Suami dpt duit i sinar, aku mtk emas dia ckp nk bjimat. Aku sound psl betina tu, trus dia belikn gelang emas

Foto sekadar hiasan. Salam, hide facebook deh. terima kasih buat admin sekiranya cerita aku ini disiarkan. Maaf kalau cerita ini agak kucar kacir dan panjang. Aku mariam, umur 30 tahun, mempunyai 3 orang anak. Bekerja kerajaan. Bru berkahwin 5 tahun tapi dah diuji dengan suamiku cur4ng, sadis sangat rasa. Huhu,Sedikit pengenalan, suamiku kerja swasta dan perlu travel yang memerlukn kami pjj.

Sepanjang 5 tahun aku yang urus anak-anak. Suami seorang yang baik, penyayang sangat, rajin menolong kalau ada dirumah, selalu balik jenguk kami, kadang-kadang seminggu sekali, kadang-kadang 2 minggu sekali.

Dia akan usahakan juga untuk balik sebab katanya rindu kami. Bermula cur4ng bulan 2 tahun lepas, tapi sebab pkp, dia balik duduk dengan kami dari bulan 3 sampai bulan 6..

lepas tu sambung cur4ng balik bulan 6 sampai bulan 8. Bulan 8 tu dah kantoi dengan aku. Macamana kantoi, allah tunjuk melalui mimpi, aku mimpi suami cur4ng. Hati asyik berdebar.

Ak login facebook dia. padahal masa tu kami tidak pernah ambik tahu facebook masing-masing, allah nak tolong, sekali teka dah dapat masuk. tengok dekat notification, suami login apps dating tu guna facebook je.

Huhu.. dengan profile dia pegang anak. Dia merenyam dengan perempuan lain seolah-seolah bujang, bercakap ke arah perkara yang luccah.

Sampai aku tidak sangka, begini rupanya suami aku. tapi bila perempuan tanya, dia mengaku dah berkahwin tapi sunyi. Hahahaha. Kelakar.

Nak luang masa dengan aku pon sampai bergduh. Banyak yang berubah selepas kantoi tu terutamanya sikap aku.. ada positif dan negatif.

Aku meluah sebab inginkan pendapat, adakah apa yang aku buat ini salah. Kerana aku merasakan aku berdend4m, mengungkit dan selalu emosi.

Antara ksannya buat aku jadi isteri yang sangat biadap, menjawab, mencarut. Masa kantoi penuh makian aku lemparkan.

Habis binatang dalam zoo aku seru, berbeza dengan sikap aku sebelum ini yang agak sopan dengan suami. aku down teruk sebab tidak sangka suami aku buat perangai..

masa tu aku mengandung anak yang ketiga. aku menangis dekat seminggu. Dia tidak balik langsung masa tu sebab sibuk dengan kerja.

Aku terus ke mahkamah filekan k3s cer4i. Barulah dia balik merayu- merayu. Aku bagitahu keluarga mertua. Alhamdulillah mertua berpihak pada aku. Keluarga aku tidak tahu.

Bermula dari situ, aku bangkit, atur strategi nak jadi ibu tunggal. Aku berusaha move on. Ak munasabah diri. Aku sentiasa ingat anak-anak. Aku buat tidak k3sah dekat suami.

Awalnya aku jadi macam dia, aku mula install apps dating2 apa semua tu aku melayan lelaki dalam tu. Screenshot mesej hantar dekat suami. Tapi sehari je, terus uninstall sebab rasa macam bdoh dan buang masa buat macam tu. Suami menangis ..mintak maaf. Masa ni kami pjj lagi sebab kerja. sebab dah tidak tahan kene layan acuh tak acuh. Dia berhenti kerja.

Bila dah duduk sama-sama, aku masih dengan sikap biadap tapi dalam masa yang sama berusaha juga ubah apa yang kurang sebelum ini.

Pernah kami solat magrib sama-sama. Lepas doa dia menangis. Masa nak salam laju je mulut ni biadap cakap ” banyak sangat ke dosa dengan allah sampai menangis”. Dia terus mintak maaf.

Ada je perbuatan dia yang aku sindir dan kaitkan dengn k3s cur4ng tu. Aku perasan suami macam sedih dan berusaha juga ambik hati aku. Tapi aku tetap rasa kurang, mungkin luk4nya terlalu dalam.

Sebelum ni aku sangat pentingkan suami, kalau makan nasi, sanggup cedok bahagian elok bagi suami, kita dapat bahagian kerak pon tak k3sah. Janji suami selera.

Pkul 2 pagi suami kejut cakap lapar, sanggup bangun masak takot suami kebulur. Tapi sekarang tidak lagi, aku dahulukn aku, perasaan aku dan anak-anak, kemudian baru suami.

Rasa macam rugi bila kita dah buat macam-macam tapi belakang kita, dia melayan orang lain. Rasa tidak dihargai

Sekarang kami berniaga. Alhamdulillah, murah rezeki. Suami banyak membantu. Sepanjang berniaga. Untung aku simpan beli emas. Duit gaji pon sama. Aku simpan..

aku banyak fikir masa depan aku dan anak-anak sekiranya suami aku cur4ng lagi. Bila suami kata buat apa beli emas banyak-banyak kan dah ada, terus laju mulut biadap ni jawab ” alang-alang nak jadi janda biarlah janda kaya.

Gelang emas sampai siku, masa tu aku janji aku tidak akan menangis lagi kalau ko cur4ng “. Biadap kan, tapi tula, aku selalu emosi. Baru-baru ini, Aku merancang nak buat rumah.

Tapi dia nak beli kereta. Kalau ikutkan betulla, kami perlukn kereta lain sebab lagi senang untuk perniagaan. Dia cakap kenapa nk buat rumah. Sebab kami dah beli rumah. Tapi atas nama dia..

Aku ingat yang ni nak buat rumah sewa sekaligus untuk masa depan kan..lagi skali mulut biadap ni jawab ” saja sikit lagi kalau ko cur4ng pon, takda la aku dengan anak- anak merempat.

Takda la aku ni ko buang macam sampah, takda la ak ni meraung-meraung,merayu dekat ko lagi”. Terus dia diam..Hari tu ada pasal artis cur4ng.

Muka tak seberapa macam suami aku ni la.. kebetulan dia ada dekat tepi masa artis tu berlakon. Aku terus cakap muka tak seberapa macam ni pon cur4ng, isteri cantik, elok bertudung.

Mesti tak pernah cermin muka kan abg. Dia iyakan je. Lepas tu terus pandang suami, awak tu pon kene rajin-rajin la ye cermin muka tu, okey, biadap lagi. Hurmmm.

Banyak lagila perkara yang aku rasa toksik dalam rumahtangga kami. Kadang-kadang aku rasa mulut aku jahat sangat tapi aku cuma nak dia rasa dan tahu aku tengah skit dengan perbuatan dia.

Aku rasa aku dah tak bahagia tapi kadang-kadang aku masih boleh bergelak dan bergurau dengn dia. Tengok atas mood.

Hari tu aku ada bagi hint mintak belikan aku gelang sebab i sinar dia keluar tapi dia terus cakap kene berjimat cermat
Terus aku sindir.

Dengan aku berjimat cermat masa tengah mengg4tal apps dating berbayar pon ko sanggup bayar bulan-bulan. Main game mobile lagend beli hero, beli senapang apa entah ak tak tahu la sampai beratus ratus.

Coin dekat bigo lagi sampai beratus-ratus ko beli. Ko jangan sembang pasal berjimat cermat dengan ak. Dua hari kemudian terus dia belikan aku gelang tangan 23 gram.. hurmm.

Bila munasabah diri, aku rasa aku ada silapnya juga. g€muk, selekeh, bau bawang mungkin hahaha. lepas beranak, aku jaga diri betul-betul, turun kan berat badan.

Dah krus dah sikit. Alhamdulillah. Beli set jamu dekat 300 lebih. Dulu ambik yang murah sebab ksian dekat suami, kali ni tak fikir dah. Aku cakap nak isteri cantik macam scandel ko, jangan kedekut.

Aku buat rambut, pergi spa, me time dengan kawan-kawan. Anak- anak suami jaga. Dengan niat biar dia tahu susahnya aku selama ni jaga anak-anak sendiri tapi dia boleh merenyam dengan perempuan lain. Biar tahu tanggungjawab.

Masa munasabah diri tu aku ada fikir juga mungkin suami aku tak cukup nafkah batin sebab pjj kan. Sebab tu merenyam. Bila kami duduk sama-sama. Hari- hari aku bagi.

Kadang penat pon aku mintak. Saja nak bagi dia rasa. Nampak macam merenyam sangatkan. Kadang-kadang sampai dah tak mampu..

Terus aku sindir, merendah- rendahkan dia, setakat macam tu je ada hati nak merenyam dengan perempuan lain. Habis aku ungkit semua. Padam muka. .

Sekarang suami selalu puji aku cantik. Dah krus. Selalu pluk. Nampak la dia macam takot kehilangan aku. Sekarang dia pulak yang buncit. hahaha.

Aku cakap aku bagi dia peluang walaupun aku tak tahu ikhlas ke tidak. Tapi bersediala dengar aku mengungkit sampai ke anak cucu, sebab parutnya tetap ada sampai bila-bila.

Fokus sekarang aku nak kumpul aset, sekiranya berlalu lagi sekali aku janji aku tak akan menangis lagi sebab dia. Aku akan angkat kaki bawa anak-anak.

Aku anggap yang pertama ni mungkin suamiku tersalah langkah. Tapi sekiranya berulang,itu maknanya memang dia yang nak hubungan kami berakhir.

Banyak lagi rasanya perkara yang berlaku, tapi terlalu panjang dah luahannya. Doakan aku agar diberi ketenangan hati, melupakan serta memaafkan suami dan berubah menjadi isteri yang kembali taat kepada suami.

Ini antara respon netizen, pendapat yang berlainan daripada lelaki dan perempuan. Ramai yang menyokong wanita ini tapi ramai juga membantah.

Shazli.Nampak gayanya. Akak ni mcm boleh buat dosa lagi byk. Maaf ya, walaupun suami tu cur4ng. Tapi dia sanggup berubah ke arah kebaikan. Org yg cuba berubah ke arah kebaikan ni lebih baik drpd org yg acah2 baik. Kalau dah hari2 asyik sindir suami tu, elok settle kat mahkamah syariah. Paksa suami cer4ikan kau kak. Jgn kerana mulut, badan binasa.

Akhir kata, pengakhiran setiap manusia berbeza-beza. Hari ni mungkin dia jahat, hari esok dia seorg ustaz. “Its not about how you start the race, but its all about how you finish it.”

Ain. Sbb tu kita ni jgn melebih2 melayan.. risau mcm ni lah..bile slh sorang cur4ng atau bt salah..hbs segala kebaikan kita dh bt..kita ungkit..kita rasa kita dh bt terbaik..tp suami ttp cur4ng..

Sama mcm anak.. smua beli utk anak saja..utk diri sndiri xperlu.. esok2 klu anak tu..lebih kan org lain..kita rasa segala pengorbanan kita tak dihargai.. walhal kita yg sendiri rela lebihkan org lain tp bile org xbls kebaikan..kita ungkit smp 7 ktrunan.

So ksimpulannye.. better lah bt ape yg kita suka..xperlu lahh nk mkn nasi kerak segala..risau esok2 mngungkit xhbs 7 ktrunan.

Xsalah nak lebihkan org lain..tp ada batasnya juga..jgn smp diri sndiri terabai..bkn ape..risau smp ksudah kita asyik rasa kita je byk berkorban..

Zalina. Perghh..akak suka jenis isteri yg mcm ni.berani tegas dan tk lembik biar diri dipijK2 mcm sampah…
Tahniah Tt….tk pernah akak rasa happy n puas hati mcm ni bila baca citer kt KRT….tp arini,akak happyy weh….hahhaa..
Congratss TT….kalau buat drama
‘Rasain Lo’ …mesti best ni..

Ari.Takziah la dkt abam, sebab jolok sarang tebuan. Ada yg jolok hidup lg, siap tersengih. Yg ni terus ptah kaki tangan, mulut terus jadi bisu, telinga terus jd pekak, punai x seberapa terus jd kura2.Alfatihah utk ketenangan saudara kita yg tumpas kerana tersalah pilih jalan.

Lain kali cubalah sesat lg. Tengok ptah apa pulak lepas ni.

Ella. Allahu puan, sudah bersuami tapi melayan lelaki lain hukumnya haram. Nerake lah tempatnya. Isteri dari nerake. Nerake kirim salam puan. Beringatlah.

Zuraida. bila suami dah ok..kita cuba utk jd kawan yg baik pd dia..jgn la bg dia rasa dia sentiasa berdosa..dia x berzina…dia ayah yg baik dgn ank2..dia suami yg membantu..

dia masih suami kamu..
jgn la buat dosa lg dgn skitkan hatinya..cukup la hati kita skit..
klu dosa dia sentiasa kita nampak..berpisah lah..bg ank2 kat dia..awak mula hidup baru..
jgnlah lagi buat dosa..

kita semua lalui ujian..
aku perempuan wanita isteri dan ibu jgk..
benar hati kita terguris..tp biarlah..kita mulakan hidup baru..jgn panjangkan perkara yg menjurus kita keneraka beb

dia pendosa..kita pun pendosa..
cur4ng setia bahagia cinta sifatnya sementara..
yg kekal nilai hati kita yg kita nak bawa ke tuhan nnt..jgnlah bawa hati yg penuh dend4m..jgnlah bawa hati yg penuh kecewa..bawa lah hati yg redho..
bawalah hati yg tenang..

suami hanya teman kita didunia ni..
buat baik dgn dia allah janji pahala..
taat jaga solat jaga puasa allah janji syurga..