dia yang akan ambil aku dan anak aku di airport.

Bila sampai sahaja aku dikampung. Terkejut arwh ibu mertua dan ayah mertua aku. Yelah lah, tetiba je kan aku balik. Dengan suami tak ikut.

Aku bagitahu sahaja je balik.. (sambil sambil itu, bisnes online aku still berjalan) Bisnes online aku, order still jugak masuk. Alhamdulillah tidak putus-putus. Berkat menjaga orang tua agaknya..

2 minggu aku di kampung. Aku manfaatkan waktu aku bersama mereka. Aku kemas-kemaskan bilik tidur mereka. Kemas seluruh kawasan dalam rumah itu. Anak aku ketika itu baru berusia 3tahun..

Ayah mertua aku yang layan dia ketika aku sibuk mengemas atau masak. Pagi-pagi aku siapkan sarapan.

Tengahari aku dah sibuk dekat dapur. Lepas zuhur, waktu aku berehat. Petang pula aku sibuk dah kat depan laman rumah. Minum minum petang dengan kedua orang tua aku.

Memang kalau diikutkan aku janggal. Sebab aku dibesarkan dalam suasana bandar. Bila berkahwin. Aku kena belajar keadaan yang berlainan. Aku ikut rentak orang tua aku. Malam pula jika malam itu ada pasar malam..aku ikut biras aku yang tinggal berdekatan dengan rumah parent mertua aku ni.

Kami pergi pasar malam. Waktu itu, aku ingat lagi sampai sekarang, aku tanya arwh ibu mertua aku. ‘Mak, husna nak pi pasar malam ni, mak nak kirim apa-apa tak???’

Mak kata, ‘ada, mak nak kirim sepit rambut dengan butang kacip ni (butang yang ada kat leher koler baju macam kurung kedah tu. Baju yang orang tua tua selalu pakai tu). Mak nak butang kacip ini ya..’

Aku balas, ‘Okay mak, nanti Husna belikan ya. Tak lama tu, arwh ibu mertua aku hulur duit untuk barang yang dia kirim tu. Bukan 5 atau 10 ringgit tau. Tapi RM100.. Allahuakhbar terkejut aku.

Aku katalah, mak banyak sangat ni. Mak kata, takpa lah buat belanja. (Dalam hati aku kata, Nak pi pasar malam je. Tapi duit besar macam nak pergi mall pulak)..

Alhamdulillah, rezeki aku dapat arwh ibu mertua aku yang baik sangat. Bising?.. Adatlah, mak kita sendiri pun bising jugakan. Layankan sahaja diorang ni, sementara diorang masih ada dekat dunia ini. Kita bukan kahwin dengan anak dia sahaja tau..

Waktu aku balik kampung mertua selama dua minggu tanpa suami disisi. (tak pernah dibuat orang kot??). Kalau parents sendiri lain lah kan).

Seronok adik beradik ipar aku, ada yang sudi tengok tengok kan mak ayah diorang dikampung. Yelah, hanya itu sahaja aku mampu berbakti pada keluarga mertua aku.

Arwh ibu mertua aku dah berusia. Dia tak larat hendak berjalan. Kerusi roda la peneman dia kalai hendak pergi kemana-mana. Aku berkesempatan jugalah ketika arw4h masih hidup, aku tolong mandikan arwh. Malam-malam aku pakaikan arwh pampers.

Sebab arwh tak larat nak berulang-alik ke tandas waktu malam. Waktu siang arwh pergi dengan kerusi roda dia. Dengan bantuan orang-orang dirumah.

Waktu arw4h dah macam ini. Arw4h sering terlupa. Rasa dia macam tidak solat lagi. Sedangkan aku tengok arwaah dah solat.

Kalau kami balik ke kampung. Biras aku dan abg ipar aku, beri kami untuk menjaga arwh. Waktu ini. Aku langsung tidak ada pengalaman menjaga orang tua.

Sedangkan ayah ibu kandung aku ketika itu, masih sihat walafiat. Memang aku tidak reti hendak ‘handle’. Itulah pertama kali aku mandikan orang tua.

Itulah pertama kali aku pakaikan pampers orang tua. Aku memang tidak reti. Tapi aku buat apa?? Aku belajar. Kalau hari ini, cara aku salah mandikan atau pakaikan. Untuk hari kedepannya. Aku akan perbaiki cara itu.

Tahun 2017, ketika kita sebagai umat islam. Sedang menyambut bulan ramadhan. Tidak silap aku ketika itu baru 5 Ramadhan (31/05/2017).

Waktu berkumandangnya azan magrib. Arw4h ibu mertua aku dah mnglkan kami buat selama-lamanya. Arw4h tak skit teruk pun waktu itu. Cuma terjatuh di bilik tidur. Aku menangis teresak2 dpt berita itu.

Dan tulang peha arw4h ketika itu retak. Dktor bdah dekat kaki arwh.Sejak itu, arw4h tinggal di hspital, dktor sah kan. Peparu arw4h ada jngkitan kuuman, so arw4h tidak boleh balik.

Tidak lama selepas itu, arw4h mngl dunia. Maka tiada lagilah kasih seorang ibu mertua buat aku.

Sudah 3 tahun arw4h mngalkan kami. Jika dulu kalau kami balik ke kampung. Sampai pun dah 3, 4 pagi.

Arwh ibu mertua aku ini lah akan menjemput kami di depan pintu rumah dengan lampu suluh dia tu. Allahuakhbar. Aku rindu sangat dengan moment tu..

Kalian yang masih mempunyai ibu mertua dan ayah mertua itu. Jagalah mereka seperti ibu ayah kita sendiri. Kita masuk keluarga orang ini. Kita sendiri kena mencari ‘rentak’ itu.

Tak pandai. Belajarlah untuk memahami hati mereka. Kita ini hidup dekat dunia ini tidak lama. Hanya sementara.

‘Jangan benda yang kecil. ‘Hampa nak duk perbesaq-besaqkan’.. Jangan wat lagu tu naa.’

Tiada masalah yang terjadi dekat atas muka bumi ini, tiada penyelesaian. Anda sendiri kena cari cara untuk selesaikan. Al-fatihah (dibaca), buat arwh ibu mertua ku.

Apa reaksi warganet, ramai yg kongsi pengalaman mereka.

Farah, Teringat moment belajar bungkus ketupat palas ngan MIL. Asyik kena gelak je ngan mil. Dia bukan jenis garang ngan anak2 dan menantu. Dia ajar, bila tgk x jadi, dia gelak. Last2 tahun ni masa bungkus ketupat, tak nak la bungkus ketupat, surrender, nak bungkus tapai.

Pastu kena gelak lagi sebab letak banyak2 padahal nak juai tu. Moment indah yg akan dikenang nanti. My mil, fil dan semua ipar duai ku mmg baik sgt. Bila baca confession org psl keluarga mentua masing2, mmg slalu je rasa bersyukur dikurniakan keluarga mentua yg buat kita rasa x kekok bila balik.

Serjana Daud, Mak mertua saya pun baik cam mertua TT.. Tak pernah berkira ngan anak menantu.. Kadang2 terasa malu sendiri bila mak mertua hulurkan duit kat menantunya ni. Kalau saya tolak dia suruh ambil juga..katanya mmg dah niat kalau tak duit habsi camtu je.

Kalau saya balik kg..dia serahkan dapur tu kat saya.. Dia tak masuk campur..nak masak apa.. Masak laa.kalau tak ada bahan.. Cepat je dia pergi beli sebab menantunya ni nak masak… Dia tak kisah.. Dia tak cerewet apa saja saya masak.. Dia ok je.. Tmasuk bapa mertua saya.. Alhamdulillah.. Saya sayang mertua saya spt mak ayah kandung.

Intan Norliana, Alhamdulillah…ada org cakap syukur dpt mertua baik, ada org dpt mertua yg xboleh ngam…tu cerita lain..mmg totally mungkin susah sikit..

Tapiiii sy masih tak faham org yg dapat mertua baik masih xnak cuba untuk anggap mcm mak ayah kita..buat mcm org luar jugak..balik jenguk bermusim ikt mood..time ko bergaduh laki bini sibuk duk cerita a to z pasal anak dia kt mak mertua ko…

Mertua baik sampai ko boleh cerita keburukan ank kandung dia, boleh dia tadah je tahan sebak..dah bahagia ko tanya khabar sihat ke mkn tak pun tak…dah dpt mertua baik syukur lah..mcm tt ni cuba cari keserasian dan bertolak ansur, cuba serasikan, sangat bagus..

Utk cari kekuatan tolak ansur tu fikir mereka ni tak tau berapa lama je dieorg hidup lg dan ingat kalo kita dh tua nanti apa kita buat sekarang itu lah balasan kita nanti…

Memang bukan senang nak masuk keluarga yg totally lain dengan cara kita tp cuba cari rentak..ikhlaskan hati, in sha Allah dimudahkan..kalo hati xikhlas benda senang pun susah kita rasa..tp kalo ikhlas susah cmne pun lapang je hati ni. Buat tt tahniah moga kita semua pun dpt mencontohi benda yg baik2 tu.

Nabilah Zaki, Saya setuju sangat part balik kampung, spend betul2 Masa dengan family bukan sibuk nak berjalan. Saya dgn suami pun ada prinsip yang sama. Balik kampung dahlah sekali sekala, bila balik pulak tak lekat dirumah.

Kesian org tua tu, dibuatnya rumah dia macam hotel. Patutnya time tulah kita ambik peluang, duduk rumah, tolong yang mana patut dan betul2 habiskan masa dengan orang tua kita.

Hafizah Hashim, Yaa Allah sedihnya sy baca cerita sis ni. Sy akan ingat cerita sis in shaa Allah sampai bebila untuk ingtkan diri sendiri betapa bertuahnya sy skrg dikurniakan ibu dan bapa mertua sebaik skrg. Sy sekejap pon tak pernah rasa sy ni menantu dalam keluarga tu.

Layanan seperti sy ni anak mereka. Sy org selatan, suami pantai timur. Tapi takde lgsg istilah ‘org luar’. Ibu bapa mertua sy pulak suke sangat time sy balik kg sy akan masakkan masakan belah selatan. Ayah mertua sy siap dh ada menu menu yg mmg dia nk sy masakkan walaupun org lain boleh masak dia nak sy jugak. Syukur sy dikurniakan keluarga mertua yg baik. Itu semua rezeki.

Ain Najihah, Alhamdulillah mak abah mertua sy pn baik. Mak beletiaq, tugur2 tu normal laa, mak sndri pon beletiaq jgk. Tp knapa ngn mak sndri xterasa hati tp ngn mak mertua nk touching lebih lak kan? Anggp mcm mak sndri InshaAllah xda touching lebih2 aihh.

Kecuali laa kalau mak mertua mmg mcm page krt tu, xleh buat apa laa. Tu sikap individu. Bukan semua mak mertua xbaik. Ramai sgt yg baik. Mak sy pn baik as a mak mertua.

Sumber – Husna (Bukan nama sebenar) via IIUMC