Foto sekadar hiasan. Salam admin. Saya tahu dalam laman ini ramai perempuan. Tetapi saya pun ada kisah juga. Isteri saya ada masalah sikit dengan mak, ayah dan kakak sulung saya. Saya jadi serba salah, ada yang kata saya pengecut, tak tahu mendidik isteri dan macam-macam lagi. Sebenarnya isteri saya itu sudah cukup baik. Banyak yang dia ajar saya tentang agama. Sebelum kahwin, saya sembahyang tidak menentu.
Selepas berkahwin, syukur solat penuh sampai sekarang. Puasa-puasa saya pun isteri saya tegur suruh ganti, yang mana masa zaman muda nakal-nakal dulu suka ponteng puasa.
Awal perkahwinan pun, isteri rapat dengan mak, ayah dan adik beradik saya yang lain.
Dia ambil hati keluarga saya dengan belikan tudunglah, bawa pergi bershoppinglah. Saya gembira sebab dia rapat dengan keluarga saya.
Tetapi dalam tahun lepas, timbul sedikit isu sebab isteri saya menjawab ayah saya.
Saya akui keluarga saya suka mengarah-arahkan saya dan isteri. Perkahwinan kami seperti dikawal oleh mereka. Saya tidak mempunyai masalah sebab sudah terbiasa. Tetapi isteri saya tak selesa.
Di depan isteri, saya masih mempertahankan keluarga saya walau apa pun keluarga saya katakan. Saya kasihan tengok isteri stress dan menangis.
Tetapi saya tidak berani nak berkata apa-apa pada mak dan ayah. Saya sayang sangat pada mereka dan takut mereka pula kecil hati. Lagipun nanti mereka akan kata saya melebihkan isteri pula.
Sejak kejadian itu, saya kerap bergduh dengan isteri disebabkan mak, ayah dan kakak saya marah marah saya dan tuduh saya lebihkan isteri dari mak sendiri.
Apatah lagi dengan perangai kakak saya yang suka menjadi batu api. Saya serabut sangat dan saya inginkan hubungan seperti sebelum ini.
Isteri saya dah meminta maaf dan menghubungi mereka melalui WhatsApp, malangnya semua tak jalan. Bila berjumpa pun, ayah tarik tangan bila isteri bersalaman dengannya.
Baru-baru ini saya bawa isteri balik beraya. Mak suruh saya masuk ke dalam solat. Makan semua biar dia dengan isteri saya uruskan di luar.
Bila saya keluar, tengok-tengok mak saya menangis. Saya memang pantang dengan keadaan seperti ini, saya terus tolak kepala isteri yang pada ketika itu juga sedang bercakap di telefon.
Lalu saya rampas dan baling sebab dia bersikap kurang ajar dengan mak saya. Saya tahu saya salah tetapi kalau saya tak buat, nampak saya backup isteri saya dan mengenepikan mak dan ayah. Mak menangis memeluk saya. Bila masuk ke kereta, isteri saya kata,
“Sampai hati awak buat saya macam ini. Mak awak yang m4ki dan hina saya macam-macam bila awak tak ada. Bila awak keluar, dia buat drama menangis-nangis,”
Saya dah rasa lain macam tetapi saya tak mampu. Saya rasa stress sangat dengan perkara ini. Salah isteri saya kecil sahaja tetapi keluarga saya besar-besarkan. Tetapi saya dah tak mampu buat apa-apa.
Disebabkan perkara ini juga, saya selalu naik tangan pada isteri sampai lebam dan luk4 di badannya. Saya kasihan tapi saya tak tahan.
Isteri saya cantik, kadang-kadang saya tak bersukur dia memilih saya yang tiada rupa dan harga ini dari ramai lagi lelaki lain yang mahukan dia.
Sebelum ini saya berstatus duda. Perkahwinan yang lalu tak sampai setahun sebab hal-hal begini juga.
Keluarga saya masuk campur sehingga bekas isteri sengaja ada jantan lain agar saya skit hati dan mencer4ikan dia. Tak apalah, perkara itu pun sudah lepas.
Sekarang, saya memang sayang sangat pada isteri saya ini. Namun dia nekad nak pergi ke mahkamah untuk failkan tuntutan cer4i dan dia juga sudah tawar hati dengan saya.
Saya akui saya cerita tentang perkara ini kepada mak. Biasalah masalah rumah tangga, tetapi saya nak mak saya faham, bukannya menyerang isteri saya.
Sebaliknya mak kata isteri saya derhaka, tak melayan suami membuatkan isteri saya betul-betul terasa. Ditambah lagi dengan ayah dan kakak saya selalu menengking dan memarahi dia.
Saya sayangkan isteri saya tetapi saya tersepit. Saya tak mampu nak bertegas dengan keluarga saya.
Saya tak nak perkahwinan kedua saya ini hncur lagi kerana isteri saya ini adalah yang terbaik untuk saya. Saya beritahu isteri yang saya akan upah peguam untuk lawan dia sebab saya tak nak lepaskan dia.
Sekarang dia nampak lembut hati sedikit sebab saya buat tanggungjawab saya. Saya tak pernah abaikan, saya tatang dia dengan kasih sayang sebelum ini.
Cuma hal keluarga saya ini yang membantutkan segalanya. Keluarga saya burukan isteri saya pada saudara mara. Isteri saya betul-betul berputus asa.
Boleh tak bagi pendapat apa yang saya perlu buat supaya kedua-dua belah pihak tidak terluk4. isteri saya pun dah mengalah tetapi keluarga saya tetap berkeras hati.
Saya banyak dosa dengan isteri dan disebabkan keluarga saya, isteri saya mengalami depression.
Isteri saya keguguran dan rasa saya bersalah pada dia, tetapi keluarga saya tak pandang semua itu. Saya tahu kelemahan mereka. Saya sayangkan kedua-duanya.
KISAH KE 2. Bapa mertua selaku minta duit lebih suami dah bagi yang termampu RM200 sebulan, tapi dia akan minta lebih sampaikan suami kena berhutang nak bagi kat keluarga dia. Nafkah saya dan anak pun suami tak pernah bagi sebab bapa mertua asyik minta duit, sampai lah satu hari keluarga mertua canang satu kampung yang suami tak bagi duit….
Salam admin…mohon siarkan luahan hati saya ini Bismillahirahmannirrohim…
Tujuan saya tulis bnda ni adalah untuk membuka mata kepada ipar2 saya supaya jaga sikit mulut tu..
tak kena pada diri sendiri sedap la nak mengata..Untuk pengetahuan smua saya sedang dalam proses pencer4ian… kerana sudah tidak sefahaman..
saya tak berniat pon nak publish or bkak aib sesape tapi di sebabkan mulut ipar saya yang suruh saya cermin diri sendiri… mari saya bagitau..
Saya dah tengok cermin dari 7 tahun berkahwin.. cakap sabar dengan karenah bapak kamu.. ye antara punca jugak saya dan suami kerap bergduh..
kami berdua hanya gaji bawah 2k tinggal di KL baru nak mulakan hidup.. mula2 ok.. setahun kemudian bapak kamu mula menampkkan belang..
kami jarang balik kampung di sebabkan kekangan duit.. sebab nak balik kampung kena sediakan duit yang banyak.. untuk belanja d kampung, tol, minyak dan setrusnya duit saguhati kepada orang tua.. itu normal..
saya juga suka sikap suami yang hormat orang tua tapi sem4kin lama sem4kin par4h..
Bapak mertua selalu mintak duit tambahan suami hanya mampu bagi 150-200 sebulan setiap balik kampung dan kami tak boleh nak kemana2 sebab..
pantang saje dia dengar saya ajak suami ke mana2 terus nanti dia akan ajak suami ke twmpat lain..
klinik ke atau mane2 la.. yang pasti hari dan waktu yang sama saya dan suami rancang nak keluar… ok saya sabar.. mungkin kebetulan..
Tapi tahun demi tahun sama je.. stiap kali nak keluar macam tu la… kalau kami pergi bercuti terus leps tu pura2 skit orang buat onar macam2..
suruh suami balik kampung juga.. sedangkan duit untuk bercuti semuanya guna duit saya.. tak pernah guna duit suami 1sen pon…
Stiap bulan ada sahaja duit tambahan yang di minta.. (nafkah bulanan dan bagi ye, ni tmbahan) sampaikn kekedang suami terpaksa berhutang…
duit nafkah untuk saya tak pernah dihulur disebab kan kenakangan wang.. belanja dapur jugak ala kadar.. saya yang banyak menambah..
kekadang biras habis tak boleh beli sebab dia tak ade duit.. saya guna duit saya.. saya tak kisah…
lagipon saya bukan isteri yang baik sangat pon.. kerja rumah pun suami banyak membantu..
Sehingga tahun ke 7, spender sehelai pon tak boleh nak bagi bini sebab asik duk tanggung family… dengan mak ayah lagi.. aduk lagi.. apa ko rasa???
Jangan cakap sesedap rasa sebab kita tak hidup susah… suami hamparkan duit dan emas permata.. tak,perlu bekerja… bertungkus lumus cari duit untuk tampung keluarga…
untuk belanja sendiri… Ye aku boleh sabar.. boleh tahan.. tapi sesabar manusia ada jugak batasnya.. walaupon beberapa kali suami melakukan kesilapan..
tertangkap ambil benda terlarang… aku sabar.. tertangkap main perempuan lain…,aku sabar…. berpuluh kali menipu… aku sabar..,sebab apa???? Sebab aku juga bukan isteri sempurna..,bukan la wanita cantik…
Aku bekerja bertungkus lumus pagi petang siang malam untuk membahagiakn keluarga aku mencukupkan apa yang kurang..
barang2 di atas rumah semuanye kubeli sendiri tanpa meminta duit suami sebab kutahu dia tak mampu… Aku tak kisah dia tak mampu…
tapi aku cukap terkilan marah bila korang selalu amik kesempatan pada dia.. asik meminta je.. kalau minta tolong rasanye tak ade la nak marah.. ni memaksa..
setiap bulan paksa bagi duit… bukan la nak tanye orang tu ada duit lebih tak…,nanti masukkan duit ye.. lambat sikit yang membaca…
Jangan terlalu kejam….pernah ke kamu semua tanya dia dan beli ke beras dan lauk2 dan keperluan untuk anak2 sebelum meminta tu….. tak pernah…
susu anak habis tak blh nak beli takde duit.. tetiba adik minta duit boleh pergi berhutang dan bankin kan… apa ko rasa sebabagai bini?
Aku ni kerja siang malam.. buat part time untuk cari duit.. nak makan untuk tekak sendiri pun berkira.. banyak bawak bekal dari tapau kat kedai. makan kat office sebab nak simpn duit bantu suami…
Juga jangan tanye knapa sejak 2 tahun kebelakangan ni aku memang dan lain…. dan tak mqmpu bermanis muka sebab kekadang memang saje nak bagitau yang apa2 kita orang buat aku tak makan duit adik korang..
pergi jenjalan ke hape guna duit sendiri.. so tak payah la nak berdengki2.. lagi 1 kalau ajak laki aku keluar tu.. keluar dengan kereta, kereta tu kereta aku..
jadi kenapa mesti nak berdengki.. seolah2 aku ni mengikis duit anak dia… sebab aku dan tak,mmpu dan senyum…. dan terlalu lama bersabar…
Cukuplah dk canang 1kampung kata anak2 tak bagi duit.. apa lagi yang nak? Nak kena bagi 1k sebulan memang tak mmpu..
sebab gaji pon 1600 je wei anak ko.. bukan nak hina.. tapi ni realiti.. anak 2 jadi bagi 200 sebulan tu aku rasa ok la… kenapa perlu meminta2 lagi… dan tu kalau tak bagi mengmuk..
pastu bagitau orang anak2 tak peduli.. tak bagi duit… dalam masa sama ni efect kat anak ko.. bila dia stress kami pon selalu gduh… faham..
tak perlu nak ungkit sebab sekarang ni gaji aku dan mahal… bukan sebab ni aku berubah…,tapi sebab hati dah terlalu skit.. terlalu lama memendam rasa….
ko ada keluarga mertua yang normal.. takde meminta2.. ko tak rasa apa aku… juga jangan masuk campur urusan aku
Jadi pesanan untuk ipar2 ku tak,perlu nak masuk campur urusan orang…. ko tak,rasa apa aku rasa..,korang hidup senang lenang, takde masalah duit.
setiap bulan tak ade nak fikir nak tambung berbelanjaan rumqh. tak perlu nak perkerja siang malam. ko tak,faham..,
sebab tu bagi korang Senang je meminta atas alasan suami aku anak lelaki kena tanggung segala2 nya.. aku jugak faham soal tu..,
sebab tu aku tak,pernah berkira.. tapi jangan melampau2. sampai kami nak beli beras susu anak pon terpaksa berhutang….