Tiap kali suami pinjam duit aku akn tulis “Hutang” bsar2 kt pintu. Aku byk harta tp aku sorok dari suami.

Foto sekadar hiasan. Nama aku Murni, seorang pegawai kerajaan dengan Gred 44. Berusia 36 tahun dan mempunyai anak anak. Aku terpanggil untuk menulis sebagai respon kepada luahan seorang suami yang beristerikan doktor. Yang mana beliau mencatat setiap hvtangnya pada isteri. Aku sudah 13 tahun berkahwin, dengan seorang suami yang mempunyai pekerjaan tetap tetapi tidaklah bergaji setara aku.

Apa yang ingin aku kongsikan adalah berkenaan sikap suami aku. Walau dia tahu, gaji aku besar, tetapi dia tidak pernah bertanya apa yang aku buat dengan gaji aku.

Di awal perkahwinan, aku hanyalah penganggur. Dari sekecil benda semuanya mengharapkan suami.

Walau bagaimanapun, selepas memperoleh pekerjaan, aku tetap meneruskan hidup seperti biasa walaupun aku mampu untuk bermewah dengan gaji aku.

Maklumlah suami tidak pernah ambil kisah apa yang aku mahu beli. Aku berprinsip begini, hidup mengikut kemampuan suami.

Aku juga tidak lah begitu pemurah sebagaimana sesetengah isteri yang sukarela membayar itu ini.

Awal awal lagi aku beritahu pada suami, makan pakai aku dan anak anak adalah tanggungjawap dia.

Aku tak kisah untuk berbelanja pada hal hal lain, tetapi jangan sampai dua perkara ini dia tak dapat sediakan. Alhamdulillah untuk itu.

Cukup semuanya. Aku redha sahaja dengan suami yang beli peralatan secondhand. Kami tidak pernah beli benda baru yang betul betul bau kedai.

TV, peti ais, mesin basuh, periuk nasi, seterika, semuanya suami beli di kedai secondhand terutama di cash converter.Barang anak anak juga begitu. Stroller, car seat semuanya second hand.

Aku tidak pernah merngut pun, walaupun aku mampu untuk beli yang baru.

Aku terima dengan gembira malah meraikan sikap suami yang pada aku bijak berbelanja. Kalau tak berkenan pun diam sahaja. Jangan memperlkeh suami.

Aku beranggapan begini, kita sebagai isteri, jangan tunjukkan sangat yang kita ini berkemampuan, berduit atau berharta.

Aku ada rumah yang ku beli 8 tahun lalu tetapi di sewakan kerana faktor tempat kerja kami yang jauh.

Ada simpanan lebih 30k, ada pelaburan, malah suka membeli barang kemas sejak dulu. Tetapi semua nya senyap senyap sahaja kecuali pembelian rumah.

Aku beli kereta second hand secara tunai, cukup lah untuk pergi kerja, sebab aku tidak mahu tinggi komitmen.

Selebihnya, aku tidak mahu membebankan suami dan aku tidak mahu menjadi kelihatan “besar” dimata suami.

Kami masih tinggal dirumah sewa yang dibayar suami setiap bulan. Siapa yang tak nak tinggal di rumah sendiri, tetapi aku mengambil sikap syukur dan redha.

Alah, sekurang kurangnya kami tinggal beraslngan dari keluarga. Bebas menentukan cara hidup kami sendiri.

Suami aku, walaupun tidak bergaji besar tetapi rajin. Dia berniaga secara online menjadi ejen dropship, malah kadang kadang menjadi runner.

Ada sajalah kerja partime yang dibuat asal dapat menambah pendapatan. Kerja kerja rumah juga dilaksanakan dengan baik.

Daripada membantu menjaga anak, mengemas, menggosok baju, mencuci pinggan, malah mengemop lantai adalah biasa dilakukan. Hanya memasak saja yang tak berapa pandai.

Dengan sikapnya yang begini, aku sangat bersyukur malah tidak berkira untuk berbelanja dalam rumah tangga kami.

Setakat belanja kasut sukan RM 3/4 ratus itu apa lah sangat jika dibanding dengan sikapnya yang ringan tulang dalam keluarga.

Sejak ada anak anak, aku juga ada menanggung percutian keluarga sekali sekala. Biasanya aku menggunakan alasan seperti,

“nanti dapat duit kutu, saya nak bawa anak anak ke tempat sekian sekian” Tetapi tidak lah selalu.

Macam yang ku nyatakan tadi, tidaklah aku menunjuk sangat yang aku ini berduit. Adatlah biasa sebuah rumahtangga itu diuji.

Aku juga tidak terkecuali. Fasa seperti suami pernah hlang pekerjaan, suami tak dapat buat OT, kereta meragam masuk bengkel, wang tak cukup sampai hujung bulan pun pernah terjadi. Aku lah yang membantu suami.

Tetapi aku takkan menawarkan diri untuk membantu dengan begitu sahaja. Selagi suami tidak buka mulut untuk pinjam duit aku, memang aku buat tak tahu.

Aku tulis semuanya dengan ayat yang besar “Htang” dan tampal di pintu almari bilik kami.

Walaupun aku tak pernah tuntut semula. Tetapi suami tetap membayarnya dengan cara yang lain.

Seperti membayarkan bil telefon, mengisi minyak kereta, top up touch n go. Sikit sikit dia akan menanda “sudah bayar” Begitu lah.

Perkongsian aku ini mungkin nampak biasa biasa sahaja bagi sesetengah orang. Tetapi aku sudah melihat ramai rakan rakan aku yang dipergunakan oleh suami mereka terutama apabila melibatkan wang.

Hingga ada yang di blcklist, terpksa membayar pinjaman peribadi sehingga pencen dan di kejar Along hingga ke tempat kerja pun ada. Semuanya berpnca dari banyak faktor.

Cinta cinta juga….. Tetapi jangan sampai memvsnahkan diri kita kemudian hari. Jangan bagi ruang dan peluang untuk suami mempergunakan kita sampai ke satu tahap yang kita akan merna.

Untuk adik adik bujang di luar sana, mungkin serba sikit boleh sambil iktibar dan pengajaran bahawa dalam perkahwinan, kita kena low expectation.

Redha dan syukur dengan setiap pemberian suami. Memanglah kita ada keinginan.

Malah mungkin sesetengah orang berpendapat, rugk lah kalau kita penat bekerja tetapi tidak dapat menikmati hasil.

Tak dapat bergaya, tak dapat beli apa yang kita suka, malah terpksa pula berbelanja untuk keluarga.

Bukan itu maksud aku….. Yang aku maksudkan ialah perkahwinan perlu give and take.

Juga perlu win win situation. Bukan soal siapa bread winner, siapa power atau siapa kaya.

Suami, jangan ambil kesempatan pada isteri. Jangan mempergunakan isteri.

Isteri yang bahagia, bukan asbab kayanya seorang suami. Tetapi bahagia kerana suami yang bertanggungjawab, menghormati, belas ihsan dan sentiasa menyenangkan hati. Lebih utama, suami yang faham agama.Semoga bermanfaat.

Ini antara respon paling win dari netizen

Adah Ariffin
Ni macam betul betul kedekvt pada diri sndiri, suami dan anak anak. Tak taula kalo saya, memang tanggungjawab yang wajib memang saya tak masuk campur, semua laki tanggung.

Tapi saya suke belanja apa apa yang best untuk laki dan anak anak. Tak tergmak rasanya sampai nk kene mention htang htang dengn laki. Dia pun tak tau gaji saya berapa, tak pernah mintak duit saya.

Duit simpan banyak banyak sorg sorg kalau umur tak panjang sedey sis tak sempat merasa. Huhu.

Siti Isha
Makcik ni macam eg0 and tak berapa nak redha. Memang lah kita perempuan kena well prepared kot c3rai matl atau hidup tapi tak bermakna kita hidup bertahun tahun perlu insecure dengan psangan kita yang tidur sebantal. Esok dah tua kita senang dapat parkinson. Hehe

Ct Ayue A –
Isteri bekerja atas restu suami. Redha isteri dari redha suami. Hidup 2 kali dan matk itu sekali. Bila isteri bekerja, pendapatan bahagi pada 3. Reward diri, famili dan saving. Bersederhana. Lillah hi taala.

Nurul Asyiqin
Sangat setuju, kesimpulannya jadilah isteri dan ibu yang bijak dalam membantu suami mengemudi rumahtangga, sebab tu sebelum kahwin pelajari la ilmu rumahtangga. Jangan hanya mengharap suami sahaja, diri sendiri kene bijak supaya tidak menyesal di kemudian hari.

Nur Nina
Saya setuju dengan akak ni. Laki atau perempuan yang tak setuju ni, maybe kena tanggung keluarga kot, hehe.

Betulla apa yang confessor bagitau. Yang wajib suami kena sediakan. Kenapa pulak gaji perempuan nak kena share?

Banyak lagi tempat kalau nak sedekah. Pastu nanti yang kalut dok tolong laki, buat confession gaji saya dah habis tolong laki. Buat loan sana sini. Tak de duit nak pegi facial bagai. Semua bagi laki sebab dia izin saya kerja. Sekali laki tinggal.

Betul, kadang kadang benda yang wajib biar suami laksanakan. Kalau nak tolong, itu kita panggil ehsan. Tak wajib pun.

Sheikh Al Juhani
Ni bukan redha dan syukur kak oii. Ni hang tak redha atas apa yang hang jalani kehidupan dengan suami. Banyak point yang hang cerita tu menunjukkan yang hang ni macamm tak redha dan berkira nak mmpoih talk hidung masin dengan suami.

Isteri yang baik ni apatah lagi dapt suami ynag baik sesekali dia tak mau sebenarnya membebankan suami dia.

Rumah ada nak bebankan suami keluaq duit sewa umah pasaipa. Kalau suami hang duduk pun ampa anak beranak lagumana pun nak jadi aset hang jugak …Appaaragh..

Banyak lagi ni nak cakap tapi takvt mencarvt.. Aiiii. Lain kali hang tak payah tulis dah cerita lagu ni. Melvat kami nak baca..

Sara Humaira –
Hm entah, but somehow untuk aku, marriage life untuk kongsi~ husband dah provide tu ok, but then kalau susah boleh ja bantu sebab kene ingat, kalau suami tak izin keje, takdak jugak gred 44 tu ye dok?

Jadi nye kne give and take, tak payah le acah acah tulis htang situ. Sebab sama sama kongsi kehidupan.

Dari cara pnulisan, untuk aku, aku kurang setuju bab sorok sorok dari husband. Sebab dia bukan penaglh ddah pun. Entah, kadang dah dapat laki bagus bini pulak berkira.

For me boleh je let down ur guard and be happy with ur fmly. Sebab tu dlu aku ade baca, jangan selalu ambil tahu sangat hal rumah tangga orang sebab nanti kau paran0id hal rumah tangga kau.

Risau jadi macam orang tu la, orang ni la. Ni kapal kau, layarkn jela macam kau nak, bercontoh3 hal orang lain kenapa. Well hopefully lepas ni kau at ease sikit la dengan husband kau. Mana kau tahu dia kcik hati ke apa, ha tak memasal d0sa free kang.

Iwan. Kesian c laki tu….Dah bole cari bini baru….Cara senyap2..bhaya…
Silap2 apa yg dia buat buat semua suami x tahu….C suami x tahu lah cm mana merana dia nk cari duit….Ubah ubah lah…..jagan satu hari nanti merana suami balik pada isteri….Neraka menungu kak