Gambar sekadar hiasan. Assalam semua pembaca. 1000x saya fikir prluukah saya share cerita ini, tapi harini saya tergerak hati untuk share. Tidak minta untuk kecam siapa2, cuma minta jasa baik pembaca doakan yang terbaik untuk saya. Andai ada yang pernah lalu, share ape yang patut saya buat sebenarnya. Menjangkau usia perkahwinan sedekad, dengan anak bakal masuk yang ke 6. Aku diuji pada puasa tahun lepas. Alkisah bermula apabila, instinct isteri rasa ada sesuatu yang disembunyikan.
Kami berpjj sejak mula kawen. Offshore. Sampai lah pada satu tahap, dari kami tak punya apa2 harta, dia pun saya terima dari zero, hingga dia punya segala harta dunia. Kereta mewah, rumah besar, duit banyak, makan sedap2.
Dipendekkan cerita smua bermula bila suami tidak lagi kene offshore dan menetap di suatu negeri tapi tidak pula berniat untuk ajak anak isteri tinggal bersama.
Hidup macam orang bujang lagi selesa. Tiada yang kawal, tiada yang boleh cek hp segala, buat apa pun bini tak nampak sebab jauh. Balik bila rasa nak balik. Kadang sampai 2 bulan baru balik 1-2 malam je, kemudian pjj smula.
Bulan demi bulan, tahun demi tahun, desakan keje yang menimbun dan jarak jauh yang makan masa separuh hari perjalanan menghalang dia untuk selalu balik walau disaat anak diwadkan atas sebab kesihatan.
Sebagai isteri yang setia & cuba faham suami yang “sibuk” memberi keselesaan & kemewahan serta mencukupkan keperluan kami sekeluarga, pasrah terima bila suami tak bersama beri sokongan moral saat anak diwadkan.
Hinggalah puasa tahun lepas Allah bongkarkan segala. Bahawa suami sebenarnya ada kisah lain disebalik semua nye.
Aku jua pernah lalui zaman jahiliah, dari free hair berbaju ketat masa bujang dulu, jadi aku rasa “Allah, banyak nye dosa aku hingga begini sekali ujian patut aku lalui”. Tapi siapa aku untuk menolak Terima atau tidak smua ini telah Allah takdirkan untuk aku. Aku kena telan, kena lalu..
Saat aku terima berita suami sebenarnya ada cinta hati baru, kawan sekerja jauh lebih muda dari aku, cantik elok perwatakannya. Aku rupanya baru tahu yang aku juga sedang mengandung anak kami yang “unplan”.
Kami tidak merancang untuk dapat anak dalam masa terdekat memandangkan saya baru lepas bersalin tapi siapalah kami bila Allah kata itu rezeki kami lagi.
Aku terima dengan hati terbuka dan bhrap miracle happen bila aku bersalin nanti. Bermula saat aku terima berita dia mengkhabarkan yang dia sedang menyayangi perempuan lain dan telah tekad untuk berkahwin usai aku bersalin nanti.
Aku amek langkah tiada sape pun boleh tolong aku kecuali Allah. Semua ini juga datang dari Allah. Semua ini akan jadi nyata bila mana Allah mengizinkan ia jadi.
Maka, apa aku buat sejak tahu hingga kini, belajar dan terus belajar tingkatkan amal ibadahku.Kalau dulu banyak lompang2 solat aku, sekarang segala sunat aku buat. Dulu tahajud tu apa pun aku tak tahu. Sekarang time tahajud automatik badan aku bangun dari tidur yang lena.
Kalau dulu terawih aku rasa “eleh.. next ramadan pun ada lagi” tapi sekarang “Ya Allah andai ini Ramadan terakhirku. Penuh aku terawih tahun itu”.
Aku tahu tak baik mghebohkan amal ibadah tapi apa aku cuba bgthu kat sini, aku banyak improve dekatkan diri pada Allah.
Apa aku cuba buat lagi lepas dapat ujian ini, dalam menggalas tanggungjawab surirumah dan tengah sarat, aku jaga anak2 sendiri s4kit demam semua.
Bila suami balik aku tetap layan suami dengan baik seperti tiada apa yang berlaku walau dalam hati aku sering juga dihantui luahan suami mengenai apa yang dia dah buat dengan kek4sihnya.
Tapi aku cuba dan terus cuba jalankan rutin aku macam biasa, yang beza dulu aku buat aku sorang je isteri dia tapi sekarang aku buat dengan hati yang s4kit dicur4nginya.
Hari aku dibayangi perempuan tu. Aku rasa sangat rendah diri. Aku dah tua, dah beranak pinak semua. Dia masih muda, bijak pandai juga, dan aku rasa dia hebat sebab mampu buat suami orang mengaku depan isterinya yang sah bahawa hatinya berbahagi pada yang lain.
Biasanya tak ramai suami yang berani mengaku kisah cinta mereka tapi tidak suami aku. Hebatkan perempuan tu Dan suami cuma bagi aku yang pilih. Either aku nak terima atau aku yang blah kalau tak boleh terima perempuan tu. Sebab keputusannya tetap takkan berganjak.
Hari demi hari aku lalui tiada setitik pun airmata aku menitis walau hati aku s4kit dirobek2 saat suami depan mata tapi sibuk bermesej dengan dia.
Allah tu Maha Besar. Tak lama lepas dia mengaku, Allah uji dia tiada pendapatan. Lama. Before pkp lagi. Bukan tak usaha cari tapi tak de satu company pun yang respon. Sampi lah pkpp.
Bayangkan Allah Maha Baik. Beberapa bulan tu kami hidup seperti p4sangan suami isteri lain yang tinggal serumah walaupun kadang aku tetap makan hati kerana diaorang masih contact sepanjang tempoh tu.
Tiada apa istimewa aku mengandung atau tidak, dia kekal sama hatinya tetap tidak berganjak. Apa smua pengorbanan aku buat ibarat “transparent” dia tak nampak. Aku sendiri ibarat halimunan baginya.
Aku dari surirumah kini seorang yang bekerjaya. Allahu akhbar. Tidak Allah itu menzalimi hambanya kan. Kalau tidak melalui aku, macam mana 4-5 mulut anak2 kami nak makan, susu, pampers segala.
Setiap kali aku kecewa dengan suami, yang tidak mengendahkn aku, sibuk dengan hp dengan perempuan tu siang malam.
Aku cari jalan solat dengan mengaji. Setiap kali aku sedih, aku kecewa aku cari Allah. Aku solat, aku ngaji. Tak kira pkul berapa atau bila. Aku dengar tazkirah2 di fb sharing ustazah dan sengala macam positif word untuk kekal ingat “ni semua keje Allah”
Aku tak mampu buat apa2 kecuali SABAR & DOA. Selama dia tiada pendapatan aku lah yang mencari nafkah untuk keluarga. Sehingga lah suatu hari, aku cuba praktikkan sebelum tido ,”aku maafkan semua, aku redha dengan ketentuanMu Allah”
Akhirnya dia dapat keje. Ya kami pjj smula. Dan dia kini bebas kembali hidup bagai orang bujang tanpa ada bini yang ala detektif conan boleh cek trace semua aktiviti dia walau macam mana hebat dia sorok segala.
Dan kini, 2 tahun semua ini masih dan sedang aku lalui. Kerana apa, Kerana aku belum lulus ujian ini. Allah, aku cuba. Tapi betullah tak senang.
Aku tahu Allah itu Maha Besar bila2 masa Allah boleh twist hati suami kepada aku. Tapi hingga kini aku masih rasakan yang aku sebenarnya dah lama tak wujud di hati suami sejak suami ada dia.
Aku masih mencari kasih sayang Allah dengan tambah baik segala ibadah. Topap dengan sunat, zikir sentiasa, hafal beberapa surah fav. Apa tips ustzah asma ajar semua aku praktik. Aku cari kekuatan dengan cara itu. Tapi tipulah aku ok sentiasa. Tambah tengah sarat, emosi aku turun naik.
Ada kala aku rebah dalam airmata aku sendiri kerana tidak mampu keluar dari kebodohan sendiri yang masih menharap kasih sayang dan phatian suami.
Aku beri dia sepenuh hati, cinta, kesetiaan kasih sayang tak berbelah bagi. Tapi ini yang aku dapat atas segala pengorbanan yang telah aku buat selama sedekad perkahwinan kami.
Benarlah Allah Maha Tahu dimana kelemahan hambaNya. Tidak Dia uji melainkan dengan hal benda yang paling kita sayang supaya kita terduduk, menangis meratap hanya padaNya.
Aku masih tidak tahu apa sepatutnya aku harus buat. Adakah teruskan bertahan atau aku yang pergi kerana jelas suami juga sikitpun tidak peduli andai aku yang pergi..
Aku tak minta banyak, aku cuma mohon semua yang baca confession ni, doakan yang terbaik Allah aturkan untuk aku dan aku lulus ujian ini dengan jayanya.Semoga Allah berikan yang baik2 juga untuk kalian smua.
Sangat menyentuh hati luahan kisah dari wanita ini. Sangat tabah dan sabar menerima semua takdirnya. Ramai yang turut mendoakan supaya suaminya berubah hati selepas isterinya bersalin dan tidak lagi mencintai wanita lain dan mengahwini perempuan itu. APA YANG BAKAL BERLAKU SELEPAS ITU, AKAN DI KONGSIKAN UNTUK KISAH PART 2.
Liyana : Awak.. Allah akan tunjuk kan hikmah terbesar disebalik ujian yang awak terima disebalik kesabaran awak tu. Percaya lah dan terus bersabar. Carilah bahgia sendiri bukan lagi menagih bahgia pada yang xsudi. Bahgia mencintai Allah dan mencintai anak2. Sayang kan diri sendiri dan anak2 akan lebih menyanyangi dan menghargai awak bila depa besar nnti. Jangan cari apa yg disembungi suami kerna akan lebih menyakitkan hati biarkan Allah bongkarkn semua untuk awak secara perlahan lahan bila tiba masa yang sesuai.
Shamsiah : Sebelum nak berpisah…ambil kira soal kemampuan dr segi kewangan puan anak2 6, tak mudah utk menjaga dan mencari nafkah sendiri, mencari lelaki baru yg ikhlas jugak susah….jika kena teruskan sbagai isteri, tumpukan pd ibadat, anak2….anggap saja suami sumber kewangan tapi matikan rasa hati terhadap dia…cantikan diri buat sesuatu yg puan suka..supaya punya keyakinan diri.
Ainaz : Sombongnya suami awak…pengorbanan isteri melahirkan dan membesarkn anak2 macam remeh sangat baginya..kuatkan semangat… InsyaAllah, Allah nk awak dekat dengan Dia, Allah nak ringankan beban2 awak masa mengadapNya di Padang mahsyar nanti..dan sesuatu yang awak kena ingat, orang yang menganiaya orang lain xkan senang..kalau senang material sekalipun, hatinya tak senang..semoga awak berani dan kuat cipta kebahagiaan awak dengan anak2
Elly : selain usaha dgn doa dan ngaji.. try contact perempuan tu.. bgtau semua isi hati.. atleast dh usaha.. anak 6 tu.. smpi ke hati dia nk buat awk mcm tu.. then awk mengandung lg… percayalah.. pompuan tu mesti ada perasaan dan mkn hati jugak… kecuali la pompuan tu jenis gold digg3r…
Nadia : Sebetulnya Allah menguji hamba yg Allah sayangi dgn sesuatu yg paling hamba itu sayangi juga,puan sudah berusaha dgn sebaik yg boleh,sentiasa mendekatkan diri kpd Allah,dgn solat2 sunnat solat tahajut,percayalah puan,bila hati kita semakin s4kit dgn ujian ini.
In shaa Allah dlm masa yg terdekat,Allah akan memberikan jalan keluar yg terbaik,cuba tengok kembali (ayat 1000 dinar)lagi satu puan,cuba buat kesibukan dgn ank2,buat jadual untuk aktifiti yg menggembirakan dgn ank2,makan angin bersama anak2
buat lawatan kerumah ank2 yatim dgn menghulurkan sedekah kpd mereka dgn ank2,kita ajar ank2 untuk membuka mata akan nasib ank2 yg kurang bertuah,gembirakan diri puan dan ank2 untuk sesuatu yg lebih bermanfaat, sedikit sebanyak akan berkurang kes4kitan kita in shaa Allah.
Semoga puan dan ank2 akan fiberikan jalan keluar yg terbaik oleh Allah, serta syurga yg terindah bg wanita yg solikhah(boleh memilih pintu diantara pintu2 syurga yg Allah sediakan)teruskan mendekatkan diri kpd Allah ya puan,anda mmg wanita yg hebat..