Wktu aku tel prm tu, dia ckp ‘sruh mak kau jaga laki dia elok2 sbb bapak kau ckp mak kau buruk’

Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua, aku menulis ini bukan untuk menceritakan keburukan ayah aku cuma untuk menjawab tentang perkongsian wanita ini. Wahai Amni dan perempuan seangkatan yang sibuk bagi justifikasi kenapa suami orang sibuk cari korang, korang pernah tak tengok sisi kehidupan isteri dan anak anak lelaki tu? Rasanya memang tak.

Untuk kisah yang di kongsikan wanita bernama Amni tentang ramai suami curaang adalah salah isteri selalu berkasar boleh klik link ini. Kisah yang sangat menyentap emosi semua isteri.

Sy xcntik tp manja, sbb tu rmai suami org tergiilakn sy. Diorg ckp isteri suka bebel lyn kasar

Sambungan. Yelah sebab lelaki tu dah burukkan isteri dia, kau pulak rasa macam ohh patutlah dia cari aku, dia sunyi.

Biasa baca pasal kisah isteri yang meluah kan bila suami curaang? Aku pulak nak meluah dari sisi aku sebagai anak bila ayah aku curaang dan burukkan mak aku.

Kisah bermula tahun 2007, ketika aku berusia 17 tahun. Aku ada 2 orang adik lelaki. Masa tu umur mereka 14 tahun dan 4 tahun. Adik bongsu aku jarak 13 tahun dengan aku.

Kami tinggal di rumah flat 2 bilik. Mak aku ambil upah buat kuih dan jahit baju. Ayah kerja di kilang. Hidup kami tak senang tapi Alhamdulillah cukup semua.

Tahun 2006, tempat kerja ayah tawarkan ayah aku ikut kursus kat luar negara. Kalau ayah lulus, dapat tawaran naik pangkat dan gaji.

Setahun lebih mak berkorban jaga rumah dan anak-anak demi nak support ayah kejar impian. Masa tu mana ada video call, dapat dengar suara ayah guna telefon rumah je.

2007, tahun aku nak SPM. Ayah balik dalam pertengahan tahun. Ayah dinaikkan pangkat, gaji ayah tak silap dalam 4-5k. Ayah janji nak bawa kami ke rumah yang lebih selesa sebab masa tu aku kongsi bilik dengan adik lelaki.

Masa aku hampir nak SPM, aku perasan ayah berubah sejak ada handphone. Masa tu tengah famous Nokia 3310. Aku bangun study tengah malam, aku dengar suara orang bercakap di ruang tamu. Bila aku jenguk, rupanya ayah tengah berborak.

Ayah bagitahu aku, bos dia call nak cakap hal kerja. 4 pagi bos call? Aku tak syak apa-apa sampailah aku rasa sesuatu bila ayah bawak handphone dia masuk bilik air.

Keadaan jadi bertambah pelik bila balik kampung, ayah tak nak ikut beraya rumah saudara. Ayah cakap penat, nak tidur, skit kepala.

Tapi kebetulan ada satu masa tu, ayah tak perasan sorang pakcik aku ni, tak ikut beraya sekali. Jadi ayah aku cakap kuat-kuat dengan ‘bos’ di ruang tamu rumah nenek sebab ingatkan tiada orang di rumah.

Pakcik aku ni dapat dengar dengan jelas ayah aku duk bersayang, cinta bagai di telefon. Bila kami balik ke rumah, pakcik aku terus panggil nenek (mak kepada ayah) dan mak aku. Menangis mak aku terduduk.

Nenek panggil ayah aku minta penjelasan. Tahu apa alasan ayah aku? Mak aku dah tak melayan ayah aku. Ohh mudahnya alasan.

Di sinilah bermula hilangnya istilah Rumahku Syurgaku bila ayah mula cari setiap kesalahan mak. Ayah juga dah mula culas bayar sewa rumah, bil-bil rumah.

Duit gaji ayah yang agak besar pada waktu itu, tak cukup untuk menampung hidup kami. Walhal masa gaji ayah sikit, cukup je semua.

Tuan rumah datang minta duit sewa sebab dah 2 bulan ayah tak bayar. Alasan ayah, banyak benda nak bayar. Pelik aku sebab ayah bukan beli kereta baru, tetap guna kereta lama. Rumah pun kami masih sewa flat yang sama.

Masa ni lagi sebulan nak SPM, aku sangat stress fikirkan mak yang terpaksa berhempas pulas cari duit. Tahun depan pulak, adik aku 5 tahun nak masuk tadika. Aku pulak nak sambung study lepas SPM.

Akhirnya mak gadai barang kemas untuk setel kan sewa rumah. Alhamdulillah dengan berkat doa mak yang hari – hari bacakan Yasin masa aku SPM, aku tersenarai pelajar ke7 terbaik dalam result SPM sekolah. Aku sekolah harian biasa je.

Ayah aku masih dengan tabiat dia berkepit dengan handphone. Kerap sangat tak balik dengan alasan outstation. Aku paling kesian dengan adik bongsu, dia tak merasa kasih sayang ayah sedangkan ayah yang nak sangat sorang lagi anak.

2008, aku dapat offer matrikulasi 1 tahun. 1jam perjalanan dari rumah ke matrik. Aku terima walaupun hati rasa berat nak tinggalkan rumah. Fikirkan mak, adik-adik aku. Adik aku yang sorang nak PMR, yang bongsu tadika.

Mak pulak kena cari duit lebih sebab ayah bayar sewa rumah dan bil ikut suka dia. Nak bayar, bayar. Tak nak bayar, ayah lepaskan pada mak.

Aku pernah beri duit elaun matrik pada mak untuk beli barang dapur. Aku menangis dapat tahu mak tiada duit nak beli beras. Aku telefon ayah dan luahkan semua rasa saakit hati aku tapi ayah putuskan talian tiba-tiba. Saakitnya hati aku kenapa ayah berubah macam ni.

Habis matrik, semua sibuk isi UPU nak sambung degree. Tapi aku pilih untuk tak sambung. Aku kena kerja untuk bantu mak dan adik-adik. M

ak tak membantah sebab mak dah terlalu penat, kecewa dengan sikap ayah. Adik aku yang remaja memberontak sebab ayah suka marah dia tanpa sebab.

Tak sambung degree, bermakna tiada makna lah sijil matrik aku. Aku mohon kerja kerani guna sijil SPM. Aku simpan saja impian aku nak sambung degree. Biarlah asalkan hidup mak dan adik-adik terjamin. Aku tak nak berharap dah pada ayah.

Tentang ayah pula, aku pernah ambil telefon ayah dan baca semua mesej dengan perempuan itu. Maklumat tentang check in hotel, resit beg tangan dan restoran yang mereka pergi semua aku catat.

Masa tu 2009, baru nak kenal internet. Aku bawa adik bongsu aku ke cyber cafe, buka Google. Aku cari ke mana hotel mereka pergi. Jenama beg tangan yang ayah belikan pun aku Google.

Balik rumah aku menangis. Sampai hati ayah habiskan duit untuk perempuan yang entah siapa, tapi untuk isteri dan anak-anak berkira.

Kadang-kadang mak ambil upah mengasuh anak jiran hari minggu kalau suami isteri nak keluar berdua. Tapi ayah marah, katanya bising rumah dengan baby

. Ayah bersiap dan terus keluar. Kalau tak mengasuh, mana nak dapat duit? Dengan duit itulah nak teruskan hidup.

Masa berlalu, ayah masih lagi dengan sikap acuh tak acuh dengan keluarga. Duit tak pernah cukup. Kenapa tak cukup? Sebab tak berkat.

Duit habis dengan perempuan, berfoya-foya. 2015, setelah kewangan aku stabil, adik habis diploma, aku bawa mak dan adik-adik pindah rumah.

Aku malas nak ambil tahu pasal ayah. Biarkan lah dia. Alhamdulillah adik bongsu dah habis sekolah. Aku pun dah 31 tahun. Doakan kami sekeluarga dapat duduk rumah sendiri pula.

Dan untuk kau Amni yang dengar cerita suami orang kononnya isteri serba serbi buruk, kau tahu ke apa suami tu buat? Kau tak tahu pun sebab buat apa nak tahu kan.

Kau balik rumah boleh senang lenang terus tidur ke, mandi sental badan dengan skrub ke, syampu lama-lama ke, balas wassap sampai telefon meletup pun takpe.

Tapi isteri? Balik rumah nak kena susukan anak, anak yang sekolah nak kena tengokkan kerja sekolah. Baju tak iron lagi, masak lagi. Dapat suami yang membantu, syukur.

Kalau dapat macam jenis suami yang kau dating tu? Kau rasa kalau dia tolong isteri dia kat rumah, dia ada masa ke nak keluar dengan kau?

Kau balik kerja, kau tiada komitmen apa-apa. Sebab tu lelaki suka. Anytime je on. Isteri pulak? Takkan nak berjimba bagai macam kau. Mau 7 keturunan kena sumpah isteri derhaka.

Isteri marah suami kat telefon sebab balik kerja lambat? Kau tau tak Amni, ada isteri yang dari tengahari suruh suami balik sebab anak demam panas.

Suami bagi alasan kena tunggu petang. Sampai ke petang tak balik. Isteri tebalkan muka minta tolong jiran bawa ke klinik. Suami pulak? Ohhh rupanya dating.

Kau tak malu ke Amni- dan yang seangkatan dengan kau. Kau curi masa dan hak seorang anak? Lepastu kau pun keluar teori, isteri dia ni tak lemah lembut, tak manja. Kau ada fikir tak hati perasaan isteri dan anak-anak lelaki yang kau tidur tu?

Waktu aku call perempuan yang jadi orang ketiga tu, perempuan tu cakap kat aku ‘suruh mak kau jaga laki dia elok-elok sebab bapak kau cakap mak kau buruk’.

Sampai harini aku ingat apa yang perempuan tak guna tu hambur kat aku demi nak tunjukkan dia tak salah, ayah aku tak salah tapi mak aku yang salah.

Dan yang menyokong sangat si Amni tu terutama lelaki, memanglah seronok kan sebab Amni bagi justifikasi kenapa suami orang curaang. Cuba kalau Amni cakap dia insaf, dia nak kahwin. Habis dah keluar ayat ‘hantaran 20k ke ni, lelaki baik tak ungkit masa silam’.

Korang tak rasa apa aku rasa, mungkin sebab family korang bahagia. Atau mungkin ayah korang pernah curaang tapi mak korang pendam sorang.

Korang mungkin tak tahu apa yang mak korang dah korbankan untuk keluarga sebab tu korang tiada empati kat isteri yang teraniaya sebab suami curaang.

Pesan aku, jagalah family baik-baik. Nanti dah tua anak-anak tak nak jaga, anak pulak dikata derhaka sedangkan masa sihat dan kaya, lupa dunia.

Wassalam.

Ini antara respon netizen mengenai perkongsian sedih ini.

Madamque. Ramai yang ‘mengiyakan’ alasan2 lelaki2 yang mendatangi confessor dalam confession tersebut untuk ‘membenarkan’ perbuatan lelaki2 tersebut.

To cik Amni..
See… Curaang itu pilihan. Kalau awak meletakkan empati pada jiwa k4um sejenis awak, rasanya awak takkan tergamak menulis tips yang sebegitu panjang lebar.

Wear their shoes, my dear sis. Then you’ll know if their shoes fit yours. Who knows their shoes might be torn, worn out, or even missing.

Empati. Or at least, simpati.

Shahida. amni dan seangkatan.. baca la ape yg akan korg dah lakukan… hidup la di dunia ni dgn perasaan yg perasan sentiasa.. terasa korg the best… kawen dulu.. baru tau rumahtangga…

ptt dr awl mak confessor kene angkat kaki… xguna teruskan… buat gila ja… xmati kalau xde jantan tagune dlm idup…

Shikin. Amni dgn penyokong2 dia sekali, tolong sedar sikit. Kalau per0gol dah bertaubat, dia akan bagi nasihat utk lelaki lain supaya tak mer0gol, bukan sibuk nasihat kat perempuan kena pakai begini,

kena buat begitu supaya lelaki macam dia tak mer0gol. Sama juga utk penziina, patut nasihat utk jauhi ziina, bukan sibuk cerita hasil pengalaman ziina dgn 30 lelaki konon utk pengajaran.

Syarat taubat, kena tinggalkan, kena mengaku salah, kena menyesal dan membenci perbuatan tu.

Tapi kalau masih ada rasa nak menjustifikasikan kesalahan dgn itu ini, kena check balik taubat tu.

Contoh per0gol nak taubat, tapi masih rasa kalau perempuan tu tak jogging sorang2 pagi2, mungkin aku tak jadi per0gol. Valid ke camtu

Tgk Nabi Adam, Nabi Yunus, apa zikir mereka hingga taubat mereka diterima Allah. Masing2 mengaku yg mereka dah menzalimi diri sendiri, takde pulak yg salahkan syaitan, salahkan k4um sendiri yg degil.

Shafika. Jantan mcm nih,esok lusa dah tua,anak-tak hiraukan dia lepastuh cakap anak-anak abaikan dia ,memang aku cakap padan muka je .

Zaman muda habiskan masa buat maksiat,isteri terkontang-kanting jaga anak-anak,cari nafkah sendiri,hidup anak-anak susah,tak cukup nafkah daripada ayah sendiri,tak cukup kasih-sayang daripada ayah sendiri .

Lepastuh nak harapkan hari tua dia ada anak-anak jaga dia sepenuh hati .memang jijik laaa

Aisyah. Bersabarlah dik. Setiap orang akan dapat balasan atas perbuatan mereka.

Yang pernah ambil suami orang, nanti suaminya pulak diambil orang. Yang abaikan anak2 semasa muda, nanti tua2 dia pulak terlantar diabaikan anak.

Percayalah. Hidup ni umpama putaran roda. Atas dunia dah dapat hukuman. Lambat atau cepat ja.

Syafiqah. Takpe TT, saya pun pernah rasa mcm ni. Gaji banyak tapi untuk anak bini xpernahnya cukup.

Bezanya mak saya kerja tetap, saya anak tunggal tapi sbbkan ayh gaji besar, apa² bantuan susah nak dpt. Mak saya gaji seorg kerani tu jela yg tanggung segala mkn minum belajar sampai saya habis universiti.

Ayah anggap mak berduit jd boleh berdikari sndiri. Xpernah fikir tanggungjawab yg patut dia buat.

Ayah saya saakit kena stroke. Masa baru kena stroke dulu pernah dia tnya saya, nak x jaga dia saakit. Soalan tu saya xjawab pun sbb terkenangkan apa yg dia buat selama ni.

Tapi benci² saya pun xtergamak nk halau ayah. Tapi sampai harini hati belum dpt nk maafkan segalanya.

Betul TT cakap, Amni xberada di tempat mak kita. Susah payah berhidup bergadai dgn suami bila dorg berduit, sikit pun xigt kita, nampak yg buruk je.