Isteri dingin xnk aku sentuh dia. Tp aku pelik, stiap kali blk krja dia akn cpt2 mandi sekali bsuh sluar dalam

Foto sekadar hiasan. Salam min. Saya dah berkahwin hampir 7 tahun.. Awal perkahwinan kami Alhamdulillah. Semasa isteri saya mengandungkan ank ke-2 sedikit perubahan pada diri yang saya dapat rasakan Hubungan 1ntim kami tak seperti dlu. Bole dikatakn dalam sebulan tu 1 atau 2 kali sahaja. Bile saya pluk die semasa nk tidur tangan saya kene tepis. Sampaikn saya tidur luar la.

Kemudian nampk pula isteri kerap dengan handphone Bile ditanya kata nya main game. Die pun berubah jadi dingin dengan saya.

Bila saya tegur salah die. Memang jadi perang besar dan die akan keluar rumah kadang sampai 2minggu. Pernah juga lebih 1 bulan.

Saya telan je semunya. Isteri saya kalau pulang kerja memang jarang sekali terus mandi. Ade sekali tu die balik je terus kelam kabut mandi dan yang buatkan saya lebih pelik panties yang die guna siap dh cuci.

Macam2 la dalam fikiran saya. Then saya cuba la cakap apa yang saya nampak perubahan pada dia. Terus saya balik kene marah. Dia kata saya ni suka menuduh die bagai.

Sejak daripada tu saya akan perhatikan je gerak geri die. Sampaikn panties2 setaky die saya akan hitung dan saya simpan.

Tak tahu macam mane tegerak hati saya nak cek almari. Saya perasan ada 1 panties setaky die tak ada. Saya ingat ingat kan balik memang tak ada die pakai mase tidur dengan saya. Bile saya tanya die.

Senang betul die jawab “ntah”. Then saya pulak kene tuduh kata die saya bawak bagi perempuan lain. Baru baru ni pulak. Bile saya whatsapp die. Die tak reply msg saya. Tapi saya tengok die online.

Bile saya tanya dia kata die tertidur. Walhal saya tengok lama ne die online. Bila saya tegur macam tu, terus die block saya kat semua channel la. FB INSTA WHATSAPP etc sampai la hari ni saya kena block.

Saya nak tanya pendapat admin dan kawan dalam ni. Apa perlu saya buat? Adakah ini semua tanda seorang isteri yang cur4ng ? Mohon pendapat rakan2. Sekian. Min hide profil saya

KISAH KE 2. Aku gmuk tapi aku usaha krus untuk kahwin perempuan cntik. Selepas kahwin, aku tiba tiba gmuk isteri pula makin cntik bergaya tapi aku yang bagi duit untuk dia melawa. Yang aku pelik, dia dah mula berubah tak nak bersama dengan aku, setiap kali bersama dia akan buat mimik muka ini seolah olah menyampah tengok perut aku….

Aku bukan lah dilahirkan gmuk. Tapi sejak sekolah badan aku mula naik. Dan gmuk. Aku selalu dibuuli di sekolah dahulu kerana aku gmuk dan senang ditipu.

Persekitaran membesar aku yang dibuuli membuat kan aku sangat rendah diri sehingga lah dewasa.. tapi sejak masuk university aku diet dan kuat bersukan. Alhamdulillah krus sikit.

Kat uni aku ramai kawan, aku banyak membina keyakinan diri ketika di universiti..

Tamat universiti aku kerja. Alhamdulillah kerja sebagai jurutera. Mempunyai income yang agak stabil. Keluarga aku pun adalah dari keluarga yang tak la susah.

Alhamdulillah saya dan sekeluarga banyak mendapat rezeki Allah.

Sewaktu kerja aku aku diet dan bersenam kaw kaw… sebab nak cari psangan nak ngorat awek. Sampai la satu ketika. Alhamduillah aku dah krus. Hensem jugak aku ketika tu..

Sampai la aku kenal sorang gadis ni.. gadis sarawak. Aku bercinta dengan dia tak lama. Dia masa tu pun suka kat aku. Masa tu aku ada rupa dan kewangan yang stabil.

Datang dari keluarga yang baik baik. Tapi gadis ini datang dari zero. Ye aku suka kat dia atas paras rupa dan bukan lah ikot kepada nasihat islam dalam memilih calon isteri..

Tapi saya terima baik dan kekurangan dia. Ikhlas nak jadi teman dia tak pandang status keluarga nya. dalam setahun kenal kami kahwin.

Tahun pertama kahwin. Isteri saya (gadis tadi) bunting pelamin. Kami mendapat anak lelaki. Alhamdulillah. Lama kelamakan kahwin. Badan aku mula naik. Naik naik sehingga la gmuk melebihi daripada apa yang aku pernah gmuk selama ni.

Dalam kegmukan ini rezeki aku alhamdulillah bertambah. Tetapi aku adalah seorang yang berjimat cermat dan menyimpan. Aku tak boros. Dan ia mendatangkan masalah.

Isteri aku mula demand macam macam. Dan pernah ugut untuk tinggalkan saya dan anak jika tak jika beliau tak rasa lengkap dalam hidup dia.

Dia rupa paras makin maintain dan semakin tiptop. Pakaian dia semakin vogue. Maintainance aku ke dia semakin tinggi. Tapi disebabkan sayang kan anak dan keluarga saya beri je apa dia nak.

Kereta, handbag, macam macam lagi la. Nak perhatian. Aku utama kan dia lebih dari sesiapa sebab aku tak sanggup anak aku dibesar tanpa ibu.. aku nak maintain keluarga ini. Aku krban kebahagian aku demi keluarga.

Situasi badan besar aku ni makin meruncing. Macam macam teknik diet aku buat tak pernah jadi. Semua nya sekerat jalan.

Isteri aku pula dah semakin mengelak untuk buat hubungan 1ntim. Time dia nak je baru lah boleh tu pun nak jaga hati aku je. Hubungan kelamin dengan dia layan aku tanpa perasan macam patung je aku rasa.

Dia semakin cantik semakin lawa. Semakin mewah. Aku pula bila badan dah besar. Nak berfashion memang payah. Tapi aku sentiasa menjadi suami dan ayah yang baik untuk keluarga aku..

Aku macam dapat agak bini aku banyak buat aktiviti luar. Kadang kadang balik lewat, pernah dulu gduh dia tak balik rumah berhari2. Kesian kat anak aku yang kecik tu nangis cari mak dia. Aku tak sampai hati..

Maka aku minta berdamai aku turuti je kehendak dan cara dia. Dan aku percaya dia keluar dengan kawan kawan dia. Bukan dengan lelaki lain. Dia pun selalu tunjuk tegas konon nya dia takkan buat benda benda tu semua.

Pada satu hari Tuhan nak tunjuk. Aku terima bukti yang dia ada lelaki lain di belakang aku. Cuma tak kantoi sumbang mahram sahaja depan aku.

Tapi aku dapat kesan hubungan dengan lelaki ni berbulan bulan dah. Siap ada kad kondo rumah laki tu lagi takkan lepak kondo main daun terup ye tak?

Aku dah confess dengan dia. Lepas kantoi dia pun putuskan hubungan dengan lelaki tu. Aku buntu taktau nak buat apa. Adakah aku perlu ceraaikan isteri aku. Atau aku teruskan sahaja demi anak.

Aku boleh maaf kan dia kalau dia bertaubat. Tapi sebenarmya banyak kali dah dia kantoi kantoi macam ni.

Aku ni masalah hati aku terlalu baik sampai isteri aku ambik kesempatan macamni aku betul betul buntu. Apa yang tak cukup aku bagi kat dia. Segalanya..

Aku banyak berserah kat Allah setiap solat. Aku selalu ajak solat tapi dia asyik mengelak. Dia memang cetek agama. Cetek segalanya.

Aku sayang kan anak aku. Aku dibesarkan oleh keluarga bahagia mak dan bapa yang baik. Aku nak anak aku rasa apa yang aku rasa kebahagian ibu bapa.

Kenapa isteri aku buat aku macam ni sebab aku gmuk dan tak selera?

Aku boleh maafkan dia jika dia bertaubat betul2.. aku tak redha ni semua. Aku takkan pertahan kan rumah tangga jika isteri aku terus buat lagi kerana itu sudah jatuh dayus dan dayus haram syurga.

Sekarang ni hati aku berbelah bahagi.. terlalu sukar untuk aku terima apa yang berlaku atas kecur4ngan beliau baru baru ini. Trust memang dah hilang. Aku skang betul betul rasa terhina…