Setiap kali kami nk bersama, suami jd xde mood. Dia tak mampu, dh setahun nfkah batin aku terabai

Foto sekadar hiasan. Hi, dan salam sejahtera. Saya Josha, berumur 28 tahun, dah berkahwin, mempunyai seorang anak perempuan. Saya ingin menceritakan kehidupan saya bersama kekaasih yang kini sudahpun menjadi sebagai suami. Terlebih dahulu, maafkan saya andai penulisan saya ini tak sempurna dari segi penggunaan bahasa & jalan cerita yang tunggang langgang. Saya cuba tulis dengan betul ye. Izinkan saya guna bahasa inggeris juga.

Saya, seorang anak bongsu dalam 6 beradik yang dilahirkan dalam keluarga yang beragama. Ibu & ayah sangat tegas dalam segala hal.

Walaupun saya bukan Islam tetapi ibu tetap menyuruh kami berpakaian tutup aurat. Kami adik2 beradik sentiasa dipantau oleh ibu ayah. Ibu ayah juga tegas katakan ‘no love marriage’. Begitu la kehidupan saya.

Akan tetapi semasa umur saya 16, masih di bangku sekolah saya telahpun jatuh cinta. Cinta monyet kata orang. Saya memang sakan bercinta tanpa pengetahuan Ibu ayah.

Gred saya pun makin menurun walaupun saya dikenali sebagai top student/ pelajar harapan. Saya masih ingat bulan oktober tahun 2009, saya terlanjur buat kali pertama dengan kekaasih.

Tak, saya bukan bangga dengan perbuatan itu sampai ingat haribulan semua. Tetapi saya memang rasa hina dan saya menyesal sangat.

Kalaulah masa boleh diundur ke belakang saya memang bersungguh sungguh akn mempertahankan mahkota saya.

Masa itu memang tak rasa menyesal. Gembira saja memanjang. Dari luar saya seorang yang sangat baik, taat kepada ibu ayah, seorang yang memunyai ilmu agama.

Ibu ayah juga sangat menyayangi saya and menganggap saya sebagai anak yang paling taat.

Tetapi hakikatnya sayalah anak yang paling tak guna, anak yang kuat menipu ibu ayah. Maafkan saya ibu & ayah. Sesungguhnya saya menyesal. Sangat sangat menyesal.

Setiap kali dating dengan kekaasih pasti kami akan terlanjur dan ianya bersambung sampai kami mengambil keputusan untuk berkahwin pada tahun 2018.

Saya bagitau ibu yang saya ada kekaasih. Ibu kecewa sebab ibu ayah memang menolak love marriage.

Saya pujuk ibu, ibu akur dengan mengatakan, ‘I agree, but any problem you solve on your own’. (Saya akur tetapi apa2 masalah kamu tanggung sendiri).

Tahun 2019, kami berkahwin. Dari sini bermulalah segala kesan akibat berz1na/ terlanjur sebelum kahwin.

Betul kata orang selagi tidak tidur sebantal sebilik maka tidak tahu perangai sebenar.. kami bercinta hampir 11 tahun. Segalanya baik2 & sentiasa berbunga berbau wangi saja.

Lepas kahwin baru terbongkar yang suami ini suka minum (arak) walaupun agama saya dan prinsip keluarga kami menentang perbuatan itu sekeras-kerasnya.

Bulan kedua lepas kahwin, Masa saya mengemas bilik suami dapat 2 hp yang masih boleh guna.

Saya godek2 dapat tahu yang sebenarnya suami curaang sepajang bercinta dengan saya. Hncur luluh hati saya. Rasa nak bnuh diri sebab kebodohkan diri sendiri terlalu percaya dengan suami.

Saya confront suami. Dan dia mengaku katanya saya cinta sejati dia. Lain2 tu saja test market. Kalaulah iman saya tak kuat haritu, memang saya teranjang dia dengan jawapan dia yang bodoh tu.

Fast forward saya dapat tahu saya mengandung. Bersyukur walaupun rasa diri ini tidak sedia memikul tanggungjawap sebagai ibu.

Tetapi Tuhan maha mengetahui. Masa mengandung sarat sekali lagi saya dapat rasa ada yang tak kena. Saya check hp suami. Hah, tudia ada message flirting dengan pompuan lain.

Masa tu rasa memang hncur. Tangan menggigil. Rasa sedih, sayu, menyesal, tak berguna semua ada.

Terus saya confront suami, suami akur dengan perbuatan dia. Nangis minta maaf. Sujud di kaki saya minta saya tolong doakan dia menjadi suami & ayah yang baik. Minta doakan supaya dia tidak lagi berfoya2.

Saya tanya kenapa you buat macam ini. Apa yang tak kena dengan saya.

Katanya saya sempurna tetapi since dia dari keluarga yang broken, (ibunya berpenykit mer0yan selepas melahirkan suami) dia yang tidak mendapat kasih seorang ibu, mudah cair dengan kata2 perempuan. Saya bagi peluang lagi.

Kami sama2 berdoa, kesal dengan kesilapan masa lalu. Mungkin ini semua hukuman akibat dosa kami. Hilaangnya nikmat perkahwinan. Kami sama2 taubat.

Semuanya baik2 sahaja, saya melahirkan puteri saya tahun 2020. Suami pun makin berubah ke arah yang baik. Arak tidak lagi disentuh, hp semua bersih. Saya pun dah tak check hp dia.

Saya berdoa, ‘saya takkan check hp suami kalau, ada apa2 tak kena biar tuhan yang menunjuk, sebab hati manusia ini Tuhan yang pegang.’

Everything was good sampai saya habis pantang, Masa kami nak berhubungan suami isteri, suami tidak mampu.

Tetiba suami macam hilaang mood. Ujian ini berterusan sampai hari ini. Hampir setahun nafkah batin saya terabai. Kadang2 suami nangis semasa kami nak bermesra tetapi suami tiba2 hilaang mood.

Kalau suami mampu saya pulak hilaang mood. Macam kayu saja. Tipu kalau saya katakan yang saya tak pernah rasa suami curaang lagi. Hihi. Jahatkan saya.

Saya tanya suami straight forward, ‘eh you makan luar ke sampai tengok muka saya take mood’. Suami dah bergenang air mata pulak katanya ‘jangan la cakap pasal benda lalu, saya dah taubat, tak flirt dengan sape2 dah, only you’.

Kami sama2 menyesal mungkin ianya akibat berz1na/ terlanjur sebelum kahwin. Mungkin hukuman dari Tuhan di dunia ini. Kami sama2 berdoa minta ampun dari Tuhan.

The thing is we have lost kenikmatan perkahwinan. Suami cakap, ‘Dulu kita onzz saja setiap kali dating, tak ingat Tuhan, tak ingat ibu ayah, tak ingat kesan berdosa, kesan berz1na dan sekarang perkahwinan kita diuji.

Saya dan suami sama2 janji untuk berhadapan dengan ujian ini. Setiap hari kami berdoa agar perkahwinan kami direstui oleh Tuhan.

Kepada adik2 di luar sana percaya la, anda berz1na sebelum kahwin pasti ada kesan nya. Pasti kenikmatan perkahwinan itu akan berkurang, pasti perkahwinan yang dibina atas dosa z1na ini akan diuji sampai hapusnya dosa tu.

Semoga Tuhan mengampun kami suami isteri. Semoga kami membesarkan anak kami dengan keberkatan Tuhan.

Ini antara reaksi netizen untuk perkongsian ini.

Norizan.Kita ni, bila buat benda curi curi, memang best. Bila boleh buat bila bila masa tak ada larang tak jadi kesalahan, rasa kurang la thrill tu.

Tak apa, hidup memang gitu.

Akhirnya nanti, suatu masa kita dah betul betul kasih dengan hanya melihat dia tidur atau melihat dia bergurau, semuanya otomatik akan ok saja.

Good luck dalam hidup yer

Siti hazwani. Walaupun agama kita berlainan, saya salute puan masih fikirkan nak restu tuhan, percaya pada balasan buruk dan baik, dan fikir nak bertaubat bersama-sama suami .

Ramai orang sekarang dah tak percaya pd tuhan, that’s why tak takut buat apa yg tuhan larang.. kalau puan yg non mslim pun boleh berfikir, sedih pula ingat rakan seagama yg hanyut teruk.. semuanya balik pd individu…pilihan di tangan kita

Mei. Sejujurnya seblum ni saya ingatkan agama islam sahaja yg tegas kena jaga aurat, tak boleh berzina, tak boleh minum arak.

Saya tak tahu pulak agama lain juga melarang sebab kebanyakkan orang sekeliling semuanya bebas sangat.

Walaupun ada yg sembahyang (ikut agama masing2) tapi masih lagi melangg4r larangan. Sekarang baru saya faham, it’s about individual tu sendiri, bukan agama.

Wanie. Selain bertaubat, boleh juga jumpa pakar skit puan/tuan dan juga pakar psikiatari.

Kdg2 ianya melibatkan inner self, rasa guilt yg berpanjangan dan mengganggu sexual life, mostly because of guilt, rasa bersalah dan berdosa.

Find your true path and God will lead you, people who search, will be lighted by God. Hope you both try hard to strengthen your marriage…

Norazlina. Hi Josha,Mungkin ni nampak agak clichè, tapi pernah tak dengar sihir kunci/ikat nafsu?

Sihir ni ada beberapa simptom..antaranya, boleh mengakibatkan pasangan suami isteri tak dapat melakukan hubungan kelamin disebabkan kelemahan alat suliit suami atau kedinginan perasaan oleh isteri.

Takut sihir ni mungkin dihantar oleh bekas² kekaasih suami yang lalu.. wallahualam.

Boleh cari perawat atau alternatif untuk berubat