Suami aku suka berkepit, aku nk mkn mandi berak pn kena mtk izin. Klu dia tak izin satu hari aku xleh mandi

Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum admin. Saya tak paham dengan suami saya. Kenapa dia mudah naik angin. Lepastu permintaan dia bukan2. Kami kerap gduh. Daripada kami menyewa bilik sampailah ke harini kami duduk dengan keluarga saya. Suami saya juga suka mengongkong saya. Rasa sangat rimas sebab dia asyik suka berkepit tak nak berjauhan dengan saya walau sesaat.

1. Kalau bangun pagi, saya tak boleh bangun dari tempat tidur selagi dia tak bangun dari tidur.

2. Saya dilarang main handphone sbb dia ckp, dia balik rumah seminggu sekali. (Saya dengan suami pjj) Tapi kalau dia melayan game boleh je. Dan saya perlu duduk disebelah dia. Tak blh bergerak kemana2.

3. Saya kalau nak tlg mak saya masak, nak pegi kencing sekalipun mahupun mandi saya kena mintak izin. Kalau dia ckp tak blh, jd saya tak mandi la sampai ke tgh malam. Makan pun perlu ada keizinan dari dia.

4. Sebagai satu-satunya anak perempuan yang makpak saya ada, saya ada sifat selalu ingin bantu mak saya. Waima, buat kuih raya yang senang sekalipun. Saya nak tlg.

Tp laki saya tak bagi tlg mak saya, sbb dia ckp saya dah macam kuli batak sbb tlg mak saya buat kerja2 rumah dan buat kuih raya.

5. Bulan puasa, dia taknak puasa. Solat jumaat pun taknak. Macam2 alasan dia bagi. Untuk elakkan semua tu. Lepastu, dlm bilik die akan ckp kt saya.

Bapak saya tu tak layak nk nasihatkan dia. Sbb bapak saya tu sendiri solat tak cukup. Tapi salah ke, sebagai seorang bapa menegur menantu yang dianggap macam anak sendiri?

6. Masa bulan puasa, dia paksa saya untuk bersama Dia suruh saya tak payah puasa Tapi saya jawab balik, saya tak kisah.

Walaupun saya cuma dpt puasa 10min pun saya tak kisah. Sbb saya taknak disoal kat akhirat nanti.

7. Disebabkan kami pjj, dia selalu oncall dengan saya. Ada satu mlm tu, dia suruh saya teman dia smpai lewat mlm. Sedangkan dia tahu, saya tak blh tidur lambat.

8. Dia selalu ckp, dia rasa macam diri dia tu orang asing dlm keluarga saya. Saya tanya, bahagian mana yang dia rasa macam tu?

Family saya tak layan dia ke? Tapi hakikatnya dia sendiri yang suka menghabiskan waktu dlm bilik. Macam mana nak berbual sesama family.

9. Suami saya ni, dia bercuti pada hari jumaat dan sabtu. Dan dia akan bertolak ke tempat kerjanya pada hari ahad pagi. Dan akan pulang semula ke sini pada hujung minggu. Dia akan bertolak dari sini pada pkul 6.30.

Ada suatu hari, dia lambat untuk pergi ke kerja. Dan adik2 saya serta mak saya tnya lah. Tak pergi kerja lagi ke. Dia jawab tak. Kemudian die ckp kat saya. Yang family saya memyibuk hal die. WHAT ??

Tanya macam tu menyibuk hal orang lain ke? Kata keluarga saya layan dia macam orang asing. But bila mereka layan dia macam keluarga sendiri. Dia macam rimas pulak. Saya pulak naik rimas dengan perangai dia.

10. Saya tak kisah nafkah bulanan saya cuma RM20 yang dibagi pada saya. Masalahnya, bila dia takde duit dia akan mtk semula duit tu.

Saya ni sebagai bini pun hulurlah. Sebab saya kesian. (Suami saya mmg ada hulur duit belanja dapur kt rumah ni).

11. Saya tak bekerja sbb suami saya tak bagi kerja.Walaupun saya ada kelulusan yang tinggi. Pernah saya berbincang dengan dia.

Dan itu telah menjadi punca kami bergduh. Niat saya nak membantu meringankan beban dia. Tapi dia tak benarkan saya kerja. Maaf

Korang semua jgn pulak ckp saya tak pernah nak nasihatkan dia. Naik penat saya. Sampaikan kalau kami bergduh, saya pernah terbayang nak cekik die.

Toreh muka dia guna pis4u. Potong daging die kecik2. Kemudian bagi anjing makan. Saya dah naik pening dengan perangai dia.

Ada tak cara lain nak buat untuk bagi suami saya tu sedar. Penat saya nak handle sensorang. Saya tak pernah cerita masah antara saya dengan dia pada orang lain.

Walaupun pada mak saya sendiri. Tolong. Macam mana nk buat?
Oh ye. Kami belum ada anak, dan perkahwinan kami belum mencecah satu tahun.

KISAH KE 2. Suami aku kaki makan, aku tak tahan hidup dengan dia sebab terpaksa masak 5 kali sehari. Sampailah satu hari aku keguguran ketika masak untuk dia, tapi reaksinya sangat menyakitkan aku….

Baca perlahan lahan, semoga dapat pengajaran dari kisah ini. Salam admin , hidekan profil saya ya. Saya baru berkahwin 4 bulan dengan suami yang baru, sebelum ni saya dah pernah berkahwin dan ada anak sorang , sekarang anak saya duduk dengan ibu.

Saya tak bawa tinggal sama sebab time tu pkp tak dapat nak ambik dan sekarang ada sebab kenapa saya tak ambik anak saya.

Ceritanya macam ni, Dalam tempoh 4 bulan ni saya dgn suami kerap bergaaduh bergduh bukan biasa2, jenis gduh teruk.

Saya pun taktau dimana silap saya. selepas kawin baru saya nampak perangai suami. dia b4ran dan suka menyuruh. Saya ni ikutkan aje kehendak dia tapi kadang2 kita ni penat sangat2 mana taknya sehari saya masak 2 kali,

siang dan malam tapi dalam pkul 2/3 pagi suami saya akan kejut saya suruh masak. kadang sehari 5 kali saya kena masak. saya dah tidur dia kejut saya semata suruh pergi amikkan air dan lain lain.

Saya ni pun baru habis pantang keguguran. salah satu saya keguguran sebab saya penat sangat saya stress, saya buat kerja rumah apa semua. suami tak bantu langsung.

Selama 4 bulan ni dah 4 kali suami saya lempang saya. Dia tolak saya kuat2 sebab saya kecik orangnya senang je kena tolak . Lempang dan tolak tu termasuk masa saya mengandung. Saya sedih sangat , saya taktau nak luah dekat siapa. Kalau luah dekat ibu saya taknak ibu sedih .

Kelmarin saya kena lempang sebab dia suruh saya masak tapi saya tak nak sebab saya penat time tu dah malam ye dah kul 2 pagi. Saya ni surirumah masak untuk 6 orang termasuk adik adik dia Jadi takde istilah rehat untuk saya.

Nafkah jangan cakap lah memang selama 4 bulan dia tak bagi. Saya ni taktau dah nak gadaikan apa lagi kat badan saya, suami saya kerja on off kalau rasa rajin dia kerja, kebanyakkan saya lah kena tanggung , muka saya ni dah habis malu pinjam dekat orang , pinjam dekat ibu.

Suami saya senang je suruh saya gadaikan itu ini . Sampailah gadai rantai yang arwh ayah saya bagi. Saya sedih. marah semua ada sebab saya tak dapat nak luahkan sebab saya tau kalau saya cakap dekat dia saya yang kena pkul nanti.

Bila ada duit dia suruh saving tapi hakikatnya banyak keluar kat dia rkok lah. Suami saya amik ket0m, saya dah banyak kali suruh berhenti katanya ubaat konon. Duit habis dekat situ je , judi dalam hp. Saya taktau nak cakap apa lagi.

Lepastu kalau gduh dia mesti akan cakap “jangan sampai aku bagi kau dekat duda kau balik “ “ kau baliklah rumah ibu takyah balik sini “ “ kau ni tak layak jadi isteri aku “

“aku menyesal kahwin dengan kau “ semua tu keluar dari mulut dia bila dia tengah marah , sedangkan saya ni dah cukup baik ikut kehendak dia , bila saya kata penat dia tak dengar pun.

Masa dapat duit kwsp , apa pun saya tak dapat merasa, balik2 dia bayar hutang dia, ket0m lagi. Kadang terasa nak lari dari rumah ni, saya macam kena kurung, nak balik rumah ibu nak tgk anak pun bukan main susah banyak alasan dia bagi.

Cukuplah saya gagal dalam perkahwinan yang lama takkan kalini pun sama, tapi saya redha kalau berpisah lebih baik, sekurangnya saya tak siksa diri saya fizikal dan mntal . Saakit sangat.

Ini antara respon daripada netizen untuk kisah kedua. Mudah mudahan di jadikan tauladan untuk semua suami dan isteri di luar sana.

Cik Nadia, Dah ada pengalaman kan..sepatutnya kahwin kali kedua biarlah yg dpt memberi manfaat pada tt..mcm takde masa depan je kahwin mcm ni..

tak payah la nak tunggu lama sgt baru nak buat keputusan.dah nampak kan suami tu mcmana.lebih baik fokus hidup berdua besarkan anak lagi bagus.jadi isteri pun hina, lebih baik jadi janda bermaruah.

Hana Ismail, Astagfirullah…ramainya lelaki ‘sampah’ dalam dunia ini. Dahlah ‘sampah’, mcm ‘jin’ plk. Mlm2 buta nak mkn. Suruh masak sampai 5x sehari. Blh buat report p0lis kalau kena pkul. Memang kaki ket0m kerjanya pkul org.

Tak payah takut dgn pencraian tt. 5x bercrai pun takpe drp hidup dgn ‘sampah’. Lagipun ‘sampah’ tu dah ckp, dia menyesal kahwin dgn tt. Buat apa tunggu lagi.

Better angkat kaki terus. Tt blm terlewat sbb blm ada anak dgn dia. Kasihanilah kat diri sendiri. Larilah drp hidup dgn dia. Baliklah ke rumah ibu dan hidup dgn anak. Jgn tinggalkan lg anak tanpa kasih syg seorg ibu. Move on tt.

Anne Yana, Geram bila dengar kaaum sndri ditibai sesuka hati oleh sang suami….kommon girl….pertahankan diri anda….jgn jd punching bag lelaki jahanam.aku dlu ex laki aku pkul aku smpai bterabur drah.

makcik ex laki aku ajar utk lawan blik…dr situ setiap kali aku kena pkul aku pastikan ex skit paling…entah apa jenis karate aku pakai,,bole ex aku jatuh rebah ke lantai masa nk tibai muka aku.

lama kelamahan dia sndri takut nk belasah aku lepas k3s 4 gigi depan dia aku tumbuk sebb dia cekik aku masa ngandung 7 bulan….masa tu ank aku da mngal dlm perut.dia hiilang gigi aku kehiilangan ank yg blm sempat ku lahirkan didunia ni.

Nanie Kassim, Sis, tolong lah kesian kat diri sndiri..saya tau kita ppuan ni mmg timbal balik perasaan kjp nk tinggalkn kejap kita nk stay…ada bnci ada syg. Tp suami yg gini tkkn berubah sis, tk berfaedah pun utk terus kekal jadi isteri dia. Saya doakn semoga sis boleh buat keputusan yg bijak.

Norizan Yahya, Saya rasa ramai lelaki tk guna yg jadikan janda ni isteri untuk digunakan sbb tau ramai yg terdesak mengharapkan kasih sayang suami.last2 dah dpt dijadikan tempat pemuas nfsu,kuli dan hamba.

kaaum wanita tolonglah klu bercrai cuba tingkat kn taraf hidup dulu,berjasa pada ibubapa dan klu boleh jangan abaikan anak.

Yana aaliff, Tt Awk dah ada jawapannya.. Kalau dah sampai di tangan tangannya Awk utk apa lagi Awk bertahan?

Skrg Awk takde anak dgn dia jika ada Awk rasa keadaan akan baik atau sama atau lebih teruk lagi? Malang bagi seorang perempuan jika tersalah pilih suami.. Semoga awak dipermudahkan urusan.

Siti Haida, Banyak betul c4se macam ni…boleh tak ajak ramai ramai peeempuan bujang masuk group krt ni…. supaya tolonglaa fikir masak masak hal kawin ni esp sebelum kawin.

Saya yg baca kisah kisah kat sini …rasa gerammmm je. kursus kawin yg dianjurkan sgt gagal bimbing kita kearah perkahwinan bahagia.

Nur Eika, Berdoalah sis. Mohon petunjuk utk jln penyelesaian. Jgn biarkan diri tu jadi pnching bag. Nak tunggu paatah riuk dan sampai jadi maayat.

Mcmnlah sis boleh dapat laki mcmtu. Sebelum anak bertambah..fikirlah mana yg baik. Sayang diri tu dulu.

Mohd Yunus, Don’t be stuupid..dia lempang puan krn puan x nk masak..try bt ni.Letak julap dlm makanan/ minuman dia.

Dia tercirit2 tu, puan cari ape milik dia yg blh dpt duit..dah dia sendiri mls kerja,suruh gadai emas. Cabut laa dr neraka,krn jln ke syurga pun bercabang 2.

Melissa Mell, satu je aku nk ajr,,nk ikt ikt xnk ikt xpyh ikt,dia lempang ngko kn..jln trbaik ko lmpang pijak ksi lumat suami cmtu tp pstikn ko thu seni mmprthankn dri..

nk ptuh kt suami agk2 skit sbb klau dh d blsah truk cmtu..tu je ptt d buat..lpstu ko dh blsah dia mcm mna dia blsah ko,blah dri hdup dia,tunjuk kn ko pn bole brdikari hdup tnpa dia..geram lk aku tgk jntan keparat cmtu.

Zimah Talib, lbih baik undur dari terus trsiksa mcm tu lg pun dia ada kata nyesal kn nikah dgn awk…dn dia ada kata awk x lyak jd istrinya… buat apa tunggu lg… pisah lbih baik… mintalh tolong dgn allah jln yg trbaik untk awk….

carilh kebahagian awk sndri jaga ank sbb tu harta x trnilai… x perlu hadap laki mcm suami awk tu….x kn maati jd jnda.

Nida Ahmad, X payah lah lagi orang yang x der masa depan ,pikir diri sendiri …bila laki ko nampak Ader wet baik,bila x der wet suro gadai sana gadai sini,jangan sampai ko kena jual ,

pompuan bila je hidup tanpa laki,ko dapat tu laki x guna,ko kena kuat keluar dari rumah tu dok n mak ko lagi ok.

Nanie Kassim, Sis, tolong lah kesian kat diri sndiri..saya tau kita ppuan ni mmg timbal balik perasaan kjp nk tinggalkn kejap kita nk stay…ada bnci ada syg.

Tp suami yg gini tkkn berubah sis, tk berfaedah pun utk terus kekal jadi isteri dia. Saya doakn semoga sis boleh buat keputusan yg bijak.